BAB 24

Humor Completed 78146

MALAM tadi tidur Aisyah asyik terganggu.Mana taknya dia terfikir juga apa yang Habib cakap.Takut Habib sendiri yang pecahkan rahsia nya.Habib kalau cakap mesti buat punya.

Semalam Aisyah tak tidur di rumah umi.Dia balik tidur di rumahnya.Jadi tak selesa terus.Di angkutnya Najiha sekali.Nasib ada adik sepupu yang boleh di ajak berbual.Kalau tak dah naik serabut juga fikirkan pasal Adam.

Umi dan abi pun cakap benda yang sama macam Habib.Menyuruh Aisyah berterus terang Tak elok buat suami macam tu.Pada hal Aisyah depan mata dia saja.Duduk bincang elok-elok lepas tu cari lah kata sepakat yang baik bagi kedua belah pihak.

Betul juga apa yang mereka cakap.Sampai bila Aisyah nak tipu terus berniqab macam ni.Dah la tipu diri sendiri,tipu Adam pastu rasa bersalah pula babitkan umi,abi,Jiha dan Habib.Tu tak termasuk lagi adik-adik kat Darul Sakinah.

Aisyah jadi lelah bila fikirkan balik.Maafkan Aisyah semua.Maafkan Aisyah,ayah ibu...

Pintu di ketuk dari luar mengejutkan Aisyah.Tersembul wajah Najiha.

"Akak,ada orang datang nak ambil anak angkat.Abi minta tolong akak untuk uruskan.Abang Habib tak tahu ke mana ntah dengan abang Adam."

Aisyah ikut Najiha menemui tetamu.Kelihatan seorang perempuan muda berbaju kurung serta berselendang duduk di atas sofa.

"Assalamualaikum"sapa Aisyah sambil bersalaman dengan wanita itu.

Terperanjat Aisyah bila di hadapannya adalah Adella.Kakak iparnya sendiri.Mungkin Adella tidak kenal Aisyah sebab Aisyah berniqab.

"Saya Adella.Boleh saya berbincang dengan cik..."lembut suara Adella tidak seperti dahulu.

"Aisyah.."kata Aisyah.

Adella tercengang.Mata Aisyah di renungnya.Mencari wajah sebenar Aisyah.Aisyah tersenyum di sebalik niqab.

"Ada apa yang boleh saya bantu cik Adella?"

Dengar saja suara.Terus Adella capai tangan Aisyah.Mukanya redup.

"Maafkan akak,Aisyah.Akak tahu ni Aisyah Humaira kan.Akak dah banyak buat salah dengan Aisyah.Akak minta maaf sangat-sangat."Adella mula menangis kecil.

Aisyah gosok perlahan tangan Adella.

"Tak apa cik Adella.Saya dah lama maafkan."

"Jangan panggil akak macam tu.Panggil kak Adell.Kesalahan akak pada Aisyah tak dapat akak maafkan.Akak menyesal sebab tak kenal Aisyah dengan rapat."

Aisyah pandang muka Adella.Ada riak bersalah di situ.

"Kak Adell.Jom masuk bilik Aisyah.Kita bincang dekat dalam."Aisyah tarik perlahan tangan Adella.Dia tak mahu berbincang di tempat terbuka.Ramai kakitangan Darul Sakinah yang lalu lalang di situ.Maruah Adella perlu dijaga.

Sampai dalam bilik terus Aisyah buka niqab.Adella memeluk Aisyah.Memang betul sangkaannya itu Aisyah isteri Adam.

"Maafkan akak..."Adella teresak di bahu Aisyah.Aisyah mengusap perlahan belakang Adella.Ini perkara yang Aisyah tidak sangka.Terselit rasa bersyukur dalam hati Aisyah.

"Aisyah dah lama maafkan..Kak Adella jangan lah sedih macam ni."pujuk Aisyah bila Adella masih tersedu sedan.

"Tak tertanggung rasanya salah dan silap akak pada Aisyah.Patutnya akak tak layan Aisyah macam tu.Akak kejam kan.Bila akak dapat tahu Aisyah dan Adam nak berpisah.Akak rasa bersalah sangat.Akak dengan mummy dah banyak buat salah pada Aisyah.."lirih sekali suaranya.

"....akak sampai kat sini pun sebab kawan akak yang bagi alamat.Akak nak ambil anak angkat."

Sayu suara Adella memberitahu niat asalnya.

"Insyallah kak Adell.Aisyah akan cuba bantu.Boleh Aisyah tahu kenapa akak berminat nak ambil anak angkat?Setahu Aisyah akak masih muda lagi."

"Dah lama akak dan abang Huzair kahwin.Rezeki anak tak memihak pada kami.Akak takut abang Huzair tinggalkan akak sebab sampai sekarang akak tak mengandung lagi.Keluarga abang Huzair dah mula suara kan tentang zuriat.Sebelum ni mereka tak kisah.Dah lima tahun akak menunggu tapi tapi tak ada rezeki juga.Macam-macam usaha yang akak buat tapi tetap tak berhasil.Mungkin ini balasan Allah pada akak yang jahil ni."

Tanpa rasa malu Adella meluahkan.Mana tak risau.Dah la tak boleh mengandung.Desas desus dengar keluarga mertua sedang cari jodoh lagi untuk Huzair.Mana tak sedih.

"Akak takut abang Huzair kahwin lain..."tersedu sedan Adella menangis.

Aisyah cuba memujuk.

"Kak Adell sabar ya.Anak itu pemberian dari Allah.Mungkin bukan sekarang.Insyallah suatu hari kak Adella akan ada rezeki juga.Percayalah."Aisyah memberikan semangat.

"Akak datang sini sebab nak ambil anak angkat.Akak dah fikirkan masak-masak.Akak dah bersedia nak ambil anak angkat.Biar pun bukan darah daging sendiri,akak akan beri kasih sayang sama macam anak sendiri."

"Insyallah boleh kak Adell.Maaf kalau Aisyah tanya.Abang Huzair tahu tak akak datang sini?"selalunya yang datang ambil anak angkat adalah pasangan suami isteri yang telah capai kata sepakat.Adella pula datang seorang diri.

Adella geleng perlahan.

"Macam ni lah kak Adell.Cuba kak kak Adella bincang dulu dengan abang Huzair.Sebab banyak prosedur yang perlu kak Adell lalui sebelum nak ambil anak angkat.Terutamanya bagi pasangan suami isteri.Bukan sebab apa,takut nasib anak yatim tidak terbela selepas tinggal dengan keluarga angkat."

Redup mata Adella memandang Aisyah.Sedikit sebanyak dia berasa lega dapat berbual dengan Aisyah.Nak harapkan mummy,asyik nak ambil hati bakal menantu tak jadi dia saja.Sampai sekarang masih terkejarkan Julia.Apa yang mummy harapkan sangat dari Julia pun Adella tak faham.Sampai kan masalah Adella pun mummy tak ambil kisah.Sejak peristiwa mummy mengamuk pasal Adam,Adella dah tak pergi ke sana.Masalah dia lagi besar dari masalah Adam.

"Kak Adell.maaf kalau apa yang Aisyah cakap menyinggung perasaan akak."

"Eh tak-tak.Akak yang banyak salah.Dah banyak benda yang akak buat sakitkan hati Aisyah.Sepatutnya akak tak layak dihormati."

"Tak apa kak Adell,Aisyah faham.Bukan senang nak terima orang asing dalam keluarga.Jujur Aisyah dah lama lupakan."

Senyuman Aisyah melegakan hati Adella yang sedang gundah-gulana.

"Aisyah dengan Adam macam mana?Adam ada dekat sini kan."

Pertanyaan Adella menyentakkan Aisyah.

"Err...dia..memang ada kat sini.Cuma..Aisyah tak..tak nak jumpa dia."

Lambat-lambat Aisyah cakap.Adella genggam tangan Aisyah.

"Akak faham apa yang Aisyah rasa.Tak semudah itu kan untuk Aisyah terima Adam.Adam dah menyesal sebab abaikan Aisyah.Sebab tu dia sanggup datang cari Aisyah."

"Aisyah dah redha andai jodoh antara kami sampai di sini saja."

"Akak tak boleh cakap apa.Cuma apa yang akak harapkan Aisyah dan Adam dapat berbaik semula.Akak rasa bersalah sangat bagi pihak Adam.Tak sepatutnya Adam layan Aisyah macam tu.Memang patut Aisyah marah." suara Adella kembali mengendur.

Aisyah hanya tersenyum nipis.Hati dia sedang menahan gelodak rasa bila nama Adam meniti di bibir.Masa Adam jabat tangan dengan tok kadi,Aisyah dah mula sukakan Adam.Walau hanya seketika tetapi perasaan tu sesekali menjelma kembali.Tambahan sekarang Adam dekat dengannya.Bukan dia tak nampak usaha Adam malah setiap hari Adam cuba perbaiki diri.Solat berjemaah sekali anak-anak Darul Sakinah tidak pernah dilupakan.Adam gigih menambah ilmu agama.Itu yang Aisyah nampak sekarang.Harap perubahan Adam ni kekal dan bukan nya sementara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience