Pintu bilik Muzik itu ditutup rapat lalu dikunci. Ryna yang bertugas menyimpan kunci memasukkannya ke dalam saku baju kurung sekolahnya. Setelah itu, kaki dilangkahkan menuju ke arah kawan dan kembarnya yang sedang menunggu dia berdekatan tangga.
Setelah itu, mereka bersama-sama meninggalkan bangunan Melati. Ryan meregangkan tangannya ke atas, menghilangkan lenguh. “Huh! Hilang serabut otak aku menghadap add maths tadi.” Pemain drum itu bersuara separuh menjerit.
“Hurm, betul kata kau. Aku tak tahulah macam mana nasib aku kalau kita tak jamming setiap kali waktu rehat. Dah meroyan aku agaknya. Fizik, kimia, biologi, add maths…”Luth, si vokalis pula bersuara. Bahu Ryan dirangkul.
Iman pula hanya senyum saja mendengar celoteh kedua kawannya itu yang sudah mula membebel tentang subjek killer mereka. Noah yang berdiri di sisi Iman pula hanya memandang lurus ke hadapan, hanya telinga yang mendengar namun langsung tidak memberikan sebarang respon.
“Dahlah, korang. Dramatik betul! Kalau susah sangat kenapa nak ambil subjek tu, kan dah menyusahkan diri.”Ryna mendengus. Bosan setiap kali mendengar rungutan kawan dan kembarnya itu yang itu-itu saja. Macam tiada yang lain.
Ryan tampar bahu kembarnya itu, “Kitorang merungut pun, kitorang tetap skor. Kau ada, budak sastera?”
“Aku pun skor apa, kau jangan nak perlekehkan aku. Kau..”
“Dah sudah. Korang berdua ni, pasal subjek pun nak gaduh.”Iman sudah melerai, apabila mereka sudah mendaki tangga bangunan blok tingkatan lima. Tidak ingin keriuhan mulut dua kembar itu mencuri perhatian pelajar lain. Rimas nanti.
Iman dan Noah memasuki kelas mereka. Mereka berlima masing-masing berlainan kelas, Ryan dan Luth sekelas dan Ryna juga kelas lain. Ryan dan Luth budak Sains Tulen, dan Ryna pula budak sastera. Iman dan Noah? Budak perakaunan.
Keduanya melabuhkan duduk di tempat mereka di meja paling hadapan berdekatan pintu. Buku dan peralatan tulis sudah diletakkan siap-siap di atas meja. Bersedia untuk belajar.
“Dua minggu lagi ada festival muzik kan?”Iman membuka bicara, sementara menunggu guru masuk ke kelas. Kelas mereka masih sedikit riuh dengan suara pelajar saling bercerita sesama sendiri, namun tidaklah terlalu bising seperti kelas-kelas yang lain.
Noah yang bersandar pada sandaran kerusi memandang Iman. “Ya. Kita join kan? Kita cuti sekolah seminggu. Ke kau ada hal masa tu?”
Iman menggeleng. “Tak ada. Kalau macam tu nanti aku daftar, kita bincang dengan yang lain nak bawa lagu apa.”
Noah mengangguk saja, “Hurm, kena practice lebih. Aku nak piala pertama juga kali ni.”
Iman senyum. “We’ll see…”
“Tak sabar nak balik rumah!” Ivy tersenyum-senyum sendiri, beg sekolah digalas di bahu dan buku teks dipeluk di dada. Dengan langkah ringan dia menapak satu demi satu langkah menuju ke asrama Puteri. Dalam hati mengira-ngira hari, menunggu waktunya untuk dia pulang ke rumah.
Sudah lama tidak balik rumah, hatinya sudah meronta-ronta rindu.
Tempat parkir kereta cikgu dia lintasi, sempat juga dia memberi salam kepada cikgu yang berpapasan dengannya.
Here comes the rain again
Falling from the stars
Drenched in my pain again becoming who we are
Bibirnya sudah bersenandung merdu. Dia menyanyi dengan bebas, kerana koridor berdekatan tempat parkir kereta cikgu menuju ke arah asrama Puteri itu lenggang.
Pintu kereta cikgu Helmi ditutup rapat sebaik sahaja beg dan kertas jawapan murid disimpankan olehnya ke dalam perut kereta. Baru sahaja dia ingin melangkahkan kaki menuju ke arah koridor, dia menghentikan langkahnya. Tidak tahu apa yang dia fikirkan, dia tiba-tiba menyembunyikan dirinya di belakang kereta dengan tubuh tingginya yang sedikit membongkok, mengintip ke arah koridor.
Dapat dia lihat si pendek yang jatuh terduduk di hadapan bilik Muzik itu sedang berjalan di koridor dengan bahagianya.
“Tak sabar nak balik rumah!”si pendek itu bersuara. Suara separuh menjerit itu bergema di koridor. Dia pelik sendiri, nak balik rumah pun nak kena excited sampai macam tu sekali ke?
Dia masih memerhati sehingga suara merdu si pendek itu mencecah gegendang telinganya.
“Wake me up when september end..”bisiknya perlahan, masih dengan mata mengekori si pendek.
*****
“Lama gila kau…”tegur Iman sebaik sahaja Noah sudah mendekatinya yang sedang duduk di atas motorsikal milik Noah.
“Sorry..”sepatah saja dibalas Noah. Ditambah lagi dengan nada suaranya yang mendatar sahaja. Helmet dipasangkan dikepalanya.
Iman turun daripada motorsikal lalu berpeluk tubuh. Wajah Noah dipandang dengan kerutan di dahi. Bibir yang memiliki senyuman yang sangat manis itu melengkung ke bawah. Menunjukkan raut wajah masam dan tidak berpuas hati.
Noah yang sedar Iman yang sedari tadi merenungnya dengan raut wajah masam itu hanya acuh sahaja. Satu lagi helmet diberikan kepada Iman.
“Pakailah cepat. Nak aku pakaikan lagi ke?”ketus Noah, menolak helmet itu sehingga menyentuh perut Iman. Iman semakin mengerutkan keningnya, helmet itu diambil lalu dipasang di atas kepala.
“Panas tau tak? Terbakar kulit aku ni..”Iman sudah mula hendak membebel. Noah naik ke atas motorsikal.
“Naik cepat. Kuat betul merungut mengalahkan perempuan!”sembur Noah tenang dengan bibir terjungkit sebelah mengukir senyum lucu.
Pap! Bahu Noah ditumbuk. Geram apabila disamakan dengan perempuan. Dia lelaki sejati, okey. Maskulin! Kacak bergaya lagi!
“Kau ni…”
“Ya..ya..naik cepat.”Noah memotong bunga-bunga omelan Iman. Membuatkan Iman terpaksa bungkam dan hanya naik ke atas motorsikal. Membonceng di belakang Noah.
Hari ini dia tumpang balik dengan Noah disebabkan tiada yang jemput dia balik. Duit habis, tak dapat bayar tambang bas sekolah. So, ada kawan boleh tumpang, dia tumpanglah.
Pukul 3 petang, semua ahli kumpulan The Gem’s sudah tercongok di ruang tamu rumah si kembar Ryan dan Ryna. Noah, Iman dan Ryna duduk di atas sofa manakala Ryan dan Luth duduk beralaskan karpet berbulu tebal di atas lantai.
Mulut Ryan dan Luth tidak berhenti mengunyah biskut coklat yang dibakar oleh ibu Ryan. Makan biskut berselang-seli dengan meneguk segelas jus oren. Segar yang amat.
“Woi, nak bincang ke nak makan?”Ryna sudah menyoal dengan nada kasarnya seperti biasa.
“Makan!”Ryan pula menjawab.
“Kau….”Baru sahaja Ryna hendak mula membebel, Noah sudah menyela terlebih dahulu.
Noah yang duduk berpeluk tubuh dan dua kaki menyilang itu membuka bicaranya, “Aku terfikir nak bawa lagu kumpulan Greenday, korang setuju?”
“Aku setuju je..”Iman yang duduk bersebelahan Noah, menyahut dengan bibirnya menyunggingkan senyuman manis yang menampakkan sebaris gigi putih dan rata milikknya.
Yang lain hanya mengangguk bersetuju.
Share this novel