Kelihatan dari jauh kelibat wanita yang pernah aku cintai suatu waktu dulu, memerhatikan persembahanku yang sedang duduk menyanyikan lagu cinta yang pernah kuciptakan untuknya. Kelihatan sayu dan penuh penyesalan yang terbit dari raut wajahnya. Sedih, perit, marah dan kecewa yang kurasa masih tersisa dihatiku. Tak kusangka dia mengukir derita di dalam jiwaku.
3 tahun sebelum aku memutuskan hubungan kami..
Dayanne Trisha & Adam Zachary.
'Sayang... See this.. I lulus la untuk ujibakat nyanyian tu. I'm soooo happy sayang..' katanya dengan penuh gembira sambil menunjukkan surat yang ada ditangannya.
'wah.. Congrats sayang..! Bila tu tarikhnya? Kena praktis lebih masa la ni nanti. No rungutan okay sayang..' kataku mengingatkannya. Kerana aku tahu dia memang malas bila buat latihan. Banyak alasan. Lapar lah, haus lah, nak tidurlah, kadang-kadang dia beri alasan sakit kepala untuk buat aku tak memaksa dia untuk meneruskan latihan. Dia pandang muka aku sambil menjuihkan bibirnya.
'Sayang, kalau macam ni macam manalah orang nak percaya yang sayang serius nak jadi penyanyi? Kena usaha lebih tau. Bukan main-main..'
'Baikla, baiklaaa atok.. Garangnya.. Tak nak kawan baru padan muka. Werkkk!
'Amboiii..jelir lidah ye. Memang nak kena sayang ni..' lalu jariku memicit hidung mancungnya. Merah muka putihnya. Geram pula aku melihatnya apalagi dengan sikap manjanya. Memang aku sangat-sangat menyayanginya..
Petang tu aku bawa dia keluar makan setelah penat dengan latihan nyanyian. Aku bawa dia ke restoran 'favourite'nya.' kami makan sambil bercerita dan bergurau senda. Kadang-kadang dia merajuk bila tak tahan kena usik. Selesai makan kami pulang ke rumah masing-masing setelah dihantar olehku. Penat katanya.
~~~~~~~~~~~~
Banyak susah senang aku dan dia tempuhi bersama. Rajuk dan gurau senda sentiasa menghiasi hari-hari. Kadang-kadang hatiku turut rasa tercabar bila rajuknya tak masuk akal. Kerana sayang aku mengalah. Demi cinta aku pendam segala. Agar dia tahu betapa hadirnya begitu bermakna untukku. Suatu hari dia mendapat surat untuk ujibakat nyanyian. Betapa gembiranya dia. Aku pun turut tumpang bahagia.
"That's good news sayang.. Okay mulai harini kena berlatih lebih kuat lagi yea. Yang penting kesihatan kena jaga. Don't worry, I will always here to support you sayang.." kataku meyakinkannya.
"I know sayang. Never doubt it. Sayangggg sayang selalu. Muahhh.." balasnya beserta sebuah kucupan di pipiku.
Hi
"Hmm..nakal yea. Nak kena ni. Ermm, nak balas balik lah. Hehehe..." kataku mengusiknya.
"Hahaha...u can't sayang. But, Kalau nak catch me if you can. Hahaha..." balasnya dan terus berlari keluar ke sebuah taman mini yang kami berdua cipta untuk bersantai bermain muzik dan menyanyi.
Dan sepanjang hari tu, kami habiskan masa bersama-sama. Sehinggalah tiba harinya dimana sesi ujibakat itu dijalankan. Betapa gelisahnya dari raut wajahnya tercipta. Aku tenangkannya dan mengatakan semuanya akan baik-baik sahaja. Aku beri dia kekuatan dan menggenggam jemarinya memberi kata semangat. Dan dia kelihatan lebih tenang dan yakin. Sebaik sahaja namanya dipanggil, dengan perlahan langkahnya dihayunkan. Dia menoleh kearahku dan tersenyum.
'Good luck sayang..' ucapku padanya. Dan dia balas dengan anggukan.
Selesai menyanyi tibalah saat dimana siapa yang akan dipilih ke peringkat seterusnya bermula. Betapa gemuruhnya rasa yang terbit didadaku. Begitu juga dia. Dan bila namanya diumumkan kulihat tangisan bersama sebuah senyuman gembira terbit diwajahnya. Aku besyukur.
'Congrats sayang. I know you can make it! I'm so proud of you sayang..'
'Thanks sayang. You know, I'll never make it without you..'
'Bila pertandingan seterusnya diadakan sayang?'
'Minggu depan katanya. Cukupla masa untuk practice nanti kan sayang? Nak kena cari baju lagi pasni. Hmm, temankan sayang cari baju nanti yea?'
'Sure sayang. Anything for you..'
Sepanjang minggu itu memang aku dan dia berlatih sesungguhnya. Siang kami bekerja dan bila malam 'jamming' bersama tanpa mengira penat lelah. Semuanya untuk dia. Tiba masa yang dinanti, dia mampu mengalahkan beberapa peserta lain hingga terpilih ke final. Betapa diwajahnya tergambar rasa gembira yang tidak terkata. Aku turut bahagia melihatnya..
Di final, segala susah payah yang kami tempuhi bersama sepanjang latihan akhirnya terbayar bila dia dipilih menjadi juara. Sebuah syarikat nyanyian telah menawarkan dia menjadi artis naungan mereka dan menandatangani kontrak bersama. Dari minggu berganti bulan hubungan kami menjadi renggang. Dia sentiasa sibuk dengan jadual barunya sebagai seorang artis rakaman. Aku mulai merindui saat-saat kami bersama dulu. Kini diantara aku dan dia dah jarang bersua muka. Bila aku menghubunginya melalui telefon, dia mengatakan dia sedang sibuk. Aku cuba memahaminya. Sehinggalah suatu hari aku mengambil keputusan untuk menemuinya di syarikat tempat dia diambil sebagai artis.
Dari jauh aku melihat dia sedang berjalan beiringan dengan lelaki lain. Mulanya aku cuba untuk tidak curiga. Mungkin hanya rakan sekerja atau pengurusnya. Hinggalah aku melihat lelaki itu berjalan berpimpin tangan dengannya. Betapa aku kecewa. Niat ku ingin memberi kejutan padanya dengan membawa jambangan bunga dan coklat kesukaannya. Tetapi akhirnya aku yang tekejut melihat sesuatu yang membuatku sakit hati.
'Sampainya hatimu sayang.. Apa salahku? Setelah semua masa dan tenaga aku korbankan untukmu ini yang kau balas?' kataku dengan penuh rasa kecewa.
Malam itu aku tunggu dia di rumahnya. Aku kena bersemuka dan bertanya tentang hubungannya dengan lelaki itu. Kulihat sebuah kereta memasuki perkarangan rumahnya. Didalam kereta itu ada dia dan lelaki yang aku lihat berpimpin tangan dengannya. Bila dia lihat aku sedang berdiri dipintu pagar menanti kepulangannya, air mukanya berubah riak. Serba salah.
'Baby, siapa dia?' Tanya lelaki itu. Aku lalu memandang kearah wanita yang palingku cintai. Mencari jawapan dari apa yang aku dengar. Dia serba salah. Aku pamerkan riak kecewaku diatas apa yang aku dengar dan lihat.
'Baby?? Sayang apa erti semua ni? Kenapa dia panggil sayang baby? Explain please..' soalku inginkan kepastian darinya.
'Wait, wait! Sayang? Baby, apa yang mamat ni cakap? Your his sayang? How come? You said you were single, right?' tanya lelaki itu pula. Geram dan kecewanya hatiku hanya tuhan yang tahu. Dia Ku lihat hanya membisu. Hanya airmata yang mengalir diwajahnya. Kerana kecewa yang amat sangat aku meninggalkan dia dan lelaki itu tanpa menoleh lagi ke belakang.
~~~~~~~~~
Suatu petang dia menelefonku untuk bertemu. Kami berjumpa di taman mini yang menjadi tempat kami selalu menghabiskan masa bersama berlatih.
'Why you do this to me sayang? For all this while you busy, you were with him right? Sampai hati Sayang. What did I do wrong sayang? kataku dalam nada yang teramat kecewa. Mengalir airmataku.
' I'm sorry sayang. Sayang tak salah. It's all my fault. Sayang yang lemah bila dia tiba-tiba hadir dalam hidup sayang. I'm sorry..'
'Senangnya sayang lupakan apa yang kita ada selama ni yea. Susah senang kita sentiasa bersama. Bila sayang dah berjaya dan mampu berdiri sendiri senang-senang sayang musnahkan segalanya yang kita tempuhi bersama. I'm so disappointed sayang. I'm hurt. Hubungan kita dah tak ada makna bagi sayang ke? " Ku luahkan segalanya pada dia. Deraian airmata kuseka perlahan. Hancur remuk hatiku. Dia juga menangis. Hatiku sakit melihat airmatanya. Tetapi sakit lagi hatiku dikhianati olehnya. Hanya kata maaf yang mampu dia pinta dariku.
'Dah la sayang. Tak usahlah ditangisi lagi apa yang terjadi. Mungkin sampai disini akhir kisah cinta kita. Kalau dia boleh buat sayang bahagia, walau dengan berat hati, saya rela lepaskan sayang. I forgive you.. Tapi untuk melupakan, mungkin akan mengambil masa. Berbahagialah sayang. I will always pray for your happiness. Take care..' kataku lalu melangkah pergi.
Dia hanya mampu menangisi semuanya yang terjadi. Dia cuba untuk menghalangku dari pergi tadi tetapi keputusanku sudah muktamad. Aku tak ingin menjadi penghalang kejayaannya. Yang mampu kulakukan, berdoa untuk setiap yang dia lakukan dalam hidupnya..........
Tamat..
-Lavender Ungu-
Share this novel