Dua Puluh Sembilan

Other Completed 44787

Pernikahan mereka hanya didatangi rakan family dan beberapa rakan sekerja Cinta dan Luthfi.

"Aku terima Nikah Cinta Jasmin Binti Farouk dengan mas kahwin senaskah AlQuran dibayar tunai." Dengan sekali lafaz dari Luthfi.

Kini Cinta sudah bergelar isteri kepada Adam Luthfi seorang peguam bela paling ditakuti.

Gembira sarah melihat Papa dan Mama kini bersatu. Namun tiada siapa sangka, Sarah pengsan tak sedarkan diri semasa majlis berjalan.

Layla dan Fakhrul mengejarkannya ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Luthfi dan Cinta bersama pergi ke Hospital dengan badan masih berbalut pakaian nikah mereka.

Melihat Layla yang menangis teresak disisi suaminya menguatkan hati Luthfi jika ada sesuatu yang dikatakan oleh Doktor.

"Kak. Macam mana dengan Sarah?" Tanya Luthfi.

Pada saat yang sama Cinta menerima panggilan dari nombor yang tak diketahuinya. Dia memohon agar menjawab panggilan itu.

"Doktor cakap, Sel darah putih dalam badan Sarah dah merebak dan mungkin sarah takkan mampu bertahan." Kata Layla.

"Takkan takde cara lain?" Tanya Luthfi.

Darah jenis O dihospital tiada stok dan apabila menanti stok darah dari hospital lain mungkin Sarah tak mampu nak bertahan.

Cinta yang sedang bercakap dengan Zaril ditalian tidak fokus apabila dia dapat menangkap apa yang Suami dan iparnya katakan.

"Cinta, Awak dengar ke?" Tanya Zaril.

"Hah ye. Tapi maaf Zaril. Saya dah sah menjadi Isteri kepada Adam Luthfi kata Cinta lalu Zaril memutuskan panggilan segera.

Cinta melihat phonenya.

"Dah kenapa dengan kawan abang aku ni. Haaishhh buat kusut kepala je." Kata Cinta lalu menapak kesisi suaminya.

"Sapa call?" Tanya Luthfi.

"Zaril. Dia Call Abang Thariq tapi takde hawapan sebab tu dia call Cinta tanya Cinta ada dengan Abang Thariq atau tak." Cinta berbohong.

"Ooo." Kata Luthfi.

Doktor menapak keluar dari ward yang menempatkan Sarah.

"Sapa Mama Cinta?" Tanya Doktor.

Cinta yang mendengar namanya disebut berkata bahawa dialah Mama Cinta.

"Pesakit nak jumpa Puan." Kata Pakar itu.

Cinta menoleh serba salah kepada Layla.

"Pergilah. Sarah nak jumpa Cinta tu." Kata Layla.

Cinta berlalu masuk kedalam Ward Sarah. Menapak kesisi katil, Airmatanya mengalir melihat Sarah yang terbaring lesu disana.

"Mama." Panggil Sarah.

"Ye Sayang. Mama kat sini." Kata Cinta.

"Mama tolong jagakan Papa Luth ye. Sarah tak larat." Kata Sarah lemah.

"No. Mama dan Sarah akan jaga Papa. Sarah jangan cakap macam tu." Kata Cinta.

"Sarah penat dengan sakit Sarah. Sarah nak rehat." Kata Sarah lagi.

"Sarah rehat lah. Mama teman Sarah ye." Kata Cinta lagi.

"Mama jangan tinggalkan Sarah tau." Kata Sarah memohon.

Sarah mendengar perbualan sewaktu mereka keVilla Thariq. Dia mendengar bahawa Cinta akan pergi beberapa bulan jauh ke sempadan. Sarah yang mendengar tak mahu Mamanya pergi jauh. Dia nekad makan bersembunyi keropok perasa durian. Dan menyebabkan dia disini sekarang.

"Ye Mama Janji. Mama akan ada disisi Sarah." Kata Cinta akhirnya.

Cinta melihat Sarah yang mula memejamkan matanya. Pakar yang ada dihujung katil dilihat Cinta.

"Apa yang patut saya buat Doktor?" Tanya Cinta.

"Sebaiknya, Secepat mungkin cari penderma darah jenis O positif agar nyawa Sarah selamat." Kata Pakar itu.

"Kenapa?" Tanya Cinta.

"Sel darah merah didalam badan Sarah tak mampu nak tampung. Sebab Sel darah putih merebak cepat dan melenyapkan sel darah merah dalam tubuhnya." Kata Pakar itu lagi.

"Ambik darah saya. Tapi please jangan bagitahu sesiapa." Kata Cinta akhirnya.

"Baiklah Puan boleh ikut saya untuk cek kesihatan Puan." Kata Pakar itu lagi.

"Baiklah." Kata Cinta lalu keluar bersama dengan Pakar dan jelas terlihat wajah-wajah yang menyayangi Sarah berada diluar.

"Sayang nak kemana?" Tanya Luthfi apabila Cinta berjalan beriringan dengan Pakar.

Layla dan Fakhrul telah masuk kedalam Ward. Rissa dititipkan pada Dinda untuk dijaga buat sementara waktu.

"Jangan cakap dekat Luth, Sayang nak derma darah." Kata Luthfi yang dapat menghidu agenda isterinya.

"Doktor pergi dulu. Saya nak cakap dengan Suami saya." Kata Cinta.

Doktor itu berlalu meninggalkan Cinta dan Luthfi disana.

"Awak. Cinta tak sanggup nak tengok Sarah macam tu." Kata Cinta selepas dia duduk disisi suaminya.

"Tapi Abang tak sanggup lihat Sayang sakit. Cukuplah Hilal berbudi pada kami,Abang tak mampu." Kata Luthfi.

"Awak jangan risau. Kesian Sarah. Cinta taknak kehilangan Sarah." Kata Cinta.

Luthfi memandang wajah isterinya. Jelas mata isterinya sembab mungkin Cinta menangis semasa didalam bersama dengan Sarah.

Mengelus lembut pipi isterinya. Tak sanggup melihat Sang Isteri menanggung sakit.

"Baiklah. Abang teman Sayang." Kata Luthfi akhirnya.

Cinta tersenyum manis menganggukkan kepalanya.

Mereka bangun dari duduk dan Luthfi erat mengenggam jemari isterinya dan berlalu menuju keruangan Pakar yang memegang Kes Sarah.

Hampir 3 jam Cinta dan Luthfi berada didalam Unit derma darah. Cinta terasa penat yang teramat mungkin sebab efek dari semua ni.

Selesai menderma, Cinta tidak dibenarkan bangun dari pembaringannya oleh jururawat itu.

"Puan baring dulu sekejap." Kata Jururawat itu.

"Isteri saya ok kan Nurse." Tanya Luthfi.

"Dia ok. Tapi lemah sedikit sebab pengeluaran darah." Kata Jururawat itu lagi.

Darah yang didermakan oleh Cinta dibawa terus kedalam makmal sebelum dihantar pada Sarah.

Luthfi memapah bahu isterinya keluar dari ruangan derma darah. Dia mendudukkan Cinta diruangan menunggu depan ward Sarah.

Jururawat tadi masuk kedalam ruangan Sarah membawa sebeg darah kedalam untuk disalurkan pada Sarah.

Luthfi menoleh melihat isterinya yang sedang terlelap duduk disana. Layla keluar dari ruangan menerpa kearah Luthfi dan Cinta.

"Luth terima kasih sebab bantu Sarah." Kata Layla yang duduk disisi Luthfi.

"Bukan Luth kak. Tapi terima kasih pada Cinta." Kata Luthfi.

Layla melihat Cinta yang terlena dibahu adiknya.

"Esok akak akan cakap dengan Cinta. Sebaiknya Luth bawak isteri Luth balik dulu. Kesian Cinta." Kata Layla.

"Hmm baiklah. Sebelum balik, Kami ambik Rissa dulu." Kata Luthfi.

"Baiklah. Bawak kereta hati-hati hujan lebat diluar tu." Kata Layla.

"Sayang. Kita balik ye?" Kata Luthfi mengejutkan isterinya dari lena.

Cinta hanya mampu menganggukkan kepalanya yang terasa pusing.

Luthfi membantu memeluk bahu isterinya dan berjalan keluar dari hospital.

Kereta bergerak perlahan. Luthfi masih seperti tadi menggemggam jemari pucat isterinya dan sentiasa mengucup hangat jemari itu.

Cinta masih lena. Tak sedar Luthfi membawanya pulang bersama Rissa.

Luthfi singgah mengambil Rissa oada Abang iparnya.

Dan dia berlalu dari Villa Thariq selepas menyatakan Cinta terlelap didalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience