Bab 70

Romance Completed 78329

Gia melangkah turun dari tangga sambil melihat ke arah tetamu yang bertandang ke rumahnya. Keluhan besarnya dilepaskan. Mummy dengan Danial. Aku tak kisah kalau mummy yang datang tapi kalau Danial ada sekali memang aku tak suka. Rasa menyemak satu bumi!

“Ada apa mummy dengan Danial datang hari ni? Nak ugut apa lagi?” Rasa hormatnya pada dua orang di hadapannya mula hilang apatah lagi Danial. Memang dia dah hilang rasa hormat dari dulu lagi.

“Aku datang sini dengan Danial hari ni sebab ada benda nak bincang dengan kau dan aku mintak kau jangan bantah dengan keputusan yang aku dah buat!”
Sempat Gia mengerling ke arah Danial yang tersenyum penuh makna ke arahnya. Tiba-tiba saja dia rasa tak sedap hati. Ada benda ke yang mummy dengan Danial dah rancang sebelum datang ke sini.

“Wait! Sebelum mummy cakap apa-apa, Gia takkan setuju!”

“Gia!”

“Apa?! Apa lagi yang mummy rancangkan dengan Danial pengecut ni hah?!”

“Hey! Aku tak pengecutlah!” Danial yang tadinya tenang duduk di atas sofa terus bangun memandang Gia dengan muka bengangnya.

“Apa yang kau tak pengecut?! Kau memang pengecut dari dulu lagilah Danial! Kalau kau ni bukan pengecut, kau takkan guna mummy aku untuk sempurnakan semua rancangan kau! Sedarlah diri tu sikit dah makin tua! Kau ingat kau bagus sangat ke hah?!” Kena setepek kau dengan Gia. Jangan main-main bila Gia mula berangin satu badan.

“Gia! Aku tak habis cakap lagi dengan kau!”

“Mummy pun sama pengecut macam Danial ni! Sudahlah! Tak payah nak paksa Gia buat benda yang Gia tak suka! Faham?! Mummy ingat tak dulu mummy cakap apa dekat Gia?! Gia ni selalu susahkan hidup mummy kan?! Tapi, bila Gia dah mula hidup senang tanpa kacau mummy, kenapa sekarang ni mummy pulak yang nak susahkan hidup mummy kena jumpa Gia? Why?!”

Terdiam terus dibuatnya Madam Valona bila disound free dan secara terang-terangan dari anaknya sendiri.

“Apa manfaat yang mummy dapat dari si pengecut ni kalau mummy dapat satukan Gia dengan dia?! Apa yang mummy dapat?! You got nothing! Mangyaring huwag maging gago na mummy (tolong jangan jadi bodoh mummy)!”

“Hey! Kau jangan ikut sedap mulut kau je cakap! Kau kena ingat Gia! Selagi bukti ada dekat tangan aku, kau takkan pernah hidup aman! Termasuk dengan hidup mummy kau sekali!”

“Go ahead! Kau nak buat apa dengan bukti tu?! Nak bongkarkan dekat Luqman! Eh! Aku tak takutlah dengan kau dan aku tak kisah kalau aku masuk jail sekalipun sebab bukan aku sorang je yang akan masuk jail! Kau aku heret sekali masuk jail!”

Ugutan dibalas dengan ugutan. Hah! Mana satu yang akan menang?

“You see mummy? Dia hanya pergunakan mummy! Tak ada apa-apa manfaat atau reward yang mummy akan dapat! Kalau mummy rasa dengar cakap pengecut ni boleh jamin hidup mummy then teruskan duduk bawak ketiak pengecut ni!”

Tak tahan Gia gelarkan dirinya pengecut, Danial bertindak meluru ke arah Gia lalu leher itu dicekik. Tak puas hatilah tu bila Gia cakap dia pengecut.

“Lepaskan dia Danial! Danial!” Vitalika yang tadinya hanya jadi pemerhati perbalahan mulut antara mereka bertiga terus meluru ke arah Danial dan Gia. Cuba untuk leraikan Danial dari terus mencekik Gia.

Tubuh Danial ditolak kuat ke belakang. Kristine pula tak berani nak masuk campur hal keluarga Gia. Dia hanya perhati dari tangga. Vitalika berhadapan dengan Danial. Jarinya ditunding lurus tepat ke muka Danial.

“Kau ingat Danial! Kau boleh apa-apakan aku tapi kau tak boleh apa-apakan kakak aku! Kau faham?! Sekali lagi kau buat hal macam ni, aku takkan teragak-agak untuk report kau dekat pihak polis! Sekarang ni aku nak kau dengan Madam Valona…please get out from here now!”

Vitalika bersuara tegas. Matanya memerah menahan
amarah yang mula menguasai dalam diri dan hatinya. Kalau ikutkan dia tak sabar tadi, memang lama dah muka Danial kena penampar.

“Get out!!!” Jeritnya bila Danial dan Madam Valona masih lagi tak berganjak keluar dari rumah kakaknya.
Madam Valona mencapai beg tangannya lalu keluar dari rumah Gia. Begitu juga dengan Danial. Tapi, sebelum dia keluar dari rumah Gia, sempat lagi memberi pandangan tajam bergaya ugutan kepada Gia dan Vitalika.

Sebaik saja Madam Valona dan Danial keluar dari rumah, Kristine terus mengambil langkah untuk tutup pintu rumah dan kunci.

“Akak ok tak ni?” Tanya Vitalika bila Gia masih lagi diam di tempatnya.

“Ok…”

“Gila betullah si Danial ni! Dia ingat dia cekik ayam kot?!”
Gumam Kristine tak puas hati. Terkejut aku dibuatnya bila tiba-tiba dia pergi cekik dia. Cekik serupa nak Gia mati waktu tu jugak.

“KAU ni pun satu! Memang spesis yang tak reti nak sabar kan? Kalau kau tak menyampuk dan biar aku yang handle Gia tadi, tak adalah kita kena halau macam ni!” Leter Madam Valona tak puas hati.

“Kau yakin ke yang kau mampu tundukkan Gia? Huh! Last-last apa? Kena halau!”

“Itu sebab kau cari pasal dengan dia! Kau tahukan Vitalika dengan Gia rapat macam mana?! Bodoh!”

Telefon bimbit Danial berdering. Panggilan dari Jack.
“Hello! Ada apa?”

Berita yang disampaikan Jack membuatkan Danial tak puas hati. Amarahnya kembali memuncak.

“Aku nak kau handle dia! Bagi pengajaran! Jangan sampai dia tu mati pulak!”

Panggilan dimatikan. Kau ni memang tak serik kan dengan aku, Luqman! Kau tunggu! Aku takkan biarkan kau bocor rahsia aku! Kalau bukan kau yang kena tempiasnya, kawan kau yang akan kena! Danial kembali ke keretanya.

“SERIUSLAH Fiq? Kau yakin maklumat yang kau tengah kumpul sekarang ni bukan maklumat palsu?” Terkejut jugak Luqman dengar berita yang diberitahu Taufiq.

“Itu apa yang aku dapat selama aku mengintip orang-orang dia tapi aku tak pasti lagi. Aku tengah cuba kumpul lagi bukti-bukti yang kukuh.”

“Ok Fiq…aku serahkan semuanya dekat kau. Sekarang ni aku busy dengan kerja editing apa bagai. Tapi, kalau kau perlukan bantuan aku, kau cakap je. Aku akan cuba jugak untuk fly ke sana.”

“Orait…tak apa. Kau settlekan kerja kau dekat sana. Tahulah aku nak handle macam mana dekat sini.”

“Thank you, bro.”

“No thanks dude…kita dah pernah ada dalam satu team dan anggap jelah aku tolong kau untuk handle kes kau yang satu ni. Cuma tulah bro, unit kau ramai yang rindu kau lepas kau ambik keputusan untuk berhenti.”

