“Adam. Get off the phone now” suara Hana Aishah memantul tinggi pagi itu.
Adam yang hanya memakai pampers itu sedang menekan skrin telefon ibunya berkali - kali. Telinga Hana Aishah dapat mendengar tawa anaknya yang sedang meneruskan projeknya itu. Amaran Hana Aishah tidak diendahkan.
“Muhammad Adam. I’m telling you one more time , put the phone down” tangan Hana Aishah masih lincah memasak sarapan pagi itu sambil suaranya sekali lagi dilontarkan tinggi.
“No no no no” anak kecil itu membalas kepada ibunya.
“Adam. Umi is tired sayang. I haven’t even have my rest after my shift yesterday. Put down the phone baby. Anak soleh Umi right” mulut Hana Aishah menyambung bebelan sambil dia menutup dapur elektrik itu.
Lincah tangan Hana Aishah memindahkah macaroni goreng daripada dalam kuali ke dalam mangkuk kaca di sebelah dapur itu. Kepenatannya di tolak ke tepi saat itu. Selepas itu dia menghidangkan makanan sarapan pagi mereka di atas meja makan kayu di ruangan bersebelahan dengan dapur itu.
Dia mengeluh panjang melihat Adam yang sedang lincah berbual dengan bahasa bayinya sambil telefon itu diletakkan di telinga kanannya. Kepalanya yang berdenyut itu dipicit sebelum kakinya menuju ke arah anaknya yang berada di ruangan mainan Adam yang direka khas oleh Papa Emir nya.
“Sayang. Give me the phone. Umi is so tired” jelas kepenatan di sebalik suara Hana Aishah. Dia sudah duduk bersimpuh di sebelah Adam yang sedang tersengih memandangnya. Gigi anaknya yang baru separuh tumbuh itu tampak jelas saat itu.
“Please baby” Hana Aishah cuba menggapai telefonnya. Harapannya Adam masih belum mendail mana - mana nombor seperti beberapa kali sebelum ini. Yang paling memalukan apabila Adam terdail nombor pengarah hospitalnya. Ya Allah malu betul dia saat itu. Nasib baik lelaki itu tidak ambil serius walaupun saat itu Adam mendail nombor bosnya pada pagi buta.
“No!!!” kepala Hana Aishah yang memang sudah pusing itu bertambah pusing apabila mendengar jeritan anaknya. Matanya dipejam rapat. Menahan sabar melayan amarah anaknya.
“Ya Allah. Give me patience” Hana Aishah mengetap bibirnya sambil berdoa. Wajah Adam yang sedang merenungnya itu mengingatkan dia pada lelaki itu.
Wajah itu tidak akan berkerut tetapi anak mata hitam itu akan merenungnya penuh amarah. Bibir yang separa tebal itu akan menjadi satu garis lurus. Saat itu Adam salin tidak tumpah seperti bapanya. Mengingatkan Hana Aishah pada luka lama yang sudah menjadi parut itu. Sakit dihatinya Kembali. Mata dipejam rapat cuba menghilangkan duka yang Kembali sakit itu.
“Adam anak soleh Umi. Adam is a good boy. When Umi ask you to do something Adam will listen right sayang?” Hana Aishah mengariskan sekeping senyuman sambil suaranya dilembutkan. Genggaman Adam semakin kuat pada telefon bimbit Hana Aishah itu.
“Why though... Hmm because he is my anak soleh right” Hana Aishah mengusap lembut ubun - ubun anaknya. Wajah Adam masih seperti tadi. Anak mata hitam itu masih merenungnya tajam.
“Give Umi please” lembut Hana Aishah memujuk sambil pandangannya diredupkan. Adam menggeleing kepalanya laju. Dan seperti sebelum ini tubuh kecil itu ditelentangkan dengan kasar sebelum raungan Adam memecah kesunyian pagi itu.
“Umi is so tired saying. Please give me my phone back” Hana Aishah masih cuba memujuk sambil dia menarik anaknya ke dalam pelukan. Rontaan Adam masih berterusan walaupun di dalam rangkulan ibunya.
“arghhh!” Hana Aishah menjerit kuat saat dia merasakan hentakan di dahinya. Pegangannya pada Adam dilepaskan sebelah , menekan dahinya yang terasa perit. Telefon bimbitnya yang dilontarkan Adam itu mengenai dahinya kuat. Sebelah lagi tangannya masih memegang Adam yang berada di atas ribanya itu. Tangisan kuat Adam masih berterusan menenggelamkan segala bunyi kenderaan di luar.
“Adam!” suara maskulin yang serak itu menegur dan sekaligus tangisan Adam terhenti. Mata anak kecil itu mencari punca suara tadi. Saat dia menangkap bayangan pemilik suara itu terus tubuhnya merangkak menuju ke tangga rumah itu diiringi dengan sisa esakan dan wajah sedihnya.
“What happen to my baby boy? Why are you crying so loudly? Do you miss papa?” Mikhail yang hanya berseluar pijama itu menundukkan sedikit tubuhnya sebelum merangkul Adam yang hanya berpampers itu ke dalam dukungannya. Rengekan Adam menjadi semakin kuat saat mendengar ayat Mikhail itu. Kepalanya dilentokkan di atas bahu kanan Mikhail yang tidak berbaju itu.
“Mi..Mi..No..No” Adam yang sudah berusia dua tahun itu masih tidak fasih berbicara.
Perkataannya hanya beberapa sahaja yang bermakna , yang lain semua hanyalah bahasa bayi yang tidak dapat mereka fahami. Jalan pun Adam masih tidak mampu sendiri. Masih memaut sambil meniti. Hana Aishah sudah penat mahu risau. Adam masih di dalam penyiasatan kerana perkembangannya yang lambat. Hampir setiap bulan mereka akan berjumpa dengan pakar kanak – kanak. Sudah tidak terkira terapi yang mereka pergi hamper setiap minggu. Adam anak unik yang Hana Aishah masih cuba fahami sehingga saat itu.
Perangai degilnya tidak dapat dibawa runding. Kalau dia mahukan A , dia akan pastikan dia dapat A. Tiada pilihan kedua atau ketiga. Kalau keinginannya tidak tercapai beginilah jadinya. Raungan Adam seperti didera dan sama ada dia mencederakan dirinya atau Hana Aishah menjadi mangsa. Cara pujukan tidak jalan , terkadang Hana Aishah tertinggi suara. Cara itu akan menyebabkan amukan Adam menjadi lebih teruk sebenarnya tetapi kadang – kadang Hana Aishah sudah penat mahu bersabar.
“Oh God Hana. Why are you bleeding?” Hana Aishah memandang bingung ke arah Mikhail yang bersuara panik. Dalam sekelip mata , Mikhail sudah duduk di hadapan Hana Aishah sebelum meletakkan Adam di sebelahnya. Tangannya menarik tangan kiri Hana Aishah yang sedang menekan dahi Hana Aishah yang berdarah itu. Mikhail mengetap bibir melihat luka yang sedang berdarah itu. Tetapi itu semua hanya sementara. Tidak sampai sesaat di letakkan di lantai raungan kuat Adam bergema semula. Hana Aishah mengetap giginya menahan geram.
“Adam! Did you hurt Umi?” suara tegas Mikhail menghentikan tangisan Adam serta merta. Mata Mikhail merenung tajam ke arah Adam. Mikhail Kembali merenung ke arah Hana Aishah yang memandang ke arah Adam yang sudah tercebik kesedihan itu.
“Hana you`re bleeding. What did he throw at your head” Mikhail bertanya kerisauan sebelum dia menolak anak rambut Hana Aishah yang menutupi luka di dahi kiri Hana Aishah itu.
“I didn’t even notice. Is it bleeding out a lot” Hana Aishah mengerutkan mukanya sambil bertanya apabila Mikhail menekan tempat luka tersebut untuk menghentikan pendarahan.
“Yes. Damn it. You wait here and continue press the wound. I`ll take a cloth and compress it first. If the bleeding is not stopping we need to go to the ER” kaki Mikhail melangkah laju menuju ke tingkat atas rumah dua tingkat itu.
Hana Aishah mengeluh berat sebelum dia mengesot mendekati Adam yang sedang teresak – esak pilu itu. Wajah anaknya sedang dihalakan ke karpet sambil menangis teresak – esak. Dia menarik Adam ke dalam pelukannya menggunakan tangan kanannya sementara tangan kirinya menekan luka di dahinya.
“Its ok sayang. Umi is not mad” Hana Aishah memujuk sambil dia mengucup pipi gebu itu.
Adam merenung Hana Aishah dengan lelehan air mata. Seperti selalu bibir Hana Aishah mengukir senyuman lebar. Menutup segala masalah dan kesakitannya untuk menyakinkan Adam segala sempurna sahaja.
“Everything is ok little angel. Umi is here with you” pipi gebu itu dikucup sebelum bibir yang dimuncungkan itu dikucup. Adam menggesekkan kepalanya di dada Hana Aishah sambil memeluk ibunya erat. Esakan anak kecil itu perlahan – lahan berhenti dan saat Mikhail Kembali bersama kit First Aid , air mata Adam sudah berhenti.
“it doesn’t look deep. Hopefully the compression will stop the bleeding. Why did you hurt umi, Adam” selaju mulut Mikhail membebel laju itu juga tangannya memulakan proses menekan kawasan yang masih berdarah itu untuk menghentikan pendarahan. Sesekali matanya menjeling kearah Adam yang sudah membaringkan kepalanya di dada Hana Aishah. Bibir mugil itu masih dicebekkan kesedihan.
“It looks like the bleeding has stop. I`ll clean it up and cover it” Mikhail memandang kearah Hana Aishah yang masih tersenyum dalam kesakitan itu dalam usaha untuk memujuk Adam yang masih kesedihan itu.
Lingkaran mata hitam jelas kelihatan menunjukkan kepenatan Hana Aishah. Dia pasti Hana Aishah tidak tidur cukup sepanjang malam semalam. Mereka semua tidak dapat tidur kerana malam tadi Adam memutuskan bahawa dia mahu bermain sorok – sorok.
“You are still not off the hook for hurting Umi” laju Mikhail mematikan tawa anak kecil itu apabila Adam tergelak kecil digeletek ibunya.
“Papa don’t do that to Adam. See Adam is sad again now. You`re sorry right for hurting Umi” Hana Aishah menarik Adam ke dalam pelukannya. Adam menyorok wajahnya di dada ibunya.
“Again Hana. This is I don’t know for the how many time he hurt you” Mikhail meluahkan rasa kegeraman.
“He was just mad because I didn’t let him play with my phone” Hana Aishah cuba menegakkan benang yang basah. Mikhail hanya menggelengkan kepalanya perlahan.
Kain yang berada di tangannya itu di bawa ke dapur sebelum dia mencuci kain itu daripada darah Hana Aishah. Menggunakan kain yang sama dia Kembali semula ke ruangan mainan Adam. Waktu itu Adam sudah berbaring menyusu. Mata Hana Aishah merenung ke arah Adam penuh kasih sayang. Mikhail duduk semula di hadapan anak beranak itu sebelum tangan kanannya memaut tangan kiri Hana Aishah yang sedang memangku kepala Adam yang sedang menyusu tenang.
“You know you cant always do this right Hana” Mikhail berhati – hati dalam kata – katanya saat itu. Kain basah tadi digunakan untuk mengelap sisa darah kering di telapak tangan kiri Hana Aishah.
“You mean not hurting him when I already did enough damage by making him fatherless” sinis Hana Aishah bertanya. Mikhail merenung wajah Hana Aishah yang masih tunduk merenung anaknya sambil tangan kanannya mengusap tubuh montel Adam itu.
“We are here Hana. He grew up with 3 fathers” Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah mendengar kata – kata Mikhail.
“Its different Mika. You would never understand” Mikhail memegang dagu Hana Aishah sebelum wajah itu dihalakan ke arahnya. Mata Hana Aishah yang sudah bergenang itu ditenungnya tajam.
“Then tell me. Make me understand what I`ve been trying to understand since the past 3 years” air mata yang tadi bertakung mengalir laju saat mata Hana Aishah dipejam rapat apabila mendengar permintaan Mikhail itu.
“Look at me Hana” Mikhail meminta tetapi penuh ketegasan. Hana Aishah menggelengkan kepalanya lemah.
“Its so hard. You wont understand” seperti selalu itulah alas an yang Hana Aishah gunakan.
“Whatever it may be , I will never turn my back on you. Just tell me so I can help you” Hana Aishah tertawa hambar saat mendengar angan – angan Mikhail itu. Mata Hana Aishah dibuka sebelum dia menghalakan pandangannya kea rah Mikhail. Mikhail sudah hafal dialog perbualan mereka ini.
“I`m a broken good” terketar – ketar bibir Hana Aishah menahan sayu saat hakikat itu dia tuturkan untuk kesekian kalinya. Dan seperti sebelum – sebelum ini , Mikhail tersenyum manis ke arahnya sebelum berbicara.
“Let me mend what`s broken” pecah tawa Hana Aishah saat kata – kata itu meluncur di bibir Mikhail.
“Such a sweet talker. How many cane does it takes to have such a sweet mouth” Hana Aishah tertawa riang sambil mengusik.
“Always smile like this. You`re so beautiful smiling but its so hard to see that gorgeous smile” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar kata – kata Mikhail.
Mikhail yang sempurna di matanya. Daripada saat pertama mereka bertemu sehinggalah ke saat ini , sekalipun lelaki itu tidak pernah melukai hatinya. Sentiasa berhati – hati apabila berbicara. Tidak pernah meninggikan suara. Sentiasa mendengar walaupun Hana Aishah masih menyimpan seribu rahsia daripada mereka bertiga yang menjaga dirinya lebih sempurna daripada keluarganya sendiri.
“Till this second I can`t fanthom the fact that He sent 3 angels for me. The three of you meant the world to me. Although I didn’t say it enough but I think I could never in this lifetime repay the things that you`ve done for me” mata Hana Aishah Kembali bergenang mengingatkan saat dia pertama kali tiba di bumi Britain sehinggalah saat dia ditemukan dengan tiga lelaki ini. Segalanya hanyalah kebetulan.
*********************************************************
Hana Aishah sedang berdiri di perhentian bus di lobi hospital kerajaan di kota London itu. Cuaca sejuk bulan Disember mencengkam sehingga ke tulang sum sum nya. 42 hari dia bermastuatin di bumi itu, 42 hari yang penuh dengan cabaran. Siangnya dia akan berkerja seperti tidak kenal erti Lelah untuk membuktikan dirinya pada majikan barunya , manakala di dini hari air mata menemani tidurnya.
Hana Aishah masih teringat saat dia mengambil keputusan untuk berhijrah. Saat Adam , anak lelaki pertamanya. Permata hati pertamanya. Insan pertama yang dia cintai lebih daripada nyawanya sendiri. Selama dia hidup hampir dua puluh lapan tahun , Hana Aishah pasti tiada manusia yang mampu menandingi kasihnya pada kedua orang tuanya tetapi segalanya berubah saat pertama kali dia melihat Adam di dalam incubator di NICU. Saat itu keutamaannya berubah. Tiada lagi yang pertama , segalanya akan dia lakukan demi Adam.
Hana Aishah memang mahu meneruskan pengajiannya ke peringkat kepakaran dalam bidang anestesiologi. Kerana itu tanpa pengetahuan sesiapa dia sudah mengambil kertas ujian untuk memasuki program itu di UK. Sebelum dia menamatkan zaman bujangnya , dia sudah melengkapkan segala kertas ujian kemasukan ke Hospital Universiti di Kota London. Yang tinggal hanyalah permohonan visa untuk berkerja sambil belajar di sana tetapi selepas takdir hidupnya ditamatkan oleh sekeping surat akad nikah , dia belajar untuk pasrah. Segalanya ditinggalkan tergantung saat dia memegang status isteri kepada Tengku Fakhrul.
Tetapi saat melihat Adam bertarung nyawa menanggung kesakitan akibat perlakuan darah dagingnya sendiri Hana Aishah nekad. Dia perlu membawa Adam jauh. Pergi daripada segala duka. Malangnya segalanya terlambat. Dia bukan ibu yang baik kepada anak sulungnya. Kerana itu Adam pergi sebelum dia sempat berbuat apa – apa. Visa yang dimohonnya pada hari terakhir Adam bernafas di muka bumi itu diluluskan selepas dua bulan permergian Adam tetapi saat itu , visanya itu sudah tidak bermakna.
“Go Hana. This is your ticket. Allah is giving you a way out” kata – kata Sakinah saat dia datang bertemu dengan Hana Aishah seminggu selepas dia Kembali daripada Melaka. Tiga hari selepas dia mendapat surat perletakan jawatannya yang diluluskan oleh KKM. Surat yang dia tidak pernah tandatangani. Surat yang dia tidak pernah hantar. Keputusan yang Fakhrul ambil tanpa berbincang dengannya.
Sampai bila – bila pun dia akan terhutang budi dengan Sakinah. Kalau bukan kerana Sakinah membawa surat yang diemailkan kepada akaun email gabungan Sakinah dan Hana Aishah mungkin kandungannya yang sudah masuk 13 minggu itu tidak akan sampai ke tahap ini. Saat Fakhrul tidur malam kedua sebelum dia berangkat itu , Hana Aishah mencapai surat itu dia yakin dengan keputusannya. Hana Aishah nekad.
Liku perjalanan yang diambil untuk sampai ke kota London itu mengambil masa satu minggu kerana tidak mahu Fakhrul menjejakinya. Sehingga saat itu dia bersyukur dengan insan yang membantunya sampailah ke sempadan Thailand. Kerana tidak mahu sebarang bukti yang menunjukkan dia pergi ke negara mana , Hana Aishah menaiki kereta api daripada Thailand ke beberapa negara sebelum dia akhirnya menaiki kapal terbang menuju ke kota London.
Hana Aishah sampai di sana sehelai sepinggang. Tanpa mengetahui hala tuju dengan sedikit duit di tangan yang mampu membantunya untuk hidup selama kurang sebulan di kota itu. Dia bersyukur kerana pihak hospital universitinya banyak membantu memudahkan urusannya. Selepas hampir dua minggu berkongsi asrama dengan pelajar perubatan , akhirnya Hana Aishah berjaya menyewa rumah dengan sekumpulan gadis rakyat Malaysia.
Hampir sebulan dia menginap di flat kecil di kawasan yang agak terpencil di kota London. Empat orang gadis Malaysia yang seperti terpaksa menerimanya untuk mengurangkan beban sewa. Mereka tidak pernah bertegur sapa dengannya dan selalu mengelak bertemu dengan Hana Aishah. Hana Aishah hanya menebalkan mukanya. Walaupun bilik yang mereka berikan hanyalah sebesar stor rumahnya , dia perlu bersyukur untuk saat itu. Sekurang – kurangnya , dia ada tempat berteduh. Dia hanya menguruskan hidupnya sendiri. Fokusnya hanyalah untuk berkerja mencari duit untuk menampung hidup mereka anak beranak di situ.
Gajinya akan mengambil masa dua ke tiga bulan untuk masuk ke akaunnya , sementara itu Hana Aishah terpaksa mencatu makanannya. Untuk menggunakan pengangkutan awam juga akan memakan kos besar di kota metropolitan ini kerana itu , dia akan berjalan kaki selama satu jam untuk pergi ke tempat kerjanya. Hatinya dikuatkan. Apabila gajinya masuk insyaAllah dia berharap dia dapat mencari rumah sewa yang lebih selesa dan juga dapat membeli pas untuk menaiki subway.
“Sorry sayang. This morning I can only give you bread. Umi will work harder ok. InsyaAllah this weekend we`ll have a better food” Hana Aishah mengusap perutnya yang sudah mula membonjol itu.
Minggu lepas apabila mereka mengumumkan ada kursus di Liverpool , Hana Aishah terus mendaftar. Segalanya di taja hospital. Selesa sikit tempat tidurnya untuk empat malam. Tetapi yang lebih penting , makanan akan disediakan di sana. Kenyang anaknya lima hari ini. Dia tidak perlu mengeluarkan apa – apa duit. Ini pun dia sedang menunggu kereta temannya yang akan pergi bersama – sama ke Liverpool. Dia tidak pasti berapa ramai ataupun siapa yang akan pergi bersamanya.
Baju sejuk berwarna hitam itu ditarik rapat menutupi tubuhnya yang berseluar jean dan berbaju blaus berwarna hitam itu. Baju itu cukup besar untuk menyembunyikan perutnya yang semakin besar. Setakat ini dia cuba menyembunyikan kandungannya. Dia masih baru bekerja , oleh itu dia tidak mahu rakan sekerjanya menganggap dia mahukan simpati. Biar dia membuktikan kebolehannya sebagai seorang doktor dan mungkin sekiranya perutnya sudah tidak dapat disembunyikan barulah dia berterus terang.
Lamunan Hana Aishah terhenti apabila sebuah kereta Range Rover Evoque berhenti di hadapan perhentian bas itu. Matanya memandang ke arah kereta berwarna hitam itu. Cantik. Tidak sampai beberapa saat tingkap kereta diturunkan. Seorang lelaki bermata biru memandang ke arahnya. Wajah nakal itu tersenyum gembira memandang Hana Aishah. Setelah hampir setahun melihat emosi negatif , hatinya terasa gembira untuk seketika saat melihat wajah ceria itu.
Rambut perang dengan raut wajah yang Nampak seperti campuran itu menarik perhatiannya. Bukan wajah tipikal lelaki English. Tulang pipi yang menonjol, hidung yang tirus tinggi , bibir nipis yang merah dan sepasang mata yang tidak sebulat Hana Aishah tetapi sangat cantik dipasangkan pula dengan mata biru seperti pantai di Borakay yang pernah Hana Aishah lawati dengan rakan – rakannya sewaktu belajar dahulu.
“New girl is joining us. Hop in girl” loghat British yang Hana Aishah semakin mudah fahami itu menjemput dirinya.
“Hi. I`m Hana by the way. How many of us going for this course ya?” Hana Aishah menarik bagasi kecil yang dibawanya itu.
“3 of us plus you” satu lagi suara garau menegurnya seiring dengan bunyi pintu belakang kereta itu dibuka. Hana Aishah sedang berhati – hati menuju ke kereta sambil meredahi salji yang menutupi tembok batu di perhentian bas itu.
Matanya terbeliak sebentar memandang ke arah seorang lelaki yang dia pasti daripada Asia itu. Sangkanya tadi , seorang lagi orang putih akan mengikuti mereka. Hana Aishah tersenyum pendek sebelum menarik bagasi kecilnya.
“Is this all?” lelaki itu bertanya pelik.
“Emm .. yeah” Hana Aishah menggaru kepalanya tidak gatal sambil membalas pertanyaan lelaki yang kelihatan sangat tinggi bagi seorang lelaki Asia. Sepasang seluar jeans berwarna biru yang dipadankan dengan baju sejuk kait berwarna maroon dan hitam itu menampakkan susuk tubuh tegap lelaki itu.
“Ok , if you say so” sepantas kilat beg di tangan Hana Aishah diambil sebelum sempat Hana Aishah menghadam ayat sinis lelaki yang seperti memerlinya itu.
“Ehh , its ok. I can put it inside the trunk myself” Hana Aishah mendengar tawa lelaki itu. Tona memerli seperti tadi.
“Excuse me , but whats so funny about our conversation Mr … emm whats your name again?” Hana Aishah sudah mencekak pinggang sebelum sambil mengetap bibirnya geram sekiranya tonanya tidak menyakinkan lelaki yang sedang menertawakannya itu.
“I`m Emir. You can call me Em and just letting you know , we`re not going shopping there if you think of doing so by bringing this tiny luggage” Hana Aishah dapat merasakan tahap amarahnya naik saat itu. Sudah lama dia tidak marah sebegitu.
“Typical girls” Hana Aishah dapat mendengar lelaki itu berbisik sambil menutup bonet kereta Range Rover itu.
“Oh my God. Are you being serious right now? Like did you just say that” Hana Aishah merapati lelaki itu sebelum menunjukkan jari telunjuknya tepat ke wajah Emir yang kelihatan terkejut apabila diserang sebegitu.
“God. Chill woman. I was stating out fact. Don’t you girls normally do that. Either bring big ass luggage or bring back a big one” Emir membalas cuba mempertahankan dirinya.
“You ni kan. Eeeee. Geramnya I” kerana kegeraman terus bahasa ibundanya terkeluar daripada bibir Hana Aishah.
“You`re Malaysia?” Emir bertanya terkejut.
“Ye la. But that`s not important now. The issue is siapa cakap you suka hati je boleh judge orang macam tu?” bibir Hana Aishah diketapkan geram sambil kata – kata itu diluahkannya. Hidungnya sudah merah menahan marah.
“I mean …” sebelum sempat Emir menyambung Hana Aishah sudah memotong laju.
“Ehh jap. How do you understand Malay by the way” Hana Aishah bertanya curiga. Wajah lelaki itu yang bermata sepet berkulit kuning langsat dengan sepasang hidung yang agak kembang itu ditelitinya.
“Cause he`s a Malaysia too. I`m Scott by the way ” Hana Aishah memandang kearah lelaki orang puteh yang sedang duduk di tempat duduk pemandu itu. Malkumat yang baru diterimanya itu dikhadam Hana Aishah. Lelaki itu kelihatan seperti sedang asyik melihat drama yang sedang berlaku di hadapannya. Senyuman tadi masih tidak lekang daripada bibir itu.
“No wonder lah. Perangai semua sama je. Typical Malay guy” kini giliran Emir pula marah kerana dituduh sebegitu.
“Excuse me” suara Emir sudah naik satu oktaf manakala Scott sudah ketawa kuat melihat pergaduhan yang bakal tercetus.
“Irritating isn’t it. Being generalized according to gender or in your case `typical malay guy`” Hana Aishah tertawa sinis sambil menyilang tangannya di bawah dadanya.
“Ok knock it off both of you” satu lagi suara menegur daripada sebelah Scott tetapi saat itu Hana Aishah yang sedang berlawan mata sudah tidak endah akan keadaan sekeliling.
“Em get inside. We are already running behind schedule. Get inside” Emir mengeluh kasar mendengar suara lelaki tadi mengarahnya. Kakinya melangkah laju menuju ke tempat duduk belakang di bahagian kanan. Hana Aishah sudah tersenyum kemenangan saat bunyi pintu kereta yang dihempas kuat itu menampar gegendang telinganya.
“Hi Hana. I`m Mikhail. Sorry for the scene. Can you get in please” saat mata Hana Aishah bertembung dengan sepasang mata berwarna kelabu itu terus dia terpana. Kecantikan lelaki yang sedang memandu itu tidak dapat dia tolak. Lelaki paling cantik dia pernah lihat seumur hidupnya.
Raut wajah lelaki yang berkulit putih keperangan itu dengan sepasang anak mata yang sangat cantik. Wajah yang persis orang Itali itu membuatkan Hana Aishah terpana sebentar. Tetapi yang paling menarik perhatiannya adalah sepasang mata yang redup memandangnya. Bulu mata lentik lelaki tidak mampu Hana Aishah tandingi.
“Hana” panggilan kedua lelaki itu membuatkan Hana Aishah termalu sendiri. Aduh , buat malu je kantoi asyik melihat lelaki itu. Hana Aishah tersenyum pendek sebelum bergegas naik.
“Sorry” Hana Aishah menutup pintu kereta itu perlahan. Disebelahnya , Emir yang dia pasti sedang bermuka masam itu sedang memandang ke luar jendela.
“Its ok Hana. The delay is on us. You must have waited long in the snow” Mikhail memalingkan wajahnya memandang ke arah Hana Aishah.
“Its ok. This morning it wasn’t snowing that badly” Hana Aishah membalas lembut. Budi bahasa Mikhail itu membuatkan Hana Aishah malu sendiri kerana dia bertekak dengan Emir sebentar tadi kerana perkara yang remeh.
“I`m still sorry though” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan.
“Everyone is ready right” Mikhail bertanya sambil menukar gear daripada P kepada D.
“Ay Ay Captain” Scott yang menjadi penceria keadaan saat itu menjawab. Pecah tawa Hana Aishah.
“Yup. Now we can definitely start our ride. Everyone is laughing already” Mikhail membalas ceria sebelum dia memulakan pemanduan.
Mikhail sesekali melihat ke arah Hana Aishah daripada cermin di keretanya itu. Dia perasan Hana Aishah yang kelihatan gelisah sambil memandang kearah Emir. Rasa bersalah barangkali. Emir pula masih menarik muka masam sepanjang perjalan mereka. Tidak mahu menoleh ke arah lain. Pandangannya hanya di arahkan ke arah luar tingkap.
“Did you have your breakfast already Hana?” pertanyaan Mikhail yang sedang memandu itu mengejutkan Hana daripada kegelisahan yang bermain di mindanya.
“Yeah. I had mine already” pendek jawapan Hana Aishah sebelum dia kembali merasa bersalah kerana bertelagah dengan dengan Emir kerana benda kecil.
“Sorry for ruining the mood in the car” akhirnya kata – kata itu terluah daripada bibir Hana Aishah. Wajahnya ditundukkan ke ribanya.
“Don`t be ridiculous. You`re not ruining anything” Mikhail cuba meyakinkan Hana Aishah.
“ Do you mind if we stop at the rest station so we can grab something for the road” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan apabila Mikhail bertanya.
Perjalanan sunyi mereka diteruskan selama hampir setengah jam sebelum mereka menjumpai stesyen minyak. Saat kereta Range Rover itu diberhentikan , terus Emir melangkah keluar sebelum sempat enjin dimatikan. Hati Hana Aishah terusik melihat tingkah Emir itu. Air matanya bertakung tetapi pantas dia kesat dan tahan supaya tidak gugur. Mikhail hanya menggelengkan kepalanya laju.
“Ignore him. He is just PMS ing” Scott yang membuka pintu kereta untuk Hana Aishah itu memujuk. Hana Aishah hanya tersenyum tawar.
“Lets go to the café and get our self a nice threat” secara automatik tangan Scott memegang tangan Hana Aishah dan menariknya ke kafe itu.
“Ermmm. Its ok. I`ll ermmm … erm go to the washroom first” sepantas kilat tangan Hana Aishah ditarik sebelum dia melarikan diri sebelum sempat Scott membalas.
Kepala Scott yang tidak gatal itu digaru melihat tubuh Hana Aishah yang mencicit pergi menuju ke arah bertentangan dengan tandas di stesen petrol itu. Mikhail menepuk bahu Scott sambil tertawa kuat.
“What just happen?” wajah Scott bingung memandang Mikhail yang masih menertawakannya.
“You are just plain ignorant” Mikhail membalas dengan tawa yang masih bersisa itu.
“What?” suara bingung Scott bertanya.
“She is a muslim. You can’t simply touch her” kerutan di dahi Scott bertambah saat mendengar ayat Mikhail itu.
“But Sofia doesn’t mind me hugging her” Mikhail menarik nafas dalam cuba menerangkan tentang agama Islam kepada Scott.
“It’s complicated but basically touching the other gender is not permissible unless they have a halal relationship” Mikhail berjalan beriringan dengan Scott sambil menerangkan pada Scott.
“Its like fornication is not permissible in Christianity but yet you do” Mikhail mengusik Scott.
“I`m an atheist though. So everything is permissible. Damn I need to ask her what I can and cannot do. She ran like she’s just seen a ghost” Scott tertawa sendiri melihat gelagat Hana Aishah.
Lama juga mereka menunggu Hana Aishah untuk datang ke kafe itu sampai mereka sudah habis makan barulah Hana Aishah muncul. Itupun wanita itu hanya membeli sebotol air mineral sahaja. Apabila ditanya , Hana Aishah memberi alasan dia sudah kenyang. Hakikatnya dia terkejut melihat harga sandwich di kafe itu. Memikirkan duit simpanannya yang sedikit Hana Aishah menahan kelaparannya.
Selepas hampir setengah jam dihabiskan di situ mereka kembali meneruskan perjalanan. Hana Aishah meneguk air mineral yang dibelinya itu sedikit demi sedikit mahu mengisi perutnya yang kosong itu. Matanya melihat ke arah gunung ganang yang diliputi salji itu. Entah mengapa berada di dalam kenderaan itu dia tidak merasai kesunyian yang menjadi penemannya semenjak sampai di tanah asing itu. Mendengar perbualan Scott dan Mikhail yang berbicara tentang masalah dunia.
Mungkin kerana untuk pertama kalinya dia merasakan seperti seorang manusia yang bernilai. Hampir setiap 10 minit , mereka akan bertanya kepadanya. Memastikan dia selesa , cuba mengajak Hana Aishah berbual bersama mereka. Untuk pertama kalinya , pendapatnya diambil kira di luar tempat kerja. Sudah hampir setahun dia terperap di dalam penjara lelaki itu. Menurut segala perintah tanpa membantah. Keputusan yang terletak pada lelaki itu sahaja. Pendapatnya tidak pernah diambil kira. Untuk hari ini dia terasa seperti Hana Aishah yang dahulu.
“Sorry. I shouldn’t have said that to you” lamunan Hana Aishah terhenti saat suara Emir menyapa telinganya. Di saat yang sama , dia melihat sebungkus plastic yang berisi sandwich, biskut dan jus di letakkan di sebelahnya.
“I`m sorry too. It was very petty of me to act such way” Hana Aishah tersenyum mesra. Lega sikit hatinya melihat Emir yang sudah mahu berbicara itu.
“I bought these for you. Makanlah” Hana Aishah menolak lembut pelawaan Emir itu.
“Its ok. You don’t have to pujuk me with these” Hana Aishah memandang ke arah Emir. Bungkusan plastik yang dihulurkan kepadanya itu ditolak kembali kepada Emir.
“You didn’t eat because of me. Eat now or I wont talk to you anymore” wajah Emir yang bertukar masam seperti tadi membuatkan Hana Aishah merasa serba salah.
“I was full. That’s why I didn’t eat. It wasn’t your fault” Hana Aishah menolak lagi. Mikhail dan Scott sudah tersenyum sesama sendiri di depan.
Mereka yang memberi tahu Emir bahawa Hana Aishah tidak makan lansung kerana perasaan bersalahnya dengan Emir. Terus lelaki itu membeli makanan dan minuman kerana Hana Aishah. Dia pun satu juga , mulutnya tidak tahu hendak memberi komen baik tapi jujurnya dia terkejut melihat bagasi kecil Hana Aishah.
“Eat Hana. If not we`re not friend” saat kata – kata itu meluncur di bibir Emir , rindunya pada Fakhih bertalu – talu. Rindunya pada abang iparnya yang sentiasa ada dikala adik beradik kandungnya sendiri meragui dirinya. Rindunya dengan lelaki yang sentiasa cuba menceriakannya dikala hatinya sedang menangis kerana perbuatan lelaki itu. Rindu dengan lelaki yang membantunya dikala suaminya meninggalkannya terkapai – kapai sendirian.
“Shit. Hana , I`m sorry. I didn’t mean to make you cry” mendengar ayat panik Emir itu terus Hana Aishah mengesat air matanya. Dia memarahi dirinya kerana menangis di saat itu.
“No. I`m sorry. I… I didn’t mean to cry. Sorry” lagi dia cuba menahan air matanya , lagi lebat air matanya turun.
“what the hell dude” Scott pula memarahi Emir saat melihat air mata Hana Aishah yang semakin lebat itu.
“No guys. Its not that. I… I … Ya Allah” Hana Aishah sudah menjerit kerana stres air matanya yang tidak mahu berhenti itu.
“Hana. I`m really sorry. I didn’t mean it” wajah Emir yang kerisauan itu dipandang Hana Aishah. Lagilah air matanya bertambah laju , kerana saat itu dia seperti dapat melihat wajah Fakhih yang kerisauan.
“No.. I… I .. just miss my brother and … you … remind. Ya Allah air mata ni kenapa pulak tak nak berhenti” Hana Aishah menggosok matanya cuba menahan air matanya daripada gugur. Entah bila Mikhail memberhentikan kereta di padang di sebelah jalan raya itu.
Hana Aishah terus meluru keluar menuju ke batu besar di tepi padang rumput yang luas itu. Kesejukan angin musim salju itu tidak diendahkan. Entah kenapa hari itu laju sahaja air matanya gugur di hadapan tiga lelaki itu.
“I`m really sorry Hana” Emir sudah duduk mencangkung di hadapannya
“Can I touch your shoulder?” mendengar pertanyaan Scott yang semenjak tadi duduk kekok di sebelahnya dan kelihatan teragak agak mahu menyentuh bahunya. Pecah tawa Hana Aishah dengan air matanya yang masih mengalir lebat. Ketiga – tiga lelaki itu memandang Hana Aishah pelik.
“Seriously Scott” Hana Aishah memandang lelaki itu sambil tertawa dengan wajahnya yang masih basah dengan air mata.
“What? He said I shouldn’t touch you ok. Like you`re weird kind of muslim” lagilah kuat Hana Aishah ketawa.
“Haih. Ya Allah” selepas beberapa minit Hana Aishah bertenang dia memandang ke arah ketiga – tiga orang lelaki yang sedang memandangnya bingung. Dia pasti dia kelihatan seperti perempuan kurang siuman saat itu.
“Em. I`m not mad at you. I just miss my Along and you remind me of him so much” Hana Aishah tersenyum pahit. Wajah Emir yang kerisauan itu bertukar lega. Kemudian wajahnya dihalakan ke arah Scott.
“And you should enter the funniest people competition because you`re just born with a talent to make people laugh” Hana Aishah menepuk bahu Scott lembut sambil tertawa.
“And Mikhail ….” Mikhail yang memandang Hana Aishah seperti tadi. Penuh dengan kelembutan itu.
“Can you grab the sandwhich” Hana Aishah tersenyum ceria saat dia berbicara. Mikhail menganggukkan kepalanya laju tetapi lelaki itu menuju ke arahnya bukan pula kea rah kereta.
“Lets eat but inside the car ok. Cause its freezing cold outside” lengan Hana Aishah ditarik Mikhail sebelum dia menarik Hana Aishah ke tempat duduk belakang kenderaan. Sandwich tadi dia ambil sebelum dibuka dari bungkusan.
“I`ll mess up the car if I eat inside. Just give me 5 minute I`ll finish it while you guys wait in the car” Mikhail menggelengkan kepalanya laju.
“Nonsense If it gets dirty we can always clean it up” Mikhail tersenyum mesra dan saat itu lelaki itu tidak tahu betapa bermaknanya kata – kata itu untuk Hana Aishah. Air mata pilu yang mengalir cepat – cepat dikesatnya saat mereka naik ke dalam kenderaan. Bismillah dibaca sebelum dia mengigit sandwich itu.
“Hungry after all” Mikhail memandang ke arah Hana Aishah yang makan dengan rakusnya.
Hari itu adalah hari pertama dia bertemu tiga orang lelaki asing yang menjaganya seperti darah daging sendiri. Tiga lelaki asing yang tidak mempunyai apa – apa pertalian dengannya tetapi tidak pernah meninggalkan dia bersendirian semenjak hari itu. Tarikh 12 Disember akan dia ingat sampai akhir nafasnya. Tarikh Tuhan turunkan tiga pelindung untuk dirinya dan Adam.
Share this novel
hi dear. next chapter plz....
hi dear. tqvm. lama i'm waiting tAu. love u