Bab 54

Drama Completed 35637

Cuaca yang cerah dan redup membolehkan kumpulan Hadi membuat 'group discussion' kali kedua di luar bangunan universiti. Tidak seperti sebelum ini, mereka terpaksa berbincang di dalam perpustakaan universiti kerana hujan.

Hadi bernasib baik yang ahli kumpulan nya rajin memberi kerjasama dan ringan tulang. Ahli kumpulan yang terdiri daripada Tiara, Hafiz, dua pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki.

Nia Natasha dan Amelia sedang berada tidak jauh daripada situ. Pada mulanya, tujuan mereka untuk menuju ke kereta tetapi terhalang apabila mata Amelia menangkap susuk tubuh Hadi yang berada di meja tidak jauh daripada mereka.

"Nia, try to look there. Ada Hadi" kata Amelia.

Pantas sahaja kepala Nia menoleh saat telinga mendengar nama buah hati nya itu. Betul seperti yang dikata oleh Amelia.

Kelihatan daripada jauh yang Hadi sedang melakukan perbincangan berkumpulan. Dan salah seorang ahlinya... Tiara?

"Apa perempuan tak sedar diri tu buat dekat situ? Satu kumpulan dengan Hadi? Sibuk lah tu nak rapat dengan Hadi. Ergh, meluat. Dia tak pernah cermin ke diri dia sebelum nak duduk dekat dengan Hadi?" Hati yang pada mulanya tenang terus membara kepanasan saat melihat Tiara berada satu meja dengan Hadi.

Itu belum lagi Nia tahu tentang Tiara menetap di rumah Hadi. Boleh terbalik meja sekiranya dia tahu tentang perkara itu.

Tiba-tiba Amelia mendapat satu akal yang baginya sangat bernas. Di wajahnya terukir senyuman jahat. Dia memukul mukul bahu Nia sambil memanggil nama Nia berulang kali.

"Nia, Nia, Nia"

Nia menepis tangan Amelia dengan kuat sambil memandang Amelia dengan pandangan tajam.

"Apa kau ni? Gila ke?" kata Nia

Amelia memandang Nia dengan kening yang diangkat sebelah.

"Why don't we... Pergi sana and you say hi to Hadi. Yang paling best, kau buat-buat lah mesra dengan Hadi depan Tiara. Biar dia tahu diri dia tu siapa kalau nak compare dengan kau. Nak?" kata Amelia, teruja.

Sebaik mendengar cadangan Amelia, satu senyuman muncul di wajah Nia tetapi tidak lama.

"Tapi kan ramai dekat meja tu. Malu lah nanti aku kalau tiba-tiba je datang situ. Kalau Tiara tu seorang je tak apa. You know I take care of my reputation"

"Your reputation or biarkan Tiara tak betul tu duduk dekat dengan Hadi? Itu baru sikit tau dia rapat dengan Hadi. Belakang kita tak tahu lah diaorang berdua macam mana" kata Amelia dengan selamba. Sengaja dia menambah nambah kata agar Nia terasa tercabar.

Seolah-olah ada satu tamparan yang mengenai diri Nia apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Amelia.

"Fine! Yeah, you are right. Hadi is more important. Jom, Amelia. Kita buat 'kecoh' sikit" kata Nia dengan nada berlagak kemudian melangkah ke arah meja yang diduduki oleh kumpulan Hadi.

Hadi yang sedang bercakap dengan Hafiz dan langsung tidak menyedari kehadiran Nia di situ terkejut apabila mendengar ada orang memanggil namanya daripada jauh.

"Hadi!" kata Nia dengan riak wajah yang dibuat-buat terkejut kononnya melihat Hadi di situ.

Bukan setakat Hadi menoleh ke arah punca suara itu tetapi semua ahli kumpulan nya. Alangkah terkejutnya Hadi melihat rupanya orang itu ialah Nia.

