61

Romance Series 93217

Berita kepulangan Sofya ke Kuala Lumpur disambut dengan penuh keterujaan. Sejak semalam Aayra tidak sabar - sabar ingin bertemu dengan sahabat baiknya itu. Manakan tidak. Sudah hampir tiga tahun lebih mereka tidak bertemu sejak Sofya melanjutkan pelajarannya ke Jerman. Malah contact juga jarang - jarang sekali. Hanya aplikasi whatsapp sahaja sebagai penghubung mereka di kala rindu. Lebih mengujakan Aayra kali ini, Dania juga sanggup pulang ke Malaysia demi merealisasikan impian mereka bertiga.

“Ya Allah, finally dapat juga kita bertiga berkumpul seperti yang pernah kita janjikan dulu kan? Korang tahu tak aku rindu korang sangat - sangat? Rasa macam nak pecah dada aku ni punya menanggung rindu dekat korang." Ujar Aayra sebaik mereka bertiga berkumpul.

“Alololooo.. So sweet of you. By the way, aku pun rindu korang juga. Excited gila aku nak datang ke sini tadi. Wah, makin cantik kan kau sekarang Aayra. Berseri - seri je aku tengok. Pandai Harraz jaga kau kan." Puji Sofya ikhlas.

Aayra mencemikkan wajahnya tanda tidak bersetuju dengan pujian Sofya. Namun jauh di sudut hati, dia tetap bersyukur dengan kurniaan Allah kepadanya.

“Yelah tu. Entah apa yang cantik sangat pun aku tak tahulah. Rasanya aku sama je macam dulu. Kalau kau tu, aku percayalah. Almaklumlah, dah tiga tahun menetap dekat Jerman. Gaya pun dah macam mat salih hah. Patutlah tak nak balik Malaysia. Sampai sanggup lupakan kawan - kawan dekat sini. Sedih tau!! Dahla Dania pun tinggalkan aku. Tinggallah aku sorang - sorang dekat sini." Omel Aayra dengan nada merajuk.

“Alaaaa.. Janganlah cakap macam tu. Aku ni walau pergi jauh mana pun sekali pun, aku tak pernah lupakan kau dan Dania tau? Bagi aku, korang berdua ajelah sahabat terbaik yang aku ada. Tak akan ada yang lain yang sama seperti korang berdua. Aku sayang korang sangat - sangat tau and aku minta maaf kalau pemergian aku dulu tu buat kau dan Dania terasa." Ucap Sofya sambil menarik Aayra dan Dania ke dalam pelukannya.

Aayra dan Dania tersenyum bahagia. Sejujurnya mereka sangat tersentuh dengan pengakuan Sofya itu. Betapa persahabatan mereka ini sungguh indah dan membahagiakan. Semoga ianya akan terus kekal begini sehingga ke akhirnya.

“Ok. Enough! Tak mau sedih - sedih lagi. Kita datang sini bukan nak sedih - sedih. Kita datang sini sebab nak celebrate kepulangan Dr Sofya Aleesya ni kan? Perghhh!! Kawan kita yang sorang ni dah ada title Dr dah di pangkal nama dia sekarang!! Hebat!! I'm so proud of you, babe! Congratulations! Tak sia - sia effort kau selama ni nak sambung belajar sampai ke tahap PhD ni kan? Finally, you did it!!" Kali ini giliran Dania pula memuji Sofya. Pujian Dania itu turut dipersetejui oleh Aayra. Mereka bersama - sama menepuk tangan tanda mengucapkan tahniah kepada Sofya.

Sofya tersenyum. Dia berasa sangat terharu dengan ucapan teman - temannya itu. Tidak semena - mena air mata kegembiraan mengalir membasahi pipinya. Terlalu banyak memori suka dan duka yang dilaluinya sepanjang tempoh tiga tahun itu. Apatah lagi apabila mengingatkan dirinya berseorangan di sana tanpa keluarga di sisi. Segala cabaran dilaluinya sendiri dan akhirnya kini kejayaan itu telah digapainya dengan penuh bangga. Selain Aayra dan Dania, sudah pasti keluarganya juga turut berbangga dengan kejayaannya terutamanya kedua ibu dan bapanya. Ucapan tahniah tidak henti - henti diterimanya sejak semalam.

“Thank you so much, guys. Bagi aku kita semua sama je. Korang pun patut berbangga dengan diri korang juga sebabnya korang ada master. Bukan semua orang berpeluang nak further study sampai ke tahap master tau. So, congrats for both of you too." Ucap Sofya lembut.

Sekali lagi Aayra dan Dania tersenyum. Begitulah ironinya persahabatan mereka sejak dari kecil. Mereka bertiga saling menyokong antara satu sama lain. Tidak kira dari segi kewangan, pelajaran mahupun masalah peribadi. Antara mereka bertiga juga langsung tiada rahsia. Segala - galanya akan dikongsikan bersama. Jadi tidak hairanlah persahabatan ini mampu kekal hingga ke hari ini.

“So apa plan kau lepas ni? Nak terus keje ke atau nak rest dulu?" Soal Dania lagi.

“Hmm.. Entahlah. Ikutkan hati ni, memang aku nak rest je dulu dalam sebulan dua. Tapi.." Sofya mematikan ayatnya di situ. Sengaja dia membiarkan Aayra dan Dania tertanya - tanya.

“Tapi apa?" Soal Dania kalut. Dia seakan tidak sabar ingin mengetahui cerita selanjutnya.

Sofya tertawa saat melihat aksi gelojoh Dania. Memang sejak dari kecil, Dania lebih dekenali dengan gelaran "Miss Kalut" oleh teman - teman di sekolah mereka. Namun siapa sangka gelaran itu masih kekal dengannya sehingga ke hari ini.

“Actually, aku dalam dilema sekarang ni. Aku ada dapat offer dari Universiti Malaya. Jadi lecturer dekat sana. Tapi sampai sekarang aku still belum balas surat jawapan tu. Aku tak tahu nak terima ke tak. Korang rasa macam mana?" Soal Sofya meminta pandangan kedua - dua sahabatnya.

“Actually, it's depends on you, babe. Kalau kau rasa selepas ni kau boleh dapat offers lain yang lebih baik, kau tolak jelah offer dari UM tu. Tapi kalau keadaan disebaliknya pula, why not you just grab this offer? Lagipun peluang hanya datang sekali je dalam hidup kita, babe. Soal kau still penat and nak rest dulu tu, aku rasa takde masalah kot. Kau boleh je discuss dengan pihak UM and minta dia orang bagi kau tempoh. Aku rasa takde masalah kot. Sebab dia orang yang cari kau kan? Bukan kau yang cari dia orang. Faham kan maksud aku? So kau boleh on demand in this case." Ujar Aayra memberi pendapat.

Dania mengangguk tanda bersetuju. Apa yang diperkatakan Aayra itu tadi sama seperti apa yang sedang difikirkannya ketika ini. Akhirnya Sofya juga turut mengangguk tanda setuju. Kini masalahnya sudah selesai dengan begitu mudah.

Sedang asyik mereka berbual, tiba - tiba pandangan Dania tertancap ke arah tiga susuk tubuh yang sedang berjalan masuk ke dalam kafe itu. Dia cuba mengamati wajah - wajah itu dengan lebih jelas dan setelah pasti dengan apa yang dilihatnya, Dania pantas menyiku lengan Aayra.

“Aduhh!! Sakitlah!! Kau ni dah kenapa?" Soal Aayra pelik.

Dania tidak menjawab sebaliknya dia hanya menjuihkan bibirnya ke hadapan. Aayra dan Sofya semakin pelik namun dengan serentak mereka menoleh ke arah yang dimaksudkan Dania. Hampir gugur jantung Aayra apabila terpandangkan wajah Harraz, Trisya dan Ezmal yang berada tidak jauh dari meja mereka. Lebih menyakitkan hati Aayra apabila matanya telah disajikan dengan perbuatan tidak senonoh Trisya terhadap suaminya. Lagaknya tidak ubah seperti seorang kekasih. Lengan sasa Harraz dipaut manja dan tidak cukup dengan itu, bahu Harraz juga dijadikan alas untuk dia melentokkan kepalanya. Bahkan jari jemarinya juga seakan tidak mampu duduk diam. Habis segala rambut Harraz diusiknya.

“Itu Harraz kan, babe? Tapi siapa pulak perempuan di tepi suami kau tu? Gedik semacam je aku tengok." Soal Dania tanpa rasa bersalah.

“PA baru Harraz." Jawab Aayra sepatah. Nada suaranya seperti ditahan - tahan.

“Sabar, babe. Aku tahu kau tengah marah sekarang ni. Tapi apa kata kau pergi tegur dia orang dengan cara baik? Tengok apa reaksi dia orang. Lagipun dari apa yang aku nampak sekarang ni, Harraz pun macam rimas je dengan PA dia tu. Dari tadi aku tengok dia cuba mengelak dari PA dia. PA dia tu je yang lebih - lebih." Sofya cuba bersikap positif. Sebeolehnya dia tidak mahu melukakan perasaan Aayra lagi.

Aayra menarik nafas sedalam - dalamnya. Otaknya ligat memikirkan cara bagaimana yang harus dia ambil untuk menyapa Harraz dan lain - lain. Tiba - tiba matanya tertancap ke arah seorang waitress yang sedang berjalan menuju ke arah meja itu. Sepantas kilat Aayra menahan waitress itu dari menuju ke situ. Dulang di tangan waitress tersebut diambil lalu Aayra membisikkan sesuatu di telinganya. Pada mulanya waitress itu seakan tidak bersetuju dengan tindakan Aayra. Namun setelah dipujuk dan diyakinkan, akhirnya dia bersetuju. Dania dan Sofya seakan terpinga - pinga melihat tindakan Aayra namun mereka hanya mendiamkan diri sebaik melihat senyuman nakal yang terukir di bibir Aayra.

Aayra mengatur langkah menuju ke meja Harraz dan Ezmal dengan penuh hati - hati. Bibirnya tersenyum nakal. Jiwanya mula terasa berkobar - kobar untuk menjalankan misinya itu. Dia sengaja memilih untuk berdiri di belakang Harraz dan Trisya sambil menghidangkan minuman kepada mereka. Niatnya hanya untuk mengelak dari dikenali. Namun tiba - tiba pandangan matanya bertembung pandang dengan sepasang anak mata Ezmal. Aayra pantas menghantar isyarat kepada lelaki itu supaya berdiam diri dan nampaknya Ezmal seakan akur dengan permintaannya. Sebaik meletakkan dulang kosong di belakangnya, Aayra pantas melabuhkan punggung di sisi Ezmal. Bibirnya mengukir senyum manakala tangannya melambai - lambai ke arah Trisya dan Harraz.

“Assalamualaikum. Buat apa tu?” Soal Aayra bersahaja. Pandangannya tepat merenung ke arah Trisya dan Harraz.

Harraz dan Trisya masing - masing terkedu saat disapa begitu. Sepantas kilat Trisya melepaskan pautan tangannya dari lengan Harraz. Manakala Ezmal hanya beriak tenang. Tidak sedikit pun dia menunjukkan riak panik melihat kewujudan Aayra di situ.

“Eh, kenapa lepaskan tangan suami I tu? Terkejut ke tengok I ada kat sini? Chill la. I ok jelah. If you nak peluk husband I tu pun, takpe. I izinkan. Alang - alang dah berkepit kan?” Tambah Aayra lagi.

“Sayang, what are you talking about? Tolong jangan salah faham ok? Semua ni bukan seperti yang sayang fikirkan. Let me explain." Harraz cuba untuk membela dirinya.

“It’s ok. Abang tak perlu jelaskan apa - apa pun pada Aayra. Everything is clear. Aayra datang ni pun just nak tegur korang je. Maaf kalau Aayra menganggu urusan abang dan yang lain - lain.” Balas Aayra tenang. Dia mula berura - ura untuk meninggalkan tempat itu namun Harraz lebih pantas bertindak. Lengannya ditarik kuat.

“Sayang please!! Jangan pergi. Dengar dulu penjelasan abang.” Harraz seakan merayu.

Aayra tidak menoleh sedikit pun ke arah suaminya. Pandangannya melekap jauh ke hadapan. Sungguh hatinya remuk berkecai saat ini. Namun dia tidak mahu terus kelihatan lemah di hadapan semua orang. Perlahan - lahan Aayra mengalihkan pandangannya ke arah Trisya yang dilihat hanya diam membatu sejak tadi. Matanya mencerlung merenung ke arah gadis seksi di hadapannya itu.

“Lain kali, tolong jaga sikit maruah you sebagai seorang perempuan. Jangan nak tunjuk murah sangat di mata lelaki. You tak rasa malu ke nak mengedik bagai di tempat awam macam ni? Dengan lelaki orang pulak tu? Mana harga diri you? Kalau ya pun dah tak tahan sangat, ajaklah pergi tempat yang tertutup sikit. Tak pun, ajak je suami I tu kahwin dengan you terus. Opss!! Itu pun
kalau suami I nak la dekat perempuan takde nilai macam you ni.” Sinis sekali Aayra melemparkan hinaannya kepada Trisya.

Ezmal dan Harraz asing - masing tersentak saat mendengar kata - kata sinis Aayra itu. Wajah tenang Aayra menjadi tatapan mereka. Namun tidak bagi Trisya. Dengan penuh berani, dia menolak bahu Aayra kuat.

“Hoi, perempuan!! Jaga sikit mulut kau tu, ya? Apa hak kau nak hina aku sampai macam tu sekali?” Kali ini Trisya memberanikan diri untuk membalas serangan Aayra.

“Ooo.. boleh pun cakap. Ingatkan dah bisu tadi. Excuse me, you cakap apa tadi? Jaga sikit mulut I? Eh, tak betul ke apa yang I cakapkan ni? Perempuan kalau ada harga diri, dia tak menempel tau dekat suami orang. Tak mengedik dengan suami orang di depan khalayak ramai macam ni. Tapi you? Bukan setakat tak de harga diri, tapi lengkap dengan pakej jalang!! Opps!! Tapi perempuan macam you ni, tahu ke apa maksud jalang? Eh, mestilah tahu kan? Kalau tak, buat apa you berani nak menyundal dengan suami orang.” Herdik Aayra kuat. Kali ini Aayra sudah benar - benar hilang sabar.
Kesabarannya tercabar apabila Trisya dengan beraninya menentangnya walaupun sudah jelas lagi nyata dia melakukan kesalahan.

Trisya berang. Semakin lama Aayra semakin berani menghinanya di depan khalayak ramai seperti itu. Sepantas kilat Trisya mendekati Aayra lalu wajah mulus wanita itu menjadi sasarannya. Namun belum sempat Trisya bertindak, Ezmal dan Harraz terlebih dahulu menghalangnya. Ezmal pantas mengilas tangannya ke belakang manakala Harraz pula memeluk tubuh isterinya erat.

“Enough, Trisya!! Jangan nak cetuskan masalah di sini. Malu orang tengok!! Now, kita balik office dulu. We all need to talk.” Arah Ezmal sedikit tegas.

“Dah takde apa lagi yang nak dibincangkan, Ezmal. Pandai buat, pandailah tanggung. Saya balik dulu. Terima kasih. Assalamualaikum." Ujar Aayra perlahan.

Sebelum berlalu pergi, sempat Aayra mencapai air coklat panas milik Harraz lalu disimbahnya ke wajah Trisya.

“Auchhh!!! Arghhhh!!" Jerit Trisya kepanasan.

Sekali lagi tindakan Aayra itu mengejutkan Ezmal dan Harraz. Namun Aayra tetap berlalu pergi dengan seribu satu rasa. Harraz cuba mengejar langkah Aayra yang sudah semakin jauh darinya namun ianya dihalang Ezmal.

“Let's her calm down first. Trust me. Everything is fine. She put her trust on you. She's just get mad on Trisya. Not you." Pujuk Ezmal lembut.

Harraz akur. Dia kembali mengatur langkah menuju ke arah Trisya. Gadis itu dilihat sedang menangis menahan kesakitan akibat disimbah air panas tadi. Namun Harraz tidak sedikit pun menunjukkan rasa belasnya kepada Trisya.

“Puas hati kau? You deserved it, Trisya!! Untung Aayra tak heret muka kau tu kat jalan tar sana. Kalau aku jadi Aayra, dah bersagat muka kau kat jalan tar sana aku buat. Kau ingat eh, Trisya! Kalau terjadi apa - apa dalam rumahtangga aku, hidup kau tak kan selamat!! And for now, you're fired!!" Tengking Harraz kuat sebelum berlalu pergi.

Trisya tersentak. Sungguh dia tidak menyangka Harraz akan memecatnya sepantas itu. Lebih menyakitkan hatinya apabila Harraz mahupun Ezmal langsung tidak membantu dirinya sebaliknya mereka pergi meninggalkan dirinya dalam keadaan memalukan seperti itu. Trisya benar - benar rasa terhina. Dalam diam dia mula menyimpan dendam kepada insan yang bernama Aayra dan Harraz. Bersama dendam yang tersemat di hati, Trisya bergegas keluar dari restoran itu dengan wajah yang tegang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience