DK01-kaku

Crime Completed 17343

Ayla sudah tiba dirumahnya. kosong dan sunyi... Teman serumahnya Anita sedang outstation ke Brunei bersama sama dengan majikannya. Hari Sabtu itu pula Ayla keluar untuk menjual kesemua perhiasan emas yang dia ada, ibunya Ayma memerlukan wang sebanyak 15,000. seminggu yang lalu Ayla sudah memberikan wang kepada Ayma sebanyak RM5000 dan masih memerlukan RM10,000 lagi . perhiasan emas miliknya adalah pemberian daripada bekas suami Ayla, Ayla dan Farid sering bergaduh setelah usia perkahwinan menjangkau masuk 6 tahun, lalu mereka memutuskan untuk bercerai.Mujur juga perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak tetapi Anak bukan isu utama perceraian mereka seperti pasangan lain.apa yang menarik sepanjang 6 tahun perkahwinan mereka,Farid sentiasa memberi hadiah berupa perhiasan emas untuk Ayla dan Nilai jualan emas itu sangat tinggi kerana harga emas sentiasa turun naik. Ketika Ayla memaklumkan kepada puan Ayma keinginannya untuk berkahwin dengan Farid,Puan Ayma menolak mentah mentah permintaan anak tunggalnya,tetapi reputasi bapa Farid sebagai YB kawasan telah membuka mata puan Ayma yang mata duitan. Ayla menanggalkan pakaiannya kerana dia mahu mandi, tiba tiba entah mengapa Ayla merasa seram dan terasa seperti diperhatikan.

Ayla masuk ke dalam bilik air, dia menitiskan haruman lavender untuk kesegaran tubuh dan fikiran yang aman, sejak akhir akhir ini Ayla merasa sedikit tertekan dengan semua masalah di pejabatnya,Ayla dan seorang rakan seuniversiti,Amira telah membuka sebuah perniagaan barangan kosmetik timbang kilo. Produk mereka diberi nama AACostemics(disebut Double ACosmetics.).

Dan akibat jualan produk timbang kilo ramai pembeli meminta dikembalikan Wang kepada mereka semula akibat kerosakan kulit wajah Dan kini ibunya meminta wang yang banyak maka terpaksalah Ayla menjual gelang dan rantai emas miliknya. Modal perniagaan Ayla telah gunakan duit pampasan perceraian hadiah daripada Farid,Farid memberikan banyak pampasan termasuk pampasan harta sepencarian,
Farid ternyata tidak kedekut. Mungkinkah Ayla tersalah membuat keputusan untuk bercerai dengan Farid. Ayla menambah air panas dan kemudian air sejuk. mandian air hangat dengan haruman lavender sangat menyamankan tubuh Ayla. Dan Ayla tiba tiba kaku ketika menikmati kesegaran di dalam bath tub biliknya.

keesokan harinya pada pagi Ahad,
Ayma menyusuri laluan pejalan kaki menuju ke arah kondominium Azzalea. Dia menyanyi riang kerana nak berjumpa dengan anaknya Ayla.

Dua minggu yang lalu.

"Ayla tolong berikan mak sedikit duit, dari kau lahir sampailah kau dah besar begini mak besarkan kau dengan tangan dan kudrat dua kerat mak,apa salahnya Ayla pula bantu mak.Mak dah tak larat nak kerja ."Ujar Ayma

"Boleh mak tapi hari ni Ayla tak ada Duit cash, mak datang minggu depan ya, Ayla akan jual saham milik Ayla untuk mak"balas Ayla.

Seminggu yang lalu,

"Banyak ini jer Ker kau nak bagi mak?"soal Ayma namun tangannya tetap menarik wang sebanyak RM5000 itu.

"Rm5000 tu mak,mak nak banyak mana?"Ayla mempersoalkan tindakan ibunya.
"Mak nak bayar hutang cik Lijah, mak nak rm15,000"kata Ayma.

"Kenapa mak berhutang kalau tak mampu nak bayar, penatlah Ayla mak, mak tak nak RM5000 ni Ayla Ambil balik ya"sahut Ayla.

"Eh mak nak, minggu depan carikan mak lagi

RM10,000 ya"pujuk Ayma.

"Ya, orang cari."balas Ayla.

Dan kini Ayma dengan riang ingin segera berjumpa dengan Ayla untuk mendapatkan baki RM10,000 daripada Ayla. Ayma masuk ke dalam lift setelah mendaftar masuk di kaunter pengawal keselamatan. salah satu S.O.P. sebelum tetamu memasuki kondominium Azzalea tersebut. Ayma menekan tingkat 10 dimana rumah anaknya terletak .
Kod Access untuk membuka pintu rumah Ayla ditekan, Ayma menunggu sehingga bunyi beep kedengaran dan "klak" pintu utama terbuka. Ayma sudah diberikan access untuk masuk ke rumah Ayla. Seperti biasa Ayma menari nari seumpama seorang penari ballet sebaik berada di dalam rumah Ayla.

"Makcik buat apa di sini"Anita teman serumah Ayla menegur Ayma.
"Makcik nak cari Ayla, dia ada?"soal Puan Ayma.

"Saya baru sampai dari kampung, Tak pasti Ayla ada ke tak?Ayma pergi ke dapur membuka peti ais dan mengambil setin air chrysanthemum tea. Kemudian Ayma duduk bersama sama Anita di ruang tamu kondominium tersebut.

"Dah lama Makcik tak datang sini kan?"soal Anita.

"Minggu lepas dan dua minggu lepas ada Makcik datang sini jumpa Ayla tapi Kamu tu tak ada"balas Ayma.

"Ayla ikut Muiz outstation ke Brunei minggu lepas dan dua minggu lepas"ujar Anita.

"Muiz boyfriend Ayla kah?"soal Ayma dia sudah lama mencurigai Anita dan Muiz, sejak Ayla bercerai dengan Farid, secara tiba tiba muncul Muiz dengan alasan jatuh cinta pandang pertama kepada Ayla.
"Muiz tu kan Boss Nita makcik, sebab tu Muiz kenal dengan Ayla.

,"2 minggu pergi Brunei berdua jer, pergi kahwin ke?
"Kami pergi atas urusan kerja, Ayla dan Muiz dah nak kahwin la makcik,saya bukan seorang perampas.",
Anita mempertahankan dirinya.

_Tadi Kamu kata baru tiba dari kampung sekarang kamu dari Brunei."serkap puan Ayma.

"masa Makcik datang tu saya ada di Brunei, balik dari Brunei Jumaat lepas terus saya balik kampung, sekejap tadi baru saja tiba"terang Anita.

"Makcik nak beritahu kebenaran kepada Ayla"puan Ayma bangun dari sofa dan meluru Masuk ke bilik Ayla.

Anita menggelabah dan mahu menghubungi Muiz untuk menceritakan apa yang berlaku tetapi

"Arghhh Nita,tolong makcik"jeritan Ayma,bergema. Anita berlari ke bilik Ayla. puan Ayma terduduk dalam keadaan terkejut mata dan tangan ditunjukkan ke dalam bilik air

terlupa nak published chapter ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience