23 - Maaf

Romance Completed 45760

Hujan renyai-renyai sebentar tadi secara tiba-tiba lebat untuk beberapa saat. Kemudian, ia redah lagi. Meskipun begitu, Hanis tetap berdiri di bawah awan yang tekun menitiskan air hujan. Sama seperti wanita itu, tekun mengeluarkan air matanya. Separuh pakaiannya basah terkena air hujan itu. Sesekali angin bertiup dan terasa menggigit tubuh sampai ke tulang-tulang. Di jalan yang sepi, Hanis duduk melutut. Dia tidak kuat mendengar kata-kata Jason tadi. Hatinya seperti di tilam berkali-kali.

Terkadang dia terfikir akan nasibnya sendiri. Mengapa dirinya selalu di tindas sesuka hati? Apakah kewujudan dirinya di dunia itu hanya untuk merasai kesengsaraan dan kesedihan? Tidak layakkah untuk dia merasai seperti mana kehidupan orang lain yang bahagia? Lantas, Hanis menggelengkan kepala, menidakkan perkara mustahil itu akan berlaku.

“Kau tak layak bahagia, Hanis!!” ujarnya pada diri sendiri.

Dalam kesepian meladeni perasaan, Hanis tersedar dan merasakan air hujan tidak terkena kulitnya saat ini. Dia mendongak ke atas. Sebuah payung sedang terbentang luas di atas kepalanya. Segera Hanis melihat kepada insan yang memegang payung itu. Berkerut terus dahinya saat itu. Pandangan di buang ke arah lain ketika mata bertembung dengan Haiqal Jason, majikannya.

Jason menghulurkan tangan dengan niat ingin membantu wanita itu berdiri. Malangnya, Hanis memulaukan huluran tersebut. Dia berdiri dengan sendirinya. Kemudian, dia menjauh dua langkah dari lelaki itu.

“Thanks, tapi saya tak perlu bantuan sesiapa.” kata Hanis. Keadaan masih sama. Sejuk. Awan juga masih berwarna kelabu menyelimuti langit biru dan tiada tanda untuk matahari mengeluarkan sinarnya pada pagi tersebut.

Jason melepaskan keluhan berat. Huluran tangan tadi ditarik semula. “Banyak lagi tempat berteduh dekat sana. Kenapa dibawah hujan yang kau pilih? Tak takut sakit ke nanti?” Balasnya. Dua langkah di buka untuk menghampiri wanita itu.

Hanis undur selangkah. “Buat apa nak takut? Mati tanam.” tenang ayat itu meniti di bibir Hanis.

“Kau marah aku ke?” soalan yang kurang cerdik dikeluarkan oleh Haiqal Jason.

“Kalau saya tendang kepala tuan secara tiba-tiba, rasanya tuan seronok ke? Ketawa?” balas Hanis masih tenang. Wajahnya langsung tidak menayangkan senyuman.

Jason terdiam seribu bahasa. Salahnya sebab mengeluarkan soalan tanpa berfikir terlebih dahulu. Kan mendapat!

“Saya rasa lebih baik tuan balik ke cafe. Jangan buang masa tuan untuk memujuk perempuan berhati busuk macam saya. Tak apa, saya okay. Maaf kalau susahkan tuan,” tambah Hanis setelah bosan menunggu balasan dari lelaki itu.

Sekali lagi, nafas berat dilepas oleh Jason. Jelas Hanis terasa dan marah kepada dirinya. “My mistake. I'm sorry about that. Aku terbawa emosi sampai cakap kau macam tu. Entahlah... aku bingung...”

“It's okay, Tuan. Simpan aje kata maaf tu kepada orang yang lebih memerlukan. Saya tak terasa langsung dengan kata-kata tuan tadi. Hati saya kan kebal,” tegas Hanis walaupun sedikit sebak. Tetapi, dia cuba untuk menahan tangisan yang ingin mengalir untuk sekian kalinya. Cukup. Jangan bazir air mata lagi!

“I'm so sorry.... Er, okay macam ni, sebagai tanda maaf aku bagi kau cuti untuk hari ni. Kau rehat... Aku hantar kau balik nak?” pujuk Jason sungguh-sungguh. Ini kali pertama dia memujuk seorang wanita dan ini kali pertama juga dia membuat seorang wanita menangis. Timbul rasa menyesal yang sangat besar dalam dirinya. Bagaimana kalau wanita ini tidak memaafkan dirinya?

“Tak payah. Saya rasa baik berhenti kerja. Saya bukan perempuan yang baik. Ada baiknya saya menjauhkan diri dari tuan...”

“Kau bergurau kan? Tak kan nak sampai berhenti kerja? Kenapa?”

“Saya kan dah cakap... saya bukan perempuan yang baik. Yalah, asyik cari perhatian dan kikis duit tuan, kan?” jawabnya malas. Wajah Jason langsung tidak mahu di pandang. Sakit sangat hatinya mendengar kata-kata yang dilontarkan kepadanya tadi. Sampai saat ini, ia masih lagi bermain-main di ruang kepala.

Dahi Jason mula berkerut. Entah kenapa hatinya tiba-tiba sahaja dihempap kehampaan. Dia tidak mahu berjauhan dari wanita itu.

“No! Aku tak bagi kau berhenti kerja dengan aku. Tolonglah, Hanis. Aku minta maaf. Aku menyesal cakap macam tu tadi. Aku betul-betul menyesal! Tolonglah percaya aku....” rayunya dengan sungguh-sungguh.

“Tapi...”

“Please.... Ha, kau lepaslah amarah kau dekat aku. Kau maki atau pukul aku tak kisah. Kau cakap je apa yang perlu aku buat untuk tebus kesalahan ni. Tapi, janji jangan berhenti kerja, boleh?” Jason mula membuat perundingan dengan Hanis. Buntu akalnya untuk memikirkan cara agar wanita itu dapat memaafkan dirinya.

Hanis menghela nafas ringan. Kasihan pula mendengar nada bicara lelaki itu. Tidak sampai hati untuk marah atau memaki lelaki itu. Dan, itu bukanlah cara yang bagus untuk memaafkan kesalahan orang. Maafkan dengan ikhlas? Ya, begitulah.

“Saya boleh maafkan tuan, tapi saya nak tahu dari mana tuan dapat cerita tu? Siapa yang beritahu tuan?” Tanya Hanis setelah lama berdiam diri. Tubuh yang menggigil kesejukan tidak di hiraukan sama sekali. Kesejukan yang di rasa tidak dapat memadam kesakitan yang tergores di sanubari.

Jason hanya akur. “Tiga hari yang lalu, ada seorang wanita tiba-tiba datang jumpa aku. Tak berapa nak ingat muka dia. Tapi, waktu tu dia guna tudung dan kaca mata hitam...”

“Tudung?” soal Hanis.

Jason mengangguk mengiyakan. “Dia mengaku sebagai bekas ibu mentua kau. Dia tak ada mention nama anak dia. Tapi, dia cerita kau ni rayu anak dia sampai korang berjaya kahwin. Selepas itu, kau cuba nak bunuh isteri dia yang pertama...” ujar Jason panjang lebar. Tekun Hanis mendengarnya sambil melangkah bersama lelaki itu.

Hanis menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Ligat otak berfikir cuba membayangkan wanita yang dimaksudkan oleh Jason. Adakah wanita itu Puan Kartini? Tapi... Puan Kartini tidak memakai tudung. Ah, atau jangan-jangan itu hanya satu lakonan untuk mengaburi mata Jason. Apa motif sebenar wanita tersebut?

Tak habis-habis dua wanita itu mengganggu dirinya. Beberapa hari yang lepas, Neldia datang menyerangnya. Sekarang, ibu saudaranya pula mereka-reka cerita yang kurang baik kepada majikannya. Bingung Hanis di kala itu. Apa harus dia mengubah wajahnya? Jangan merepeklah Hanis!

“Kau dengar tak apa aku cakap ni?” tanya Jason apabila menyedari Hanis berada di dunia lain. Itulah kebiasaan wanita itu.

“Huh? Dengar... habis tu tuan percayalah cakap orang tu? Kurang cerdik betullah tuan ni,” perli Hanis.

“Ya tahu, aku bodoh masa tu. Aku terkejut juga bila tahu semua tu. But, kenapa kau rahsia kan status 'janda' kau?” Langkah Jason berhenti dan memandang ke arah Hanis. Keberadaan Cafe tidak berapa jauh dari tempat mereka berdiri saat ini.

“Sebab saya tak orang tanya kenapa boleh berpisah. Kalau saya rahsia kan, tiada siapa tahu, tiada siapa akan tanya sebabnya, dan saya pun boleh move on sedikit demi sedikit dari ikatan yang hitam tu.” balas Hanis. Terlihat lelaki itu terangguk-angguk faham.

“Saya nak tuan tahu, apa yang orang tu cerita semua tak betul. Memanglah saya kahwin dengan anak dia, tapi sayalah isteri pertama. Beberapa bulan, muncul pula isteri kedua dia...” kata-kata Hanis berhenti di situ.

Beberapa saat kemudian, dia menyambung lagi. “Biar saya jelaskan dengan tuan agar lebih faham. Saya berkahwin bukan atas dasar percintaan. Tetapi, atas pujukan ibu lelaki itu. Saya ingat boleh bahagia walaupun tak di cintai. Rupanya, derita yang saya dapat...”

“Beberapa bulan berkahwin, akhirnya muncul isteri kedua dia. Sangat menyiksa. Hari demi hari saya telan pahit penderitaan itu sampailah saya dijatuhkan talak. Itu pun sebab berlaku kejam pada isteri dia. Aduh... kenapa jadi meluah pula ni. Maafkan saya, tuan.” Merah wajah Hanis saat menyedari dirinya meluah. Nanti apa pula lekaki tu kata?

“It's okay, don't worry. Aku suka dengar orang meluah. Boleh ambil pengajaran daripada tu. Aku suka mental kau, sebab dapat bertahan sampai tahap macam ni.” Puji Jason.

Dia sendiri tidak tahu akan nasibnya jika berada di tempat Hanis. Kedua ibubapanya telah tiada dan hidup menderita selepas berkahwin. Bila dibayangkan, dia boleh gila hadap situasi itu sendiri. Kehilangan ayah sahaja, sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya. Ya, semenjak kehilangan ayahnya, dia tidak suka untuk sembang lebih banyak dengan orang lain. Dia lebih suka menyendiri.

“Tak semudah yang tuan nampak. Saya paksa diri untuk terus bangkit. Hidup perlu diteruskan. Nasib ada Atiqah yang sentiasa mendengar keluh-kesah saya dan selalu memberi semangat,” Balas Hanis. Jasa Atiqah tidak pernah dilupakan sampai bila-bila.

“Aku faham... aku betul-betul minta maaf. Itu kesalahan paling besar aku pernah buat. Jika boleh masa diputar semula, aku tak akan cakap semua tu.” Terang Jason. Terselit di wajahnya kecewa dengan diri sendiri.

“Okay, tuan. Saya maafkan. Chillah...”

“Lepas ni, kalau ada benda kau nak luah, cerita dekat aku je. Aku boleh je jadi bestfriend kau,” Jason tawar diri.

“ Thanks, tuan. Tapi... sekarang ni saya boleh baliklah kan? Tuan bagi saya cuti kan, kan kan?” usik Hanis.

“Amboi... soal cuti bukan main laju...”

“Gurau je... saya sambung buat kerja dulu lah. Buang masa cakap dengan tuan ni. Nanti tak ada gaji saya nanti," Sempat dia menjeling ke arah Jason sebelum melangkah masuk ke dalam Cafe. Mata Mariam bersama pekerja yang lain hanya dibalas dengan senyuman. Seketika, para pekerja itu mula sibuk apabila Jason muncul. Tahu takut!

****

korang maaf kan tak Haiqal Jason? hahaha. HAPPY READING SEMUA <3

Share this novel

imi
2022-12-18 16:45:31 

Hm kalau aku jangan harap aku maafkan jason


NovelPlus Premium

The best ads free experience