Hafiz pula terbeliak mata nya melihat Nia yang tiba-tiba sahaja berada di situ manakala Tiara hanya mendiamkan diri dan memandang ke arah buku di hadapan nya.

"Awak buat apa dekat sini Nia? Kan kitaorang tengah ada 'group discussion' sekarang ni. Tak nampak ke?" Lantas Hadi bangun daripada kerusi dan menarik beg Nia supaya dia menjauhi meja.

Hadi juga baru tersedar yang Tiara juga ada di situ. Tetapi kelihatan Tiara hanya fokus dengan bukunya.

"Saya tahu dan nampak yang awak tengah buat 'group discussion'. Saya saja je datang sebab saya dah lama tak bersembang dengan awak. Awak asyik sibuk je. Tak pernah nak balas mesej saya. Itu yang bila saya nampak awak dekat sini, saya terus datang. Rindu lah" kata Nia dengan kuat yang disengajakan supaya telinga Tiara dapat mendengar nya.

Hadi tidak percaya dengan apa yang keluar daripada mulut Nia. Sempat lagi dia mengerling ke arah Tiara tetapi Tiara sedang bercakap dengan dua ahli perempuan yang lain.

"Okey, sorry sebab tak balas mesej awak. Tapi masalahnya kena jugak ke awak nak bersembang dengan saya sekarang ni? Kan saya tengah sibuk. Awak pun nampak kan? Awak pergi lah balik" Dalam hati Hadi berharap supaya Nia pergi tanpa banyak soal.

Tiba-tiba secara tidak sengaja, Nia mendapat satu ilham. Dia tahu apa yang dia perlu buat. Di wajahnya terukir satu senyuman yang tersangat manis.

"Boleh. Saya boleh balik tapi! Lepas je awak habis bincang-bincang ni, awak teman saya pergi minum. Boleh tak?" Jikalau suaranya sebelum ini sudah kuat, kali ini dia semakin kuatkan suara agar dapat didengari oleh Tiara dengan jelas.

Hadi tercengang seketika. Sejak bila pula Nia berperangai sebegini rupa?

"Habis kau Di. Masak lah kau nak menjawab dengan minah senget sebelah tu" desis hati Hafiz.

Tiara pula hanya mengetap kuat gigi nya setelah mendengar permintaan Nia yang seolah-olah mencengkam hatinya itu. Dia tidak tahu mengapa hatinya berasa sangat lain apabila mendengar suara Nia berbual dengan Hadi.

Tetapi dia cuba sebaiknya untuk kelihatan biasa seperti tidak terkesan langsung dengan kata-kata Nia.

Sebelum Hadi menjawab, sempat lagi Nia melihat Tiara.

"Tahu pun kau. Terdiam kau bila tengok aku macam ni dengan Hadi. Angkat kepala pun tak. Makan hati lah tu bila dah sedar diri. Mesti sakit kan? Aww, pity you, Tiara Adriana" bisik hati Nia. Puas hatinya.

Nampaknya rancangan antara dia dan Rafiq sudah bermula sekarang.

"Okey fine. Saya keluar dengan awak. Awak pergi tunggu saya dekat kereta awak nanti bila dah habis, saya mesej awak. Tapi, awak naik kereta awak. Saya naik kereta saya. Boleh? Sekarang ni please go. Banyak kerja yang saya nak buat ni" Akhirnya Hadi mengalah kerana dia sendiri tahu sekiranya dia kata tidak, makin panjang hal itu dan makin lama Nia berada di situ.

Nia tersenyum lebar dan gembira saat mendengar kata setuju Hadi. Hampir sahaja dia melompat kegembiraan.

"Okey, boleh! Saya pergi dulu tau. Bila dah habis, terus mesej saya. Bye!"

Kemudian Nia pun berlalu pergi meninggalkan Hadi yang masih lagi berdiri. Amelia yang sedang menunggu Nia daripada jauh tertunggu-tunggu berita daripada Nia. Apa yang Nia dan Hadi bualkan.

Melihat Nia sudah berlalu pergi, Hadi boleh menghela nafas lega. Dia duduk semula di kerusi. Tetapi tidak bagi Tiara.

Apabila dia mendengar yang Hadi bersetuju untuk keluar bersama Nia, hatinya berasa kecewa. Tambahan pula, dia sudah sedia maklum yang Nia memang menyimpan perasaan pada Hadi.

Selepas sahaja Hadi duduk semula, Tiara cuba sedaya upaya untuk tidak melihat mata Hadi. Sekiranya keadaan memerlukan dia bercakap dengan Hadi, dia akan memandang ke bawah ataupun buat-buat sibuk.

Entah mengapa hatinya terasa sangat sakit. Bahkan lebih sakit berbanding semasa dia mengetahui tentang teman wanita Rafiq. Atau lebih tepat, bekas teman wanita Rafiq.
//
Hadi memberhentikan enjin keretanya. Disebelah kereta nya, kereta Tiara terparkir dengan elok. Maksudnya Tiara ada di rumah.

Hadi mengunci keretanya sebelum keluar daripada kereta dan menuju masuk ke dalam rumah.

Sebaik sahaja Hadi masuk ke dalam rumah, dia melihat Tiara sedang duduk di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen.

Apabila Tiara melihat Hadi sudah pulang, tanpa berkata apa-apa dia menutup televisyen lalu bangun dan berura-ura untuk naik ke atas.

Namun, belum sempat Tiara berlalu pergi Hadi bersuara.

"Hawa mana? Umi?" tanya Hadi

Langkah Tiara terhenti. Tanpa memusingkan badannya untuk melihat Hadi, Tiara menjawab pertanyaan Hadi.

"Hawa dekat bilik. Mak cik keluar tadi" jawab Tiara sedikit dingin.

Sesaat kemudian dia ingin meneruskan langkahnya untuk naik ke bilik. Tetapi Hadi bersuara lagi.

"Aku tak jadi keluar dengan Nia tadi" kata Hadi tiba-tiba.

Tiara mengetap giginya saat mendengar Hadi menyebut nama Nia.

"Okey" Sepatah Tiara menjawab.

Walau pun mendapat sepatah jawapan daripada Tiara, Hadi kelihatan tetap tidak berputus asa untuk bercakap dengan Tiara.

"Nia tiba-tiba je cakap dia ada hal. Jadi aku tak ada lah keluar dengan dia. Dia..."

"Tak ada pentingnya pun kau cerita benda ni dekat aku. Buang masa je lah" potong Tiara. Ikutkan hatinya, malas dia mahu bercakap dengan Hadi. Dia ingin naik ke biliknya.

"Tapi pada aku kau kena tahu benda ni. Benda ni penting untuk kau tahu sebab... kau penting bagi aku"

Tiara tidak tahu mahu buat apa setelah mendengar kata-kata Hadi. Dia berdiri tegak seketika dan sesaat kemudian bersuara.

"Kalau rasa tak ikhlas, jangan cakap" kata Tiara kemudian tanpa menoleh ke belakang dia terus naik ke atas.

Sebaik sahaja Tiara menutup pintu bilik, rasa menyesal dengan apa yang dikatakan nya bertandang di hati.

Ayat yang dikatakan dia terngiang di telinga.

"Kenapa mulut aku ni cakap macam tu? Tak bertapis langsung. Apalah yang Hadi tu fikir nanti"

Hadi yang masih di bawah tercengang selepas sahaja mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Tiara. Terkebil-kebil dia jadinya.

"Untuk pengetahuan kau, Tiara. Semua yang keluar daripada mulut aku memang ikhlas dari hati. Tak pernah aku terfikir nak main-main kan kau. Apatah lagi nak menipu kau dengan kata-kata aku" bisik hati kecil Hadi.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update:(:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience