Bab 16

Action Series 6404

Tubuh Darris yang sedang bersandar di kepala katil dipeluk erat. Telinganya hanya mendengar alunan ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh suaminya.

Seusai membaca surah Yasin, wajah Amanda dipandang. Kembang hidung Darris apabila tubuhnya didakap oleh Amanda seolah-olah mengharapkan perlindungan.

"Awak..."

"Hmm, kenapa?"

Kepalanya ditundukkan sedikit memandang wajah isterinya.

"Saya nak pergi toilet."

Darris mengangguk.

Apabila Amanda sudah bangun dari katil, dia melihat Darris masih duduk bersandar pada katil. Amanda menarik muncung dan kaki Darris dikuis.

"Kenapa?" kening Darris dijongketkan.

"Temankan saya masuk dalam tandas tu sekali. Please..." rengek Amanda dengan wajah kasihan.

Membulat besar mata Darris mendengar ayat yang keluar dari mulut isterinya.

"Serius ke?" bersinar-sinar muka Darris seakan tidak percaya.

Haih rezeki jangan ditolak, fikir Darris. Mendengarkan rengekan Amanda membuatkan jantungnya bergetar hebat.

"Jomlah. Saya takut kat toilet sorang-sorang."

"Ye ke kau ni? Kau tak mimpi ke suruh aku temankan kau sampai ke toilet tu?" soal Darris dengan reaksi wajah bingung.

"Jomlah. Cepatlah. Saya dah tak tahan ni dari siang tadi saya tahan tau. Jomlah temankan saya masuk dalam tandas tu. Please..."

Tangan Darris ditarik. Dia sudah terkinja-kinja tidak tahan untuk melepaskan hajat kecil.

Pintu ditutup dan dikunci.

Amanda ke belakang. Sementara itu, Darris berdiri di pintu membelakangi isterinya sambil menahan getaran hati. Bimbang jika dia terkandas.

"Awak, pandanglah saya." arah Amanda.

"Hah?"

"Pandanglah sini. Saya takutlah kalau saya tak tengok muka awak." kata Amanda.

Darris mengetap bibirnya mahu saja dia tergelak namun ditahan. Darris akur.

"Tapi tutup mata tu. Jangan nak ambil kesempatan."

"Ya..."

"Jangan pandang!" Amanda memberi amaran.

"Mana ada. Tak pandang pun lah."

"Kau tengok ke? Jangan tau! Saya nak pakai seluar ni."

"Tak tengok. Bukannya nampak pun."

"Japp... jangan buka mata."

Tapi, siapa dapat menghalang keinginan Darris apabila wanita itu adalah isterinya dan menghalalkannya untuk melihat setiap inci tubuh wanita itu. Matanya dibuka memandang tepat ke arah Amanda.

"Darrisss!"

Mengekek Darris ketawa dapat mengenakan isterinya. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Kotak fikirannya sempat merakam pandangan sebenar tadi.

segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience