BAB 6

Crime Completed 12625

ASAP berkepul-kepul keluar dari puntung rokok yang diselit di celah jari Zufaqar Warid. Sudah satu per tiga rokoknya terbakar begitu sahaja tanpa dihisap. Fikirannya menerawang jauh. Zulfaqar Warid merenung ke luar jendela.

Menelusurkan padangan pada dada malam yang pekat tanpa cahaya rembulan. Malam. Terngiang-ngiang tangisan Harum Zawani menyentung cuping telinganya. Dia cuba menggapai kembali kenangan pahit yang telah dicoretkan olehnya di dalam kamus hidup gadis naif itu. Ya. Dialah lelaki itu. Dialah pesalah yang telah meragut kehidupan Harum Zawani.

KEDINGINAN malam seakan terlarut sehingga kulitnya tidak lagi merasakan kesejukan. Zulfaqar Warid menghunus belati kepunyaannya. Belati itulah senjata yang sering digunakan oleh Zulfaqar Warid untuk membunuh mangsa-mangsanya.

Seperti biasa, Zulfaqar Warid akan menjalankan tugasnya tanpa rasa belas kasihan. Sesiapa sahaja yang turut ada bersama orang yang ditargetnya akan turut dibunuh bersama. Malam itu Zulfaqar Warid memburu seorang ahli perniagaan yang menjadi penghalang kepada kemajuan perniagaan kliennya.

Bagaikan bayang-bayang maut, Zulfaqar Warid dengan mudahnya menyusup masuk ke dalam rumah milik Akhbar Hakim. Dia berjalan menaiki anak-anak tangga ke tingkat atas di mana terletaknya bilik tidur Akhbar Hakim. Dengan sekali tendangan, pintu itu terbuka. Akhbar Hakim dan isterinya yang sedang nyenyak tidur terpinga-pinga bangun.

“Kau siapa?” Akhbar Hakim menjerkah lantang. Dia cuba melindungi isterinya yang sudah menggigil ketakutan.

“Kau tak perlu tahu siapa aku.” Zulfaqar Warid menjawab sinis. Dia lantas menerpa ke arah Akhbar Hakim. Mereka bergelut untuk beberapa ketika sehinggalah Zulfaqar Warid berjaya menewaskan kudrat tua milik Akhbar Hakim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience