BAB 6

Romance Completed 2488

“Macam ni ceritanya…”

“Bilalah sayang aku nak buat bekal untuk aku lagi?” Pertanyaan yang sama sering Fattah ungkapkan setiap hari waktu makan tengah hari menjelma. Di sinilah dia, warung mamak sebelah bangunan empat tingkat tempat dia bekerja. Nasi putih berlaukkan ikan cencaru goreng dan kangkung masak kicap disentuh sedikit sahaja. Sungguh seleranya merindukan air tangan isterinya, Elliza.

Sudah genap sebulan Elliza tidak berbicara dengan Fattah. Tiada ucapan manja seperti selalu. Otak Fattah bekerja keras memutar kembali memori, mencari di mana salahnya hingga Elliza berkelakuan sebegini rupa. Tetapi hampa. Fattah rasa dia layan Elliza seperti biasa, cuba bergurau walaupun balasannya hanya senyuman hambar. Bila sudah hari-hari dalam masa tiga puluh hari Elliza masih diam, Fattah rasa macam malas nak layan lagi dah.

Kau ingat kau sorang je boleh diam. Aku pun boleh diam jugak…

Namun, sejujurnya dari hati seorang suami, Fattah lebih rela Elliza mengamuk, memarahinya daripada diam memendam rasa seorang diri. Sekurang-kurangnya Fattah tahu apa masalah rumah tangga mereka dan cuba menyelesaikannya bersama-sama. Kalau tak cakap, macam mana nak tahu apa masalahnya, kan?

Sedang Fattah memintal-mintal sayur kangkung dalam pinggannya, suara garau seorang lelaki memberi salam terasa dekat di telinganya.

“Assalamualaikum, bang. Maaf kacau abang makan. Saya dari syarikat insurans. Kitorang…”

“Takpelah adik. Abang tak berminat,” Fattah mencelah. Biarlah dia keseorangan melayan perasaan daripada membuang masa ‘adik’ ni. Nanti karang panjang lebar ‘adik’ ni bercerita 5-10 minit, bila dia tak nak beli terus mengamuk. Cukup-cukuplah drama yang ada.

“Dari jauh pun saya dah tahu abang tak berminat. Tapi ni first day saya jual insurans, bang. Bila saya bukak mulut semua orang potong cakap saya. Saya risau saya lupa info-info promotion baru company kitorang, bang. Apa kata abang dengar je dulu. Kalau abang tak berminat jugak, takpe, saya tak marah,” kata ‘adik’ tersebut, seperti dapat membaca fikiran Fattah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience