BAB 20

Romance Series 27442

Makmal yang tersusun dengan cantik itu sudah ada peta besar yang diletakkan Proffesor Guna. Peta itu hanya berada di meja. Gambar peta itu harus disiapkan oleh Jobi dan Amelia. Kertas Majong juga sudah disediakan 2 helai. Hanya perlu dilukis saja gambar peta yang disediakan oleh Guna.

Pintu terbuka dengan senyap. Jobi melihat sekitar makmal itu. Dia melangkah sedikit ke dalam Makmal. Nora belum dilihatnya. Jobi mula bergerak ke arah meja yang terdapat kertas Majong itu. Dia perlu siapkan dengan cepat. Kerja ini dianggapnya kerja selekeh. Tapi disebabkan denda dari Guna dia perlu siapkan juga. Jobi kenal dengan Guna.

“Kalau tak perempuan gila tu, aku dah boleh balik awal dah.”.

Marah Jobi di hati. Tapi dia kawal dengan baik. Kerja itu perlu diberi ketenangan. Jika tidak, mudah serabut fikirannya. Semakin lambat dia siapkan kerja melukis peta itu nanti. Jobi luruskan tempat duduknya. Badannya menghampiri ke meja. Dia stabilkan badannya beri keselesaannya untuk melukis di meja itu.

Jobi melihat semua pensel yang sudah diberi oleh Guna. Dia mengambil satu dari 10 pensel yang berada di gelas kecil itu. Jobi perhati dengan lama batang pensel itu. Mata pensel itu sedikit agak tumpul. Tida sesuai jika dia gunakan pensel itu untuk melukis peta besar itu. Jobi perlu berhati-hati siapkan lukisannya.

Pensel kedua diangkat. Ditatap pensel itu dengan tajam. Dia pastikan pensel itu harus sesuai. Kali ini pensel kedua itu dipilih. Dia letakkan pensel itu di meja buat sementara. Dia mengambil pemadam yang hanya bersebelahan dengan gelas pensel.

“Let’s do it.”.

Jobi mulakan melukis gambar peta itu dengan teliti. Setiap garis peta itu sangat tepat dilukis.

Nora membuka pintu secara diam-diam. Dia membawa gelas plastik yang berisi air. Gelas plastik itu dibawa dengan perlahan.

“Mampus kau. Tunggu kau!”.

Nora bergerak lagi ke hadapan. Gelas plastik itu dipegang dengan betul-betul. Dia mahu menyimbah gelas itu ke arah lukisan Jobi.

“Ah!”.

Nora pura-pura jatuh. Jatuhnya ke lantai itu juga sangat perlahan. Air yang berada di gelas itu sudah tertumpah ke arah kertas Majong Jobi. Jobi hentikan dari melukis peta itu. Dia memandang Nora yang kini terduduk di atas lantai.

“Nora aku dah bosan dengan perangai budak-budak kau ni. Tolong lah jangan kacau aku. Jangan pernah tegur aku mulai sekarang!”.

Marah besar Jobi.

Jobi tidak merasa nyaman berada di samping Nora sekarang ini. Peta yang sudah dilukis di kertas Majong itu habis basah-kuyup. Kertas itu hanya ada dua. Satu untuk Nora dan satu lagi untuknya. Majong itu hanya tinggal satu. Dan sudah dibasahkan oleh Nora.

“Dah nak buat macam mana? Aku terjatuh tanpa sengaja. Kau ingat! Aku ni nak tegur kau sangat ke. Selama ni pun aku tak pernah tegur kau. Kau je yang kacau aku. Dah kenakan aku banyak kali. Sekarang kau kena terima lah ni!”.

Balas Nora dengan suara kuat juga.

Nora bangun dari lantai itu. Dia berdiri untuk mengambil kertas Majong yang berada di meja Makmal. Dia tahu kertas itu hanya ada dua. Nora langsung tidak memandang Jobi. Dia hanya memandang hadapan ketika berjalan. Dia tidak kesah dengan muka kasihan Jobi. Nora hanya mahu siapkan melukis peta itu dengan cepat. Itu sahaja yang difikirkannya sekarang.

“Nora!”.

Panggil Jobi. Jobi sama sekali tidak memandang Nora. Matanya hanya meluruh ke hadapan. Pensel itu digenggam dengan kuat. Puncak marahnya semakin tinggi. Jobi masih belum terima perbuatan Nora tadi. Dia tahu yang Nora sengaja tumpahkan air itu ke kertas Majongnya.

“Apa!”.

Keras jawapan yang keluar dari mulut Nora.

“Bagi aku kertas Majong kau! Aku nak kau ganti balik kertas majong aku yang dah basah ni. Kalau tak..”.

Pensel itu hampir patah digenggam oleh Jobi. Sabarnya mulai habis.

“Kalau tak apa?”.

Tanya Nora.

“Kalau tak aku cium pipi kau kat Makmal ni.”.

Jobi harus bertindak sesuatu. Dia terpaksa ugut Nora. Biarpun tindakannya tidak sesuai. Dia harus siapkan kerja itu dengan cepat. Jobi tidak mahu lengahkan masa yang ada. Kertas Majong itu harus diganti.

“Hahaha. Takut nye. Laki gila!”.

Nora sama sekali tidak takut dengan ugutan Jobi itu. Malah dia ketawakan Jobi. Dia terasa lucu dengan ugutan itu. Nora kenal dengan Jobi. Betapa hormatnya dengan wanita. Nora selalu melihat Jobi dengan Amelia. Belum pernah Jobi menyentuh Amelia. Nora pasti yang Jobi tidak akan berani. Disebabkan itulah dia ketawa sinis dengan ugutan dari Jobi itu.

Jobi mulai berdiri dari kerusinya. Kertas Majong yang basah itu dirabak-rabakkan dengan kasar. Tercabar dirinya selepas diketawakan oleh Nora tadi.

“Jobi?”.

Nora ketakutan dengan reaksi Jobi itu. Terkebil-kebil mata Nora memandang pergerakan Jobi. Jobi membuat muka marah. Mata Nora dipandang dengan tajam. Jobi semakin mendekat. Nora pula membuat rasa santai. Dia tahu yang Jobi tidak akan buat benda pelik terhadapnya.

“Kau cabar aku kan!”.

Kali ini tangan Jobi bergerak. Tangannya dinaikkan ke atas. Gelas yang dibawa Nora tadi berada di tangannya. Dia sudah mengisi air di gelas plastik itu secara diam-diam.

“Nah ambil kau!”.

Jobi tumpahkan air itu ke kertas Majong Nora. Habis kebasahan kertas Majong Nora. Bajunya juga sedikit terkena. Nora sempat mengelak simbahan air dari gelas itu. Bajunya tidak terkena banyak. Tapi kertas Majongnya sekarang basah-kuyup disebabkan Jobi.

Berdiri Nora dari kerusinya.

“Kau betul-betul lelaki gila yang aku pernah jumpa kat dunia ni. Kenapa kau simbah air tu kat kertas aku huh!”.

Berang Nora kepada Jobi.

“Bla-bla-bla-bla. Dah kau bodoh siram kertas Majong aku! Kau ingat aku boleh diam ke.”.

Balas Jobi dengan muka yang santai. Dia harus balas apa yang dibuat oleh Nora. Dia tidak akan duduk diam.

“Habis tu aku nak lukis peta ni guna apa mangkuk!”.

Tengking Nora.

“Guna otak.”.

Jobi permainkan Nora. Jobi tahu yang dia juga tidak boleh melukis peta itu. Habis basah kertas Majongnya. Tapi dia puas hati sebab dah kenakan Nora balik.

“Kau nak kena denda lagi oleh Prof. ke?”.

Nora sedikit sedar. Perbuatan yang dibuat tadi tidak sepatutnya muncul. Dia sangat berang dengan Jobi. Kali ini suaranya sedikit layu. Kertas Majong juga habis. Dia tidak tahu mencari kertas Majong itu lagi. Bertambah sakit hatinya sekarang. Kecewa dia dengan Jobi. Yang boleh lagi membalas perbuatannya. Menambah- nambahkan lagi masalah.

“Oh. Kau sedar rupanya. Aku ingat kau nak kena denda lagi. Lepas ni kalau peta ni kita tak siapkan Prof akan teruskan denda kita. Kau nak ke Prof suruh kita taip buku Novel tiap-tiap ayat tu? Atau lap semua dinding-dinding kat Makmal ni?”.

Besar suara Jobi.

“Nora aku tahu kau benci dengan aku sekarang. Tapi kau jangan libatkan masalah kita ni dengan Prof. Kau tahu kan gaya dia tu macam mana. Kadang tak logik. Tengok lah sekarang dia nak kita buat apa! Lukis peta. PETA Nora. Peta. Tak ke gila denda macam ni.”.

Tunduk kepala Nora selepas ditengking kuat oleh Jobi. Dia sedar semua itu kesalahannya.

“Habis tu kau nak buat apa sekarang? Kertas Majong tu sekarang tak de. Kita kena lukis kertas tu pun, kertas tu dah basah teruk. Prof nak tengok dua-dua kertas tu. Sekarang kertas tu dah basah. Nak buat apa sekarang?”.

Tanya Nora dengan rasa risau. Dia takut lagi didenda oleh Professor Guna.

“Macam ni kertas Majong ni ada dua. Kita kena keringkan kat bawah kipas tu. Tunggu kertas ni kering. Mungkin ambil masa sedikit. Tapi aku rasa cepat je ni. Sekarang bawa kertas ni kat hujung tu. Kat sana kipas dia kuat sikit.”.

Jobi redahkan keadaan.

“Habis tu kertas Majong kau macam mana?”.

Nora tiba-tiba risau dengan Jobi.

“Aku keringkan kat sini. Kau pergilah sekarang. Jangan tengok aku lagi lepas ni. Buat hal kau. Pastikan peta tu siap cepat. Esok Prof nak tengok. Ingat! Siapkan sekarang. Aku tak nak lepas ni kita kena denda lagi macam ni!.”.

Nasihat Jobi membuatkan Nora semangat sikit. Nora sendiri tidak tahan didenda seperti ini terus-terus. Tersiksa yang dia rasakan. Kerja Guna juga belum banyak yang disiapkannya.

“Ok.”.

Nora mula bergerak seperti yang diarahkan oleh Jobi. Dia menuju ke arah kipas dinding yang kuat itu. Mengeringkan kertas Majong yang dibasahkan oleh Jobi. Dia pastikan lukisan peta itu disiapkan malam ini.

Jobi pula duduk dengan sendiri di meja itu. Melihat kertas Majongnya yang sudah sedikit keronyok. Perlahan-lahan Jobi bukakan kertas Majong itu. Dia tidak mahu kertas itu terkoyak.

“Nora Nora. Apesal lah kau nak buat macam ni juga. Kalau kau tak basah kan kertas aku ni, tak lah lambat kerja kita siap. Huh.”.

Keluh Jobi sendiri bila memikirkan perbuatan yang dilakukan oleh Nora tadi.

“Sikit lagi! Sikit lagi.”.

Kertas yang dibukakan sudah hampir selesai. Kini hanya membuka bahagian atas itu saja lagi. Dia menggigit giginya sendiri. Untuk menahan geramnya.

“Huh buka pun.”.

Akhirnya kertas Majong milik Jobi sudah terbuka lebar. Tapi sedikit kusut kertas Majong itu. Jobi percaya. Percaya yang kertas Majong itu masih boleh digunakannya untuk melukis gambar peta itu.

Dia rehatkan badannya sedikit di dinding. Sekali-sekali dia melihat juga Nora yang berada di hujung itu. Dengan kipas yang sangat kuat. Dari hujung itu saja boleh dirasai anginnya ke arah Jobi.

“Tidur lah pula beruk tu. Hurm.”.

Jobi terlihat Nora sudah tertidur di hujung. Dia tahu kipas itu sangat kuat. Rasa selesa jika berada di hujung itu. Jobi biarkan Nora tidur. Jobi mula rehatkan badannya di tepi Makmal. Menunggu kertas Majong itu hingga kering. Dia melihat-lihat juga cahaya dari luar. Melihat kereta-kereta yang berjalan sini-sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience