BAB 13

Romance Series 68164

"Saya nak awak cerai kan saya , saya dah tahan dengan awak dan anak ni hak saya bukan hak awak jadi tolong lepaskan saya , biarkan saya hidup bahagia dengan hisyam" kata sofea sambil memegang perutnya...

"Aku tak akan lepaskan kau , aku sayangkan kau sofea"

"Kau sedar terlalu lambat danish , sekarang sofea hak aku dan aku akan jaga dia lagi baik dari kau , sayang jom kita pergi" ajak hisyam...

Hisyam memimpin sofea dan pergi dari hadapan danish , danish cuba menghalang tetapi dia di tahan oleh irdina yang memegang lengannya....

×××××××××××××××××××××××××××

"Sofeaaaaa" jerit danish dan terus terbangun dari tidurnya , "Ya allah mimpi rupanya" ujar danish sambil memgosok wajahnya dengan tangan..
"Kenapa hisyam?" soal danish dan teringat kata kata hisyam pada danish semasa mereka berjumpa dengan keluarga sofea berapa bulan lepas...

"Aku tak akan biarkan dia ambik sofea dari aku , aku tak akan lepaskan dia" bisik danish dan masuk ke bilik air untuk cuci wajahnya....


Danisya bangun dari lenanya disebab kan rasa sejuk dan rasa ingin membuang air kecil , danisya melihat sofea yang duduk sambil bersandar di bantal belakangnya....

"Tak tidur lagi? dah pukul 2.30 pagi dah ni" tanya danisya lalu duduk di kerusi sebelah katil sofea , "Kau fikirkan apa? doktor kata kau tak boleh stress atau pun tertekan jadi tk payah la fikir benda tak penting"

"Salah ke kalau saya minta danish lepaskan saya? saya dah tk boleh hidup dengan dia , puas saya pujuk dia untuk terima saya tapi dia langsung tak bgi saya peluang untuk tu"

Danisya mengeluh perlahan , "Aku tahu kau tak berapa senang duduk rumah tu lagi lagi dengan mama , mama memang macam tu dia kalau tak suka dia akan cakap lepas tapi kau kena bersabar sikit" pujuk danisya sambil mengikat rambutnya...

"Rehat la esok abang datang sini , esok aku nk pergi balai buat repot pasal kereta yang cuba langgar kau"

"Mungkin kereta tu tak sengaja , dia mungkin tak nampak saya jadi tak payah la repot polis lagipun saya okey je" tolak sofea dan danisya mengelengkan kepalanya...

"Kau ni lembut sangat la , eh nasib tak jadi apa apa dengan kau kalau tak aku kena dengan danish tau sebab bawak kau keluar tanpa izin dia , dia datang sini dengan keadaan cemas takut terjadi apa apa pada kau"

Sofea tersenyum kecil , "Dia tak risau kan saya tapi dia risaukan baby" jawab sofea..

"Kau tak kesian ke dengan anak kau nanti , membesar tanpa kasih seorang ayah? aku tahu kau banyak makan hati tapi aku yakin yang danish dah mula berubah hati" ujar nya....Danisya melihat sofea hanya diam dia pun terus masuk ke bilik air..

Danish melihatkan dirinya ke arah cermin lalu membetulkan blazer yang di pakai olehnya , dia jadi teringat waktu sofea mengemaskan blazer untuk nya lalu danish tersenyum sendiri......

"Setiap kali aku ingat kan dia mesti jantung aku berdegup laju ish sofea apa la yang kau buat pada aku" bisiknya sendiri....

Pakaian milik sofea danish meletakkan di dalam almari miliknya , gambar kahwin mereka danish meletakkan di atas meja solek dan meja kerjanya...

Datin melihat danish yang turun sendiri jadi dia terus bertanya pada danish sambil membawa air susu dan juga pil yang diberi oleh irdina....

"Danish mana sofea , mama ada beli kan vitamin untuk dia" soal datin...

"Dia dekat hospital , sorry danish tak bagitahu semalam sebab mama papa dah tidur waktu tu"

"Kenapa masuk hospital? sakit apa sofea?" tanya datuk pula , "Dia bleeding pa tapi tak teruk pun kandungan masih oky"

"Alhamdulilah , kenapa kamu tak jaga dia dekat hospital tu? kamu biarkan dias sendiri?"

"Eh tak la pa adik danisya , okey la danish pergi dulu nak pergi hospital ni" ucap danish dan terus pergi meninggalkan datuk dan datin...

"Pil apa kamu pegang tu ? kamu nak bagi siapa?" tanya datuk sambil duduk di meja makannya , "Saya nak bagi sofea ni ha vitamin bagus vitamin ni menguatkan kandungan" bohong datin..

"Jangan macam macam ya rahila , saya tahu awak tk suka kan dia tapi kalau awak buat benda bodoh siap awak ya" pesan datuk dan datin pun hanya diam sahaja....

Sampai sahaja di hospital danish mendapat panggilan dari irdina , Irdina terpaksa balik semula ke paris untuk urusan bussiness nya di sana , ikut kan hatinya dia tak nak balik ke sana oleh kerana dia mahu melihat sofea keguguran depan matanya tetapi keluarganya berkeras padanya...
"Berapa lama dekat sana?" soal danish sambil dia keluar dari keretanya , "Seminggu just 1 week b"

"Okey , take care" pesan danish dan terus matikan panggilan itu..."What the fuck ? dia matikan macam tu je seriusly danish" marah nya..

"Tu nama nya dia dah mula sayangkan sofea , so kau kena la bertindak cepat" sampuk farhan yang ada di sebelahnya..

"Mana maklumat yang aku minta tu? kau ni buat kerja lambat kan"

Farhan menghulurkan beberapa kertas dan juga gambar keluarga sofea , "Tu pakcik daus dan mak cik salmah dia bukan mak ayah kandung sofea diorang adalah mak cik dan pakcik sofea je , yang lelaki tu abang sofea syamsul nama dia"

"Lagi?" soal irdina sambil memerhatikan gambar gambar yang ada...

"Keluarga dia meninggal disebabkan kemalangan dan aku tak jumpa siapa yang langgar keluarga dia tapi yang penting dia dari kalangan datuk dan datin , aku ada tnya orang kampung pasal sofea kebanyakkan nya sofea mendapat puji la tapi sejak dia di tangkap khalwat nama dia dan keluarga dia jadi bualan orang kampung" terang farhan..

"Ni pula siapa?" irdina menujuk gmbar hisyam , "Ouh tu gambar kawan lelaki sofea tapi aku rasa lelaki ni ada hati dengan sofea" jawab farhan dan irdina mengangguk faham...

"Buat macam yang kita plan tu , tak pun tunggu sampai aku balik sini baru kita teruskan"

Farhan mengangguk dan irdina pun terus pergi ke airport bersama pemandu nya , farhan memerhatikan gambar gambar sofea bersama keluarganya..

"Cantik tpi kesian kahwin dengan lelaki macam danish tu , tak apa nanti kita akan berjumpa ya sofea" bisik farhan sambil melihat gambar sofea....

********************************


Sofea dan danisya tengahs seronok berbual danish yang melihatnya dari luar mengukirkan senyuman kecil , "Kenapa dengan aku kau tak pernah senyum , ketawe macam tu apa aku teruk sangat ke layan kau sofea"

Danish membetulkan baju nya lalu masuk dengan beg kecik iaitu telefon untuk sofea , "Humm rancak berbual"

"Rancak la sebab tengok tengok nama nama baby , ish sedap sedap semua jadi susah nak pilih" jawab danisya...

"Nah" danish meletakkan di tepi sofea , "Apa ni?"

"Buka dan tengok" kata danish , sofea terus buka dan memerhatikan dalam beg tu nampak ada sebuah kotak jadi sofea pun terus keluarkan...

"Telefon? untuk apa awak bagi saya ni?"

"Lepasni kalau kau nak keluar atau kau nak kemana mana sekali pun sila beritahu aku , itu fungsi telefon kalau kau tak reti guna tu ha suruh danisya ajar kau" ujar danish dan danisya pun terus ke arah sofea..

"Wow" sampuk danisya , Danisya melihat wajah abangnya yang sedang memerhatikan sofea jadi dia memilih untuk keluar dari bilik itu dan memberi ruang pada mereka berdua....

"Aduh laparnya humm nak makan apa ek?" tanya danisya sendiri dan terus melanggah keluar dari bilik sofea...

"Pak kasim dah ambil pak daus dan mak sal petang sikit baru sampai sini"

mendengar kan berita gembira itu membuatkan sofea tersenyum dan terus memegang lengan danish , "Betul ni? awak tak tipu saya kan? saya boleh balik kampung ke?"

"Sofea aku tak cakap pun yang kau boleh balik kampung , mak sal dan pakcik daus akan duduk dekat rumah aku diorang akan stay sampai kau sihat" ucap danish lalu memandang tangan sofea..

"Rumah awak? rumah datin ke?"

"Bukan , nanti aku bawak kau balik sana , aku tak nak jauh dengan kau sebab aku nak pantau kau" kata danish..

"Saya dah besar la buat apa nak pantau"

"Sebab aku rasa , aku dah mula sayangkan kau" ucap danish dan sofea terkaku seketika...

"Kau tak salah dengar , apa yang kau dengar tu betul , aku mula sayangkan kau tpi kalau kau suruh aku pilih antara kau atau irdina , aku still akan pilih irdina sebab sayang dan cinta itu perkara yang berbeza"

Sofea masih berdiam , "Aku tak minta pun kau sayangkan aku atau cintakan aku sebab aku tak nak kau berharap lebih dari aku , aku just nak cakap yang aku sayangkan kau dan baby tu"

"Saya happy dengar kan hal ni , tapi keputusan saya tetap sama , saya nak awak lepaskan saya lepas saya bersalin" tegas sofea..

Danish tidak menjawab jadi dia terus keluar dari bilik sofea dan pergi ke officenya , "Berdosa nya aku cakap macam tu dengan dia , walauapapun dia masih suami aku yang sah" bisik sofea...

"Rumah siapa ni pak kasim? kenapa tak bawak kami ke hospital je terus?" soal syamsul pada pak kasim , sekrang mereka berada di satu rumah banglo yang sungguh cantik dan ada sebuah kereta disitu...

"Ini rumah danish dengan sofea , danish mengarahkan saya untuk bawak korang ke sini dan berehat disini"

"Tapi saya nak tengok sofea" ujar mak sal , "Mak sal sabar ya esok kita pergi tengok petang ni rehat dulu" sampuk taufiq pula...

"Eh siapa pula ni? tiba tiba ada dekat sini" tanya syam , "saya kawan danish , maaf danish tak boleh datang sebab ada meeting tpi malam nanti dia ke sini"

Mereka pun masuk ke dalam dan dapat melihat kebesaran rumah tersebut , mereka rasa seperti orang kecil yang masuk ke istana yang besar itu la yang di rasakan mereka...

"Saya pergi dulu kalau perlukan apa apa bgitahu pak kasim , rumah ni masih baru jadi saya harap semua nya selesa" ujar taufiq...

"Tak apa kami boleh biasa kan diri , tapi nak tanya barang dapur semua ada kan? mak cik nak masak untuk danish"

"Ouh ha ada ada , kami baru je beli semalam" jawab taufiq dan meminta diri untuk pergi...

Danish memandang gambar kahwinnya bersama sofea yang ada di atas meja , danish bukannya marah pada fiona malah memuji tindakkan fiona itu....

"Ish kenapa aku lebih fikirkan sofea dari irdina ni? tapi normal la kan dia isteri aku mesti la aku kena fikirkan dia lebih kan?" tanya danish pada dirinya...

Fiona masuk ke bilik danish dan meletakkan beberapa design untuk kad jemputan kahwin , "Siapa bagi ni? saya tak minta pun awak buat semua ni kan?" tanya danish..

"Sebelum cik irdina pergi paris , dia singgah sini dan bagi saya ni dia minta saya tanya pada tuan mana yang okey sebab dia akan buat untuk majlis kahwin tuan dan cik irdina" kata fiona..

"What? saya tak thu apa apa pun? kahwin saya tak bincang lagi dengan dia pasal hal ni"

Fiona mengangkat bahu , "Simpan dulu nanti kalau saya minta baru awak bagi ,sekrang saya nk fokus dulu pada sofea sampai dia sembuh" ujar danish dan fiona pun mengikut arahan danish....

Danish memegang kepalanya dan memicit perlahan , "ish irdina irdina pening la kepala" kata danish...

Tepat jam 5.30 petang danish singgah ke rumah datin dan mengemas kain bajunya bersama sofea untuk bawak ke rumah baru nya , bila selesai dia pun balik ke rumah barunya...

"Assalamuailaikum" panggil danish dan mak sal menyambut kepulangan menantunya itu , "waalaikumusalam" jawab mak sal..

"Semua dah tahu ke bilik dekat mana?"

"Dah , pak kasim dah bagitahu kami dah terima kasih ya danish sebab ambik mak sal untuk datang ke sini , mak sal risaukan sofea"

"Tak apa la mak sal , lagipun ini permintaan sofea saya okey je ha kejap ya saya nak ke bilik nak bersihkan diri dulu" ujar danish dan masuk ke biliknya di tinggal 2...

***********************************


"Ha dah faham kan? kalau tak faham tanya je aku" kata danisya yang mengajar sofea mengunakan telefon , "Nak call siapa tu?" soal danisya..

"Danish , saya nak tanya sama ada mak sal dah sampai ke belum"

"Ha cuba la call , aku nak ke tandas kejap"

Sofea pun cuba hubungi danish tetapi tidak di jawab oleh danish , sofea cuba sebanyak 5 kali tetapi tetap tak di jawab olehnya...

"Kenapa?"

"Tak jawab" , "Cuba lagi" arah danisya dan sofea pun cuba hubungi danish lagi kali ini di angkat oleh danish...

"Hello"

"Hum awak keluarga saya dah sampai ke?" tanya sofea dan danish tersenyum..

"Kau nak tanya pasal keluarga ke atau kau rindu aku?"

"Saya tanya betul betul ni" , "Hum dah sampai dah ni aku baru lepas mandi nanti esok aku bawak mak sal dan pakcik daus gi jumpa kau"

"Ouh okey terima kasih , saya letak dulu ya"

"Eh kejap , kau tak rindu aku ke?" tanya danish , "Tak saya tak rindu awak , kenapa ada masalah ke?"

Danish menahan geram , "Eh memang masalah la kau tahu aku rindu kau" danish mengetuk dahinya sendiri...

"Maksud aku , aku rindu kan baby tu ha aku tak sabar nak tunggu dia keluar ha tu la maksud aku , ha okey la bye" kalut danish dan terus matikan panggilan...

"Ya allah kenapa terlepas pula , nanti dia kata aku ni apa pula ish danish danish" bisiknya dan turun ke bawah untuk berjumpa keluarga sofea...

Rumah danish memiliki 4 tingkat dan di sediakan kolam renang yang agak besar , danish keluar sahaja dari lift tangannya di tarik dan dia di banting ke dinding...

"Eh kau ni kenapa?" marah danish pada syamsul , "Kau buat apa pada adik aku? kenapa dia masuk hospital? dia bleeding sebab kau pukul dia kan" tuduh syamsul..

"Kau gila ke? aku pukul dia buat apa? yang dia kandungkan sekrang adalah anak aku jadi kenapa aku kena buat mcam tu pula?" jawab danish dan menolak lengan syamsul dari tanganya...

"Aku tak akan berdiam diri kalau aku dapt tahu kau buat yang bukan bukan pada dia , orang yang kaya raya macam korang ni akan gunakan duit untuk tutup kesalahan korang dan aku tak percaya orang yang macam korang ni , manusia yang penuh dengan kejahatan"

"Aku lebih suka dia kahwin dengan hisyam berbanding kau , ingat kalau kau tak sayangkan dia kau lepaskan dia sebab dia berhak untuk bahagia dengan orang yang tepat" tambah syamsul dan terus pergi....

"Kau ingat senang macam tu je ke aku nak lepaskan sofea? jangan harap" bisik danish dan ikut jejak syamsul yang kedapur...

Danish melihat banyak lauk yang disediakan oleh mak sal , semuanya kelihatan sedap dan menyelerakan..

"Duduk sini danish mari makan , mak sal masak semua untuk kamu , ini semua lauk kampung harao kamu suka ya" ucap mal sal...

Danish menjamu selera bersama keluarga sofea dan semua luak masakan mak sal semuanya sedap dan mengikat selera danish....

"Sedap masakan mak sal" puji danish , "Sofea pun masak sedap , orang kampung semua suka masakan sofea"

"Kamu tak pernah rasa masakan sofea ke?" tanya pak cik daus dan danish terdiam...

Danish teringat waktu sofea di marahi oleh mamanya kerana bubur dan juga menuangkan air ke cawan mamanya , dan disebabkan datin menghalang sofea masak danish tak pernah rasa air tangan isterinya...

"Tak apa nanti kamu rasa la tu" kata mak sal , Danish melihat keluarga sofea yang bahagia dan selalu bercakap hal hal yang positif dan sekarang dia faham kenapa sofea suka duduk bersama keluarganya berbanding keluarga danish sendiri.....

Share this novel

Rohani Hussin
2021-12-04 14:29:48 

X ada update ke..lma dh tggu ni

Rohani Hussin
2021-12-02 20:35:51 

Update pleasee


NovelPlus Premium

The best ads free experience