Rate

Bab 16 Pulang Kembali Ke Selangor

Drama Completed 203280

Pagi ini Haziq akan pulang ke Selangor. Haziq mengemas barang-barang yang perlu ia bawa untuk di masukkan ke dalam bonet keretanya. Sedang Haziq meletakkan barang-barangnya ke dalam kereta. Mak Su datang ke arahnya.

"Haziq ni ada buah tangan sikit dari Mak Su untuk abah dan mak kamu." Kata Mak Su sambil menyuakan satu beg plastik ke arah Haziq.

"Apa dia ni Mak Su?" Tanya Haziq sambil matanya memadang pada beg plastik di tangan Mak Su.

"Dalam beg plastik ni ada ikan perkasam ke sukaan abah kamu.Ikan perkasam ni Mak Su buat sendiri." Kata Mak Su.

"Abah memang suka ikan perkasam ni. Terima kasih Mak Su." Kata Haziq.

"Sama-sama, ini je la yang mampu Mak Su beri pada kamu. Tapi 2 bulan lagi kamu datang boleh la kait buah rambutan dekat belakang tu. Pokok rambutan tu dah mula nak berbuah dah tu" Kata Mak Su pada Haziq.

"2 minggu lagi Haziq pasti akan datang pula" Kata Haziq sambil tangannya meletakkan plastik ikan perkasam tersebut di dalam kereta.

"Ya la,lagi pula kekasih hati dia pun ada di kampung ni. Lepas ni makin kerap la Haziq datang jumpa Wan " Kata Wan yang tiba-tiba datang ke arah Haziq dan Mak Su.

"Kalau tak ada kekasih hati dekat kampung ni pun,Haziq tetap akan datang jenguk Wan" Balas Haziq.

"Wan tahu kamu ni memang boleh di harap. Kamu hati-hati bawa kereta tu, dah sampai dekat sana sampaikan salam Wan pada abah dan mak kamu tu" Kata Wan.

Haziq menyalami Wan dan juga Mak Su sebelum masuk ke dalam kereta. Masuk saja ke dalam kereta Haziq menghidupkan enjin. Haziq pun memandu keretanya keluar dari halaman rumah Wan.

Haziq melihat jam di tangannya sudah hampir pukul 10.30 pagi.Bermakna bengkel Nordin sudah buka,Haziq mengambil keputusan untuk singgah sebentar ke bengkel Nordin. Haziq ingin berjumpa dengan Izara terlebih dahulu sebelum ia meneruskan perjalanan ke Selangor. Sampai di depan bengkel motor Nordin,Haziq memarkir keretanya. Keluar dari kereta Haziq masuk ke dalam bengkel. Haziq melihat Izara sedang mengisikan minyak enjin sebuah motorsikal. Kebetulan Nordin perasan dengan ke datangan Haziq lalu Nordin menegurnya.

"Haziq kamu datang ni nak jumpa Izarakan. Pergi la dekat Izara tu,kerja Izara tu dah nak siap dah pun" Kata Nordin sambil memadang Izara yang nampak agak gelabah bila mengetahui dirinya diperhatikan oleh Haziq kekasih hatinya.

"Aku pinjam sekejap anak saudara kau ni." Kata Haziq pada Nordin. Haziq pun menghampiri Izara yang sudah selesai melakukan kerjanya.

"Izara jom kita pergi belakang bengkel sekejap. Nordin pun dah bagi lampu hijau tu" Kata Haziq kepada Izara.

Izara pun berjalan mengikuti Haziq menuju bahagian belakang bengkel."Agaknya apa yang Pak Cik Haziq nak cakap dekat aku ya. Agaknya Pak Cik Haziq nak luahkan perasaan dia dekat aku kut"bisik hati Izara.

Sampai di belakang bengkel Izara dan Haziq duduk di bangku yang ada di situ.

"Pak Cik nak cakap apa dengan Izara ni" Kata Izara tidak sabar.

"Pak Cik nak bagitahu hari ni Pak Cik akan balik Selangor. 2 minggu lagi Pak Cik akan datang balik ke kampung ni. Lagi pula 2 minggu akan datang Pak Cik akan bawa Mak Su dan Wan datang ke rumah Izara. Untuk membincang tentang urusan kita nanti." Kata Haziq sambil memadang pada wajah Izara.

"Oo, jadi lepas ni Pak Cik terus balik Selangor la ni" Kata Izara sambil matanya memadang pada Haziq. Izara perasan Haziq berpakaian agak kemas dan nampak segak.

"Iya la, lepas ni Pak Cik akan terus balik selangor. Izara nanti kalau kita sudah sah jadi suami isteri jangan la panggil Pak Cik dah.Ubah la pangilan tu tau. Tapi selagi kita tak di ijab kabulkan tak kisah la jika Izara nak Pak Cik pun"Kata Haziq pada Izara.

"Nanti bila Izara dah jadi isteri Pak Cik tentu la Izara tak panggil Pak Cik dah. Buat sementara ni Izara selesa nak panggil Pak Cik je sebab dah terbiasa."Kata Izara sambil tersengih pada Haziq.

" Kalau macam tu Pak Cik nak berangkat dulu. Nanti lambat pula sampai, 2 minggu lagi kita jumpa pula."Kata Haziq sambil kakinya mula melangkah.

Ala cakap kata jangan panggil Pak Cik. Tapi dia sendiri pun masih bahasakan diri dia Pak Cik bila bercakap,bisik hati Izara.

" Pak Cik hati-hati bawa kereta tu tau" Kata Izara pada Haziq.

"Iya lah"kata Haziq.

Haziq masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari kawasan bengkel Nordin. Haziq meneruskan perjalanan ke arah Selangor negeri kelahiran ibunya itu.

"Pak Ngah,petang ni Izara nak balik awal sikit. Sebab Izara ada hal nak jumpa Ardiana dan Darwisya."Kata Izara pada Pak Ngahnya yang sedang membuka enjin motorsikal pelangannya.

"Ya la,Pak Ngah izin kamu balik awal hari ni. Lagi pun motor pun tak banyak yang nak diperbaiki. Amir pun ada hari ni"kata Pak Ngah.

"Terima kasih Pak Ngah" kata Izara sambil tersenyum lebar.

Pukul 2.00 petang Izara pulang ke rumahnya. Hari ini Izara sudah berjanji dengan Ardiana dan Darwisya untuk keluar bersama dan berjalan-jalan di Shopping Mall. Dalam pukul 3.20 petang mereka bertiga sudah sampai di tempat parking motorsikal di Shopping Mall tersebut. Seperti biasa Darwisya akan naik motor bersama Ardiana. Kerana dia memang tidak berani untuk naik motor bersama Izara. Darwisya merasa seperti nak melayang nyawa bila menumpang motor Izara.

Hari ini mereka bertiga meronda keliling Shopping Mall sambil mencuci mata melihat barang-barang yang di jual. Merasa sudah agak letih mereka bertiga pun mengambil keputusan untuk makan di salah satu restoran yang ada di dalam Shopping Mall.

Selesai mengambil pesanan makanan. Mereka bertiga duduk di satu meja.

"Wei, aku nak bagitahu kau orang berdua ni. Aku dengan Pak Cik pujaan hati aku tak lama lagi akan di satukan" Kata Izara dengan nada gembira.

"Ya la tu, kau tu berangan je kuat"kata Ardiana tak percaya dan mengangap Izara bergurau sahaja.

"Betul la, aku tak tipu tau. Aku dah luahkan perasaan aku pada Pak Cik Haziq tau. Sebab tu Pak Cik Haziq nak jadikan aku isteri dia. Mungkin hati dia tersentuh dengan luahan perasaan aku pada dia."kata Izara menerangkan pada 2 orang kawannya itu.

"Kau dah fikir masak-masak ke nak kahwin dengan Pak Cik Haziq. Kau tahu tak perkahwinan ni bukan main-main tau tak. Lagi pun kau muda lagi. Bila kau dah kahwin dah tak boleh nak lepak macam sekarang ni. Semuanya kau kena minta izin dengan suami dulu sebelum nak pergi mana"Kata Darwisya pada Izara.

"Betul kata Darwisya tu"Kata Ardiana pula.

"Aku tahu la semua tu. Aku yakin dengan keputusan aku ni."Kata Izara penuh nekad.

"Terpulang kau lah."Kata Darwisya.

"Okay la, sekarang ni kita makan dulu. Lepas makan kita balik sebab mak aku tak bagi balik lewat sangat hari ini. Sebelum pukul 7.00 petang aku kena ada dekat rumah." Kata Ardiana. Sambil matanya memadang pada dua orang rakannya itu.

"Okay" kata Izara dan Darwisya.

Selesai makan mereka bertiga keluar dari bangunan Shopping Mall tersebut menuju ke tempat parking motor. Sudah menghidupkan enjin motorsikal masing-masing Ardiana dan Izara menungang motor keluar dari kawasan Shopping Mall. Macam biasa Darwisya akan menumpang Ardiana kerana mereka berdua berjiran.

"Adui lupa nak bagitahu pada diaorang tentang Pak Cik Haziq ada letak syarat. Tapi biarlah diaorang tak tahu nanti jenuh pula aku kena ceramah. Yang penting aku dapat kahwin dengan pujaan hati aku,yang lain tu tolak tepi je dulu" bisik hati Izara semasa diatas motor perjalanan pulang ke rumahnya.

Sampai di rumah,Izara melihat ayahnya sepertinya sedang bersiap untuk pergi kerja. Kerana hari ini Kamal kerja shif malam. Sebelum pukul 8.00 malam ayahnya akan bertolak ke tempat kerja. Selalunya dalam pukul 7.30 Kamal sudah berangkat untuk ke tempat kerja. Kerana hampir setengah jam juga perjalanan Kamal dari rumah ke tempat kerja.

Izara mendengar ibu tirinya itu membebel sesuatu pada ayahnya. Agaknya sebab itu ayahnya hari ini bersiap awal untuk lari dari bebelan ibu tiri Izara. Sebab itu juga Izara tidak berapa suka untuk berada di rumah kerana rasa rimas bila mendengar ibu tirinya itu bila dah mula mulutnya membebel.

"Zara kamu dari mana sahaja. Bukannya nak tolong ibu dekat rumah bila ada masa terluang." Kata ibu tiri Izara sambil memadang pada Izara yang baru pulang ke rumah.

"Ala Izara keluar dengan kawan sekejap tadi. Adik-adikkan ada boleh je bantu ibu." kata Izara membalas percakapan ibu tirinya.

"Kamu tu tak lama lagi nak jadi isteri orang. Tapi satu kerja rumah pun kamu malas buat. Masak pun tak pernah, macam mana la nanti bila dah jadi isteri." Bebel ibu tiri Izara.

"Ala kalau setakat masak-masak ni senang je boleh tengok dekat youtube. Boleh juga google asalkan ada internet je" Kata Izara sambil berjalan masuk ke dalam biliknya. Supaya tidak lagi mendengar bebelan ibu tirinya itu.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience