Humaira bangun dari tidurnya. Dia mencapai kain tuala dan terus menuju ke bilik air. Dia langsung tidak melihat ke arah Amir. Amir pula hanya memandang Humaira dengan pandangan yang kosong. Peristiwa yang berlaku semalam langsung tidak dapat dilupakannya. Sikap dingin Humaira membuatkan dia bertambah sedih.
Beberapa minit kemudian, Humaira keluar dari bilik air. Amir memerhatinya dari bawah hingga ke atas. Dia pelik kerana Humaira memakai baju kurung. “ Mai nak pergi mana ? ” Tanya Amir lembut. Humaira tidak menjawab pertanyaan Amir. Dia malas mahu melayan Amir pada pagi itu.
“ Mai… Abang tanya ni. Jawablah ! ” Amir tidak mampu lagi untuk bersabar. Dia tidak tahan lagi akan sikap dingin yang ditunjukkan Humaira. “ Kenapa ? Abang nak buat apa dekat Maira kalau tak jawab soalan abang tu? ” Humaira sengaja menguji kesabaran Amir. Dia mahu lihat sejauh mana tahap kesabaran Amir akan layanan dinginnya.
“ Abang rasa abang dah tak kenal Mai yang depan abang sekarang ni ? Mana Mai yang dulu. Abang rindukan Mai yang dulu… ” Air mata membasahi pipi Amir. Sebaik sahaja melihat air jernih yang jatuh dari kelopak mata Amir, Humaira tersenyum sinis. Dia yakin itu hanya lakonan Amir. Yakin yang amat !
“ Mai yang abang kenal tu dah tak ada. Dah lenyap dari dunia abang. ” Bentak Humaira. Dia mencapai kunci dan tas tangannya sebelum melangkah keluar dari bilik yang dianggapnya sebagai neraka dunia. Belum sempat lagi Humaira keluar dari bilik itu, Amir terus mendakapnya erat.
“ Lepaskan saya ! Lepaskan saya ! ” Amir tidak mempedulikan rintihan Humaira. Dia memeluk sekuat- kuat tenaganya. Dia tidak akan melepaskan Humaira buat kali kedua. Tak akan !
“ Mai… ! Abang tak nak kehilangan Mai… please ! ” Amir masih lagi memeluk Humaira. Tidak lama kemudian, sendu Humaira mula kedengaran. Beberapa kali dia cuba meronta supaya dilepaskan tetapi gagal. Akhirnya, mereka jatuh terduduk.
“ Kenapa abang buat Maira macam ni ? Kenapa ? Abang tahu tak berapa lama Maira tunggu abang ? Lima tahun ! Abang tinggalkan Maira semata- mata perempuan yang abang peluk dalam gambar tu. Sekarang, abang kembali dalam hidup Maira… Kenapa bukan lima tahun dulu ? Kenapa ? ” Humaira menangis teresak- esak. Begitu juga Amir.
“ Mai ! Mai salah faham… ”
“ Mai ? Siapa Mai ? Mai yang abang kenal tu dah lama mati. Dah lenyap dari dunia abang. Dia tak mungkin kembali lagi. Tidak ! ” Sekali lagi Humaira meronta. Kali ini dengnan lebih kuat lagi.
“ Humaira ! ” Teriakan Amir itu membuatkan Humaira berhenti daei terus meronta. Dia agak terkejut kerana Amir berteriak. “ Dengar apa yang abang nak cakap. Perempuan dalam gambar tu adik abang. Dia dah meninggal tiga tahun yang lalu disebabkan leukemia… ” Humaira terpana. Dia terdiam. Bolehkah dia percaya akan pengakuan Amir itu ?
“ Apa ? Huh… ! Abang jangan nak tipu Maira ! ” Deringan telefon Humaira membuatkan mereka berdua tersentak. Cepat- cepat Humaira merangkak untuk mendapatkatkan tas tangan yang terbang sewaktu Amir datang memeluknya. Perkataan
‘ Ilyas ’ tertera pada skrin telefon Blackberry Z10 miliknya.
“ Hello, awak ! ” Humaira mengerling ke arah Amir.
“ Maira duduk dekat mana ni ? ” Soal Ilyas.
“ Dekat rumah ! Kejap lagi saya sampai… ” Kali ini, humaira mengerling pula jam tangannya. Masanya hanya berbaki setengah jam.
“ Oh… ! Awak nak saya jemput awak ? ”
“ Err…, tak payah ! Saya boleh pergi sendiri. ” Humaira terus memutuskan talian. Dia tidak mahu lagi Ilyas menyoalnya. Dia langsung tidak ada mood pada pagi itu. Humaira bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan mukanya. Beberapa minit kemudian, dia keluar dari bilik air dan meluru untuk mendapatkan tas tangan.
“ Mai nak pergi mana ? ” Tanya Amir yang sejak tadi berdiam diri.
“ Kerja ! ” Ringkas jawapan yang keluar dari mulut Humaira. Dia terus menghayunkan kakinya untuk keluar dari bilik itu. Tidak lama kemudian, kereta Myvi yang dipandu Humaira meluncur dengan lajunya di atas jalan raya.
Sesampainya di hospital, Amir terus meluru mendapatkannya. “ Kenapa lambat sangat sampai hari ni ? Selalunya awak orang yang pertama sampai… ”
“ Entah ! Dah lah… Saya tak ada mood hari ni ? ”
Share this novel