“Kirim salam untuk diorang bro. Aku berhenti pun bukan sebab aku yang nak tapi aku ikut permintaan mama aku. Yelah…lepas apa yang jadi you know??? Mama aku risau. Dia tak nak benda yang sama berulang lagi.”

“Ya…aku tahu. Mestilah seorang ibu akan risaukan keselamatan anak dia. Right?”

“Yazzz…”

“Tapi, mama kau tahu tak kau ambik job ni? Handle kes yang berisiko macam ni?”

“Tahu. Aku tahu mama tak puas hati dengan aku tapi dia tak cakap. Jadi, kakak aku yang marah aku. Aku macam biasalah buat bodoh je.”

“Kau memang Luq! Keras kepala!”

“Yahhh…kau tahukan aku sayangkan Dariya macam mana?”

“Tahu…kau sayangkan dia separuh mati. Tapi tulah aku tertanya-tanya jugak. Kau tak ada perasaan ke dekat si Gia tu? Manalah tahu kan lepas dia dah selamatkan hidup kau, jaga kau dari kena apa-apa damage, kau lembut hati lepas tu jatuh suka dekat dia?”

Bercakap pasal Gia, Luqman hanya tersenyum kecil.
Sejujurnya…dia tak tahu apa perasaan dia pada Gia tapi apa yang dia tahu dia memang senang dengan perangai Gia yang satu itu dan dia memang yakin ugutan yang disampaikan pada mama haritu tak ada kena mengena dengan Gia. Itu semua mesti punca dari Danial. Kalau difikirkan balik, buat apalah Gia nak hantar surat ugutan macam tu kan kalau Gia boleh bagitahu dia secara depan-depan? Ya…betul jugak tu.

“Hmmm…diam je bro? Entah-entah kau memang dah minat dia kan? Tapi, kau je yang tak tahu.”

“Kau jangan nak memandai ok. Aku tak cakap pun yang aku suka dekat Gia.”

“Yalah tu. Kau ni memang pandai nafikan perasaan kau
sendiri Luq tapi bahasa tubuh badan kau tak sama dengan rasa hati kau. Tubuh badan kau tunjuk macam kau bencikan dia tapi hati kau? Kau sebenarnya tak benci dia kan?”

“Kau macam tahu-tahu je kan? Kau ni memang keturuna nujum eh?”

“Hahaha! Kau tak payah cakap pun aku dah tahu sebab hati kau tak sekeras batu.”

“Pandailah kau! Oklah, aku nak sambung dulu kerja aku. Apa-apa aku call kau balik.”

“Nak lari lah tu. Yelah bro, happy working!”

“You too!”

Panggilan telefon sudah diputuskan. Luqman kembali ke meja kerjanya. Laptop dibuka lalu external hard disk dicucuk dan file yang disetkan nama Gia Vatanika diklik. File tersebut buka. Kesemua gambar Gia yang diambil masa photoshoot semalam terpampang di matanya.
Kesemua gambar ni dah dipilih oleh Hannah yang mana dia rasa ok untuk dipampangkan pada iklan. Sekarang ni dia hanya perlu edit apa yang patut.

Satu gambar Gia memakai baju berwarna putih dengan corak bunga pink rose dibuka. Gambar Gia yang tersenyum membuatkan hati Luqman berdegup agak pantas seketika. Haih…dah kenapa dengan aku ni?
Tiba-tiba je jantung nak berdegup kencang lain macam.
Luqman menggelengkan kepalanya. Luqman! Jangan nak fikir macam-macam sangat. Jarinya laju mengubah background, effect, filter, brightness, contrast, saturation dan yang lain-lain yang mana perlu untuk mencantikkan gambar Gia. Sejujurnya kalau gambar Gia tak diubah suai pun tetap cantik jugak. Serius aku tak tipu. Cantik dia natural.

Hah Luqman! Lain macam dah kau ni memuji si Gia! Agak-agaknya memang betul yang kau ni memang dah jatuh cinta dengan Gia kan? Kan? Kan?

Ungku Maria memandang anaknya yang lama termenungkan ke arah gambar seorang perempuan di laptop. Hmmm…siapa pulak yang anak aku tenung ni? Entah-entah ni ke Gia yang katanya jadi model baru dekat Malaysia?

“Luq?” Luqman masih lagi dengan dunianya.

“Luqman Adha!” Kali ni Luqman baru sedar lantas menghadap mamanya.

“Ma? Sejak bila mama masuk bilik Luq?”

“Dari tadi lagi hah. Yang Luq pulak dah kenapa? Mama tengok tenung je gambar perempuan ni? Kenapa? Luq suka dekat dia ke?”

“Hesy mama ni. Ada pulak fikir macam tu. Luq tenung gambar dia sebab nak tengok part mana lagi yang Luq nak kena touch up.”

“Ohhhh…emmm ni Gia Vatanika ke? Yang anak mama benci sangat tu?” Luqman mengangguk kecil. “Cantik.”

“Memang pun…” gumamnya perlahan.

“Hah? Luq kata apa tadi? Mama tak dengar.”

“Huh? Mana ada Luq kata apa-apa. Mama salah dengar kot?” Mulut aku ni pun satu yang ringan sangat nak puji dia cantik ni dah kenapa? Nasib baik tak kantoi dengan mama.

“Apa-apa jelah Luq. Ni, mama ada buatkan cucur ubi. Jomlah makan sekali. Zahirah dah start makan dah tu. Silap-silap tinggal pinggan je kejap lagi.”

“Oklah ma…mama turun dulu. Luq nak save gambar apa semua then Luq turun bawah.”

“Ok.” Ungku Maria berjalan keluar dari bilik anaknya.
Luqman menghembuskan nafas gementarnya. Haih…mulut! Lain kali jangan ringan sangat nak puji dia depan mama! Kang tak pasal-pasal mama ingat aku ni minat dekat dia pulak.

Gambar Gia disave sebelum ditutup. External hard disk dieject sebelum dia menutup laptopnya. Kerusi disorongkan kembali dan dia berjalan keluar dari biliknya.

Zahirah yang sedap mengunyah cucur ubi tersebut dihampiri lalu rambut adiknya ditarik ke belakang. Zahirah menjerit kuat.

“Angah!!!”

“Apa angah-angah?”

“Heiii!!! Suka Tarik rambut orang! Rambut along tak nak tarik pulak!”

“Bukan tak nak tapi tak pasal-pasal patah gigi sebatang.” Cucur ubi diambil dan disuapkan ke dalam mulutnya. Cucur ubi dikunyah perlahan.

Zahirah memandang abangnya seketika. Ada benda yang dia nak tanya. “Angah…Gia tu cantik tak?”

“Kenapa nak tahu?”

“Alah…saja je nak tahu. Achik baca news semua puji dia cantik. Serius ke cantik angah?”

“Dah nama pun model achik! Mana ada model muka tak cantik.”

“Ada je. Touch up dengan mekap cantiklah!”

“Itu mekap. Tapi, Gia ni natural. Natural beauty dengan mekap nipis.”

“Serius? Arrr!!! Achik nak jumpa dengan dia boleh?”

“Dah nak buat apa pulak?”

“Saja? Mana aci abang je dapat jumpa model cantik-cantik!”

Kepala Zahirah ditolak perlahan. “Abang kerja ok. Bukan berfoya-foya.”

“Alah…”

“Tak payah nak alah-alah sangat. Mengada!”

Zahirah mencebik. Nak merajuklah tu tapi memang takkan dilayan oleh Luqman. Dia tahu taktik Zahirah macam mana. Merajuklah! Aku takkan pujuk adik aku yang sorang ni. Penat nak merajuk dengan aku, nanti dia sendiri yang berbaik dengan aku. Simple as peanut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience