Perkahwinan Emma sudah menjangkau sebulan. Emma tidak lagi tinggal serumah dengan ibunya.Dia sudah menetap di Putrajaya kerana Adam bekerja disana. Pada mulanya, berat hati Emma hendak meninggalkan ibunya sorang-sorang di rumah. Puan Asiah telah menasihati Emma..
"Emma, tempat seorang isteri adalah disisi suaminya.. nanti siapa yang nak jaga makan minum suami kamu?? pergi lah jangan risau tentang ibu.."
Di rumah ini, Adam telah menetapkan syarat iaitu mereka tidur di dalam bilik yang berasingan.Emma tidak kisah memandangkan perkahwinan ini juga atas permintaan Mummy Adam.
""ting.. tong.. ting.. tong.. ""
Loceng rumah berbunyi menandakan ada orang datang.Emma bergegas membuka pintu.. Kelihatan seorang wanita yang kemas berpakaian berdiri di luar pagar.Emma membuka pintu pagar..Wanita itu langsung masuk dan duduk di halaman rumah Emma.
"Ye cik.. Cik cari siapa?? "
"U ke Fatimah Ilyana?? perempuan yang berkahwin dengan Adam?? "
"Ye saya.. ada apa awak cari saya?? "
"takde apa-apa.. kebetulan i lalu dekat sini.. And then i teringat pula memori i dekat rumah ni.. Opss.. i terlupa nak perkenalkan diri.. Nama i Ariana Natasya Binti Dato' Zainal,panggil i Tasya.. i merupakan girlfriend Adam."
Emma terkejut tetapi menunjukkan reaksi tenang.
"""hurmm... tak hairanlah kalau Adam ada girlfriend.. perkahwinan ni bukan atas kemahuan dia"""
"Emm.. cik nak saya buat apa-apa untuk cik?? "
"Ouh.. tak perlu.. i dah nak balik pon.. cumanya i ada sedikit pesanan for u.. i dengan Adam sangat rapat, kitorang tak boleh dipisahkan.. so i harap u faham-faham la ye..I hope so.. "
Tasya sempat menjeling kearah Emma sebelum dia berlalu.
Emma hanya terdiam.
"Haish... apa-apa je lah "
Emma berlalu masuk ke dalam rumah.
"Puan!! siapa yang datang tu?? "
Soal Mak Esah merangkap pembantu rumah dan juga pengasuh Adam sejak dari kecil, Adam memang tak boleh berpisah dengan Mak Esah.. kemana sahaja Adam pergi,akan dibawa Mak Esah sekali, begitu sekali sayang Adam kepada Mak Esah.
"Oohh..Entahlah Mak Esah.. Namanya Tasya dia kata dia girlfriend Adam. "
"Apa yang dia buat kat sini?? ".
"Saja nak singgah,rindu katanya dengan memori kat rumah ni"
"Huhh.. Puan tak payah layan la dia .. Adam baru je berpindah kat sini.. memori apa yang tercipta dengan dia?? "
Mak Esah terus menyambung bebelannya.
Emma sekadar mengangguk.
********************
Tepat pukul 12 malam, kelihatan kelibat seseorang cuba untuk memasuki bilik Emma. Pintu bilik Emma dibuka perlahan,'dia' segera masuk dengan penuh berhati-hati.Tiba-tiba pintu tertutup dengan kuat,hatinya berdebar-debar.. Emma mungkin terjaga mendengarkan bunyi yang kuat tadi, 'dia' terus memandang kearah Emma. Emma sedang tidur nyenyak di atas katil.Memang Emma dari dulu lagi digelar 'tidur mati'.Emma memang susah untuk terjaga dari tidurnya.Perlahan-lahan 'dia' mengambil tempat di sebelah Emma dan terus memeluk Emma.
Cahaya pagi yang masuk menembusi tingkap bilik Emma terus menghala ke arah muka Emma.. Perlahan-lahan Emma membuka mata.Emma menjeling jam yang berada di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Kali ini bukan 'humpty' mahupun 'ayam digital' ,ia hanyalah jam loceng biasa.Tiba-tiba hidung Emma terhidu sesuatu, bau yang wangi menusuk hidungnya.. Emma menghidu bau baju yang dipakainya, semakin kuat bau wangi tersebut.
"Aikk... ni bau minyak wangi Adam"
Selepas selesai mandi, Emma duduk di birai katil, dia masih terfikir mengenai bau yang ada pada bajunya tadi, Memang itu adalah bau minyak wangi Adam.. tapi ia seakan mustahil..
""hurmm... takde apa-apa lah Emma, mungkin bau minyak wangi ni bercampur masa basuh baju"""
"""tok.. tok.. tok.. "
Pintu bilik Emma diketuk..
""Ermm.. Puan, jom turun sarapan""
Emma terus membuka pintu
"Mak Esah.. panggil Emma je.. tak perlu ber'puan'-'puan' "
"Mak Esah tak sedap nak panggil kamu Emma je,"
"Alaa.. Mak Esah, bila Mak Esah panggil Emma 'Puan' ,Emma rasa macam Emma tua.. huhuhu"
Emma memeluk manja Mak Esah.
Mak Esah tergelak kecil.
"Ye la.. ye la.. Mak Esah tak panggil dah 'Puan' "
"Yeay!! macam tu lah Mak Esah!! "
"Dah-dah jom kita turun sarapan,Adam dah tunggu tu, nanti dia marah pula kamu turun lambat"
Emma berlari anak menuruni tangga..
"Adam!! Good morning!! "
Teriak Emma separuh menjerit
"hurmm.. "
Balas Adam tanpa memandang Emma.
"""hurmm.. je?? kalau ye pun balas la Good Morning jugak.. Haish.. sombongnya.. mentang-mentang lah dah ada girlfriend.. ""
Emma mencebik lalu mengambil tempat duduk.
"Petang ni kita keluar "
"Haa?? keluar?? nak pergi mana awak?? jalan-jalan?? Wahh.. best nya.. kita nak pergi mana?? "
Soal Emma teruja.
"Ye.. kita pergi jalan-jalan, cari barang dapur.."
"Alaa... bosannya, tak nak ikutlah"
"Tak nak ikut sudah.. "
""Haish.. kalau tak ikut, lagi bosan aku duduk dekat rumah,asyik terperap je.. ""
"Ehh.. nak ikutlah"
"Hurm.. "
Adam berlalu pergi.
""Haaah.. dah siap dah!! hurmm..aku baru nak start makan, tak sweet langsung la Adam ni.. "
Share this novel