Usai habis membaca kesemua buku kanak-kanak, Nazeem meletakkan kepalanya di atas lengannya sebagai alas kepala.
“kau ingat aku tak perasan? Cara kau layan si Leen tu lain dengan perempuan lain kot…”
Kata-kata Anas kembali menerjah masuk ke dalam fikirannya. Nazeem memandang Aileen yang tekun menekan kalkulator tersebut.
“Aileen..”
Aileen memandang Nazeem. “yeep?”
“cara aku layan kau dengan perempuan lain.. lain sangat ke…?”
Aileen termangu.
“lain..? apa yang lain? Lain yang macam mana..?”
“hm, takde ape la…”
“baiklah murid semua… kamu semua boleh rehat..”
***
Aileen berjalan keluar daripada library lalu dia menuju ke arah mesin vendor. Dia merenung air kopi Wonda berperisa teh tarik. Baru sahaja dia memasukkan seringgit ke dalam mesin tersebut. Tiba-tiba Iwal mengejutkannya.
“Leen!”
“opocot!” pantas Aileen memandang Iwal dengan bengang. “kau ni memang takde sivik ke apa?!” jerkah Aileen lalu dia kembali masukkan lagi seringgit ke dalam mesin.
“aku ada cerita panas!”
Aileen menjulingkan mata ke atas.
“tak sudah lagi dengan cerita panas kau tu… hah, kali ni amende pulak?” soal Aileen kepada Iwal. Sudah masak sangat Aileen dengan si Iwal, kalau ada cerita sahaja mesti dia yang dicarinya.
“pasal Ayai dengan Zaida… aku dengar cerita diorang getback doh!”
Aileen tersedak air yang diminumnya.
“er, kau okay ke tak ni, Leen?”
Aileen memandang Iwal sambil batuk yang masih bersisa.
“diorang.. getback… how..?”
Iwal mengangkat bahu.
“kau tahu dari siapa..?”
“dari kawan baik Zaida ah… Wardah, dia yang cakap macam tu…”
Aileen menggigit bibirnya lalu dia meninggalkan Iwal dengan begitu sahaja.
“eh.. Leen! Tunggu ah!”
Disebalik dinding ada Nazeem yang mengeluh perlahan. Dia tahu. Dia tahu akan perasaan Aileen terhadap Ayai. Nazeem menunduk lalu dia mengatur langkah meninggalkan kawasan library sekolahnya.
***
“weh, Zeem…”
Nazeem mengangkat wajahnya dari menulis sesuatu di dalam buku laporan pengawasnya.
“hmm?”
Ayie duduk disebelah Nazeem. “weh, kau tahu Ayai getback balik dengan Zaida… uish, siot ah.. Zaida tu memang la cantik tapi perangai dia tu la yang tak cantik… pastu Ayai cakap kat kitorang tadi yang dia nak buat Zai..!”
Pantas Nazeem bangun dan berjalan meninggalkan Ayie yang terpinga-pinga dengan tindakannya tersebut.
“Woi, Zeem! Aku tak habis cakap lagi ni!”
***
Anas mencari Aileen di perhentian bas yang disediakan oleh pihak sekolahnya. Akhirnya dia berjaya menjumpai Aileen yang kelihatan termenung tersebut. Anas menghampiri Aileen.
“Leen..”
Aileen memandang Anas.
“oh, Anas…”
Anas terus duduk disebelah Aileen.
“kau tak okay, kan?”
Aileen tunduk.
“aku okay jelah…”
“takyah tipu.. aku kenal kau sejak lahir bengong… aku tahu la kau cemana..”
Aileen mengeluh.
“hm, jom la… ayah dah sampai…”
Aileen mengangguk.
Share this novel