BAB 34

Family Series 2595

“Kalau aku cerita, confirm bulu roma kau berdiri tegak punya. Memang seram” kata Alisha.

“Okay cerita lah korang. Tak sabar nak dengar nih” kata Faridah.

“Eh Ida bab cerita hantu laju je dengar. Tadi mengantuk sangat kenapa ?” tanya Adirah.

“Mana lah aku tahu tiba-tiba mata aku segar. Ceritalah” kata Faridah.

“Okay time ni masa fasi nak buat satu aktiviti burung hantu dekat hutan belakang sekolah tu” kata Alisha.

.

“Pelajar semua malam ni kita buat aktivit burung hantu. Aktiviti ini akan menguji keberanian kita menghadapi sesuatu perkara tak kira lah biasa atau luar biasa. Ciri kepimpinan yang ada dalam diri kita hendaklah berani menghadapi cabaran” kata salah seorang fasilitator tersebut yang bernama Aliyah.

“Berani hadap hantu adalah. Hehehe” kata Alisha sambil berbisik pada rakan sebelahnya.

“Shhh” kata Adirah membuat isyarat senyap.

“Hehe sorry” kata Alisha.

“Setiap pelajar hendaklah mempunyai empat orang satu kumpulan. Kumpulan itu akan mengikut fasilitator masing-masing dan ditinggalkan pada tempat yang sunyi di dalam hutan nanti. Lepas tu stay dalam satu jam di dalam hutan dan kembali ke sini setelah mendengar penggera pada megaphone ini dan wisel yang akan sy bunyikan nanti. Kumpulan yang sampai di sini dahulu adalah pemenang” kata salah seorang fasilitator itu yang bernama Azad.

Seorang pelajat mengangkat tangan dan bertanya kepada fasilitator itu.

“Bang kalau kitorang stay kat tempat tu nanti dapat tak kitorang balik sini semula ?” tanya pelajar lelaki itu.

“Saya suka soalan nih. Pelajar semua akan ditutup mata dan berjalan sambil berpegangan bahu dalam satu kumpulan. Cabarannya adalah cari jalan pulang untuk ke sini nanti. Jangan risau korang akan dapat balik sini semula. Faham semua pelajar ?” kata Aliyah.

“Lagi satu saya nak pesan ya. Masa berjalan kita tutup mata. Berhati-hati apabila berjalan di dalam hutan dan jangan lepaskan pegangan bahu kawan awak. Dan yang paling penting kalau awak ada depan sekali jangan lepaskan pegangan bahu fasilitator masing-masing” kata salah seorang lagi fasilitator iaitu Kamal.

“Mulut masing-masing jangan celupar ya. Ingat pesanan saya. Korang akan ditinggalkan bersama kawan-kawan awak sahaja. Apa-apa yang berlaku and nampak apa-apa, diam sahaja dan baca ayat-ayat Quran yang awak dah belajar selama kem ni dekat surau. Ini kegunaan awak nanti masa dekat hutan nanti” kata Azad.

“Okay semua pelajar. Bahagikan kumpulan pada empat orang. Saya bagi masa dalam 5 minit sahaja” kata ketua fasilitator, Hazim.

Semua pelajar mencari kawan-kawannya untuk membuat satu kumpulan. Alisha dan Adirah dalam satu kumpulan bersama seorang lelaki dan seorang perempuan iaitu Ijat dan Aida.

“Baguslah ada sorang laki. Kau depan sekali lah Ijat hehehe” kata Aida.

“Ah kau tak nak aku. Kau jelah depan sekali pegang abang fasi tuh” kata Ijat.

“Tengok la dulu fasi yang mana. Laki ke perempuan ke. Kalau fasi laki kau lah pegang bahu dia Ijat” kata Alisha.

“Masalahnya kita jalan tutup mata. Kang aku terjatuh macam mana. Dalam hutan kot bukannya atas jalan raya” kata Ijat.

“Apa-apa jelah. Janji Ijat depan sekali” kata Aida.

“Okay cukup dah empat orang ?” tanya fasilitator perempuan. Namanya Syamimi.

“Eh Kak Mimi jadi fasi ? Saya nak duduk depan sekali lah” kata Ijat.

“Alahai mamat ni tadi dia penakut sangat. Mentang-mentang lah Kak Mimi ni fasi yang dia minat” kata Adirah.

“Eh mana ada. Aku okay je. Kita kena ada sifat berani jangan ada perasaan takut. Korang faham ke tak” kata Ijat.

“Kalau aku tendang si Ijat ni tak dapat apa kang” kata Aida.

“Wah bagus Ijat. Nanti awak berjalan belakang sekali ya. Ketuai kumpulan nih” kata Syamimi. Ijat terkejut.

“Eh Kak Mimi takperlah saya jalan depan sekali la hehe. Saya pegang bahu akak nanti” kata Ijat membodek Syamimi.

“Amboi amboi patutnya kau belakang sekali Ijat. Banyak cantik muka kau” kata Adirah.

“Takperlah Irah biar Ijat duduk belakang saya. Awak,Isha dengan Aida susun ikut turutan siapa yang tinggi” kata Syamimi.

“Macam-macam la kau ni Ijat. Tinggalkan kau baru tahu” kata Alisha.

“Eh jangan lah camtu Isha. Macam mana nak tinggalkan kalau tutup mata nanti hehe” kata Ijat.

Syamimi menggelengkan kepalanya sahaja melihat gelagat mereka.

Wisel yang dibunyikan oleh Hazim selaku ketua fasilitator menandakan semua pelajar berhimpun mengikut kumpulan.

“Okay fasi semua bagi kain kat kumpulan masing-masing. Kita dah nak mula nih” kata Hazim.

Syamimi menyerahkan empat helai kain kepada Ijat dan menyerahkan kepada Adirah,Alisha dan Aida.

“Okay tutup mata korang semua dengan kain ni. Lepastu stay dalam barisan” kata Syamimi.

“Alamak tak nampak la aku lepas ni” kata Aida.

“Alah rilek. Benda boleh bukak kain sikit kat mata kan” bisik Alisha pada telinga Aida. Dia tersenyum sahaja dan menunjukkan tanda bagus.

“Korang beratur dalam satu barisan. Tutup mata dengan kain lepas tu pegang bahu kawan masing-masing. Awak duduk belakang Ijat ya” kata Syamimi. Ijat mengangguk.

“Amboi senyum lebar je. Siap kau nanti” kata Aida.

Ijat,Aida, Alisha dan Adirah masing-masing menutup mata dengan menggunakan kain dan berjalan dengan berhati-hati membuat satu barisan dan memegang bahu sesama rakan.

“Okay akak jalan slow je tau. Pegang bahu masing-masing dengan kuat. Jangan lepaskan. Kita dah nak masuk hutan ni. Apa-apa kat dalam hutan nanti tenang je tau. Bila dah sampai check point nanti akak suruh korang duduk je. Dalam seminit baru korang bukak kain penutup mata dan duduk dalam hutan dalam satu jam. Kembali ke sini lepas dengar wisel berbunyi. Faham korang ?” kata Syamimi dengan panjang lebar.

“Faham Kak Mimi” kata Ijat tersenyum. Aida mengangguk sahaja.

“Jangan lepaskan tau. Pegang bahu kawan korang kuat-kuat” kata Syamimi.

“Kita tak pernah masuk dalam hutan tu lagi kan ? Dahlah orang kata hutan tu keras” bisik Aida kepada Alisha.

“Ish mulut kau nih. Jangan la celupar. Dah lah malam gelap nih” bisik Alisha.

“Betul jugak tu Isha. Aku dah rasa tak sedap hati ini. Rasa naik bulu roma aku ni” bisik Adirah.

“Takde apa lah Irah. Mulut kau tu jaga sikit Aida” bisik Alisha. Aida menggelengkan kepalanya sahaja.

Setiap kumpulan berjalan bergilir-gilir masuk ke dalam hutan dengan perlahan sahaja mengikut fasilitator masing-masing. Beberapa minit kemudian tiba lah kumpulan Syamimi.

“Okay dah boleh jalan. Ikut je sambil pegang bahu kawan korang. Ijat pun sama ya” kata Syamimi lalu berjalan masuk ke dalam hutan perlahan-perlahan.

“Asal seram sejuk aku nih ? Dah la aku tak pernah masuk hutan nih” kata Syamimi dalam hati. Tubuh badannya sudah mula berpeluh.

Tiba-tiba Adirah terdengar seperti bunyi tapak kaki yang sangat kuat. Ia seperti berada di sebelahnya. Dia cuba menahan perasaan takutnya itu.

“Hihihihihihi….” bunyi mengilai kedengaran diselangi dengan gelakan manusia. Mereka percaya ada beberapa fasilitator sedang menyakat kumpulan mereka.

“Dah agak fasi punya kerja la ni. Bodoh la buat hal kat tengah hutan ni” bisik Aida yang berada di belakang sekali.

“Senyap je. Aku tahu kerja diorang. Apa-apa jadi senyap je sampai tempat tu nanti” kata Alisha.

Semasa berjalan di dalam hutan dalam keadaan mata yang tertutup, mereka mendengar segala bunyi dan hilaian yang menakutkan yang dibuat oleh fasilitator itu sendiri. Masing-masing menahan perasaan takut.

Manakala Ijat pula berasa badan dan tangan dipegang oleh seseorang. Dia terkejut dan terjatuh di atas tanah. Syamimi berhenti di situ juga. Ijat cuba bangun dan mendengar Syamimi sedang ketawa dengan seseorang. Ijat tahu ada seorang fasilitator yang mengusik Ijat dan mentertawakannya.

“Eh asal kau berhenti ni Irah ? Asal aku dengar macam orang jatuh ?” tanya Alisha kepada kembarnya di hadapan. Aida pun berhenti juga.

“Entah-entah Ijat jatuh. Aku tak pegang bahu dia nih” kata Adirah.

“Aduh siapa pulak pegang aku nih. Kak Mimi tolong nak bangun susah nih !” jerit Ijat. Adirah tersengih sahaja.

“Tolong pegang tangan saya Ijat” kata Syamimi sambil menghulurkan tangannya kepada Ijat. Ijat memegang tangan Syamimi dan mengangkatnya supaya Ijat dapat berdiri dengan perlahan-lahan.

“Wah sweet betul. Geli aku takkanlah dengan akak fasi pun minat” kata Adirah dalam hati.

“Okay Irah pegang balik bahu Ijat. Kita sambung berjalan. Berapa meter je lagi” kata Syamimi.

“Kak jangan la jauh sangat. Susah nanti kita semua nak balik kat sana” kata Aida yang berada di belakang sekali.

“Tak jauh pun Aida. Sabar ya nanti kita sampai” kata Syamimi.

Mereka kemudian menyambung perjalanan di daam hutan yang gelap gelita itu.

“Kau ni apahal tadi Ijat ? Jatuh ke ?” tanya Adirah kepada Ijat di hadapan.

“Haah lah. Aku rasa ada orang pegang aku apa semua tu yang aku terperanjat. Terus jatuh aku” kata Ijat.

“Kerja diorang la tuh. Saje nak takutkan” kata Adirah.

Seteleh beberapa minit perjalanan, Syamimi berhenti di hadapan sebuah batu besar tempat lokasi mereka akan menunggu sehingga isyarat akan berbunyi menandakan balik ke tempat asal semula.

“Okay semua duduk sini. Nanti dalam dua minit baru korang buka mata. Lepastu duduk sini dalam satu jam sebelum wisel atau penggera berbunyi. Selepas itu baru cari jalan pulang mengikut klu” kata Syamimi.

Aida, Ijat, Alisha dan Adirah duduk dengan berhati-hati dan bersandar di sebuah batu besar.

“Aik ? Klu apa yang kita kena cari kak ?” tanya Alisha kepada Syamimi.

“Aktiviti dekat sini adalah korang kena cari klu di sebalik batu besar yang korang sandar nih. Tapi jangan bukak mata dulu dalam dua minit ya” kata Syamimi. Alisha mengangguk.

Syamimi membiarkan sahaja mereka duduk bersandar di batu besar dan meninggalkan tersebut dengan perlahan-lahan. Selepas itu dia terserempak dengan Kamal, salah seorang fasilitator.

“Group kau macam mana ? Settle dah ?” tanya Kamal kepada Syamimi.

“Dah beres pun. Jom lah pergi sana. Aku dah rasa lain nih. Dengan korang mengacau student tadi terasa lain dah aku” kata Syamimi.

“Alah tak lah teruk sangat. Tapi aku dengar macam ada orang menjerit. Sah la ada sorang la student tu terkejut” kata Kamal.

“Jangan lebih-lebih sangat Mal. Aku tak nak kita jadi apa-apa nanti” kata Syamimi.

“Aik kita dah selalu jadi fasi. Dah berapa bulan kita ikut aktiviti macam nih. Dah la kau jangan fikir bukan-bukan. Memang la kau terasa lain” kata Kamal.

Sementara itu, Ijat, Aida, Adirah dan Alisha membuka penutup mata dan mendapati mereka di dalam hutan belantara yang gelap gelita.

“Gelapnya. Nak duduk sini dalam sejam lama jugak. Haih nak buat apa nih” kata Aida.

“Kita cari la klu dulu. Klu mende aku pun tak tahu” kata Adirah.

“Korang cari lah. Aku nak duduk kejap. Kaki aku sakit lagi nih” kata Ijat.

“Eehh mengadanya. Kemain kau dapat pegang tangan Mimi eh. Batal air sembahyang kau nanti” kata Alisha lalu menghentak kaki kiri Ijat.

“Aduh sakit lah Isha. Tak nampak ke seluar aku dah rabak nih ?” kata Ijat.

“Mengada kau. Carilah sekali” kata Aida.

“Nanti lah aku nak urut kaki aku jap” kata Ijat. Aida, Adirah dan Alisha mencari sesuatu yang diperlukan.

“Mana lahai benda yang minah tu cakap ? Tak jumpa nih. Kata dekat sebalik batu” kata Aida. Adirah menggaru kepalanya sahaja.

Tiba-tiba mereka terdengar seperti bunyi dahan patah. Ijat tiba-tiba terbangun dan pergi ke arah Aida.

“Eh elok pulak kaki kau. Kau ni apahal ?” tanya Aida.

“Dengar tak ? Bunyi dahan patah. Macam ada orang berjalan dan melompat.

“Dengar jugak. Diam jelah jangan lah tegur” kata Alisha lalu meneruskan pencariannya.

Bunyi itu semakin kuat kedengaran. Mereka mendengar seperti bunyi orang melompat.

“Alamak dia makin kasar pulak. Bunyi tu makin kuat lah” kata Aida.

“Korang…apa benda tuh ?” menggeletar tangan Adirah menunjukkan ke arah orang yang berbungkus seperti pocong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience