Anisah sedang sibuk memasak di dapur.
"Aini Hayati... Aina Hidayah... tolong ibu sekejap" Anisah memanggil anak kembar perempuannya yang kini sudah berumur 23 tahun.
Dua gadis itu terlalu manja dan mereka berdua sudah sepakat tidak mahu bekerja selepas menamatkan pengajian di universiti. Kejadian Anisah pengsan sendirian di rumah ketika keduanya berada di universiti menyebabkan dua gadis manja itu trauma untuk membiarkan Anisah tinggal sendirian.
3 orang abang lelaki mereka tidak tinggal bersama sejak mula bekerja, anak sulung Anisah adalah kembar 3 lelaki, Adzrin Hafifi, Adam Hafizi dan Adham Hafriz. mereka bertiga kini berusia 25 tahun. dan anak kedua pula kembar perempuan. dengan dua kehamilan Anisah dan arwah suami memiliki 5 orang anak. Anisah dan suaminya berkahwin ketika keduanya berumur 25 tahun. semasa Aini dan Aina berumur 2 tahun, suami Anisah Encik Helmi telah pergi menghadap yang Esa akibat penyakit barah otak. sukar untuk seorang Balu anak lima tanpa pelajaran tinggi menghidupi dirinya dan anak anak yang semakin membesar.Namun Anisah tahu dia sukakan kecantikan dan diterima bekerja sebagai promoter jualan barangan kosmetik di sebuah pasaraya, gajinya cukup untuk membesarkan anak anaknya. tanpa pertolongan orang lain. Dan sekarang Anisah sudah boleh berehat dari bekerja setelah tiga anak lelakinya bekerja
"Ada apa ibu"soal Aini sebaik tiba di dapur.
"Dah telefon abang semua balik makan malam di sini malam ni?"soal Anisah.
"Dah Aini dan Aina dah beritahu dalam group 5 AH, itu adalah group W******P untuk mereka 5 beradik berbual dan berbagi informasi terkini.
Anisah sedikit berdebar untuk perjumpaan keluarga pada malam itu kerana tujuan perjumpaan itu diadakan adalah untuk memberitahu anak anaknya tentang rancangan perkahwinannya dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya bernama Akram.
Seorang penyelia muda baru bekerja di pasaraya tempatnya bekerja setahun yang lalu, Akram benar benar mengambil hati Anisah. Sikap Akram yang penyayang dan prihatin terhadap nasib Anisah mendekatkan mereka.Selepas 15 tahun menjadi janda Anisah mengakui dirinya merasa dihargai dengan kehadiran Akram, lebih lebih lagi dikala anak anak semua berada jauh darinya kerana menyambung pelajaran mereka, dan Anisah akhirnya dapat meluahkan perasaan dikala dirinya kehilangan tempat untuk mengadu. cuma satu kekurangan Akram iaitu lelaki muda itu muda 7 tahun daripada Anisah.ketika hari terakhir Anisah bekerja Akram telah melakukan sesuatu yang tidak dapat dijangka oleh Anisah
"Anisku yang manis ... I tak dapat tolak perasaan cinta dalam hati I terhadap you, selama setahun kita kenal I sangat yakin dengan perasaan ini dan I harap You dapat terima, I love you dan I nak ajak You kahwin "Ujar Akram sambil melutut.
"Ram, You buat apa ni, Tolong bangun, kita boleh berbincang dulu "kata Anisah.
"I dah bincang dengan my mom, dia setuju I melamar you, tolong beritahu siapa patut I jumpa untuk meminang you Anis, I tak boleh kehilangan you, "pujuk Akram.
Sejak itu Anisah tidak Bertemu dengan Akram kerana dia sudah berhenti kerja, tetapi Akram masih merayu Anisah untuk meneruskan rancangan perkahwinan mereka melalui panggilan video.
"Anis, samada You benarkan I masuk meminang you cara baik atau I bawa You kahwin lari"ugut Akram ketika perbualan telefon mereka malam tadi.
"Ok I akan bincang perkara ini dengan anak anak I dulu"Anisah mengalah.
Kadang kala kedegilan Akram melebihi kedegilan anak anak Anisah .
"Anis sayang... kalau you tak ada niat nak berkahwin dengan I, kenapa You setuju untuk bercinta dengan I dulu?"soal Akram .
"Ram, you datang Masa I kesunyian."balas Anisah.
"Kalau You nak hilangkan kesunyian you, lebih baik You tengok drama korea atau baca novel, jangan mainkan hati dan perasaan lelaki semata mata kerana You rasa sunyi Anis, I bercinta dengan you sebab I nak kahwin dengan you, I tak kisah berapa jauh jarak usia kita sebab itu cuma satu angka"balas Akram.
"I minta maaf ok"itu sahaja yang mampu Anisah balas.
"I cuma akan maafkan you bila I dah lafazkan ijab kabul dengan nama you"Akram berkeras.
"Ibu..., abang semua dah sampai"jerit Aini.
Deg,
Jantung Anisah berdetak lebih laju, tidak mudah rupanya nak meminta persetujuan anak anak untuk merestui perkahwinannya berbanding meminta izin daripada ibu bapanya dahulu.
"Sedapnya bau... Kari ketam kan bu?"soal Adam.
"Ibu tak aci, Adham kan tak boleh makan seafood, kenapa mesti lauk tu Ibu masak"soal Adham.
"Woi mangkuk, ibu bukan tukang masak nak masak makanan kegemaran korang, appreciate sikit usaha ibu dah masak untuk kita"marah Adzrin, si abang sulung.
"Kambing bakar pun ada la abang Am"ujar Aina.
"Yay!, sayang ibu ketat ketat "jerit Adham memeluk Anisah erat.
'Apa agaknya perasaan mereka setelah aku mengkhabarkan bahawa aku bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang seusia mereka bertiga 'monolog Anisah sendirian.
"Dah jom kita makan, Aini dan Aina tolong ambilkan pinggan ya.
"Ibu ada hal nak berbincang dengan anak anak ibu"Anisah memulakan perbualan.
"Ibu nak bincang apa?"soal Adzrin.
"Kamu semua makan dulu, dah siap jumpa dalam bilik ibu."Anisah bangun lalu berlalu masuk ke biliknya.
'Ada apa dengan ibu dik"soal Adam kepada Aina dan Aini.
"Kami tak tahu apa apa, ibu pesan panggil abang abang balik itu saja"balas Aini.Aina mengiyakan.
5 beradik itu meneruskan makan malam tanpa kehadiran syurga mereka. Usai makan Aini dan Aina mengemas dapur dan meja makan sebelum kelima lima mereka masuk ke bilik Anisah.
"Ibu.."Adzrin mengejutkan Anisah yang sedang terlena.
"Dah habis makan dah?"soal Anisah membuang kegugupan.
"Masakan ibu macam biasa the best in the world "puji Adzrin..
"Baiklah semua anak Ibu dah ada kan, ibu nak sampaikan satu berita yang penting"ujar Anisah
"Kenapa,ibu sakit ke!, perlukan operasi?,berapa kos pembedahan?"Adam bertanya bertubi tubi.
"Kejadian Ayah mereka menanggung kesakitan barah otak sehingga meninggal dunia masih diingati, ketika itu mereka tidak mempunyai wang untuk membayar kos pembedahan untuk membuang sel barah itu, kini ketiga tiga mereka sudah bekerja dan mampu menanggung kos rawatan untuk Anisah.
"Tak, ibu tak sakit"balas Anisah.
"Abang ni tunggulah ibu cerita dulu"timpal Aina.
"Ibu....
ibu....
ibu nak kahwin "Fuh lega, satu beban besar yang bertapak di kepalanya sudah hilang, Anisah memerhatikan riak wajah anak anaknya.
"Ibu tak malu ke, mak mak orang lain minta nak pergi ke Mekah untuk buat ibadat, ibu minta nak kahwin "kesal Adham.
"Ibu... dah terlanjur..."sebelum sempat Anisah menamatkan kata katanya.
"Subhanallah ibu, tak cukup lagi ke anak 5 orang ni tergamak ibu melakukan perbuatan hina tu"bebel Adham.
"So siapa antara kamu bertiga nak kahwin beritahu ibu, ibu akan pinangan"ujar Anisah.
"Ibu Ada balik dulu, cuma Ad nak cakap keputusan Ad muktamad, Ada tak suka ibu kahwin.
"Ibu bukan terlanjur itu, ibu sudah terlanjur bercinta.Dia yang banyak bagi semangat kepada ibu ketika ibu semakin meningkat usia. Dia, menyenangkan hati ibu.
"Ibu sengaja nak malukan kami, sepatutnya umur sekarang ibu uruskan majlis perkahwinan anak anak, tapi ibu pula sebaliknya masih teringin nak kahwin lagi,malu kami nak balik kesini lagi, jom Adam Adham,kita balik sekarang.
"Aini, call Abang abang patah balik sekarang"kata Aina bila melihat Anisah terbaring di lantai tidak sedarkan diri.
susah juga nk minta restu dari anak kan?
Share this novel
seru