Rate

Bab 62 Anis Umairah Sakit Perut?

Romance Completed 278123

2 minggu kemudian,....

"Terima kasih Adib, sebab sudi datang temankan aku ke rumah Farah untuk hantar cincin pertunangan dan menetapkan tarikh kahwin." Ucap Amar merasa bahagia.

"Sama-sama bro, kau pun masa aku dulu nikah...kau pun datang temankan aku." Sahut Adib Umair tersenyum lebar melihat sahabatnya yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan Cikgu Farah.

"Kenapa awak datang sorang-sorang jer Adib? Mana orang rumah kau?" Tanya Amar ramah, keningnya tertaut melihat sahabatnya itu kerana datang seorang sahaja.

"Tadi dia mengadu sakit perut, mungkin masuk angin katanya. Jadi dia nak rehat saja dirumah katanya." Sahut Adib Umair sambil menjongketkan bahunya seketika.

"Berani kau ya tinggalkan isteri kau tengah hamil muda." Kata Amar dengan nada khuatir.

"Dia yang nak tinggal Amar, aku nak hantar dia ke rumah orang tua kami antara satunya dia tak nak." Ucap Adib Umair dengan tenang. Dia tak nak fikir yang bukan-bukan tentang isterinya Anis Umairah, lagipun Anis dah beritahu dan cuba meyakinkan Adib dirinya tak apa-apa.

Amar menggangguk perlahan, dia cuba berfikiran positif. Apa lagi Adib Umair dah kata macam tu.

"Jom Adib kita makan dulu, baru aku lepaskan kau." Ucap Amar sambil tergelak.

Adib Umair mengikuti langkah sahabatnya itu kebahagian katering, pelbagai hidangan yang tersaji. Adib Umair dapat melihat senyuman Cikgu Farah yang mengembang yang tak lekang dari wajahnya tanda gembira dengan ikatan yang baru sahaja terjalin. Adib Umair tak menyangka sahabatnya Amar yang akan menyunting Cikgu Farah. Adib Umair bersyukur dengan ikatan yang terjalin itu... Dia akui, Cikgu Farah memang cantik dan baik...amat sepadan dengan sahabatnya itu.

Setelah mereka menikmati hidangan yang telah tersaji, Adib Umair mengucapkan selamat kepada Cikgu Farah dan Amar atas ikatan yang baru sahaja terjalin itu.

"Tahniah ya bro...Cikgu Farah, nanti kalau nak nikah jangan lupa beritahu ya." Ucap Adib Umair dengan senyuman sambil berpeluk singkat dengan sahabatnya Amar.

"Thanks bro, kau tak boleh tak hadir...aku nak kau jadi pengapit aku nanti." Ucap Amar dengan senyuman lebarnya.

"Insya Allah bro." Sahut Adib Umair seadanya.

"Korang berkenal ke?" Tanya Cikgu Farah hairan melihat keakraban Adib Umair dan Amar.

"Ini sahabat sehidup semati aku Farah." Sahut Amar dengan mesra.

Cikgu Farah tersenyum kecut mendengar penjelasan dari Amar. Dunia ni betul-betul kecil, boleh-bolehnya dia bertunang dengan sahabat orang yang pernah dia suka.

Adib Umair cuma menggangguk perlahan pada Cikgu Farah, membenarkan apa yang Amar beritahu tadi.

"Kalau macam tu, aku balik dulu ya... assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam!" Sahut mereka berdua hampir bersamaan.

**********************

(Pov Anis)

Hari ni aku merasa...perutku sakit lain macam dari semalam, aku tak tahu mengapa. Aku cuba bawa tidur. Alhamdulillah dalam 2 3 jam macam tu aku dapat melelapkan mata sebentar. Namun, tepat jam 3 subuh aku terbangun semula... aku merasa perut aku memulas. Seluruh badan aku merasa menggeletar, dari perut hingga hujung kaki. Aku tak tahu kenapa, aku cuba bangunkan Adib tapi tak sampai hati mengganggu tidurnya yang pulas. Manik-manik keringat dingin mula menitik di sekitar wajahku. Aku bangun dari rebahan menuju ke bilik air untuk melepaskan hajat sekiranya ingin keluar. Namun, ketika aku ingin membuang air kecil...aku melihat darah yang menitik, jantungku bergemuruh hebat...takut terjadi apa-apa pada kandunganku, aku menangis tersedu-sedu lalu membangunkan Adib...

"Abang, bangun...!!" Aku menggoncang tubuh Adib hingga ia terbangun. Aku masih menangis tersedu-sedu, memikirkan perihal kandunganku.

"Hah!! Ada apa honey?" Suara serak Adib kedengaran, dia masih dalam keadaan mamai... matanya masih terpejam, tapi dia sudah terduduk kerana menyedari aku tengah menangis seperti budak-budak yang kehilangan anak patung.

"Anak kita abang!!" Raungku padanya. Aku takut kehilangan anak kembar ku ini.

"Kenapa dengan anak kita?" Ucapnya mula cemas dan mula tersedar melihat aku menangis.

"Anis keluar darah abang, semalam perut Anis sakit sangat...ingatkan sakit di sebabkan masuk angin saja, tapi tadi anis pergi bilik air tengok ada darah menitik kat lantai." Jelasku pada Adib dengan suara yang tersekat-sekat. Aku tak dapat kawal perasaanku saat ini, setahuku orang mengandung akan mengalami keguguran sekiranya keluar darah. Apa lagi hingga menitik ke lantai.

Wajah Adib kelihatan pucat sama sepertiku, kami sama-sama belum ada pengalaman. Adib segera menelefon kedua orang tua kami dan mereka berpesan kepada kami agar segera ke hospital yang terdekat.

"Honey siap-siap kita pergi hospital sekarang juga." Ucap Adib kelihatan agak panik.

Aku cuma mengikuti apa yang di arahkan oleh Adib, tak lupa juga aku meletakkan buku pink yang pihak klinik swasta bekalkan hari tu ke dalam bagpack ku. Agar aku bawa bersama ke hospital nanti. Setelah kami telah bersiap, Adib dengan pantas membawa aku ke hospital. Rupa-rupanya kedua orang tua kami telah menunggu kami kat hospital yang Adib beritahu tadi.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya ibu dengan nada cemas. Dia mengusap wajahku dengan lembut kerana aku masih sahaja menangis dalam diam. Cuma air mata ku yang mengatakan bahawa aku tidak baik-baik sahaja.

"Anis cuba tenang ya, takut mengganggu baby yang ada dalam kandungan Anis." Ucap umie cuba menenangkan aku.

Aku cuba menggangguk pasrah, takut akan apa yang terjadi nantinya.

Adib merangkul bahu ku cuba menenangkan hatiku. Sementara menunggu namaku di panggil setelah pendaftaran bahagian kecemasan tadi. Ayah dan abah mundar-mandir seperti seterika di hadapanku, gelisah setelah mendengar peneranganku tadi.

Perutku masih sahaja sakit, keringatku mengalir tak henti-henti sehingga badanku rasa melekit. Tak selesa rasanya, namun aku cuba bertahan.

"Anis Umairah Binti Muhaimin!!" Laung seorang nurse bahagian bilik pemeriksaan doktor.

Aku dan Adib terus sahaja keruangan doktor tersebut, aku harus beritahu apa sahaja yang berlaku pada ku semalam hinggalah subuh ini.

"Ada keluhan ke mama?" Tanya seorang doktor lelaki masih muda dan tampan, aku lihat namanya Dr. Syazwan. Rasanya belum berumah tangga, namun dia diberi kepercayaan bahagian ibu mengandung.

"Semalam time maghrib perut saya memulas, sakit sangat. Ingatkan cuma masuk angin, saya cuba bawa tidur...tadi jam 3 saya ke bilik air, tapi bukan air kencing yang keluar tapi darah." Jelasku pada doktor tersebut.

Aku lihat doktor itu tenang sahaja mendengar segala peneranganku. Aku akui...aku tak dapat kawal perasaanku... jantungku macam nak terlepas dari tempatnya, debaranku menjadi-jadi setelah mendengar rentetan soalan yang Dr Syazwan kemukakan.

"Banyak ke darah tu keluar mama?" Tanyanya dengan tenang.

"Tak banyak."

Aku lihat dia tulis sesuatu di buku pink ku. Aku tak faham apa yang dia tulis, tulisannya betul-betul buruk (cakar ayam). Aku cuma diam melihat apa yang di nak buat.

"Okay mama, baring ke atas katil ya." Ucapnya dengan lembut.

Aku cuba mengikuti arahan demi arahan yang Dr Syazwan berikan. Aku berusaha tenang.

Akak buat pov Anis ye, nanti akak Cuba buat pov Adib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience