SETELAH Dylan mengajak Kyra untuk berkeliling, memperkenalkan ke rakan kerjanya yang lain. Betapa penatnya kaki gadis itu sekarang. Sementara Dylan, masih sibuk menunjukkan setiap ruangan yang ada di syarikatnya.
"And dekat sini..."
"Penatlah tuan, patah dah kaki ni." Keluh Kyra.
Langkah Dylan serta-merta terhenti, lalu perpaling menatap assistantnya.
“Baru jalan sikit dah penat?. Macam orang tualah dia ni.”
“Rehatlah sekejap, please. Bossku yang kacak.” Pujuk Kyra.
“Di persilakan rehat, kalau nak gaji di potong." Kata Dylan, lalu melangkah pergi.
"Tuan ! ." Panggil Kyra. Namun tidak di perduli sama sekali. “Ish, dasar Tuan Devil.” Kesalnya, pada pemuda itu.
*****
DAN sekarang, Kyra dan Dylan berada di sebuah ruangan mewah. Terlihat juga seorang gadis cantik, sexy, dengan baju yang sedikit terbuka di bahagian buah dadanya, dan terdapat juga alat dan ubat yang pelik-pelik di atas meja, singkat katalah semua itu untuk orang dewasa. Kyra yang melihatnya pun malu, apalagi Dylan yang hanya menunduk pandangannya.
“Jemput minum.” Pelawa gadis itu.
"Thank you."
“You can go now, see you later.” Ujar pemuda di hadapannya, sambil tersenyum mengoda kearah gadis itu.
“Baiklah tuan.” Lalu melangkah pergi. Sebelum gadis itu beredar, pemuda itu sempat menampar bontot gadis itu. Tapi reaksi gadis itu biasa sahaja, seperti sudah biasa. Patutlah Dylan menyuruhnya berhati-hati pada sepupunya itu, kerana Miang rupanya.
“So let's get started now. But before that, who is the beautiful girl next to you?.” Soalnya dengan memandang Kyra dari atas sampai bawah, seakan-akan ingin menelannya saja.
Betapa kesalnya Dylan ketika sepupunya memandang assistantnya seperti itu. Lalu di lepaskannya baju kotnya, kemudian di tutupnya paha Kyra agar Hilman berhenti menatap paha assistantnya itu.
Betapa terkejutnya Kyra dengan tindakkan Dylan.
“Kenapa nak tahu, so kenapa kau nak jumpa aku ni?. Ada masalah ke?.” Tanya Dylan.
Ya, Hilman merupakan sepupunya Dylan. Malah lebih tinggi pangkatnya dari Dylan. Walaupun mereka sepupu, namun perangai mereka jauh berbeza. Yelah meskipun Dylan orangnya sukakan kebebasan, sering juga ke club, mencari hiburan. Namun seumur hidupnya, belum pernah lagi tidur dengan mana-mana perempuan, ataupun merosakkan anak dara orang, kerana dia di ajar untuk hormat pada perempuan bukan merosakkannya.
Berbeza dengan Hilman yang penuh dengan nafsu. Itulah alasan dia tidak suka mengambil assistant perempuan. Bukan kerana benci, hanya saja Dylan tidak mahu assistantnya nanti menjadi mangsa pemuas nafsu Hilman. Cukuplah dengan apa yang terjadi dengan assistant sebelum ini, iaitu Sally yang menjadi mangsa pemuas nafsu Hilman, sehingga gadis itu mengandung. Namun Hilman langsung tidak mahu bertanggungjawab, hanya memberi wang sebagai gantinya sebanyak 2 juta. Adakah 2 juta itu cukup?, berbanding dengan kasih seorang ayah. Anak Sally memerlukan kasih seorang ayah bukan wang.
Dylan pun hairan kenapa sepupunya itu langsung tidak berubah. Mungkin saja dia mengikuti jejak ayahnya, yang bertukar ganti perempuan setiap harinya untuk tidur dengannya tanpa mengira usia.
Dylan pernah melihat sekali, ayahnya Hilman merogol seorang remaja yang berusia 16 tahun, oleh kerana ayah kepada gadis itu tidak dapat melunaskan hutangnya, maka sebagai ganti, anaknyalah yang jadi taruhan. Rintihan kesakitan gadis itu, masih tergiang-giang di telinganya. Sekarang ni yang Dylan tahu, gadis itu sudah menjadi pelacur kelas atas dengan bayaran mencecah 5k per/jam. Amat di sayangkan, namun mungkin itu juga takdir. Dia juga tidak tahu.
“Cik ni Zanna Kiraniakan?.” Tekanya.
“Betul, macam mana tuan tahu?. Saya belum, perkenalkan diri lagi.” Terkejut Kyra.
“Sudah tentu saya tahu, awak ni assistant Dylankan?. Cantik, pandai Dylan pilih. Tapi kalau Dylan terlalu kasar, or suka marah-marah. Cik...."
“Anna. Panggil saya Anna."
“Yup, cik Anna di alu-alukan untuk menjadi assistant saya. Jika Cik Anna menjadi assistant saya, maka saya jamin yang Cik Anna akan bahagia malah takkan dapat lupakan saya.” Katanya, berserta senyuman penuh makna.
“Saya sangat menghargai tawaran tuan, tapi saya mula selesa dengan Tuan Dylan. Tak mungkinkan saya mengkhianati boss saya sendiri semata-mata, tuan menawarkan kebahagiaan, sedangkan kebahagian ada di mana-mana bukan hanya terletak pada tuan." Lawan Kyra berserta senyumannya. "Ops, sorry biadap pulak, maklumlah sayakan orang baru. Adab pun baru nak belajar.” Tambah Kyra.
Kata-kata assistantnya membuatkan Dylan ketawa kecil, kerana biasanya jika sepupunya itu menawarkan kemewahan, maka semua gadis berebut ingin di sampingnya, tapi tidak untuk Kyra.
Wajah Hilman yang tadinya ceria bertukar serius, kerana dalam sejarah hidupnya belum pernah ada lagi gadis yang menolak, apalagi mengejeknya seperti ini, di tambah ketawa bangga Dylan. Betapa panasnya hatinya sekarang.
“So aku rasa, kau takda perkara penting nak di bincangkan. Jadi, kalau macam tu kami gerak dulu, jom Anna."
“Kami mintak diri dulu tuan, selamat berkerja.” Ucap Kyra. Lalu melangkah pergi bersama Dylan.
Sementara Hilman, masih dengan tidak puas hatinya pada Dylan, terutama assistantnya yang berani berbuat demikian.
‘Kau tunggu je perempuan. Berani kau mempermalukan aku depan si Dylan tu, mentang-mentanglah dia tu bos kau.' Katanya, dengan menikam gelas yang ada di depannya sehingga sepihan kaca bertaburan di mana-mana. 'Ok fine, aku akan pastikan yang kau akan menderita. Masa tu, baru kau tahu siapa Hilman yang sebenarnya."
“Why, anak daddy emosi semacam ni?.” Sapa daddynya iaitu Datuk Wanqalif. Lalu duduk di kerusi berhadapan dengan anak lelakinya itu, yang terlihat kesal akan sesuatu.
“Daddy !.”
“Tadi daddy terserempak dengan Dylan. Dia nampak bahagia je. Tapi yang daddy tertarik, dia bahawa seorang gadis cantik ni. Mungkin tu ke, penyebab anak daddy ni marah?.”
“Ya, perempuan tu dah buat hati Hilman ni terbakar. Daddy nak tahu, dia dengan beraninya malukan Hilman depan Dylan. Ish, kalau takda Dylan tadi daddy, dah lama Hilman siksa perempuan tu biar dia tahu siapa Hilman ni.” Marahnya.
“Anak daddy nikan hebat, setakat perempuan macam dia tu mudah je. Ni Hilman perempuan macam nilah syok tau. Kalau kita dah dapat dia, kita kerjakan dia cukup-cukup sampai dia meraung mintak ampun. Papa pun mula tertarik dengan dia, gadis yang unik.”
“Kan, Hilman mesti dapatkan dia.”
“Tapi kamu kena pandai sembunyikan ni dari isteri kamu tu. Daddy takut nanti dia tahu, lagi-lagi sekarang nikan dia tengah sarat mengandung. Orang mengandung ni sensitif."
“Daddy jangan risaulah, Caca tu pendiam orangnya. Tak banyak bunyi. Lagipun dia tu takut sangat dekat Hilman ni. Sekalipun Hilman menduakan dia, dia takkan berani marah Hilman punya. Daddy jangan risaulah."
“Nilah anak daddy. Jangan takut sangat dekat bini, lawan.”
“Tengoklah siapa bapanya.” Kata Hilman berserta ketawanya.
*****
SEMENTARA di dalam kereta, terlihat Dylan dari tadi tersenyum, kadang-kadang ketawa sendiri, membuatkan Mirul dan Kyra hairan dengan sifat boss mereka yang agak aneh itu.
“Are you ok?.” Tanya Mirul.
“Ok, ok sangat-sangat.” Jawab Dylan, berserta ketawanya.
“Kenapa ni tuan?. Apa yang lucunya?. Dari tadi asyik ketawa je kerjanye. Why?. Seramlah dia ni. Kenapa rasuk dengan hantu ketawa ke?." Tanya Kyra kebingungan.
“Aduh, aduh sakit perut aku. Ok, ok, ok. Kita serius.” Lalu menarik nafasnya dalam-dalam, untuk menenangkan dirinya yang terlebih happy itu. Lalu tatapannya beralih kepada Kyra.
"Ya, kenapa pandang saya macam tu?."
“Kau memang yang terbaik, aku tak pernah lagi tengok muka si tokek tu macam tu. Puas hati ni, sekarang kau adalah assistant terbaik aku. Macam nilah yang aku cari selama ni, berani, tak makan godaan. Kau memang terbaiklah.” Puji Dylan, lalu memeluk erat Kyra. Membuatkan Mirul, Lan (driver), terutama Kyra terkejut dengan tindakkan Dylan itu.
“Tuan, sesak nafas ni. Lepaslah. Apa ni, main peluk-peluk."
"Eh, sorry. Aku terlalu gembira, sampaikan tak sedar yang aku terlebih pulak. Maaf sekali lagi.” Mohon Dylan, dengan melepaskan pelukkannya.
“Oh ni pasal Tuan Hilman tadi ke?. Tapi saya takut jugak, tengok mata dia tadi macam nak makan saya tau.”
“Kau jangan risaulah, aku akan lindungi kau sebaik mungkin. Memandangkan harini, hari bahagia aku. Jom kita pergi party."
"Kalau nak party, tunggu gaji dululah tuan." Kata Mirul.
"Betul tu." Sokong Lan.
" Jangan risaulah, biar boss korang ni yang belanja."
“Betul ke tuan?.” Soal Mirul.
“Betullah.”
“Tapi, kitakan ada meeting lepas ni. Mana boleh party dulu.”
“Anna ku sayang, lepas meetinglah kita pergi. Buat apa kita pergi sekarang.” Balas Dylan dengan senyuman terukir di bibirnya.
“Oh. Ok.”
Mirul masih binggung dengan apa yang terjadi antara Kyra dan Hilman sampaikan, tuannya berpuas hati seperti ini. Tapi itu tidak penting, yang penting sekarang dia pun turut bahagia melihat tuannya tersenyum gembira seperti ini, kerana lebih dari 8 tahun dia berkerja dengan Dylan baru sekarang, dia melihat senyuman tuannya selebar itu.
*****
SELEPAS saja meeting selesai. Dylan mengajak Kyra, Han, Mirul juga drivernya untuk ke salah satu pusat karaoke yang terkenal juga mewah di Malaysia. Tersaji banyak makanan, juga terdapat banyak jenama air alkohol di atas meja.
“Minum !.” Kata mereka serentak, lalu meneguk air beer masing-masing sehingga habis. Namun Kyra hanya meneguk air cola sahaja.
“Ai Anna, kenapa minum air cola je?. Minumlah air anggur ni, sedap tau. Cubalah.” Pelawa Dylan, dengan menyerahkan segelas air beer kepada assistantnya itu.
“Takpalah tuan, cola ni pun sedap. Lagipun saya ni drive. Saya takut mabuk nanti. Bahayakan.”
“Jangan risaulah, kan kami ada. Nanti kami hantarlah Cik Anna balik. Ok.” Pujuk Mirul.
“Minum, minum, minum.” Sorak mereka semua.
Membuatkan Kyra tidak ada pilihan selain, menghabiskan segelas air yang memabukkan itu.
“Yeah.” Sorak girang semua orang, apabila Kyra menghabiskan minumannya.
•••
(30 MINIT KEMUDIAN), terlihat Kyra juga Han sedang dilanda mabuk berat, kecuali Dylan, Mirul juga Lan yang masih normal, kerana sudah biasa. Mungkin?.
“Mari menyanyi bersama saya, ratu kecantikkan. Wow.” Teriak Kyra sambil berjoget-joget bersama Han. Membuatkan, Mirul dan Lan hanya mengelengkan kepala saja. Sementara Dylan mencapai telefon bimbitnya, lalu di rakamannya kerenah Kyra yang sudah hilang kewarasannya itu.
"Wow, dengarlah, hai sobat, saat kau maksiat. Dan kau bayangkan ajal mendekat. Apa 'kan kau buat? Kau takkan selamat'. Pasti dirimu habis dan tamat." Nyanyi Kyra dengan memandang Dylan seakan-akan lagu itu tertuju untuknya.
“Dah teruk dia ni.”
“Saya pun rasa macam tu juga tuan, tengok tu banyak-banyak lagu dalam dunia ni, tobat maksiat jugak dia nak nyanyi.” Balas Lan.
“Ingat mati, ingat sakit, ingatlah saat kau sulit. Ingat, ingat hidup cuma satu kali. Berapa dosa kau buat? Berapa kali maksiat?. Ingat, ingat sobat, ingatlah akhirat. Cepat ucap. Apa semua?.”
“Astaghfirullah hal adzim.” Jawab Han.
“Dah, dah. Dah malam ni.” Kata Dylan, dengan menghampiri Han dan Kyra.
“Ala tuan, enjoylah. Hahaha. Saya lagi syok ni nyanyi, ganggulah tuan ni. Kan tuan Han.”
“Yelah, you. Kami tengah enjoy ni, sana sikit.” Sokong Han, dengan menolak tubuh Dylan jauh dari mereka.
“Dah malam ni, you esok ada pertemuan pentingkan. Dah balik. Lan bawak Tuan Han balik. Kalau dah sampai nanti call or mesej saya.” Arah Dylan, lalu mencium dahi kekasihnya sebelum ia pulang ke rumah.
“Baiklah tuan. Jom tuan Han kita balik.”
“Tak nak.”
“Jomlah tuan Han.” Pujuk Lan.
"Kan saya dah cakap, yang saya tak nak, tak naklah. Apa susah sangat ni." Marah Han, dengan menolak-nolak tubuh Lan yang mendekatinya.
"Jom balik." Tegas Lan dengan mendukung pemuda itu untuk pulang kerumah. "Kami pergi dulu."
"Hati-hati."
"Baiklah." Lalu melangkah pergi, dan yang tersisa kini hanya tinggal Kyra, Dylan dan Mirul.
“Dah jom balik dah malam ni. Nanti keluarga kau risau pulak.”
“Risau?, kalau saya tak balik pun mereka lebih sukalah. Kalau tuan nak balik, tuan baliklah saya tak nak.”
“Apa cakap macam tu, aku yakin keluarga kau mesti tengah tunggu kau sekarang ni.” Pujuk Dylan.
Kyra pun menghampiri Dylan, lalu mendekat di dada pemuda itu dengan posisi kepalanya mendonggak ke atas memandang Dylan.
“Keluarga saya tak seperti keluarga tuan, yang bahagia, risaukan tuan sentiasa. Keluarga saya hancur, sehancur-hancurnya. So kalau tuan nak hantar saya balik, tuan boleh hantar saya dekat..., dekat rumah Yaya. That my bff." Ujar Hana yang hampir saja jatuh, namun sempat di tangkap oleh Dylan.
“Ok, bagitahu saya dekat mana rumah Yaya tu?.” Tanya Dylan sambil tangannya memeluk erat pinggang Kyra agar tidak jatuh dengan keadaan Kyra yang terhuyung-hayang seperti ini.
Kyra pun mengaru-garu kepalanya. “Emm, saya pun tak tahu dekat mana rumah dia?. Mungkin dekat hati tuan kot. Hahaha.” Guraunya.
“Dekat hati aku, takda rumah kau. Cepat bagitahu aku, mana terletaknya rumah Yaya atau macam ni, mana telefon kau. Senang sikit aku nak berhubung dengan si Yaya tu.”
“Telefon?. Emmm...Oh, ada.... tapi dah buang hahaha.”
“Buang pulak, macam mana ni boss?.” Tanya Mirul.
“Takda pilihan lain.” Lalu mendukung Kyra.
“Nak bawa pergi mana, budak ni tuan?.”
“Ikut jelah saya.” Lalu melangkah pergi, sementara Mirul hanya mengikuti sahaja bossnya. Meskipun, dalam kepalanya ada banyak tanda tanya.
Share this novel