BAB 21

Romance Completed 67139

      DANI menghempaskan tubuh pada katil empuk hotel yang dia diami dalam beberapa bulan ini untuk menyorok daripada Aiden. Wang tunai yang dibawa olehnya lebih daripada cukup untuk menanggung dirinya
berada di situ lebih lama.

Cuma sekarang dalam fikirannya hanya terbayangkan Adara. Tak pernah satu saat dia lupakan apa yang dia buat pada gadis itu. Walaupun alasannya meninggalkan Adara adalah untuk keselamatan gadis itu sendiri. Dia tetap salah kerana tak berterus terang.

Dia salah kerana memberi harapan palsu kepada hubungan mereka. Dan sekarang Adara mangsanya.

Dani bangun. Dia dah penat menyesali kesilapan dia yang lalu. Dia perlukan betulkan segalanya sebelum terlambat.

Dia perlu cepat sebelum Adara tawar hati. Kerana dia masih cintakan Adara lagi dan mahukan Adara menjadi pemilik hatinya untuk selamanya.

“It's simple, just work for me.”

Kata-kata King terlayar di fikiran. Walaupun berulang kali dia cuba memberitahu dirinya bahwa King hanya nak mempergunakan dia, kata-kata lelaki misteri itu masih menghantui dia.

Lelaki itu terlalu licik. Banyak tipu muslihat. Dani tahu semua itu. Dia berusaha tak mahu ditipu.

“Dani.” Panggil Ray yang baru tiba selepas membeli makanan untuk mereka. Dani menoleh ke arah Ray. Plastik berbungkus makanan itu disambut oleh Dani.

“Eh, lupa. Tadi Zack call aku.” Ray mengambil tempat duduk di sebelah Dani.

“Siapa Zack?” Tanya Dani ingin tahu. Tak mengenali siapa yang maksudkan oleh Ray sekarang.

“Budak King yang kau tumbuk hari tulah.” Ray menghirup kuah sup tulang yang dibeli dalam perjalanan pulang ke hotel tadi.

“Kenapa dengan dia? Nak mampus dah?”

Dingin nada Dani bertukar apabila mengingat kembali lelaki yang bernama Zack itu. Masih segar di ingatannya bagaimana mulut celupar  Zack menghina Adara sebagai pelacur.

Terasa mengelegak darah Dani mengingat kembali kata-kata itu. Rahang diketap kuat. Matanya dipejam menahan diri daripada mengamuk.

That piece of shit.

“Dia kata King nak jumpa kau.” Sambung Ray, dia melemparkan pandangan pelik pada Dani yang seperti menahan marah.

“Buat apa? Aku tak ada masa. Banyak lagi benda aku nak buat.” Dani menghirup setin Coke sejuk yang dibeli Ray. Melegakan tekak dan dirinya yang terasa panas.

Ray mengangkat bahu tanda tak tahu. Tangannya turut diangkat sekali apabila melihat pandangan Dani kepada dia yang langsung tak bersalah.

“Kau kenapa? Relaks. Chill. Kau tak nak jumpa dia sudah. Aku tak paksa kau. Apa kau nak buat lepas ni?”

Tanya Ray ingin mengetahui rancangan Dani selepas berhenti kerja dengan Aiden beberapa bulan yang lepas. Sampai bila mereka berdua nak bersembunyi daripada Aiden?

Cepat atau lambat saja, Aiden akan menemui mereka.

“Aku tak tahu lagi.  Tuan Malik banyak kali  call aku. Tapi aku tak angkat sebab tak nak dia tahu aku dekat mana. Aku rasa dia tak tahu lagi aku dah berhenti kerja untuk anak dia.”

Terang Dani, teringat pada panggilan daripada bapa kandung Aiden iaitu Tuan Malik. Dani sendiri tahu hubungan anak beranak itu tak berapa elok. Tapi ada kemungkinan juga Tuan Malik akan memberitahu Aiden keberadaan dia di mana.

“Ke Tuan Malik call kau sebab Aiden nak kahwin? Mesti dia pelik kenapa kau tak ada.” Ray memberi pendapatnya sendiri.

“Aiden kahwin? Dengan siapa?”

“Adara.”

Jeda. Dani menoleh ke arah Ray yang masih tak menyedari perubahan pada wajah Dani sekarang. Tak mungkin.

“Adara?” Tanya Dani semula. Tangan sudah mengepal penumbuk.

Ray mengganguk tanda mengiyakan. Dia menunjukkan sebuah gambar di galeri telefonnya kepada Dani mahu menyokong kata-katanya. Terpapar wajah Adara yang tersenyum di sisi Aiden di sebuah majlis perkahwinan.

Dani memejam mata. Tak dapat menerima semua ini. Aiden. Aiden rampas Adara daripada dia. Telefon pintarnya diambil. Laju jarinya menekan nombor seseorang.

“Well, well, well. Look who's calling me right now? Need my help huh?”

Kedengaran suara King berada di hujung talian. Dani tak mengambil kisah dengan perlian itu terhadapnya.

“Kau nak Aiden? Aku boleh tolong kau hancurkan dia. But in one condition.”

“And what is that?”

“Aku nak Adara.” King tersenyum sinis.

-

-

          ARIS melabuhkan punggung pada kerusi yang tersedia di dalam bilik peribadi Aiden. Tujuannya ke rumah Aiden hanya satu. Mahu menerima tawaran kerja yang diberikan oleh lelaki yang menculiknya itu kepada dia.

Dia tak ada pilihan lain selain menerima kerja yang ditawarkan oleh Aiden. Kerana namanya sudah disenarai hitam oleh Aiden sendiri membuatkan dia menerima saja tawaran tersebut.

“Kau ingat aku tak tahu apa kau buat?” Aris mengeluarkan kata-kata itu dengan berani. Aiden menyilangkan kakinya. Pandangan tajamnya mendarat pada Aris.

“What do you know then? What did I do, Aris? Tell me.”

Soal Aiden dengan nada sinis. Sudah tahu apa yang dimaksudkan oleh Aris. Sengaja dia berpura tak tahu apa-apa.

“Kau blacklist nama aku dekat black market. For what? You bastard.”

Aris melepaskan kata-kata itu dengan nada geram. Sudah lama dia menahan geram apabila mengetahui sumber pendapatan dan pekerjaan utamanya disekat sepenuhnya oleh Aiden.

Aiden tersenyum mengejek. Suka melihat wajah Aris yang sedang menahan amarah di dada. Itu yang diperlukan sekarang. Rasa amarah Aris terhadapnya.

“For what you said? For wasting my time, dude. Kau tak ada location Dani sebenarnya kan? Kau buang masa aku sampai buat aku rugi. So, now it's your time to lose something too. Your precious job. Fair and square, right?”

Balas Aiden menyimpulkan tindakannya. Aris diam. Malas mahu membantah kata-kata Aiden atau apa. Dia sendiri tahu pengaruh Aiden begitu besar di dalam dunia kejam yang mereka berdua ceburi.

“Cut the crap, apa kau nak aku buat? Yang aku tahu, aku nak kerja aku balik macam biasa. Double the payment. If not, I'm out. That's it.”

Pinta Aris tanpa ragu-ragu. Tangannya disilangkan ke dada. Mengambil kesempatan dalam peluang yang diberikan oleh Aiden.

Aiden tersenyum berpuas hati. Suka apabila rancangannya berjalan lancar seperti yang dimahukan. Kerjasama Aris memudahkan lagi urusan mereka.

“Jadi spy untuk aku. Spy on Dani. Kau satu-satunya orang terakhir yang Dani percaya untuk jaga Adara, right? So, you're the most suitable for this job.”

Aiden mencampak sekeping sampul surat tebal berisikan wang tunai sebagai wang pendahuluan kepada Aris. Aris mengerling sekilas sampul surat tersebut sebelum memandang Aiden semula.

“Kau nak suruh aku pecahkan kepercayaan Dani dekat aku, just for you? Aku tak faham. What the hell is the problem of you two exactly?”

Soal Aris tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya antara Dani dan Aiden sebelum ini. Walaupun dia langsung tak kisah untuk khianat kepercayaan Dani padanya, dia tetap perlu tahu apa yang terjadi antara mereka.

“Mind your business. Just do the damn job or else you can't get your old job back. You hear me?”

“Yes, boss.” Sindir Aris menekankan perkataan boss tersebut. Dia sudah terbiasa bekerja seorang diri dan bergerak solo. Jadi kini sukar untuk dia menyesuaikan diri di bawah Aiden.

Secara tiba-tiba, sepucuk revolver hitam diacukan pada sisi kepala Aris membuatkan Aris menghentikan tindakan serta-merta.

“Disrespect me like that again and I pull the trigger.”

Suara garau Aiden memberikan amaran keras. Paling tak suka apabila seseorang berkelakuan biadap terhadapnya seperti yang dilakukan oleh Aris tadi.

Aris mengangkat tangan tanda menyerah. Tak mahu nyawanya melayang pada tangan Aiden. Perlahan-lahan, Aiden menyimpan semula senjatanya. Dia mencampakkan pula sekeping gambar.

“Last budak aku nampak Dani dekat night club Mont Kiara. Cari dia dekat sana. Aku nak Dani hidup-hidup. Pastikan dia tak jumpa King.”

Arah Aiden serius langsung tak bermain-main. Gambar lelaki bertopeng hitam yang digelar King itu diberikan kepada Aris sebagai petunjuk. Aris menilik wajah asing itu.

“Macam mana dengan Adara? What's happen to her?” Tanya Aris yang teringat kepada gadis yang sepatutnya dia jaga daripada Aiden atas arahan Dani dahulu.

“She's safe with me.”

“Apa motif kau kahwin dengan Adara? ”

Soal Aris yang masih tak menyangka Aiden akan mengahwini Adara. Sedangkan Dani sendiri pernah memberikan amaran kepada dia supaya menjauhkan Adara daripada Aiden.

“To protect her. Now, enough the questions. All the thing you need, ask Irsyad or Dayyan. Dismiss.”

Aiden bingkas berdiri tak mahu meneruskan perbualan. Cukuplah itu saja maklumat yang diberikan kepada Aris. Dia beredar pergi dari situ tanpa menoleh ke belakang ke arah Aris lagi.

“Bukan aku yang nak cederakan Adara macam yang Dani agak. Tapi King. He's the one want to hurt Adara since the first. Not me...

...I'll never hurt her. Not even once. Mark my words.”

-

-

-

                “CIK MUDA, hati-hati. Licin nanti jatuh.” Tegur Irsyad pada Adara yang seronok bermain air di tepi kolam renang di kawasan halaman rumah agam milik Aiden.

“Jangan risaulah, Irsyad. Saya okay!” Ucap Adara mengangkat ibu jarinya menandakan dia baik-baik saja. Kadang dia pelik mengapa dia dilayan seperti tuan puteri raja di rumah itu. Bukannya dia puteri betul pun.

Adara melipat hujung seluarnya hingga ke paras buku lali. Mahu direndamkan ke dalam air kolam renang yang terasa sejuk. Cuaca panas terik pada hari ini membuatkan dia mahu merendamkan seluruh tubuh di dalam kolam tersebut.

Irsyad mengalihkan pandangan ke arah lain apabila menyedari tindakan Adara. Tahu Aiden tak suka sesiapa melihat hak miliknya. Terutamanya isteri Tuan Mudanya, Adara.

“Woman, what are you doing?”

Speak of the devil.

There he is, the devil himself. Aiden Zharif.

Suara maskulin milik Aiden membuatkan Adara menoleh ke arah suara itu tersebut. Irsyad menundukkan sedikit badan menyapa Aiden.

Aiden mengangguk kecil sebagai balasan. Seraya itu, Irsyad beredar dari pergi. Tak mahu menganggu privasi pasangan suami isteri tersebut..

“Kau tak takut mati lemas ke?”

Aiden mengambil tempat di sebelah Adara. Hujung seluarnya turut dilipat. Dia melakukan perkara yang sama pada seluar isterinya yang sudah melorot ke bawah mengenai air kolam.

“Buat apa nak takut. Air je pun.” Adara mengerakkan kakinya di dalam air. Membuatkan air terpercik ke arah mereka berdua.

Aiden sekadar membiarkan walaupun sebenarnya dia tak suka pakaiannya kini sudah basah. Wajah Adara yang sedang tersenyum bermain air membuatkan dia lupakan segalanya.

“Aiden.”

“Hmmm.”

“Flower garden tu kau buat sendiri ke? ”

Adara menudingkan jarinya pada sebuah taman bunga yang turut berada di halaman rumah suaminya. Aiden menghalakan pandangan pada arah yang ditunjukkan Adara.

“Itu mama yang buat. Bukan aku. Aku cuma tolong jaga bila mama tak ada. Macam sekarang.”

Adara mengangguk kecil tanda faham. Patutlah lawa. Bunga-bunga yang ada di situ pun cantik-cantik belaka. Jenis eksotik yang dia tak kenal pun ada. Membuatkan dia teringin nak berjumpa dengan ibu mertuanya itu. Mahu mengenali wanita itu dengan lebih mendalam.

“Kau nak jumpa mama?” Aiden menoleh ke arah Adara yang sejak dari tadi melihat taman bunga milik mamanya, Puan Rossa.

“Mestilah nak. Soalan apa kau tanya ni ish. Bila kita nak pergi?” Tanya Adara sudah teruja. Tak reti menyabar.

“Tak tahu lagi. Sekarang tak boleh. Aku busy, Adara.” Aiden memandang wajah Adara lama. Menilik wajah isterinya dengan penuh perhatian.

Adara pula langsung tak sedar dengan pandangan suaminya. Mana nak sedar kalau dia sudah sibuk berangan mahu berjumpa ibu  Aiden.

“Apa nama mama? Mesti cantik kan?” Adara ingin tahu. Dia membalas pandangan Aiden semula. Pandangan mereka bertaut.

“Cantik macam kau.”

Adara lantas memercikkan air pada Aiden sebagai balasan. Mahu menutup malu wajahnya yang sudah bertukar warna.

“Ha mulalah tu. Tolak masuk kolam ni nanti.” Ugut Adara menampar lengan sasa Aiden. Aiden beriak biasa. Bukan salah pun apa yang dikata. Riak muka tak bersalah ditayang.

“I'm not lying though.”

Serentak, Adara menolak tubuh Aiden ke dalam kolam dengan segala kudrat yang ada. Dia tersenyum jahat. Padan muka!

Tangannya mengocak air kolam pada suaminya. Dia tersenyum suka melihat Aiden yang sudah basah kuyup.

Aiden meraup rambutnya ke belakang. Kepalanya digoyangkan ke kiri kanan apabila air dari rambutnya menitik pada wajah.

“Stop doing that, Adara.”

“Make me.” Adara menjelirkan lidah. Dia tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih.

Perlahan-lahan, senyumannya mati apabila melihat senyuman jahat yang kini terukir pada wajah Aiden. Kali terakhir dia melihat senyuman itu, dia digeletek oleh Aiden hingga hilang nafas. Adara mula panik.

“What's wrong, sweetheart? Takut?”

Aiden berenang mendekati Adara. Adara menarik keluar kakinya mahu berlari dari situ. Tetapi lantai yang licin menghentikan niat dia.

“Ah!” Jerit Adara terkejut apabila Aiden menarik laju kakinya masuk ke dalam kolam tanpa amaran. Serta-merta, dia memeluk tubuh tegap Aiden sebagai sokongan. Dia tipu. Dia takut air sebenarnya.

“Kenapa takut? Air je pun.” Bisik Aiden pada telinga Adara dengan nada menyindir. Adara menarik telinga Aiden mahu melepaskan geram.

“Auch!”

“Siapa suruh mengada? Turunkan cepat! Tak nak mati lemas. Aku nak jumpa mama.”

Gertak Adara memeluk kuat tubuh Aiden. Tak sanggup dia melihat kedalaman kolam renang tersebut. Dia dahla pendek nak dibandingkan dengan Aiden.

Aiden menggulingkan bebola matanya. Muka annoyed terpamer di wajah. Dia mengangkat tubuh Adara yang melekat pada tubuhnya seperti koala ke hujung kolam. Tubuh isterinya diturunkan.

“Rossa. Nama mama Rossa.” Aiden menjawab soalan Adara sebentar tadi. Pipi gebu milik Adara dicubit. Adara menampar tangan Aiden.

“Sakitlah!”

“Geram.”

Aiden membuka sedikit kaki Adara yang sedang duduk mahu memberikan ruang untuk dia berdiri di situ menghadap isterinya. Pipi Adara yang dicubit tadi diusap perlahan.

“Kau suka bunga?” Tanya Aiden tiba-tiba. Adara menarik tangan Aiden pada wajahnya. Dia mengerutkan dahi.

“Hah?”

“Kau suka flower garden mama?”

Aiden menukar soalan. Adara mengangguk tanda mengiyakan. Tak dapat dinafikan, kebun bunga milik Puan Rossa sangat cantik. Aiden tak membalas apa-apa.

“I'll build another one, only for you then.”

-

-

-

         “AIDEN, mana?” Dayyan yang baru tiba meliarkan pandangan pada kawasan rumah Aiden mencari lelaki itu. Irsyad datang menyambut kedatangan Dayyan.

“Kau baru sampai ke?” Tanya Irsyad yang memang kenal rapat dengan Dayyan. Dayyan mengangguk kecil. Helmet yang dipakai diletakkan di satu tempat. Dia membuka zip jaket kulit yang tersarung pada tubuhnya.

Pandangannya berhenti pada satu tempat. Dia mengecilkan mata cuba memastikan sekiranya dia tak berhalusinasi atau apa.

“Itu memang Aiden ke atau dia ada kembar lain yang aku tak tahu?” Tanya Dayyan pelik pada Irsyad. Irsyad turut menghalakan pandangan pada arah yang dilihat Dayyan tadi.

“Terkejut kan? Betullah tu Aiden.” Jawab Irsyad memandang ke arah Aiden yang sedang mengukir senyuman apabila bersama Adara. Dayyan bercekak pinggang. Dah buang tebiat ke apa kawan dia sorang tu.

Tak pernah-pernah lagi mereka berdua nampak Aiden bermesra apatah lagi tersenyum pada perempuan. Tapi tengoklah Aiden sekarang apabila bersama Adara.

Aris yang baru mahu menegur Irsyad dan Dayyan turut menghalakan pandangan kepada arah yang dilihat oleh mereka berdua dari tadi. Terkejut dia apabila melihat sisi lain Aiden apabila bersama Adara. Berbeza dengan sisi dominan Aiden sebelum ini.

Nampaknya, benarlah kata Aiden.

“She really safe with him.”

                  

Updated! Happy reading Stay tune, ily<333

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience