BAB 2

Short Story Completed 93520

Lapangan Heartrow, London....

Eiyad memandang Ratna yang duduk dikerusi.Sebelum pandangan dilemparkan ke arah Diya.

"Kau tengok-tengokkan dia.Jangan biar dia sorang-sorang.Aku akan menyusul lagi dua hari"pesan Eiyad.

"Okay nanti kalau kami dah sampai Malaysia Aku bagitahu kau"ujar Diya memandang Ratna yang termenung.

"Sampai sana nanti bawa Ratna pergi check up.Nanti apa-apa masalah bagitahu aku cepat"pesan Eiyad lagi.

Diya mengangguk kepala tanda faham.Mereka berjalan ke arah Ratna yang sedang duduk menunggu.

"Ratna....kau okay kan? Kalau ada apa jangan diam Tau"

"Aku okay cuma terima kasih dekat korang berdua tolong aku"ujar Ratna memandang wajah insan yang banyak membantunya.

Eiyad menundukkan badannya memandang wajah Ratna yang kusut.

"Ratna aku janji dengan kau, Aku akan tolong kau dapatkan Arjuna balik.Aku takkan biarkan dia lepas tanggungjawab sebagai suami dan bakal ayah untuk kandungan kau.Sampai Malaysia nanti kau, duduk dekat rumah aku dengan Diya.Tunggu aku balik lagi dua hari"pesan Eiyad.

Ratna mengangguk kepala.

"Ratna jom flight kita sekejap lagi"ajak Diya menarik bagasi.

Eiyad hanya memerhati mereka berdua memasuki balai pelepasan.Hatinya berat mahu melepaskan Ratna dalam keadaan tidak stabil.

*********

"Bila agaknya kita boleh jumpa dengan Arjuna?"Suara Ratna memecah hening di cuping telinga Diya.

Diya terdiam.Sejurus itu memandang wajah sahabatnya yang menahan manik-manik air mata dari jatuh.

"Ratna kenapa menangis ni?"tegur Diya.Cepat dia mengambil tisu dan diberikan kepada Ratna.Kemudian dia menarik lengan Ratna dan dipegang.

"Mana pergi Ratna yang sentiasa senyum dan gelak ketawa.Mana Ratna yang sentiasa positif dulu.Kita lawan benda ni okay.Macam Eiyad cakap dia pun akan tolong kita.Kalau dia tak tolong kau memang aku hempuk dia dengan penyapu"ujar Diya.

Ratna tergelak kecil dengan gurauan Diya.

"Macam tulah jangan risau.Sekarang better kau rehatkan minda kau dulu.Kesian baby asyik dengar Ibu dia nangis"

Ratna tersenyum nipis dan memandang ke luar tingkap pesawat.

**********

Matanya khusyuk menghadap komputer ribanya.Dia merengangkan lehernya rasanya sudah lama dia menghadap skrin.Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi.

Pintu bilik dikuak dari luar."Hai sayang..."panggil seorang gadis dengan nada teruja melihat dirinya.

Matanya memandang wajah gadis itu dengan senyuman penuh."Hai macamana you tahu I ada dekat sini?"soal Arjuna bingkas bangun dari duduknya dan menyandar pada meja dengan berpeluk tubuh.

Gadis itu tersenyum manis dan merapatkan dirinya disebelah Arjuna."Alah mestilah I tahu lagipun haritu I nak pergi London you tak bagi.Setengah mati I rindukan you tau"ujarnya dengan mencebikkan bibir yang dioles liptint itu.

Arjuna meleraikan pegangan Afrina."Mana boleh macam ni.Apa kata staf nanti nampak kita macam ni?" tegas Arjuna.

"Alah you ni.Of course semua dah tahu yang I ni dengan you akan kahwin tak lama lagi"kata Afrina yang merajuk duduk disofa yang tersedia di bilik pejabat Arjuna.

Arjuna berjalan ke arah Afrina."Kenapa you datang sini?"soal Arjuna sambil tangan berada dalam poket seluarnya.

"Cantik soalan you tu.Actually I nak ajak you pergi lunch lepas tu kita pergi shopping together "pujuk Afrina.

Arjuna tersenyum nipis.Dah agak dah permainan Afrina ni.Dua perkara itu sahaja yang dia tahu.Makan sama-sama dan shopping.

"Nope lunch maybe boleh teman you but untuk shopping nope.I tak boleh sebab I ada banyak kerja"

"Okaylah lunch together"kata Afrina.

*******

"Abang saya ingat saya cepatkan perkahwinan Arjuna dan Afrina.Bukan apa saya risau dengan Arjuna tu"ujar Datin Habsah kepada suaminya Datuk Arif.

"Apa yang awak nak risaukan Arjuna tu? Dia dah besar panjang"jawab Datuk Arif.

"Bukan apa saya risau kalau lama-lama dia tak ada keinginan nak kahwin.Jadi kita cepatkan perkahwinan ni.Lagipun tinggal dia sorang je belum kahwin"

"Awak buat apa yang patut tapi pastikan bincang dengan Arjuna juga.Jangan buat semua benda tanpa pengetahuan dia.Mahu dia mengamuk nanti"pesan Datuk Arif.

Datin Habsah mengangguk kepala tanda betul.

********

Selesai makan tengah hari dengan Afrina tadi dia terus masuk semula ke dalam pejabat.Dia berjalan menuju ke lif sambil tangannya ligat menekan sesuatu pada telefon.

Pesanan yang dia dapat tadi mengoncang tangkai hatinya.

Ratna dah tinggalkan London

Pintu lif terbuka dan langkah kakinya diatur masuk ke dalam lif.Fikirannya tidak menentu.Dah seminggu dia tinggalkan apartment itu dengan perasaan bungkam dan kecewa.

Dia membetulkan tali lehernya yang ketat.Dia rasa sesak setiap kali memikirkan tentang Ratna.

Pintu pejabat dibuka dan dia menuju ke arah tingkap melihat langit.

"Saya nak jadi langit untuk awak"ujar Arjuna.Ratna mendongak memandang wajah Arjuna.

"Kenapa awak nak jadi langit?"soal Ratna kembali.

"Supaya saya boleh lindung awak, peluk awak dan sentiasa ada dengan awak"ucap Arjuna mengucup dahi Ratna.

Kenangan itu sukar untuk hilang.Seminggu juga tidurnya tidak tenang dan sentiasa rasa kosong.Sentuhan tangan Ratna dan haruman Ratna sangat kuat dalam ingatannya.

Tapi apa yang Ratna buat padanya itu sungguh melukakan hatinya.Apa yang Fakri tunjuk padanya juga cukup membuktikan cinta Ratna tidak jujur padanya.

Dia meraup wajahnya berkali-kali cuba menghilangkan perasaan yang membelenggu dirinya saat ini.

"Tuan...Tuan... Arjuna" panggil pembantu peribadinya Eugene.Dia berpaling ke arah Eugene.

"Yes...ada apa-apa ke Eugene?"soal Arjuna.

Eugene menghulurkan sekeping sampul surat kepada Arjuna.Dia menyambut huluran itu.Dia membuka sampul berwarna coklat itu.

Dia membaca setiap isi helaian demi helaian."Ini aje kan Eugene.Ada apa-apa lagi?"soal Arjuna.

Eugene mengatur ayatnya."Tuan....tak apa-apa kan?"soal Eugene dengan perasaan ingin tahu.

"Kenapa saya nampak sakit ke? Kenapa semua orang tanya saya okay atau tak?"soalnya lagi.

"Bukan apa Tuan.Sebabnya dalam minggu ni saya perhati Tuan banyak termenung dan mengelamun.Jadi saya risau kalau ada apa-apa masalah ke?"

"Tak ada saya tak ada masalah pun.Anyway nanti awak minta tolong cari orang untuk bersihkan rumah saya.Sebab saya nak duduk sana"pesan Arjuna.

"Baik tuan kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu" kata Eugene sebelum keluar dari pejabat Arjuna.

*******

Ratna merehatkan dirinya di dalam bilik.Kepenatan penerbangan dari London ke Malaysia masih terasa.

Dia mengusap perutnya yang masih belum nampak itu."Sayang...kita cari daddy sama ya"ucap Ratna.

Telefonnya berbunyi disaat ini.Tertera nama Indah di skrin.Senyuman terbit di bibirnya.

Dia menekan untuk menjawab."Asalamualaikum...."sapa Ratna.

"Akak...kenapa akak tak balik rumah kampung"ujar Indah didalam talian.

"Akak ada urusan dekat sini.Nanti bila dah selesai akak balik sana okay"

"Bukan apa akak tu Umi sibuk tanya.Risau katanya bila akak cakap terus pergi KL tak balik rumah dulu"

"Indah cakap dengan Umi jangan risaukan Akak.Lagipun Diya ada dengan Akak bukan akak sorang-sorang dekat sini"

"Yelah Akak.Bila akak nak bagitahu Umi yang akak dah nikah dekat sana.Indah bukan apa Akak.Ni Indah risau kalau tiba-tiba mulut Indah terlepas cakap dekat Umi nanti"

Ratna terdiam.Benar apa yang Indah cakap tentang perkahwinannya.Dapatkah Umi terima yang anak gadisnya ini sudah berkahwin dan bakal bercerai?.

Apa kata Umi padanya?.Kalau arwah Ayah ada mesti lagi kecewa.Mana diaorang nak letak airmuka diaorang dengan perangai degil anak perempuannya ini.

"Akak Indah cakap dengan Akak ni? Akak dengar tak ni?"soal Indah bertalu-talu.

"Dengar Indah.Insyallah nanti lepas settle semua masalah Akak akan bagitahu Umi pasal perkara ni.Indah tolong jaga Umi baik-baik ya"

"Baiklah akak.Indah tutup dulu nanti Umi tahu Akak telefon ni mesti dia kecoh"kata Indah menamatkan panggilan telefon.

Ratna turut menamatkan panggilan telefon.Dia membuka galeri telefonnya.Gambar keluarganya direnung lama.

Gambar perkahwinannya dengan Arjuna turut dipandang."Sayang....saya minta maaf kalau saya ada buat salah dengan awak"ucap Ratna.

********

Dahi Arjuna berpeluh-peluh.Dia melihat wajah Ratna yang sedih.Dia cuba memujuk Ratna tapi dia tak dapat mengapai tubuh itu.

"Ratna..."jerit Arjuna tercungap-cungap bila dia sedar.Dia berada didalam biliknya yang gelap.Dia menelan air liur dan memandang jam di sisi.Jam menunjukkan pukul tiga pagi.

"Kenapa dia mimpikan Ratna?" soalnya dalam hati.

Dia bingkas bangun dari katil.Dengan hanya berseluar tidur dia turun ke ruang dapur mengambil gelas di rak dan menuang air ke dalam gelas.

Dia meneguk air untuk membasahi tekaknya.Mimpi itu sangat kerap dan kuat untuk dirinya.Dia memejamkan matanya sejenak cuba menepis perasaan dirinya sekarang.

"Ratna..."nama itu terpacul keluar dari bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience