Eijaz membuka pintu bilik kerjanya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi mewah. Jari mula mengetuk meja seakan-akan sedang berfikir. Fail yang elok tersusun diatas mejanya di ambil lalu dibuka. Gambar mangsa seterusnya di tatap lama. Bibir melepaskan keluhan panjang.
Kali ini misinya tak akan sama lagi seperti dulu. Sebelum ini, dia tak ada masalah untuk tinggalkan Malaysia berapa tahun pun. Tapi kali ini, dia sudah bergelar suami. Walaupun terpaksa. Kepalanya di urut.
Masej yang masuk membuatkan Eijaz memandang telefonnya lama.
Jack
"Kau perlu buat keputusan sekarang Wolf. Dah tak ada masa lagi untuk kau berfikir."
Argh! Bodoh!
Bunyi ketukkan pintu membuatkan Eijaz cepat-cepat menutup fail itu. Wajah Bunga Athalia sambil membawa minuman untuk dirinya. Cantik! Ditambah pula wanita itu mengenakan baju tidur satin. Semakin menyerlah kecantikan wanita itu.
"Boleh saya masuk?"
"Kau dah masuk pun Bunga. Apa kau nak?"
"Saya ada buatkan kopi untuk awak."
"Aku tak minum coffee malam-malam."
Bunga terdiam. Kepala diangguk perlahan. Baru ingin dia keluar dari bilik itu, suara Eijaz kedengaran.
"Kau nak pergi mana?"
"Saya nak pergi tukar air. Awak tak minum coffee."
"No need. Letak aje dekat situ. Nanti aku minum."
Teragak-agak Bunga meletakkan cawan kopi di atas meja kerja lelaki itu.
"Kalau macam tu, saya keluar dulu. Awak nampak sibuk."
"Aku akan pergi outstation selama 4 hari. Kau okay kan?" Tanya Eijaz perlahan. Entah kenapa soalan ini yang keluar dari mulutnya. Dia sendiri tidak tahu. Wajah dingin memandang ke arah isterinya.
"Awak cakap awak cuti?"
"Kerja aku tak menentu. Kalau dah diseru, aku perlu pergi. Sekarang ni kau okay ke tak?"
Bunga mengangguk. Bibir tersenyum kelat. Takut dengan pandangan tajam lelaki itu. Dia menundukkan kepalanya.
Eijaz bangun dari kerusinya. Setapak demi setapak dia mara menghampiri isterinya. Rambut Bunga yang jatuh mengurai diselit kebelakang telinga. Wajah menunduk Bunga diangkat memandang dirinya.
Mata mereka bertentang. Bunga menelan liur. Mata lelaki itu. Cantik!
"Jaga diri kau sewaktu aku tak ada nanti. Sweetheart."
Laju jantung Bunga berdegup. Kencang.
"A...awak pun Eijaz." tergagap-gagap Bunga dibuatnya.
"Cantik kau malam ni. Aku suka." kata Eijaz. Matanya memandang isterinya atas bawah. Pinggang isterinya ditarik rapat dengan dirinya. Bunga terjerit kecil akibat terkejut. Bergetar tubuhnya.
"Chill sweetheart, aku tak makan kau." bisik Eijaz di telinga isterinya. Melihat wajah merah isterinya membuatkan Eijaz tersenyum nakal. Sexy! Tangan bergerak menyentuh rambut isterinya yang panjang mengurai.
"E..Eijaz..." panggil Bunga tergagap. Dia tidak dapat membaca tindak tanduk lelaki itu. Apa sebenarnya yang lelaki itu mahukan?
"Kenapa sweetheart?"
"Sa..saya nak tidur."
Eijaz tersenyum kecil. Suka dia melihat wajah gemuruh isterinya. Satu ciuman diberikan pada leher isterinya. Lama.
"Kau pergi tidur, aku habiskan coffee ni dulu. Nanti aku menyusul."
Bunga mengangguk. Tapi tubuhnya masih lagi belum dilepaskan oleh Eijaz. Wajahnya berkerut. Kenapa?
"It's gonna be a long night for us. Tonight sweetheart." bisik Eijaz lagi. Membulat mata Bunga dibuatnya. Bergetar-getar tangannya menolak dada bidang suaminya lalu berlari masuk ke dalam bilik. Eijaz ketawa kecil.
Dia melabuhkan punggung semula di atas kerusi mewahnya. Kopi dihirup perlahan. Panas. Bibir tersenyum senget.
Bunga menutup pintu bilik tercungap-cungap. Kata-kata Eijaz tadi masih lagi terngiang-ngiang ditelinganya. Tubuhnya dipandang melalui cermin. Baru seminggu berkahwin dengan lelaki itu, Eijaz tersangatlah berbeza. Tidak seperti mula-mula mereka menjalinkan hubungan perkahwinan.
Sanggupkah dia merelakan semuanya dalam keadaan dia tahu lelaki itu tidak mencintai dirinya? Mendengar tapak kaki Eijaz yang semakin mendekat menghampiri bilik, gelabah Bunga naik ke atas katil. Pura-pura tidur.
Eijaz melangkah masuk ke dalam bilik. Baju t-shirtnya dibuka. Hanya tinggal seluar pendek. Dia memandang ke arah isterinya yang memejamkan mata.
"Aku tahu kau belum tidur." kata Eijaz. Dia naik ke atas katil mengambil tempat bersebelahan isterinya.
Bunga masih lagi memejam matanya.
"Aku tahu kau belum tidur Bunga."
Perlahan-lahan Bunga membuka matanya. Memandang Eijaz dengan riak tidak puas hati. Macam mana lelaki itu tahu? Apa lakonan dirinya ini tidak cukup baik ke?
"Aku tak boleh tidur. Sebab kau."
"Kenapa sebab saya?"
"Your coffee sweetheart. Addicted."
Berkedip-kedip mata Bunga memandang Eijaz.
"Kau betul okay aku tinggalkan kau 4 hari Bunga?" Tanya Eijaz lagi untuk kepastian.
"Saya betul-betul okay. Lagipun itu kerja awak."
"Aku akan minta Jae untuk jaga kau sepanjang aku tak ada. Jaga diri kau."
"Jae? Awak tak perlulah kacau dia. Lagipun dia ada anak dan isteri. Saya boleh jaga diri saya Eijaz."
"Aku boss dia. Apa arahan aku, dia patut turut. Termaksud kau, aku suami kau. Apa yang aku cakap kau patut ikut. Selagi benda tu tak melarang. Kau faham sweetheart?"
Bunga mengangguk lemah.
"Nanti sepanjang aku tak ada, akan ada orang yang bantu kau dalam rumah ni. Aku dah sediakan empat orang gaji dalam rumah ni. Apa kau nak, diorang akan tunaikan. Termasuk Jae, dia akan bawa kau kemana kau nak pergi."
"Tapi Eijaz..."
"Aku tak suka orang tak dengar apa arahan aku. Jadi sweetheart, please. Dengar."
Sekali lagi Bunga mengangguk.
"Dan untuk malam ni.... kau okay?" Tanya Eijaz terlebih dahulu.
"Hah? Sa..saya tak faham maksud awak."
"You know what i mean sweetheart. So are you okay?"
"Ta..tapi awak tak cintakan saya." Tak mungkin lelaki itu sudah jatuh cinta kepadanya. Padahal lelaki itulah paling melarang dirinya daripada jatuh cinta.
"Buat aku sampai jatuh cinta dengan kau Bunga."
"Tapi girlfriend awak?"
"Kau isteri aku. Jadi kau lebih berhak ke atas aku Bunga Athalia." kata Eijaz dengan nada sensualnya. Dari anak mata wanita itu, jelas dia sedang ketakutan. Adakah, hubungan mereka terlalu awal? Untuk semua ini? Kenapa pasangan yang bercinta selepas kahwin boleh saja?
"Tapi..."
"It's okay, aku hormat keputusan kau. Just sleep. Aku tak akan sentuh kau lagi untuk malam ni." kata Eijaz lalu memejam matanya. Memaksa diri untuk tidur.
Bunga mengeluh. Lelaki itu tidak menyentuh dirinya selepas berkahwin. Mungkin dia menghormati keputusan dirinya? Berdosakah dirinya kerana menolak? Tapi lelaki itu suaminya. Dia lebih berhak ke atas lelaki itu.
"Eijaz..." panggil Bunga. Eijaz masih lagi memejam matanya.
"Eijaz.."
"Just sleep sweetheart. Sekali lagi kau panggil aku, aku betul-betul tak akan biarkan kau tidur malam ni." amaran keras diberikan oleh Eijaz. Dengan drastik, tangan Bunga menjalar di dada bidang suaminya.
"Awak cakap, saya berhak ke atas awak kan?"
Eijaz membuka matanya.
"Awak cakap, buat awak sampai jatuh cinta dengan saya kan?"
"Bunga..."
"Jadi tak salahkan kalau malam ni, saya buat awak jatuh cinta dengan saya?" Tanya Bunga untuk kepastian.
"Aku hormat keputusan kau Bunga.. just sleep."
"Saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya Eijaz." kata Bunga dengan yakin. Eijaz memandang isterinya dengan riak tidak percaya.
"Awak suami saya dan hanya saya seorang yang berhak ke atas awak Eijaz."
"Kau yakin? Aku tak nak sakitkan kau Bunga."
"Saya isteri awak dan awak suami saya. Kita sama-sama berhak ke atas satu sama lain. Dan awak pun pernah cakap, sekali awak jatuh cinta dengan saya, awak tak akan lepaskan saya."
"Jadi saya nak awak sayangkan saya. Dan jangan lepaskan saya." kata Bunga. Wajahnya dirapatkan ke wajah lelaki itu. Bibir mereka bersatu.
"Biar saya goda awak sebagai isteri yang sah."
Bibir Eijaz tersenyum senget. Dan malam itu, untuk pertama kalinya mereka menjalinkan hubungan sebagai suami isteri.
————————————————
Bunga membuka matanya. Tangan meraba-raba disebelah. Kosong. Mata terus tercelik mencari di mana susuk tubuh suaminya. Mana lelaki itu pergi? Dia pergi ke arah bilik mandi. Tiada.
Satu sticky notes yang tertampal di cermin membuatkan Bunga berkerut. Apa ni?
Husband
"Aku pergi dulu. Jaga diri kau baik-baik and about last night, thank you sweetheart."
Tersengih-sengih Bunga membaca ucapan yang tertulis di atas sticky notes itu. Terus segar dirinya sekarang. Tuala yang disangkut di capai lalu bergerak masuk ke bilik mandi. Membersihkan diri terlebih dahulu.
Eijaz melangkah masuk ke dalam markas rahsianya. Satu persatu wajah anak buahnya di pandang tajam. Naik turun dadanya menahan marah.
"What the hell yang korang dah buat sekarang?! Macam mana boleh terlepas?!"
"Wolf..."
"Aku belum habis bersuara lagi Jack! Jangan menyampuk!"
"Macam mana dia boleh terlepas dari pandangan korang semua?! Tak akan kerja macam ni pun sorang pun tak boleh handle?"
"Kami terlepas dia dari pandangan Wolf." jawab salah seorang anak buah Eijaz. Dengan berang Eijaz menghampiri ke arah lelaki itu. Kolar baju lelaki itu ditarik rapat ke wajahnya.
"Kau tahu tak berapa lama aku ambil untuk perhatikan dia? Kau tahu tak setan?!"
"Wolf..."
"Bodoh! Benda kecil macam ni pun tak boleh selesaikan!"
"Shark! Cari dekat mana bangsat tu ada. Selagi tak jumpa, selagi itulah korang akan duduk dalam markas ni sampai mereput."
"Ba...baik Wolf!"
"Yang lain, bersiap sedia. Ada unit lain yang minta pertolongan kita. Susun strategi dengan betul dan aku tak nak salah sikit pun. Kalau salah, korang fahamkan apa langkah seterusnya?"
Teragak-agak anak buah Eijaz mengangguk.
Eijaz melangkah keluar dari markas itu tanpa memberi reaksi apa-apa. Satu susuk tubuh yang sedang elok menyandarkan tubuhnya di kereta membuatkan Eijaz menghampiri lelaki itu.
"Apa kau nak lagi Es?"
"Macam mana dengan kakak ipar aku? Kau layan dia dengan baik tak?" Tanya Ehsan sambil memeluk tubuhnya.
"Kakak ipar?"
"Kau ni dah lupa ke kau ada isteri? Nak aku ingatkan apa yang dah jadi sampai kau boleh kahwin dengan dia?" Soal Ehsan sinis. Eijaz menjeling tajam.
"Kau tak nak balik jumpa nenek Eijaz?"
"Dia dah bencikan aku Es. Atok pun."
"Tapi mama rindukan kau."
Eijaz terdiam.
"Aku tahu jauh di sudut hati nenek dan atok, diorang tengah tunggu kepulangan kau."
"Biarlah, aku malas nak fikir. Macam mana kau boleh sampai sini?"
"Saja... aku ada hal dekat sini tadi. Saja melawat tempat kerja kau."
"Kau masih lagi buat benda tu Es?"
"Buat apa kau ni?"
"Menyamar jadi perempuan?" Gurau Eijaz.
"Anjing!!"
"Aku lelaki tulen dan sejati kau tahu tak? Sekali test ni memang power kau tahu."
Eijaz tergelak kecil.
"Kau masih lagi buat kerja tu?" Tanya Eijaz dengan serious. Kali ini dia tak main-main.
Ehsan memandang Eijaz berkerut. Apa? Apa dia buat?
"Kau jangan buat-buat tak tahu, kau pun tahu aku macam mana Es. Luar dalam kau aku dah selidik."
"Dah nama pun kerja. Kenalah buat, kalau tak aku tak ada duit." balas Ehsan selamba.
"Jangan menipu aku Eskandar..."
Ehsan mengeluh. Ish!
"Yelah-yelah, aku buat lagi. Kau pun tahu sebelum aku jadi anggota GGK, kerja itu yang aku buat."
"Tapi halal kan kerja kau ni?"
"Halal lah! Aku tak nak sumbat anak bini aku nanti dengan duit haram. Aku tahu lagi halal haram."
Eijaz tersenyum senget.
"Disebabkan kau masih lagi buat kerja tu, aku nak minta tolong kau." kata Eijaz dingin.
"Berbayar tak? Aku tak buat kerja amalan mulia sekarang. Tak ada sedekah-sedekah."
"Berapa kau nak? Aku bayarkan."
"Cukup kau belikan aku kereta terpaling mahal itu pun dah cukup rasanya."
"Tch! Tak guna punya adik."
"Kereta paling mahal tu sama harga dengan gaji kerja yang aku buat sekarang kau tahu tak?"
Eijaz menjeling. Malas mahu melayan.
"Apa kau nak aku buat?" Tanya Ehsan serious.
"Menyamar jadi bodyguard."
"Oh please! Again? Argh dah tak ada kerja lain ke yang aku kena buat Eijaz? Jadi CEO ke? Pura-pura jadi anak raja ke? Ini kau nak aku menyamar? Bodyguard pula tu!"
"Ehsan Eskandar... kau nak ke tak? Kalau tak nak, say bye-bye dekat kereta mahal kau."
"Fine-fine! Berapa lama?"
"1 week." jawab Eijaz.
"Seminggu aje? Kenapa tak letak setahun aje terus? Boleh aku bercuti sekali alang-alang."
"Ada juga yang aku patahkan leher nanti."
"Argh! Fine! Mentang-mentang kau dah kahwin, kau buat macam ni dekat aku Eijaz."
"Dah la aku balik dulu! Nanti aku roger kau balik."
Eijaz mengangguk. Melihat kereta adiknya sudah menghilang, telefon bimbit dibawa keluar. Membaca mesej yang masuk.
Jae
"Saya baru saja menghantar Puan Athalia ke pasar raya bos! Beli barang basah."
Eijaz tersenyum. Melihat gambar yang dihantar oleh nak buahnya. Cantik!
Bunga
"Saya keluar dengan Jae tahu? Pergi beli barang. Selamat kerja husband."
Makin meleret senyuman Eijaz. Mesej yang dihantar tak dibalas. Kaki terus melangkah masuk semula ke dalam markas. Menunggu informasi dari anak-anak buahnya.
Share this novel