BAB 15

Romance Series 68161

Sofea memandang pelik pada danish , memang betul kata mak sal yang danish sangat menyukakan makananan kampung masakan mak sal.... "Kenapa tengok?" soal danish pada sofea

"Makan sofea , ambikkan lauk suami kamu tu ha" kata pak cik daus....Sofea hanya tersenyum dan rapatkan dirinya kepada danish , "Sejak bila awak makan makanan kampung ni? bukan ke awak tk suka?"

"Siapa kata? aku suka je , lagipun masakan mak sal sedap" puji danish yang masih berselera...."Kalau saya masak confirm awak masuk hospital"

Danish berhenti menyuap dirinya , "Kau marahkan mama ke?" sofea mengeleng lalu bangun dari meja makan...Sofea masuk ke dapur terasa sakit hatinya bila mengingat kata kata datin tetapi sofea cuba melupakan kerana dia tak nak berdendam dengan mertuanya....

*****************************************

Sofea menyediakan sarapan untuk mereka semua selesai sahaja sofea pun masuk ke biliknya untuk melihat danish sama ada dia sudah bersiap ataupun masih tidur...

"Ouh awak dah siap , saya turun dulu la" kata sofea yang melihat danish menyikat rambutnya , "Sofea sini kejap betulkan tali leher aku kejap" panggil danish dan sofea pun pergi...

"Boleh aku tanya satu benda tk?" sofea mengangguk..

"Macam mana mak ayah kau meninggal? maksud aku bila?"

Sofea mengeluh , "Ibu bapa saya meninggal masa saya 3 tahun lagi sebab kemalangan jalan raya , setahu saya , persalah tu tak ada kena tindakkan apa apa sebab diorang berduit jadi diorng boleh buat apa je yang penting duit kena banyak kan , tapi kami redha dengan apa yang jadi" ujar sofea..

Danish memeluk pinggang sofea , "Kau nak aku cari siapa persalah tu?"

"Tak payah la , lagipun kes tu dah lama saya tak rasa awak akan jumpa persalah tu , saya tak pernah tengok pun muka persalah tu yang kenal hanya mak sal dan pakcik daus je" tolak sofea dan sofea menolak tangan danish yang berada di pinggangnya..

Danish menarik lengan sofea dengan perlahan , "Sini kejap" danish membawa sofea ke katil dan duduk sofea lalu danish melutut , "Baby hi anak papa , baby sihat kan? jaga mama ya jangan buat mama sakit okey sayang" ucap danish di perut sofea..

Sofea hanya membiarkan sahaja tindakkan danish dan tindakan danish dapat membuat sofea tersenyum , "Hari aku jumpa staff hotel tu , aku harap lepasni kita jumpa la dalang semua ni"

Sofea mengangguk faham , "Tapi lepas semua ni settle aku tak akan lepaskan kau" kata danish dan terus berdiri....Dengan perlahan danish mengucupp dahi sofea sambil mengusap kepala sofea dengan lembut lalu keluar dari bilik mereka....

Maya menangis sambil badannya di tutup selimut , "Nah makan ni , nanti kau tak ada tenaga pula nak layan kitorang lagi" kata khai

"Binatang , korang memang binatang" jerit maya dan tom terus menampar wajah maya , "Binatang kau cakap , eh kau jangan sampai aku bunuh kau"

"Bunuh la aku , aku lebih rela di bunuh daripada layan nafsu binatang korang la" lawan maya .... Tom baru nak menampar maya di tahan oleh khai

"Kau chill boleh tak? jangan sampai dia ni mampus kalau dia ni mampus susah kita" kata khai , lalu tom pun terus keluar dari bilik.... "Kalau kau nak hidup baik kau dengar cakap kitaorng" pesan khai...

Taufiq dan danish menunggu di tempat yang telah dijanji kan oleh maya , tetapi hampir 1 jam kelibat maya masih belum muncul lagi dan itu membuatkan danish merasa marah..

"Perempuan ni tipu kita ke? eh aku paling pantang betul la perempuan macam ni" marah danish..

"Sabar la , kau ni mana tahu dia ada hal" pujuk taufiq dan tring mesej masuk ke phone taufiq , taufiq membaca mesej dari maya dan dia agak terkejut dengan isi mesej itu...

"Aku bagi kau baca mesej ni tapi ingat kau kena bertenang jangan mengelabah" pesan taufiq dan memberikan phonenya pada danish...

"Saya minta maaf saya tak dapat datang untuk berjumpa dengan awak dan danish , mulai hari ni saya tak nak ada kena mengena dalam kes ni dan tolong jangan cari saya sebab saya tak nak masuk campur , abaikan je la kes ini lagipun saya tak ada bukti nak tunjukkan pada danish dan saya rasa itu memang kesalahan danish sendiri , saya tak sepatutnya tolong danish dan kesian kan sofea harap faham dengan apa yang saya katakan"

"Sherry settle" kata liya dah terus matikan phone maya , "Senang kerja aku lepasni , sampai bila bila pun dia tak akan tahu kebenaran tu"

"Habis tu maya sekrang kau nak buat apa? kau nak biar kan je?"

"Biar kan dia jadi bahan untuk tom dan khai , nak sangat pecahkan rahsia aku kan ha sekrang dia mendapat" kata sherry lalu bangun dari kerusinya...

"Office ni dah jadi hak aku , jadi aku akan buat apa sahaja janji kedudukan aku tak jatuh kebawah , perempuan tu kalau dah tak bermaya sangat ha kau suruh je diorng bunuh perempuan tu" ucap sherry pada liya..

sherry nekad akan melakuka apa sahaja yang penting kedudukan dia tidak terjejas dan nama nya sentiasa cantik dan tidak memburuk.....

Taufiq terus mengambil phonenya , "Jom jom" ajak taufiq dan bawa danish masuk ke kereta kerana dia tahu yang danish manahan amarahnya....Masuk sahaja kereta danish terus menumbok stereng keretanya...

"Arghhh , bodoh bodoh" jerit danish

"Dia satu satu nya orang yang boleh tolong kita , macam mana sekrang ni ? aku perlu tahu siapa pelaku dia , kenapa tiba tiba je maya macam ni? argh"

Taufiq diam , "Perempuan ni saja main kan aku" ujar danish

"Eh kejap , aku tak rasa ini dari maya dari apa yang aku tahu cara dia teks aku lain , ni bukan ejaan maya ni , kau tengok teks atas atas ni eh cara ejaann dia lain kan?"

Mereka semak semula teks sebelumnya dan sekrang ada berubahan sedikit sebanyak membuatkan taufiq perasaan sesuatu , "Entah entah dalang tu dah tahu yang maya nak bagithu kau hal sebenar jadi dia ugut maya"

Danish mendapat panggilan dari danisya dan terus di jawab olehnya , "Kejap adik aku call"

"Ha hello kenapa?" soal danish , "abang boleh ikut adik pergi balai tak? polis dapat maklumat tentang kereta tu" kata danisya dan danish pun terus bersetuju...

**************************************


Datin samsiah masuk ke bilik irdina untuk menukar alas cadar yang sebelum ini , datin melihat atas meja irdina penuh dengan gambar sofea dan juga keluarga sofea jadi datin pun melihat gambar gambar tersebut....

"Eh bukan ke ni keluarga yang , abang abang" panggil datin , tak lama datuk pula masuk ke bilik irdina dengan memegang fail kerjanya..

"Apa awak ni , terjerit jerit" tanya datuk , "Abang tengok ni , dia keluarga yang kita langgar beberapa tahun lepas kan?"

Datuk mengambil gambar yang di beri oleh datin lalu datuk memerhatikan gambar tersebut , "Eh yela keluarga dia minta kita kena hukuman kan tapi yelah diorang bukan nya ada duit macam kita , tapi kenapa irdina ada gambar dia ni"

"Perempuan ni isteri danish" datin tunjuk gambar sofea , "Ha isteri danish adalah anak kepada keluarga tu?"

datin mengangguk , "Abang macam mana kalau danish tahu hal ni? macam mana kalau dia benci kan irdina? itu keluarga isteri dia , mesti dia tak akan berdiam diri bang"

"Abang kena ingat keluarga danish banyak bantu kita , syarikat kita dekat paris tu pun atas bantuan datuk zul"

"Dia tak akan tahu , sebab perempuan ni masih budak jadi dia tak akan ingat kita" yakin datuk dan keluar dari bilik irdina...

"Harap harap macam tu la , saya tak nak anak saya kena benci dengan orang yang dia sayang" bisik datin....

"Pihak kami mendapati kereta ni di pandu oleh seorang lelaki , kereta ni adalah kereta curi jadi agak susah untuk kami tangkap pelakunya , kami dah berhatikan cctv yang ada di sekitar situ tapi sayang cermin kereta tu sangat gelap dan kami mendapat kereta tu memang berniat untuk langgar puan sofea" terang polis tersebut..

"Entah entah pelaku ni orang yang sama? orang yang perangkap abang?"

"Itu kami tak pasti sebab masa kejadian cctv di hotel tersebut rosak" jawab polis itu , "Agak agak bila boleh tangkap pelaku tu?" soal danish..

"Pihak kami masih berusaha untuk menangkap pelaku tu , sekiranya kami dapat maklumat baru kami akan segera hubungi cik danisya dan tuan danish" kata polis dan danish mengangguk...

"Kalau tak ada apa apa kami minta diri dulu ya" , "Ha baik tuan danish" mereka pun bersalaman lalu keluar dari balai polis itu....

"Ha macam mana? dapat tahu dah?" soal taufiq apabila danisya dan danish masuk ke kereta itu , "belum masih mencari" jawab danisya..

"Danish aku dah try call maya tapi still tak dapat , aku rasa sesuatu la" ujar taufiq dan danisya pun berkerut dahi...

"Kenapa? bukan korang jumpa dia hari ni? so apa cerita?"

"Dia tak dapat datang dan dia tak nak masuk campur" jawab danish , "Kau tak rasa nak buat repot ke? repot orang kena culik?" tanya taufiq lagi..

"Belum sampai 24 jam lagi , mana boleh"

"tapi sure ke dia kena culik? kalau tak betul macam mana ha nanti korang yang kena" sampuk danisya pula...

"Tunggu 24 jam kalau tak ada juga khabar berita tentang dia , kita buat repot" kata danish dan danisya mengangguk...

Taufiq mengangguk , "Hum danish aku rasa kau kna tinggalkan sofea 2 hari"

"Apa hal pula ? kau siapa nak suruh aku tinggalkan sofea pula?" marah danish dan taufiq terus tergelak besar , "Weh muka kau weh , nampak sangat kau dah sayangkan dia" kata taufiq yang masih ketawa..

Danish terus memberikan jelingan maut pada taufiq , "ermm ha masuk aku kau kena pergi paris , syarikat kau denga syarikat irdina kan berkerjasama so dekat sana ada beberapa masalah sikit"

"Lepastu?" tanya danish

"Datuk hantar kau kesana , tak boleh di ganti dengan orang lain sebab pihak sana memang nak jumpa kau dan berurusan dengan kau je" tambah taufiq lagi..

Danish terdiam , "Humm ok tapi kalau irdina tanya kau cakap je datuk hantar orang lain , aku nak bagi dia kejutan" arah danish....

Danish mengeluarkan phonenya di poket dan cuba hidup kan , "Aduh bateri habis la ni" adu danish , "Ala danisya lupa nak bawak powerbank sorry bang ha ni nanti kat office abang pergi la cas" jawab danisya...

"Sofea kenapa ni? mak sal tengok sofea asyik kehulur ke hilir , ada masalah ke?" soal mak sal , "Mak sal sofea nak balik rumah keluarga danish kejap la , sofea nak ambik gambar ibu ayah"

"Sofea nak pergi naik apa? sofea dah bagitahu danish ke?"

"Sofea pergi sorang je boleh tak? sofea betul betul perlu kan gambar tu" kata sofea tapi ditahan oleh mak sal...

"Mak sal bukan tak nak bagi tapi sofea kena bagithu danish dulu , dia suami sofea jadi kena minta izin dulu sofea" ujar mak sal...

Sofea cuba hubungi danish beberapa kali tetapi tidak di jawab , "Tak dapat la mak sal , kejap je sofea pergi sofea ajak abang syamsul"

Dengar nama syamsul mak sal pun mengizinkan sofea pergi kesana , selesai sahaja bersiap mereka pun terus pergi ke sana menaiki teksi..

"adik sibuk nak gambar tu kenapa? abang kan adik gmbr ibu ayah"

"Tak sama , dalam gambar tu ada adik jadi rasa lain , adik ada satu je gambar dengan ibu ayah lain la macam abang banyak" jawab sofea..

Sofea dapat merasakan moodnya sering berubah ubah mungkin ini adalah hormon orang mengandung , "Yelah yelah ish sensitif betul la mak buyong ni" pujuk syamsul...

Sampai di halaman rumah keluarga danish sofea pun terus keluar dari teksi , "Nak abang ikut sekali?" tanya syamsul

"Tak payah la bang , kejap je sofea masuk hum abang tunggu sini tau" kata sofea dan masuk ke dalam manakala syamsul pula duduk di dalam kereta...

Sampai di pintu masuk sofea di sambut baik oleh mak yam , sofea meminta diri untuk ke bilik danish untuk mengambil gambar tersebut...Sofea mengambil gambar tu di dalam laci meja dan sofea mencapai pregnancy test seklai..

"kenangan ni" bisik sofea dan simpan ke dalam begnya , Sofea turun ke bawak selesai dia dapat barang yang di ingini oleh sofea tetapi di tegur oleh datin..

"Ingat pun jalan balik , ingat kan dah lupa eh perempuan mana kau pergi ha?" tanya datin lalu pergi ke arah sofea yang berdiri di pintu masuk...

"Kau ingat rumah ni apa? hotel? sesuka hati kau nak balik , sesuka hat nak keluar" marah datin lagi...

"Datin saya balik nak"

"Nak apa? eh mana danish kenapa dia tak balik semalam? kau hasut apa ha dengan dia?" soal datin sambil menolak bahu sofea..

"Kau hasut dia untuk benci aku kan? perempuan tak sedar diri , eh ingat kau tu perempuan kotor tau" ucap datin lagi...

"Datin saya tak pernah hasut danish untuk benci kan datin , saya minta maaf kalau saya salah tapi"

Sofea tidak menghabiskan ayatnya oleh kerana datin menarik lengannya dan bawak ke dapur , "Kau duduk sini" arah datin dan sofea pun duduk di kerusi dapur...

Datin mengambil pil pecah darah dan air untuk sofea lali datin menghulurkan pil tu pada sofea , "Pil apa ni datin?"

"Ni vitamin , aku nak kandungan kau tu okey sampai kau bersalin sebab aku nak tahu sama ada tu memang baby danish ataupun anak orang lain" bohong datin..

"tpi danisya dah belikan saya susu , doktor kata tu susu bagus jadi saya rasa saya tak nak makan pil ni" tolak sofea..

Datin letakkan air di meja lalu tangannya mencengkam lengan sofea , "Makan" arah datin sofea turut tersentap dengan tindakkan datin jadi sofea pun ambil pil yang dihulurkan oleh datin....

Share this novel

Rohani Hussin
2021-12-06 17:05:29 

Penakut sgt la sofea ni..lawan la..


NovelPlus Premium

The best ads free experience