BAB 31

Humor Completed 78146

SEHARIAN juga Adam tidak menegur Aisyah.Sengaja dia nak tengok Aisyah pujuk nya macam mana.Di hadapan baba atau yang lain Aisyah akan melayannya seperti biasa tetapi masuk saja dalam bilik dah jadi macam patung.

Pagi ini Adam dah masuk pejabat semula.Tadi masa hantar Adam di muka pintu Aisyah cium tangan Adam seperti biasa lepas solat.Hal ini dah jadi rutin bagi mereka berdua sejak solat berjemaah bersama.Adam pula akan mencium ubun-ubun Aisyah.Walau masing-masing diam seribu bahasa.

Seperti biasa Aisyah akan basuh dan sidai pakaian Adam dengannya.Sambil tu menyibukkan diri membantu apa yang patut di dapur.Tapi pagi ni bibik Shita dan sorang lagi ke pasar kerana barang basah sudah habis.

Jadi tinggal Aisyah dan bibik Seri sahaja.Baba dan Aidil pun awal pagi dah keluar.Masing-masing ada urusan.Sementara nak tunggu bibik balik dari pasar,Aisyah ambil sehelai kain kecil dan mula mengelap meja kopi di ruang tamu.Habuk tak ada pun sebab hari-hari bibik dah lap.Saja Aisyah nak habiskan masa yang terluang.

Sedang asyik mengelap Aisyah terdengar suara memanggil bibik dari arah bilik bawah yang terletak di tepi tangga.

"Bibik...bik..bibik.."suara yang tenggelam timbul seperti menahan rasa.

Aisyah pandang ke arah pintu bilik yang sedikit renggang.Siapa lagi yang panggil kalau bukan Datin Mazni.Bibik Seri sibuk mengemas bilik di tingkat dua.Tak kan Aisyah nak pergi panggil pula.Entah-entah Datin Mazni betul-betul perlu kan pertolongan.

Aisyah menapak juga ke bilik Datin Mazni.Biarlah Datin Mazni nak marah ke apa.Janji niat dia ikhlas nak membantu apa yang patut.

Aisyah tolak perlahan daun pintu.Kelihatan Datin Mazni duduk bersandar dengan muka berkerut seperti menahan rasa.

"Maaf Datin.Ada pa yang perlu saya bantu?"Aisyah cuba bertanya.Datin Mazni marah ker maki hamun belakang cerita.

"Siapa suruh kau masuk!Aku bukan panggil kau.Bibik mana!?"jerkah Datin Mazni.Dah la orang tengah dalam 'kecemasan' ni boleh pula perempuan ni muncul.

"Bibik Shita dan bibik Nani ke pasar.Bibik Seri tengah mengemas bilik kat atas.Datin perlukan apa-apa saya boleh ambil kan."

Datin Mazni jeling geram.Dah la dia tengah sakit perut ni.Boleh pula bibik semua sibuk.

"Cepat ambilkan aku wilchair.Aku nak pergi tandas."terpaksa juga dia minta tolong Aisyah.Dah tak ada siapa.Memang dia ada pakai pampers tapi untuk membuang dia rasa tidak selesa.

"Baik Datin."terus Aisyah sambar wilchair di sebelah tepi dinding.Dirapatkan ke katil supaya mudah untuk Datin Mazni turun dari katil.Aisyah nak pegang badan Datin Mazni pun takut-takut.

"Apa kau tunggu lagi.Cepat papah aku duduk."tegas bunyinya buat Aisyah sedikit gelabah.Perlahan Aisyah papah.Terhoyong-hayang mereka berdua.Nasib tak jatuh.Aisyah kan kecil.Pertama kali pula papah orang sakit.

"Cepat tolak masuk bilik air."arah Datin Mazni.Dah hilang rasa malu agaknya pada Aisyah sebab tadi dia terkentut waktu nak duduk di kerusi.Boleh tahan baunya.Tapi Aisyah tidak mengeluh.

Masuk saja bilik air terus Aisyah dudukkan Datin Mazni atas mangkuk tandas.Kali ini Aisyah lebih bersedia.Jadi tidak lah kekok.

Aisyah tolong bukakan pampers Datin Mazni.Dah selesai Datin Mazni mengarahkan dia keluar.

Aisyah akur dan keluar.Membiarkan Datin Mazni bersendirian melepaskan hajat.Tak sampai lima belas minit dia bunyi kan loceng khas yang sudah di letakkan dalam bilik mandi.Faham lah Aisyah yang datin Mazni memanggilnya.

Aisyah masuk.Datin Mazni sudah siap membuka baju dan hanya berkemban.

"Kau tahu tak nak mandikan aku?"tanyanya garang dengan mata yang sengaja dijegilkan.

"Insyallah boleh Datin."Aisyah capai alat pemanas mandian dan mula melaraskan suhu yang sesuai.Sebelum tu Aisyah pancutkan air ke tangannya terlebih dahulu.Dia nak rasa suhu air.Takut terlampau panas atau sejuk.

Aisyah mula menyiram dari kaki naik ke badan dan terus ke kepala.Sangat lembut dan cermat Aisyah lakukan.Diambil sabun dan mula menyabun badan Datin Mazni.Kepala turut di syampunya.

Sepanjang memandikan hingga selesai memakai baju pada Datin Mazni tiada rugutan yang Aisyah dengar.Aisyah bersyukur,Datin Mazni tidak terusan memarahinya.Sampai kan bedak di muka pun Aisyah yang tempekkan.Rambut Datin Mazni dulu panjang dan boleh di buat sanggul kini di potong pendek.Cukup hanya di ikat satu.

"Datin sekejap saya ambilkan sarapan ya."Aisyah terus ke dapur.

Datin Mazni menghantar pemergian Aisyah dengan helaan nafas.Mulut ni berat nak ucap terima kasih.Kesudahnya dia hanya diam.Sebab apa?Entah la tiba-tiba dia rasa sesuatu.Adella sendiri pun tak pernah melayannya begitu.Sibuk dengan kerja kadang hanya datang melawat dan balik.Semua urusan peribadinya banyak bibik yang uruskan.

Aisyah ke dapur dan mengambil sarapan untuk Datin Mazni.Serba salah bibik Seri dibuatnya.Patutnya itu tugasnya.Tadi dia sibuk mengemas bilik Dato Rais dan Aidil hingga terlupa akan Datin Mazni.

"Maaf cik Aisyah.Tadi aku lagi inn sibuk di kamar atas Aku udah lupa sama Datin.Mati aku di marahi sama kak Shita nanti.Tadi dia udah pesan beresi Datin dulu.Tapi Datin lagi tidur waktu itu jadi aku kerja kan kamar dulu."

Dah tergaru-garu kepala bibik Seri dibuatnya.Takut kena marah.

"Ehh tak apa bibik.Saya boleh tolong.Jangan bimbang.Semuanya baik saja.Okaylah saya hantar makan dulu dekat Datin nanti kita sembang lagi."

Terus Aisyah bawa talam yang berisi bihun goreng sedikit biskut serta segelas susu.Di letakkan atas meja sebelah katil Datin Mazni.Datin Mazni masih termenung.Entah apa yang difikirkannya.

"Datin..sarapan dah siap."Aisyah letakkan satu meja kecil atas katil.Senang untuk Datin Mazni yang bersandar di kepala katil untuk makan.

Datin Mazni suap perlahan bihun ke mulut.Matanya sempat melirik ke arah Aisyah yang sedang berdiri dengan muka manis.Aisyah terperasan akan itu lalu meminta diri untuk keluar.

"Saya keluar dulu.Sekejap lagi Datin habis makan saya datang ambil pinggan kotor."

Aisyah cepat keluar.Takut angin Datin Mazni datang balik.Ya lah dia kan tak suka Aisyah.Sekurangnya ada juga kebaikan yang Aisyah buat sebelum Aisyah betul-betul melangkah keluar dari hidup keluarga ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience