H25

Crime Series 45700

"Kau rasa kau akan bahagia selamanya Dafika?"

"Kenapa kau datang lagi bangsat!"

Dafika menjerit lantas langkah menapak kebelakang

"Kenapa tak boleh datang? Salah ke aku sentuh perut kau? Anak yang kau kandung tu anak aku. Darah daging aku!"


Kepala Dafika segera tunduk memandang perutnya yang sudah membonjol besar. Sesekali terasa sesuatu bergerak menendang dinding abdomennya.

"Tak! Ini bukan anak kau! ini anak aku! Anak aku!"

Jerit Dafika lagi. Mata putihnya sudah merah memandang lelaki dihadapannya.

"Sampai bila kau nak sorok Dafika? Sampai bila kau nak nafikan yang anak tu anak aku. Kau tak takut jika laki kau tahu suatu hari nanti?!"

"Pergi kau dari hidup aku! Pergi! Aku sanggup bunuh kau jika kau ganggu hidup aku."


Lelaki itu kemudian ketawa mengilai.. Membuatkan Dafika menutup kedua telinganya. Tak sanggup dia mendengar suara lelaki itu lagi.

"Pergi aku cakap! Pergi!"

Dafika terus meronta, Mata dipejam erat. Namun telinga tetap mendengar hilaian lelaki tadi.

"Pergi!!"

Jerit Dafika lagi.

"Yang...."

"Aku kata pergi! pergi!"

"Sayang...."


Suara lembut Ezhar mengejutkan Dafika, Segera matanya dibuka. Wajah suami yang menghampirinya dipandang tajam.

"Sayang mimpi ke?"

Soal Ezhar, renungan tajam Dafika dipandang. Peluh yang merecik didahi wanita itu disapu dengan tapak tangannya.


Sentuhan Ezhar membuatkan Dafika kembali sedar. Dia bermimpi, namun sebenarnya mimpi itu adalah kenyataan. Liur ditelan rakus. Tekak mula terasa perit kerana terlalu kering.

"Sayang mimpi buruk ke?"

Soal Ezhar kembali seraya isterinya mengangguk perlahan. Dia perasan, Dafika sudah kembali tenang.

Segera Ezhar baringkan kembali badannya dan meraih tubuh genit Dafika supaya berada dalam dakapan.

"Tidur sayang... Abang ada kat sini..."

Pujuk Ezhar sambil mencium ubun-ubun isterinya. Sikit pun dia tak mahu bertanya apa mimpi Dafika sehingga wanita itu menjerit-jerit sewaktu mereka sedang tidur.

Biarlah malam ini Dafika kembali tenang untuk lena.


Pelukan Ezhar yang semakin erat sedikit sebanyak membuang wajah lelaki yang menjadi mimpi hitamnya selama ini. Dafika tak mahu suaminya tahu hal sebenar. Dia ingin bahagia ini berterusan.

Namun sampai bila? Lambat laun Ezhar pasti akan tahu. Adakah suaminya akan menerima kelak. Arggh! Dafika tak sanggup untuk jauh dari Ezhar.


Pantas lengannya memeluk Ezhar dan wajahnya dirapatkan pada dada lelaki itu. Saat ini Dafika hanya inginkan Ezhar.

*****


Ezhar keluar dari bangunan 'Travel Agency'.

'Pamplet' ditangannya dikipas berkali-kali. Senyum dibibir mengorak lebar. Sebentar tadi dia baru berjumpa staf di situ bagi menguruskan percutiannya bersama Dafika.


Benar kata Hajah Salhah, Dafika mungkin terlalu penat.
7 tahun dia menguruskan kedai makan tanpa sedikit pun wanita itu mengeluh.


Dan 5 bulan perkahwinan Dafika dan Ezhar, hampir terlupa untuk dia membawa isterinya berbulan madu.

Kali ni Ezhar putuskan untuk membawa Dafika bercuti berdua dengannya. Ezhar mahu isterinya tenang tidak seperti malam tadi.


Sebenarnya bukan sekali Dafika menjerit-jerit ketika tidur. Sebelum ni pun isterinya pernah meraung, sehingga terdengar bunyi tangisan. Bila Ezhar bertanya., Dafika hanya menjawab dia bermimpi buruk.


Sejak akhir-akhir ni juga, Ezhar perasan Dafika agak lemah. Kadang-kadang waktu mereka ditempat kerja pun, wanita itu akan tertidur di meja makan.

Mungkin terlalu letih menguruskan hal kedai dan keluarga.


Ezhar harap percutian mereka nanti dapat menenangkan sedikit hati Dafika.

Sungguh dia menyayangi isterinya lebih dari segalanya.

"Assalamualaikum Har!"


Ezhar yang baru ingin memakai topi keledar memusing tubuh.

Raykal yang menghampirinya dipandang lantas memberi senyuman. Huluran salam lelaki itu disambut erat.

"Kau buat apa kat pekan Har?"

Soal Raykal kembali seusai menyalami Ezhar.

"Takde apa, saja jalan-jalan. Kau buat apa?"

Ujar Ezhar kembali, cuba selindung apa yang dilakukannya sebentar tadi. Rasanya tak perlu lah nak cerita semua walaupun Raykal kawan baiknya.

"Aku jumpa client kat sini tadi."


Ezhar mengangguk dengan jawapan Raykal. Terlupa yang lelaki itu adalah seorang peguam.

"Eh... alang-alang kau kat sini apa kata kita lepak mamak seberang tu, lagipun ada perkara aku nak bincangkan pasal Hidayat,"


Hidayat?
Serta merta fikiran Ezhar menerawang kepada wajah penuh jerawat itu.

Hampir terlupa akan pencariannya dengan Hidayat. Mungkin dia terlalu bahagia dengan Dafika, hingga lupa segala kegelapan yang dilalui selama ini.


Mereka berdua mengambil tempat didalam kedai sebelum masing-masing membuat pesanan minuman.



"Har.. Pasal Hidayat tu, aku rasa aku dah jumpa dia."


Hah. Betul ke?
Ezhar tak menjawab, matanya dibesarkan mengarah Raykal supaya meneruskan kata.

"Aku tak pasti Hidayat mana yang kau cari, Tapi aku ada gambar dia kau nak tengok?"


Segera Ezhar mengangguk kepala.


Raykal mengeluarkan telefon bimbitnya, Skrin dilorek sebelum terpampang gambar seorang lelaki. Ezhar dihadapan turut melihat.

"Betul la weii.. ni lah Hidayat yang aku maksud kan."

Keras suara Ezhar seakan dendamnya kembali bertaut.

"Gambar ni aku dapat dari member aku, lawyer jugak. Dia diarah untuk menentang kes Hidayat ni."

"Hah?! Hidayat ada kes polis ke?"


Raykal mengangguk laju dengan soalan Ezhar.
"Hidayat ditangkap masa tengah 'high'. Pula tu polis jumpa 'batu' kat dalam beg dia,lebih kurang 200 gram. Polis syak dia pengedar besar kat kampung seberang. Bila geledah rumah. Polis jumpa pil banyak paket jugak la. So sekarang dia kena tangkap.. Kalau dah bahan bukti ada sekali sah-sah gantung lah jawabnya."

Terang Raykal sambil matanya melihat kerutan diwajah Ezhar.

"Aku tak sangka di kaki 'batu' jugak Karl."

Ezhar geleng kepala.
Dia faham 'batu' yang dimaksudkan oleh Raykal adalah dadah jenis 'Syabu' atau Metamfetamina, yang semakin hebat diambil anak muda masa kini kerana dikatakan mampu memberi kekuatan serta peransang yang lebih kuat tanpa sedar keburukan yang dialami dalam jangka masa yang panjang.

"Aku dengar dari member aku, Hidayat tu samseng kat kampung dia. Banyak dah budak muda yang terikut jadi tahi dadah sebab dia. Yang report pun mak dia sendiri sebab tak tahan dengan anak dia."


Nafas Ezhar hela panjang, nasib Hidayat tak buat apa-apa pada Dafika sewaktu dia selalu menganggu wanita itu dulu.

"Sekarang dia kat penjara mana?"

Soal Ezhar lagi.

"Kenapa? Kau nak jumpa dia ke?"


Pertanyaan Raykal dijawab dengan gelengan oleh Ezhar sebelum dia bersuara.
"Aku taknak ambik tahu pasal dia, aku cuma nak tanya pasal member dia yang pukul aku masa kat penjara dulu."

"Aku tak sure dia kat penjara mana sekarang ni, sebab baru ni Hidayat tu kena pindah penjara. Biasa la kes dia kira kes besar jugak. Mana boleh letak penjara kat sini."


Ezhar setuju dengan kata-kata Raykal namun dia terbeban lagi bila kes pukul di penjara terus menjadi tanda tanya.

Dafika berkali-kali menasihatinya untuk berhenti dari terus menyiasat, tapi Ezhar masih tak puas hati kerana dia percaya rakan Hidayat itu ada kena mengena dengan tuduhan dia memukul malik 7 tahun yang lepas.

"Kalau kau nak, aku boleh tolong cari kan member Hidayat yang kau cakap tu. Dan kalau kau nak kes ni dibuka semula pun aku akan bantu kau."

Bersungguh Raykal ingin memberi pertolongan ketika melihat Ezhar masih berkerut.

"Buat masa ni, biar aku yang cari mamat tu sendiri, Jika betul-betul aku dapat buktikan mamat tu bersalah. Aku akan jumpa kau untuk fight balik kes ni."


Kali ni Raykal pula mengangguk berkali-kali, faham dengan kenyataan rakanya.

******

"Har mana Fika?"

Hajah Salhah yang baru menyelesaikan solat isyak mengambil tempat bersebelah Dafika yang sedang meriba Karsyad yang sudah tertidur.


Muncung Dafika sua keluar rumah menyatakan suaminya berada di beranda sambil menghisap rokok.

Sejak Ezhar pulang dari pekan tadi, lelaki itu banyak berdiam. Malas untuk Dafika tanya, dibiarkan keadaan Ezhar bergitu. Mungkin suatu hari suaminya akan bercerita panjang.

"Fika, Wan nak tanya jadi ke Har jumpa papa dia nanti? Sebab Wan dan Atok ingat nak turun airport nak hantar papa Har tu untuk ke Umrah."

"Jadi Wan, Abang Har cakap dia akan turun."

Laju Dafika menjawab, mentelah lah suaminya sendiri berjanji untuk menemui ayahnya itu.

"Syukur Alhamdullilah... Lembut jugak hati Har nak jumpa papa dia. Fika ikut jugak kan?"

Mata Dafika, Hajah Salhah tonton, inginkan kepastian.

"Insha Allah.. Fika ikut"

"Alhamdullilah.... terima kasih Fika.. Wan tahu hanya Fika yang dapat pujuk Har untuk dekat kembali dengan papa dia. Wan pun sebenarnya risau bila Har dan papa dia terus bermasam muka. Wan taknak mereka anak beranak terus bergaduh sampai bila-bila."

Bibir Dafika mengukir senyum, tangan Hajah Salhah yang diletakan diatas pehanya dipegang lembut.
"Air dicincang takkan putus Wan. Fika hanya mencuba untuk memujuk Har. Selebihnya Har sendiri yang buat keputusan. Lagipun Fika percaya Har lebih tahu apa yang diputuskan oleh dia."


Hajah Salhah mengangguk faham. Dalam hati terus memanjat kesyukuran bila melihat keluarga dia kembali bersatu.

Ezhar masuk kedalam rumah setelah siap merokok. Tanpa berkata apa-apa, dia mengambil Karsyad dari riba Dafika dan membawa anak lelaki itu kedalam bilik.

Setelah Karsyad diletakan diatas tilam, Ezhar kembali keluar menghampiri Dafika.

"Abang nak masuk tidur dulu."

Segaris ayat Ezhar sebelum dia berlalu ke bilik tanpa langsung menunggu jawapan dari isterinya.


Dafika dan Hajah Salhah saling memandang sambil kedua mereka mengangkat bahu tanda tidak mengerti dengan sikap dingin Ezhar.

"Err...Wan...Fika rasa, Fika nak masuk bilik dulu boleh?"

Teragak-agak Dafika meminta izin dari Hajah Salhah. Takut wanita tua itu terasa.

"Pergi lah Fika, Wan pun perasan Har tu moody je sejak akhirnya ni. Dulu sebelum kahwin, takde jugak dia perangai macam ni. Sekarang makin manja. Kalah perempuan."

Suruh Hajah Salhah, bukan dia tak tahu, Dafika nak masuk bilik sebab reaksi Ezhar tadi. Haih... pelik lah cucu aku sorang tu..


Setelah meminta izin, Dafika mengatur langkah hingga masuk kedalam bilik. Pintu ditutup, tudung yang melekat dikepalanya dicabut sebelum di sangkut pada paku dinding.

Kaki diderap perlahan menghampiri Ezhar yang sudah terlentang dia atas katil dengan satu lengannya melintang di muka.


Punggung Dafika labuh dibirai sebelum sisi bahu Ezhar disentuh lembut.
"Abang okay ke?"


Pertanyaan Dafika, Ezhar sambut dengan gelengan. Matanya masih terkatup rapat.

"Kalau abang okay, kenapa abang diam je. Fika ada buat salah ke?"

Pujuk Dafika lagi, aksinya kini dah macam memujuk budak berumur 3 tahun. Melampau-lampau manja Ezhar sekarang ni!


Lama kemudian, Ezhar bangun dan mendudukan badannya. Mata bulat Dafika direnung tajam.
"Kenapa sayang cakap abang setuju nak jumpa papa?"


Soalan Ezhar membuatkan Dafika mengerut kening.

"Errr... bukan ke hari tu abang setuju nak jumpa papa sebelum dia pergi Umrah"

Tanya Dafika dalam tergagap. Takut jugak kenyataannya disalah erti.

"Abang cuma cakap nak jumpa papa, tapi abang tak pernah setuju."


Erg... cakap dengan setuju tak sama ke?
Sekali lagi kening nipis Dafika bersambung erat. Jika benar dia bersalah, nampak gaya pujuknya baru ni tak berkesan lah.. Ah! Kerasnya hati Ezhar.

"Err.. jadi.. abang tak setuju ke untuk jumpa papa?"

Suara Dafika terus tersangkut, rasa bersalah menyelinap di seluruh tubuh.

"Abang akan setuju dengan satu syarat"


Aik main syarat pulak? Dah kenapa Ezhar ni?

Dafika hanya mampu mengangguk, tak tahu syarat apa yang dimaksudkan oleh Ezhar.


Ezhar pula memusing tubuh, sehelai kertas dikeluarkan dari bawah bantalnya dan dihulur kepada Dafika.

Wanita itu menyambut dengan wajah yang makin berkerut.

"Abang akan setuju untuk jumpa papa kalau sayang setuju nak honeymoon dengan abang."


Wajah kecil Dafika diangkat. Bibir Ezhar yang sudah melorek senyum, dipandang dalam. Masih mencari kepastian.

"Sayang setuju tak?"

Soal Ezhar lagi.


Takkan lah Dafika nak cakap dia tak setuju. Segera kepalanya diangguk pantas.

"Err... tapi kita nak ke Sabah kan?"

Kini Dafika pula bersoal.

"Kenapa? Sayang tak suka ke kita honeymoon kat sana? Sayang nak abang tukar tempat?"

"Eh tak lah bang. Fika suka sangat. Fika cuma teruja bila tahu kita akan naik flight."


Jawapan Dafika yang tiba-tiba membuatkan Ezhar pula bercantum kening.

"Dari kecik, Fika teringin sangat nak naik kapal terbang, Tapi abang pun tahu keluarga Fika susah. Fika pun tak pernah berjalan jauh. Terperap je kat kampung ni sampai sekarang."


Wajah Dafika, Ezhar lirik sayu. Wanita itu tersenyum riang. Namun timbul rasa sedih dihati Ezhar bila mengenang kan nasib isterinya.

Dulu hidupnya dilimpahi kemewahan. Jika anak-anak kecil bercuti di kampung. Keluarga Ezhar pula akan membawa anak mereka bersiar-siar di luar negara.

Kapal terbang pula sudah menjadi pengangkutan mereka anak beranak.

Hingga Ezhar merasakan sudah puas menaiki 'garuda besar' itu.


Berlainan pula dengan Dafika, Yang menghadapi hidup susah semenjak kecil. Dan hingga sekarang wanita itu tetap cekal menjalani hidup walaupun ditimpa pelbagai masalah.


Merenung wajah Dafika yang asyik tersenyum memegang helaian pamplet yang diberi tadi, Ezhar faham yang isterinya amat menyukai percutian ini.

Perlahan lengan halus Dafika ditarik hingga wanita itu berdiri berhampiri sisi Ezhar.

"Kita bercuti berdua, abang nak sayang rehat dan tenang kan fikiran. Abang taknak sayang fikir apa-apa lagi, Abang taknak sayang mimpi pelik-pelik sebab terlalu penat. Segala masalah sayang, biar abang kongsi bersama."


Mimpi pelik-pelik?
Itu bukan mimpi Har, itu semua kenyataan. Dafika tidak menjawab, bahu Ezhar yang masih duduk diatas katil, diraih dan membawa wajah lelaki melekap pada dadanya.

Dafika perlu kan Ezhar saat ini dan selamanya.

"Fika dah setuju nak ikut plan abang untuk bercuti, jadi abang pun setuju lah untuk jumpa papa?"

Soal Dafika seraya bahu Ezhar ditolak menjauhi dadanya.

"Errmm... abang setuju untuk jumpa papa jika sayang tunaikan hasrat abang yang kedua."


Dafika bercekak pinggang ketika memandang kening Ezhar terangkat.
"Ada syarat lagi ke?"


Ezhar mengangguk lantas pinggang Dafika diraih sehingga kedua tubuh mereka menghempas tilam.

"Abang setuju, jika sayang tunaikan hasrat untuk layan abang malam ni."

Bisikan kuat Ezhar dicuping telinga Dafika membuatkan wanita itu kegeliaan. Segera bibir nipisnya mengorak senyum sambil mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience