PROLOG

Romance Completed 124211

Marina Medina... Seorang gadis biasa yang dipaksa berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihannya dan dipaksa menerima lamaran lelaki itu demi menjaga nama baik keluarga hanya kerana keluarganya berhutang dengan Datuk Abbas.

Marina atau lebih dikenali sebagai Rina, berusia dua puluh tahun, yang bekerja sebagai pembantu jualan di kedai yang menjual barangan kosmetik, sudahpun mempunyai seorang teman lelaki, Azmeer yang tua setahun darinya. Perkenalan mereka bermula sejak dari zaman sekolah menengah lagi.

"Rina... Takkan Rina sanggup terima lamaran lelaki kaya tu?"

"Rina terpaksa, Meer. Ini semua atas desakan dan arahan ayah dan ibu Rina. Meer tahukan macamana susahnya, ayah dan ibu Rina selama ini?"

"Tapi Rina... Rina terlalu muda untuk menyandang gelaran seorang isteri. Dan lagi, macamana dengan plan kita? Kita dah janji nak sambung belajar, lepas tu bina kehidupan kita bersama..."

"Meer... Tolonglah, Meer... Rina bukan nak mungkir janji. Tapi, keadaan memaksa, Meer. Rina tak nak ayah Rina masuk lokap hanya kerana ketidakmampuan ayah membayar duit yang ayah pinjam dari Datuk Abbas."

"Rina, takkanlah orang kaya tu tak faham keadaan ayah Rina?"

"Rina minta maaf, Meer. Ayah Rina tak mampu nak bayar hutang sebanyak sepuluh ribu ringgit yang ayah pinjam dari orang kaya tu sejak dua tahun yang lalu. Ayah dah semakin tua, Meer. Ayah dah tak larat nak bekerja lagi. Lagipun, ayah Rina dah tak sihat sangat."

"Rina... Meer sayangkan Rina. Meer tak nak Rina berkahwin dengan orang tua tu... Rina layak jadi anak dia, bukan isteri dia..."

"Rina minta maaf, Meer. Rina tak mampu nak bantah arahan ayah dan ibu. Kalau Meer betul-betul sayangkan Rina, tolonglah... Terima semua ini dengan redha. Redha ini bukan jodoh kita, Meer."

"Semudah itu Rina? Semudah itu? Rina tak sayangkan Meer ke? Rina lupa dengan semua janji yang kita patri selama ini?"

"Azmeer... Tolonglah... Rina dah buntu, Meer. Kalau boleh Rina lari dari semua ni, dah lama Rina lari. Meer tahu tak, Rina sampai simpan niat nak bunuh diri, tau tak?" Tergamam Azmeer mendengar pengakuan Rina.

"Jangan Rina! Jangan buat benda bodoh. Ini semua dilarang dalam agama kita, Rina. Ingat Tuhan, ingat Allah..." Lengan Rina dirangkul.

"Kalau Meer sayangkan Rina, tolong... Tolong faham keadaan Rina. Rina tak minta lain... Rina hanya mahukan Meer bantu Rina, beri Rina kekuatan untuk Rina teruskan kehidupan ni..." Ujar Rina seraya merenung mata hitam milik Azmeer.

"Walaupun terpaksa?"

"Rina terpaksa, Meer. Sejujurnya, Rina tak mahu semua ni berlaku dalam hidup Rina. Tapi, Rina tiada pilihan." Ujar Rina sambil menundukkan kepalanya.

"Meer minta maaf, Rina... Kalau itu yang Rina, mahukan... Meer akur... Meer lepaskan Rina walaupun terpaksa. Meer doakan Rina bahagia dengan perkahwinan Rina..." Air mata Rina bergenang di tubir mata.

"Rina... Cuma satu yang Meer nak katakan..." Sempat Meer titipkan doa dan harapan buat sang kekasih.

"Apa dia, Meer?" Rina mengesat air matanya dengan belakang tangan.

"Andai suatu hari nanti... Jodoh Rina dengan orang kaya tu tidak panjang... Pulanglah. Pulanglah ke pangkuan Meer. In shaa Allah... Meer akan pastikan apa yang kita patrikan selama ini, menjadi realiti..."

"In shaa Allah, Meer. Tapi, Rina mohon, jangan terlalu meletakkan harapan setinggi gunung pada Rina."

"Meer percaya dengan Rina dan Meer anggap semua ini sebagai ujian buat kita."

"Rina minta maaf. Rina dah musnahkan harapan dan impian kita. Doakan Rina, ya?" Azmeer simpan senyum.

"Baiklah kalau itu yang Rina mahukan. Meer akur dengan ketentuanNya... Meer doakan Rina bahagia dengan kehidupan Rina. Meer doakan Rina bahagia dengan keluarga baru Rina. Assalammualaikum..." Ujar Azmeer dan seraya itu melangkah meninggalkan Rina sendirian di cafe kegemaran mereka.

"Waalaikumussalam, Meer..." Jawab Rina perlahan dengan esakan kecil.

Perkahwinan Rina yang sudah dirancang, sedikit pun tidak Rina pedulikan. Apa yang disuruh oleh ayah dan ibunya, Rina turuti tanpa sedikitpun bantahan. Rina tahu, sebagai anak tunggal dalam keluarga, Rina terpaksa mengikut dan patuh pada arahan kedua orang tuanya.

"Rina..." Tiada jawapan.

"Rina!"

"Oh, ibu... Eh... Ish, ibu ni... Terkejut Rina..." Ibu tergelak kecil.

"Rina termenungkan apa sampai ibu panggil pun Rina tak sedar?"

"Maaf, bu. Rina terleka sekejap. Duduklah, bu..."

"Boleh ibu tanya sesuatu?"

"Tanyalah bu..."

"Rina redha dengan perkahwinan ini?" Rina melepaskan keluhan. Senyuman dihadiahkan buat si ibu.

"In shaa Allah, bu. Rina redha dan Rina terima dengan ikhlas."

"Ibu minta maaf. Ibu tak mampu nak halang permintaan ayah."

"Takpe, bu. Rina faham."

"Rina nak ibu cakap dengan ayah? Kalau Rina tak setuju, ibu pujuk ayah, batalkan majlis ni, ya?"

"Jangan, bu! Jangan! Kasihan ayah, bu... Nanti, ayah tentu kecewa."

"Tapi, Rina tentu lebih kecewa sebab terpaksa pertaruhkan kehidupan remaja Rina dan pelajaran Rina semata-mata untuk perkahwinan ini."

"Ibu..." Kekura tangan ibu, ditepuk perlahan.

"Ibu jangan risau, ya... In shaa Allah... Rina okay je. Cuma, ini pengalaman baru buat Rina... Rina mohon ibu doakan Rina, ya..." Ibu menarik tubuh Rina masuk dalam pelukan sebelum dahi Rina dikucup.

"Ibu sentiasa mendoakan kebahagiaan Rina dunia dan akhirat. Moga syurga buatmu, sayang..." Rambut Rina diusap.

"Terima kasih ibu. Rina sayang ibu."

"Ibu pun sayangkan Rina..." Kedua beranak itu berpelukan. Untuk melepaskan satu-satunya anak gadis mereka merangkap anak tunggal dalam keluarga, bukanlah perkara mudah. Rina, anak yang pandai. Sepatutnya, Rina menyambung pelajarannya ke universiti yang telah Rina pilih.

Tetapi, atas desakan si ayah, Rina terpaksa melupakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya. Malah, Rina terpaksa melupakan cintanya pada Azmeer, sang kekasih yang sudah dikenali sejak enam tahun lalu demi menunaikan hasrat si ayah bagi menyelesaikan hutang. Mudah sungguh impian si ayah.

Dalam dunia yang serba canggih ini, masih lagi ada melayu tipikal. Menjadikan si anak untuk melangsaikan hutang. Sejujurnya, si anak tidak redha dengan perkahwinan mengarut ini. Namun, demi menghormati si ayah, si anak berkorban asalkan si ayah bahagia walaupun terpaksa berkorban segalanya.

"Ya Allah... Andai ini sudah takdir yang ditentukan buat aku... Kau permudahkanlah urusanku Ya Allah. Permudahkanlah urusan ibu ayahku. Aku sayang mereka Ya Allah... Aku redha dengan ketentuanMu... Aamiin..." Wajah diraup usai berdoa.

Sejak mendapat berita tentang perkahwinan yang diaturkan oleh orang tuanya, Rina sering mendirikan solat istikharah demi mendapat petunjuk dari Yang Maha Esa.

Bukan mudah nak melupakan kisah cinta lamanya dengan Ameer, lelaki yang pertama menjentik pintu hatinya sehingga terbuka dan menerima kehadiran seorang lelaki. Perkenalan dengan Azmeer, bermula bila Azmeer yang lebih tua setahun dari Rina, membantu Rina sebelum terjatuh dari tangga akibat ditolak kawan-kawan setingkatan.

Flashback #

"Argh!" Rina sangkakan dia sudah terjatuh ke lantai selepas ditolak kawan-kawan sekelasnya. Tapi, Rina dapat rasakan lantai itu berlainan sekali.

"Hah...! Ma...afkan saya... Sa...saya tak sengaja..." Ujar Rina sebaik sahaja sedar dia terjatuh ada badan seorang lelaki. Dengan pantas, Rina bangkit dari badan pemuda itu.

"Takpe... Awak okay?" Soal si pemuda yang sedang membersihkan punggungnya dengan tapak tangan selepas terbaring di lantai selepas menyelamatkan Rina dari tersembam ke lantai.

"Awak okay ke?"

"In shaa Allah. Saya okay. Awak okay tak?"

"Alhamdulillah. Terima kasih selamatkan saya."

"Sama-sama. Macamana awak boleh jatuh ni?" Rina mendongak ke atas ke arah kawan-kawannya yang sudah melarikan diri selepas menolak Rina.

"Saya..."

"Kenapa biarkan diri awak dibuli pelajar-pelajar lain?"

"Saya orang miskin. Takde siapa yang nak berkawan dengan saya. Jadi, mereka buli saya..."

"Tapi, itu tak bermakna awak kena biarkan diri awak dibuli dan didera oleh pelajar lain..."

"Bukan macam tu..."

"Mari, kita ke kantin..."

"Err... Takpe... Terima kasih. Saya ada bawa bekalan makanan."

"Saya tahu awak lapar... Mari..." Nak tak nak, Rina mengekori Azmeer ke kantin. Rina malu bila dirinya diperhatikan pelajar lain.

"Tak payah nak pedulikan orang. Awak buat selamba je..." Ujar Azmeer sebelum melabuhkan punggungnya ke kerusi panjang di kantin sekolah. Rina turut melakukan perkara yang sama.

"Saya, Azmeer... Awak panggil saya, Meer..." Azmeer menghulur tangan kanannya. Lambat Rina menyambut huluran tangannya.

"Saya... Rina... Marina Medina..."

"Saya tahu."

"Hah? Awak ke...nal saya?" Tergagap-gagap Rina. Yelah... Rina seorang pelajar yang miskin, mana mungkin dia dikenali di sekolah itu.

"Bukan kenal. Tapi, saya dah lama perhatikan awak, Rina." Merona wajah Rina.

"Ke...napa perhatikan saya?"

"Nama awak selalu meniti di bibir guru-guru sebab kebijaksanaan awak... Jadi, saya teruja dan ingin sangat mengeanali awak dengan lebih rapat."

"Saya tak hebat mana, awak..."

"Itu kata awak... Tapi, nama awak selalu disebut antara pelajar cemerlang di sekolah ni." Rina sekadar mengangguk kepalanya.

"Rina dah makan?" Pantas Azmeer menukar topik perbualan. Rina menggelengkan kepalanya sambil menunjukkan bekal makanan yang pecah selepas terjatuh dari tangga tadi.

"Takpe. Rina tunggu sini."

"Err, awak..."

"Rina tunggu sini. Saya belikan makanan untuk awak..."

"Awak..."

"Tunggu sini, ya..." Rina terpaksa mengikut kata-kata Azmeer lantaran dia benar-benar lapar saat ini selepas bekalannya pecah dan menyebabkan makanannya berderai tadi.

"Nah... Awak makan ni... Saya tahu awak lapar..." Rina menelan air liurnya melihat makanan di hadapannya.

"Awak..."

"Ni... Saya makan makanan yang sama dengan awak. Makan je... Saya ikhlas belanja awak makan..."

"Terima kasih banyak, awak. Nanti saya ganti semua duit awak, ya?"

"Sama-sama. Tapi, tak payah, Rina. Saya tak nak awak ganti duit saya. Saya ikhlas nak belanja awak makan."

"Tapi, Meer..."

"Rina... Makan dulu... Kita bincang kemudian, ya?" Lambat Rina anggukkan kepalanya.

Flashback end #

Rina melepaskan keluhan. Impian mereka untuk menyambung pelajaran ke tingkat yang lebih tinggi, bakal tercapai. Tapi, Rina terpaksa melupakan impiannya selepas diarahkan untuk berkahwin dengan Datuk Abbas selepas ayahnya gagal membayar hutang sebanyak sepuluh ribu ringgit kepada Datuk Abbas.

Flashback #

"Ayah, Rina nak belajar, yah... Rina dah simpan duit untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Tolonglah, yah."

"Rina, jangan melawan cakap ayah, boleh tak?"

"Tapi, Rina nak sambung belajar, yah... Rina dah lama simpan impian ni. Duit Rina dah hampir cukup untuk Rina bayar yuran nanti."

"Rina... Rina belajar tinggi--tinggi pun, tak ke mana, Rina... Nanti, Rina duduk kat dapur jugak."

"Tapi, yah... Dengan ilmu yang Rina ada nilah, dapat mengubah nasib kita, yah... Ayah tak kasihankan Rina ke? Rina dah lama simpan impian nak ke universiti, ayah..."

"Rina, daripada Rina membazirkan duit nak bayar yuran sambung belajar, baik Rina gunakan untuk bayar hutang ayah, Rina. Ayah dah terdesak ni, Rina..."

"Ayah, duit ni, Rina nak gunakan untuk Rina bayar yuran ke universiti, nanti."

"Tak payah! Ayah cakap, tak payah sambung belajar. Rina tetap akan duduk kat ceruk dapur jugak!"

"Ayah... Tolonglah, Rina, ayah... Rina rayu sangat..."

"Tidak! Jangan nak bantah cakap ayah, Rina! Rina nak jadi anak derhaka ke?"

"Abang, sudahlah, bang. Tak payahlah nak dipaksa Rina. Dia ada impian dia sendiri, bang."

"Awak diam, Mariam! Kalau saya tak kahwinkan Rina, macamana saya nak selesaikan hutang saya pada Datuk Abbas?"

"Oh... Jadi... Awak nak kahwinkan Rina sebab nak bayar hutang ayah pada Datuk Abbas?"

"Ya. Dan keputusan ayah adalah muktamad!"

"Ayah!"

"Rina dengar sini! Rina ikut cakap ayah atau Rina boleh keluar dari rumah ni!"

"Abang!"

"Awak diam, Mariam! Jangan campur tangan dalam hal ni! Kalau awak nak sebelahkan anak awak, keluar dari rumah saya ni! Keluar!"

"Sampai hati ayah. Ayah musnahkan impian Rina kerana hutang ayah. Ayah sanggup gadaikan anak sendiri, demi hutang ayah pada orang kaya tu."

"Kamu tak tahu apa-apa, Rina... Lebih baik kamu diam..."

"Rina tahu, ayah. Rina tahu... Selama ini, ayah berhutang dengan Datuk Abbas sebab ayah berjudi. Ayah berjanji dengan Datuk Abbas nak bayar segala hutang ayah dalam masa setahun."

"Be...betul ke abang? Abang berjudi?"

"Kamu jangan pandai-pandai nak buat fitnah, Rina... Aku ni, ayah kamu..."

"Ya, Rina tahu dan Rina sedar ayah, ayah Rina. Tapi, Rina tak sangka, ayah Rina sendiri, sanggup gadaikan maruah anak demi melangsaikan hutang judinya..."

"Sampai hati abang. Patutlah selama ini duit abang tak pernah cukup. Abang tipu, Yam... Abang habiskan duit simpanan Yam untuk judi... Ya Allah..."

"Baguslah, kamu berdua dah tahu. Tak payah susah-susah aku nak sorok lagi perangai aku. Tapi, aku tetap dengan keputusan aku. Rina tetap akan berkahwin dengan Datuk Abbas! Titik!"

"Ayah!"

"Jangan membantah, Rina! Aku takkan biarkan kau musnahkan rancangan aku!"

"Baik! Rina ikut cakap ayah! Tapi Rina sendiri ada cara Rina. Rina akan ikut kemahuan ayah. Tapi, ingat! Rina takkan bagi sesen pun ada ayah lagi. Biar apapun yang berlaku. Rina tetap dengan pendirian Rina..."

"Huh! Kamu cabar aku, Rina?"

"Bukan mencabar, ayah... Tapi, Rina nak sedarkan ayah... Sebab judi, ayah tipu ibu. Sebab judi, ayah gadaikan maruah diri sendiri. Ayah kahwinkan Rina untuk selesaikan hutang judi ayah."

"Kau cakaplah apa pun. Yang aku tahu, kau akan aku kahwinkan dengan Datuk Abbas! Bersiap sedialah!" Ayah berlalu meninggalkan Rina dan ibunya yang teresak-esak akibat perbuatan si ayah.

"Rina..."

"Sabar ya, ibu. Rina tahu apa yang Rina lakukan. Ibu jangan risau. Rina akan pastikan tiba masanya nanti, Rina akan bawa ibu duduk dengan Rina. Rina takkan izinkan ayah naik tangan lagi pada ibu. Rina janji..."

"Ri..na tahu?"

"Rina tahu, bu... Rina banyak kali dengar pertengkaran ibu dan Rina dah nampak sendiri ibu dipukul ayah." Ibu menundukkan kepalanya.

"In shaa Allah, bu. Ibu percayakan Rina. Tiba masanya, Rina akan bawa ibu keluar dari rumah ini dan Rina takkan izinkan ayah sentuh ibu lagi." Ibu memeluk Rina dengan tangisan yang masih bersisa.

Flashback end #

"Papa... Kenapa Anas pulak yang kena ganti tempat papa ni?"

"Anas... Papa buat ni, untuk Anas..."

"Tapi, papa yang nak kahwinkan?"

"Jangan buat gila, Anas... Papa dah ada tiga isteri... Nak buat apa ramai-ramai..."

"Lar... Baru sekarang papa sedar ke?" Sindir Anas.

"Anas Aidan... Papa aturkan perkahwinan ni, sebab papa tak nak kamu membujang sampai ke mati. Lagipun, budak yang bakal jadi isteri kamu ni, baik orangnya... Lemah lembut, rajin ke dapur. Sesuai sangat dengan kamu."

"Ah! Itu tak menjamin kebahagiaan hidup, pa..."

"Anas... Papa dah penat tengok kamu menghabiskan duit tanpa hala tuju. Ke sana ke sini, berfoya-foya dengan perempuan tanpa ikatan yang sah. Papa malulah, Anas... Orang sekeliling dah bercakap pasal kamu... Mana papa nak letak muka, Anas? Anak Datuk Abbas, kaki perempuan..."

"Pa... Relaxlah... Anas muda lagi..."

"Tapi, mati tak tunggu tua tau... Anas kena ingat tu..."

"Papa ni... Tak payahlah sebut pasal mati. Anas belum nak mati lagi..."

"Tulah kami... Kamu ingat, mati tu tunggu kamu ke? Malaikat maut nak datang, dia tak tunggu kamu, Anas..."

"Ish, papa ni..." Anas melangkah pergi.

"Anas... Jangan cuba cabar papa. Kalau Anas tolak permintaan papa, papa akan tarik segala keistimewaan Anas. Papa akan keluarkan nama Anas dari senarai penerima wasiat papa."

"Papa, kejamnya!"

"Keputusan di tangan kamu. Terima tawaran papa atau kamu kehilangan keistimewaan yang kamu terima selama ini..."

"Papa cabar Anas?"

"Ya. Papa cabar kamu."

"Baik... Anas terima. Anas terima cabaran papa."

"Tapi, ada syaratnya..."

"Syarat apa pulak ni, pa...?"

"Syaratnya, tempoh perkahwinan selama enam bulan sebelum kamu layak menerima wasiat dari papa..."

"Enam bulan?"

"Ya, enam bulan atau kamu nak papa naikkan pada setahun?"

"Pa, jangan, pa. Anas ikut cakap papa... Anas terima..."

"Jadi, Anas setuju dengan tawaran papa?"

"Anas setuju..."

"Good... Inilah anak Datuk Abbas..." Bahu Anas ditepuk perlahan.

"Cuma, satu je pa..."

"Apa dia?"

"Anas tak nak papa letakkan harapan yang tinggi untuk perkahwinan yang tidak pernah Anas harapkan..."

"Terpulang pada kamu... Asalkan perkahwinan ini mampu bertahan selama enam bulan..."

"Baik. Anas setuju sangat."

"Tapi, dengar cakap papa dulu, Anas... Kahwin, kenali gadis pilihan papa... Papa percaya, Rina mampu jadi isteri yang baik buat Anas."

"Siapa, pa? Rina?"

"Nama gadis tu, Marina Medina. Anak pekerja bawahan papa."

"Dah kenapa pulak dia nak kahwinkan anak perempuan dia?"

"Dia banyak hutang dengan papa..."

"Jadi?"

"Sepatutnya hutang dia yang berjumlah sepuluh ribu ringgit, perlu diselesaikan tahun ini. Papa dah bagi dia tempoh dua tahun, tapi, masih belum berbayar walau sesen pun."

"Kenapa papa tak report polis je?"

"Untuk apa?"

"Yelah. Sekurang-kurangnya kita bagi dia pengajaran. Dah berhutang, kenalah pandai selesaikan."

"Tak perlu, Anas. Orang bawahan papa tu, rupanya kaki judi... Duit yang dia pinjam tu digunakan untuk berjudi. Dia kata dia perlukan duit ni untuk pendidikan anak-anak dia. Rupanya, dia menipu."

"Habis tu, papa bagi dia peluang?"

"Papa belum cakap apa-apa, tapi dia sanggup gunakan anak perempuan dia untuk langsaikan hutang dia..."

"Gila ke apa? Anak sendiri jadi bahan ujikaji ke?"

"Entahlah Nas... Papa tak tahu. Tapi, dia sendiri yang janji dengan papa untuk jadikan anak dia sebagai pelangsai hutang."

"Dia memang gila!"

"Papa tak sangka dia senekad itu..."

"Kesian budak tu, pa... Muda lagi ke anak dia tu?"

"Kalau tak silap papa, dalam dua puluh tahun, macam tu..."

"Hah? Dua puluh tahun? Budak sangat lagi, pa... Jadi, papa setuju ke?"

"Anas... Papa rasa, mungkin ini jalan terbaik untuk kita. Papa rasa, dia dah terdesak sangat."

"Tapi, pa... Budak tu tentu masih belajar lagi..."

"Ya... Dia nak sambung belajar ke universiti."

"Kesian dia, pa. Taknaklah Anas, pa... Budak tu, tentu dah ada impian nak sambung belajar."

"Entahlah Anas. Tapi, papa rasa, ada baiknya Anas kenali dulu budak perempuan tu. Kalau Anas rasa dia okay, kita teruskan rancangan kita."

"Kalau sebaliknya?"

"Papa rasa, kita tolong budak tu sambung belajar. Tiba masanya, Anas lepaskan dia, boleh?"

"Papa ni sihat ke tidak?"

"Kenapa Anas cakap papa macam tu?"

"Papa nak Anas kahwin dengan budak tu lepas tu lepaskan dia? Anas tak fahamlah." Datuk Abbas melepaskan keluhan

"Sebenarnya, ikutkan hati memang budak tu nak dijadikan isteri keempat papa. Tapi, bila si Shakir tunjukkan papa gambar anak dia, papa terus tolak idea dia."

"Sebab budak tu, muda sangat?"

"Ya, Anas. Dah pangkat cucu, rasanya..."

"Gila ke?"

"Tulah sebab papa tolak tawaran dia dan papa rasa, dia sesuai dengan Anas. Kesian pulak papa nak jadikan dia isteri papa, Anas... Tu yang papa nak Anas kahwin dengan Rina..."

"Rina?"

"Ya, Anas. Cantik budaknya. Tapi, papa tak sampai hati... Dia budak pandai, kata si Shakir..."

"Dah tu, bagi jelah dia sambung belajar. Habis cerita..."

"Masalahnya, Shakir dah cakap, yang anak dia dah setuju nak kahwin."

"Ala, pa... Tak bestlah macam ni... Anas sendiri dengar pun macam tak best je..."

"Anas... Umur Anas dah hampir tiga puluhan, kan? Sesuailah dengan Rina tu..."

"Emm... Anas tak tahulah nak cakap apa lagi."

"Anas, papa bagi cadangan. Kalau Anas rasa Rina sesuai dijadikan isteri, teruskan je dan dalam masa yang sama, Anas boleh benarkan Rina untuk sambung belajar di universiti."

"Dan kalau Anas tak nak?"

"Macam perjanjian kita. Enam bulan sebelum Anas boleh lepaskan dia..."

"Fine! Anas setuju dengan papa."

"Baik... Papa setuju. Enam bulan perkahwinan. Tak jadi, lepaskan dengan baik."

"Deal!"

Share this novel

Agnes
2023-06-29 23:25:11 

Rina seorang gadis yg baek. Sanggup bekorban untuk org tua nya.

DHIA AMIRA
2023-05-27 00:56:02 

ooh ok ... dgn anas rupa2nya ... bru nk tnya klu dgn dato tu .. dato tu ada x tera2 umo jalaludin hassn hihi mcho tu wpun tuo

DHIA AMIRA
2023-05-27 00:48:23 

mlYu tipikL ada jerr ... huhuhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience