"Aku masih rasa bersalah, Zim... Sebabkan perempuan sial tu, aku sanggup abaikan keluarga aku. Aku tumbuk adik aku. Aku marahkan mama dan papa... Berdosanya aku, Zim..."
"Sebab tu aku suruh kau balik, jumpa mereka. Mohon kemaafan dari mereka semua. Itu yang terbaik, Ziq. Jangan junjung ego kau lama-lama. Sementara mama papa kau mash hidup ni, pergilah... Jumpa dorang, mohon kemaafan. Aku percaya, dorang dah maafkan kau. Lagipun, kau tak kasihankan adik bongsu kau ke, Ziq? Sebelum ni, wedding adik kau, Zifril Zaiyan pun, kau tak balik." Keluhan dilepaskan.
"Baliklah, Ziq. Sekurang-kurangnya untuk adik bongsu kau... Zandra Zhafisyah... Kau lupa kau cakap apa dengan aku dulu... Zandra, dialah bunga, dialah racun dalam keluarga kau. Dialah penawar segala masalah korang sekeluarga. Sekarang, Zandra dah nak kahwin, takkan kau tergamak nak lepaskan majlis perkahwinan adik bongsu kau, Ziq? Tentu Zandra akan lebih kecewa nanti..." Ziqri melepaskan keluhan.
Azim dah beberapa kali berusaha memujuk Ziqri untuk pulang ke rumah dan bertemu dengan keluarganya. Benda dah lama berlaku. Azim percaya, keluarga Ziqri tentu dah lama memaafkan Ziqri. Lagipun, mereka sekeluarga benar-benar rasa bersyukur selepas segala sikap negatif Mimi terbongkar juga. Dan apa yang paling mereka seronok, bila Ziqri sendiri melihat dengan kepala mata Ziqri akan kecurangan Mimi.
Segalanya sudah jelas. Sudah terang lagi bersuluh yang Mimi memang bukan dari kalangan perempuan yang layak untuk dibuat isteri. Apatah lagi untuk masuk ke dalam keluarga General (B) Tan Sri Muhammd Zafril Zaqri, orang kenamaan dan berpengaruh.
"Akak cari siapa?"
"Eh! Zandra ni... Terkejut akak. Mana ada cari sesiapa. Akak nak masuk. Tumpang bilik air. Tapi, seganlah..."
"Segan? Macamlah akak tak biasa kat rumah ni..."
"Itu sebelum ni... Sekarang, ada lelaki lain. Akak seganlah. Lagipun..."
"Sebab angah?" Deeja meneguk air liur.
"Akak takut dengan angah?"
"Takde istilah takut, Zandra. Cuma, akak segan. Maklumlah, akak dah lama tak jumpa dengan angah."
"Akak masih simpan perasaan pada angah?" Deeja simpan senyum.
"Takde, Zandra. Tak payahlah nak serkap jarang. Akak seganlah."
"Kak Deeja masih nak sorokkan perasaan akak lagi?"
"Zandra... Akak tak pernah simpan apa-apa perasaan pun. Janganlah fikir yang bukan-bukan."
"Kak, angah dah solo, kak... Inilah masanya untuk akak kembali ke pangkuan angah." Deeja tersenyum sedikit menampakkan lesung pipit dikedua belah pipinya.
"Akak ni... Zandra cakap, dia boleh gelak pulak..." Deeja tertawa kecil.
"Cantiknya..."
"Angah..." Tiada sahutan dari Ziqri sementelaah mata leka memerhatikan seseorang di luar sana.
"Mejar Ziqri Zafael" Tersentak Ziqri disergah sebegitu.
"Ya Allah, acik ni... Terkejut angah, tau... Aduh! Bertuah punya adik..." Ziqri menyentuh dadanya yang berdegup laju.
"Hahaha..."
"Tak kelakar, okey..."
"Lar... Angah ni... Acik dah panggil dua kali. Angah tak jawab. Angah tengok siapa?"
"Ya ke?"
"Ya, angah... Dua kali..."
"Kenapa angah tak dengar?"
"Mana nak dengar... Sibuk usha awek kat luar tu, kan? Angah tengok siapa?"
"Takde siapa..."
"Oh really? Acik tahu... Angah intai perempuan sebelah adikkan?"
"Acik... Tu, siapa?"
"Mana?"
"Tu... Dengan adik?"
"Aik! Takkan tak kenal kot?"
"Sebab tak kenallah, angah tanya... Siapa dia?"
"Err, makwe angah masa kecil dulu."
"Makwe?"
"Ha'ah... Angah lupa ke dulu angah panggil dia tembam, tembam... Tulah si tembam..."
"Takkanlah..."
"Takkanlah apa? Angah ingat si tembam masih kekal tembam ke? Tulah dia... Makwe angah masa kecil dulu. Yang angah janji nak kahwin kalau dah besar nanti."
"Amboi... Terus je bagi hint kat angahkan?"
"Hahaha... Relakslah, ngah. Dah lama tak usik angah... Janganlah marah..."
"No hallah..."
"Err, Zif..."
"Ya?"
"Angah minta maaf..."
"Maaf, untuk apa?"
"First, angah tak balik masa wedding kau. Sampai kau dah ada anak sepasang."
"Lagi?"
"Angah minta maaf sebab pernah tumbuk kau dulu. Angah kesal sebab tak percayakan darah daging sendiri. Angah bodoh disebabkan cinta. Angah betul-betul minta maaf..."
"Dahlah, ngah. Acik tak pernah salahkan angah pun. Yang salah, betina tu... Angah buat macam tu sebab angah terlalu sayangkan dia. Tapi, benda dah berlalu, ngah. Tak perlu dikenang lagi. Yang penting sekarang ni, kita dapat berkumpul satu keluarga seperti dulu..."
"Thanks, acik... Angah bangga dengan acik. Acik dah semakin matang..."
"Alhamdulillah. Ini semua sebab isteri acik. Tak salah acik pilih dia sebagai pelengkap rusuk kiri acik. Sememangnya, pilihan orang tua, adalah yang terbaik..."
"Anak mamakan?" Zifril dikenali anak manja mama mereka, Puan Sri Zaiton Zailani.
"Takdelah macam tu... Cuma, angah pun tahu kesibukan acik macamanakan? Kalau nak ikut ke'busy'an acik, sampai bila pun acik takkan kahwin. Tapi, Allah permudahkan urusan acik bila segala urusan perkahwinan acik diaturkan mama dan papa. Look at me... I'm a happy person right now..."
"I'm glad to hear that..." Bahu Zifril ditepuk perlahan.
"Err, kalau berkenan, cakap dengan mama. Tahulah mama nak buat apa..."
"Ish, takdelah ke situ pulak yang angah fikirkan. Nantilah... Angah... Angah belum berani nak berdepan dengan realiti."
"Sampai bila, ngah? Benda dah berlalu... Dah lima tahun pun..."
"Entahlah, acik... Bila diingatkan semula, sakitnya hanya tuhan yang tahu. Disebabkan terlalu taksub dengan cinta, angah lalai. Angah leka dengan kehidupan angah sampai angah lupa keluarga adalah segalanya."
"Ngah, dengar sini... Tak selamanya kita akan kecewa, ngah... Acik pada awalnya pun macam tu... Tapi, Allah tak kejam, ngah. Dia tahu apa yang terbaik buat kita."
"Acik semakin matang berbicara."
"Berkat dapat isteri seorang pensyarah..."
"Alhamdulillah..."
"Err, angah tahu tak, wife acik tu tua sikit dari acik."
"Serius?"
"Yap! Tapi, dia nampak lagi muda dari acik tau."
"Lar, macam tu pulak?"
"Ya... Wajah wife acik tu babyface, walaupun umur dia tua sikit dari acik. Tak jauh pun jarak usia kami... Wife angah, tiga puluh tahun."
"Dia tua setahun je dari acik."
"Ha'ah..."
"Rezeki tu acik."
"Kan? Alhamdulillah..."
"Mana wife acik? Angah tak nampak pun sejak tadi..."
"Err, lewat petang sikit nanti dia sampai. Hari ni ada kelas extra untuk student tahun akhir..."
"Oh... Bertuah betul acik..."
"Alhamdulillah... Err, mama suruh angah makan. Nanti lapar."
"Yelah. Memang rasa lapar sebenarnya. Nak minta makan, segan pulak."
"Apa pulak segan? Adik ada kat luar tadikan? Ke... Segan dengan si tembam tu?"
"Hahaha... Angah tak ingat langsung si tembam tu... Tak sangka..."
"Tak sangka apa? Tak sangka si tembam dah tak tembam lagi? Tembam dah semakin cantikkan?" Acik menjongketkan keningnya.
"Tulah, ngah... Sibuk cari yang sempurna..." Zifril tersedar keceluparan mulutnya.
"Ops... Acik minta maaf. Acik tak sengaja."
"Takde hallah, cik... Benda dah berlalu. Memang kalau nak ikutkan, angah rasa bodoh sangat. Sebab seorang perempuan, angah sanggup lawan mama, papa. Angah dah kecewakan keluarga kita hanya disebabkan perempuan fake tu... Angah betul-betul bodoh sangat."
"Sebab tu sampai lima tahun ambil masa tak nak balik sini?"
"Angah minta maaf..."
"Dahlah. Nanti kita sambung cerita. Acik nak buat susu. Si kecil ni dah meragam. Nak tunggu mama dia balik, lambat lagi."
"Err, menyusu?"
"Susu badan, ngah. Alhamdulillah. rezeki anak-anak acik dapat menyusu badan mama dia."
"Ni... Semua ni..."
"Ha'ah... Ni semua susu badan yang dah dipam dan disimpan. Kalau baby nak menyusu, panaskan sikit."
"Oh... Banyak acik tahu dari angah ni..."
"Hah! Kahwin cepat."
"Err, nantilah. Eh, angah tak nampak along pun dari tadi..."
"Along lewat sikit sampai. Biasalah. Sejak dah nak pangkat jadi ketua ni, along busy... Susah betul nak berkumpul. Tapi, dia dah janji akan pulang bersama isteri dan anak-anak dia."
"Err, dah berapa orang anak along?"
"Tiga... Seorang perempuan dan dua lelaki, kembar."
"Kembar?"
"Ha'ah... Keluarga sebelah wife along, Kak Marsha tu, ramai kembar. Melekatlah tu. Rezeki along dapat anak kembar."
"Alhamdulillah..."
"Sekarang ni, tengah tunggu angah je... Adik pun coming soon nak join club acik ngan along..." Ziqri melepaskan keluhan.
"In shaa Allah, acik. Doakan untuk angah."
"Angah, acik tak kisah pun angah nak cari calon angah sendiri. Tapi, ngah... Serius tau acik cakap... Kalau jodoh angah ditetapkan papa dan mama, angah ikutkan je. Orang kata, jodoh dari pilihan ibu bapa ni berkat. Tapi, acik tak naklah percaya seratus peratus. Apa yang acik katakan ni, demi Allah, acik dah rasa, ngah. Tuhan permudahkan segala urusan acik, dari awal kenal, tunang, nikah sampailah acik dah ada sepasang cahaya mata."
"Okay, tell me... How did you handle you wife? Yelah, she's older than you... Pensyarah lagi... Takkan acik terus boleh deal dengan wife acik tu?"
"Emm, macamana ya... Sejujurnya, kali pertama menatap wajah Irdina secara face to face, acik terus jatuh cinta."
"Interesting... Irdina namanya..."
"Irdina Insyirah... Cantik namanya secantik orangnya... Masa mama dan papa bagi gambar, acik tak heran sangat. Tapi, bila tengok wajah Irdina face to face, hati acik berdetak laju. Memang acik jatuh cinta pandang pertama."
"Then, terus setuju nak kahwin?"
"Tak juga. Acik ambil masa juga nak pikat Irdina ni. Irdina ni, dia soft spoken. Macam si tembam tau..." Zafael menoleh ke arah Zifril.
"Betul, ngah. Si tembam tu pemalu orangnya. Bercakap pun lemah lembut je. Macam Irdina, dia memang sejenis yang soft spoken. Tapi dia tahu bila dia mengajar, dia kena tegas. Dengan anak-anak pun dia macam tu. Sebab tu, acik cakap, acik selesa dengan Irdina. Dia pandai bawak diri."
"Hurm... Bertuah acik."
"Alhamdulillah... Angah kalau nak tengok si tembam, memang susah. Ini pun, mama yang suruh si tembam tu datang sini tolong apa yang patut. Lagipun, Zandra dengan si tembam tu rapat."
"Banyak yang acik tahu..." Zifril melorek senyuman.
"Angah dah lama tak balik sinikan? Sebab tu tak banyak yang angah tahu."
"What do you mean?"
"Emm... Sebenarnya, si tembam tu baru kehilangan bakal tunang."
"Tunangnya ke mana?"
"Meninggal dunia. Bakal tunang dia, pilot... Tapi, kemalangan jalan raya semasa nak pergi bertugas."
"Allahuakhbar..."
"Kesian si tembam, ngah. Setahun dia meratap, menangisi pemergian tunang dia. Maklumlah... Bukan senang dia nak buka pintu hati dia untuk lelaki, ngah..."
"Maksud, acik?"
"Si tembam tu... Emm, nak cakap serba salah." Ujar Zafril sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Si kecil dalam dukungannya, diambil Ziqri.
"Cakap jelah..."
"Angah tak marah?"
"In shaa Allah, tak... Tapi, kenapa angah kena marah pulak?"
"Sebab ada kaitan dengan angah."
"Ada kaitan dengan angah? Acik cakap apa ni?"
"Si tembam dah lama tunggu angah, ngah..."
"Hah?"
"Itulah kenyataannya... Dia dah lama tunggu angah. Cuma... Yelah... Dia tak cakap dengan sesiapa pun hal ni. Tapi, acik tahu..."
"Macamana acik tahu?"
have fun
Share this novel