BAB 10

Humor Series 28124

Ikhwan tidak berpuas hati apabila melihat kelibat Zulaika yang begitu ‘mesra’ dengan seorang lelaki di hadapan matanya. Sakit hatinya kala itu. Setelah agak lama pencariannya baru kini dia mendapat tahu kedudukan Zulaika berada di mana. Perubahan Zulaika sangat menggembirakan hatinya. Kali ini dia tidak akan melepaskan gadis itu lagi.

Zulaika pernah melarikan diri darinya setahun yang lalu. Dia pernah ditipu hidup-hidup oleh gadis itu apabila Zulaika memberitahunya bahawa dia telah melanjutkan pengajian ke luar negara. Pada mulanya dia percaya bulat-bulat akan kata-kata Zulaika tetapi setelah disiasat rupa-rupanya gadis itu telah menipunya. Apabila dia berkunjung ke rumah Zulaika mereka juga telah berpindah. Tidak disangka langsung tindakan luar biasa gadis itu berjaya menyembunyikan diri dari pandangannya.

Setelah lama dia mencari barulah dia tahu, keluarga Zulaika telah berpindah ke Kampung halamannya kembali di Johor. Cuma Zulaika saja yang menetap di Kuala Lumpur dan telah bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di sini. Memang dia rasa bersyukur dengan pertemuan itu. Cuma dia belum lagi bersemuka dengan empunya diri.

” Assalamualaikum…” Ucap Ikhwan membuatkan dua pasang mata itu terus mendongak memandangnya.

” Waalaikumussalam…” Jawab Faremi. Hanya suara Faremi yang kedengaran ketika itu. Zulaika pula hanya mampu menjawab ungkapan itu dalam hatinya. Zulaika terkesima seketika melihat wajah yang sudah sekian lama hilang dari pandangannya, tapi kini tiba-tiba muncul di depan matanya. Terkelu lidahnya untuk berkata-kata saat itu. Ikhwan!. Serta merta wajahnya tertunduk menarik nafas sedalam yang mungkin.

” Boleh saya duduk.” Soal Ikhwan dengan wajah selambanya.

” Boleh…boleh..Silakan.” Ramah Faremi melayannya ketika itu.

” I pergi ladies sekejap Remy” Pinta Zulaika yang terus bangun dari duduknya tanpa memandang ke wajah Ikhwan yang sedari tadi asyik melirik padanya.

Ikhwan hanya melihat langkah Zulaika yang bangun meninggalkannya. Dia tahu Zulaika pasti terkejut melihat dirinya. Gadis itu seolah-olah ingin cuba melarikan diri darinya sekali lagi.

” Ikhwan..” Ikhwan memperkenalkan dirinya.

” Faremi…So you kenal Ika?” Soal Faremi. Dari tadi dia sudah mengesyakinya kerana dia perasankan pandangan Ikhwan terhadap Zulaika sebentar tadi.

” Hmm…Yup. Aaa…Kau dengan dia?” Teragak-agak Ikhwan untuk menyoal. Ikhwan pelik melihat Faremi yang tiba-tiba ketawa.

” Why?” Ikhwan menyoal.

” Oh…Youlah orangnya. Jangan risau Ika still single. I dah cuba nak pikat dia tapi dah kena reject awal-awal lagi. Sekarang ni I dengan dia hanya sebagai rakan sekerja. ” Ujar Faremi memberi penjelasan. Memang itu kebenaran yang terpaksa diterima. Zulaika bukan tercipta untuknya. Ah…Bunga bukan sekuntum. Detik hati Faremi.

Ikhwan menarik nafas lega mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Faremi.

” So…boleh I pergi sekarang, mesti banyak yang you nak bualkan dengan Ika. Okeylah I pergi dulu.” Faremi meminta diri.

” Thanks..” Ucap Ikhwan sambil berjabat tangan dengan lelaki yang baru dikenalinya itu.

Tidak lama selepas itu Zulaika muncul selepas Faremi berlalu pergi beberapa minit yang lalu. Dia tercari-cari kelibat Faremi yang tiba-tiba menghilang dimeja yang mereka duduk sebentar tadi. Hanya yang tinggal hanyalah lelaki itu.

” Faremi?” Soal Zulaika.

” Dia dah balik.” Jawab Ikhwan.

” Balik!” Terkejut Zulaika dengan jawapan Ikhwan. Dia tidak jadi duduk dikerusi itu. Pasti Ikhwan sudah bercakap sesuatu dengan Faremi sehingga lelaki itu pergi.

” Kau suruh dia pergikan? ” Soal Zulaika.

” Dia yang nak balik. Manalah Wan tau.” Jawabnya ringkas. Memang dia bercakap benar. Lelaki itu sendiri yang meminta diri takkanlah dia mahu menghalang. Tapi yang pasti seolah-olah lelaki itu ingin memberi peluang padanya untuk berbicara dengan Zulaika. Dia amat berterima kasih pada Faremi.

” Aku pun nak balik..” Ujar Zulaika yang berkira-kira ingin berlalu pergi.

” Sampai hati Ika buat Wan macam ni..” Luahan Ikhwan membuatkan langkah Zulaika tiba-tiba terhenti. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Dia berpaling memandang Ikhwan.

Ikhwan tiba-tiba bangun lantas mencapai tangan Zulaika. Tidak dipedulikan rontaan Zulaika yang minta dilepaskan dan tidak dipedulikan mata-mata yang sedang memandang ke arah mereka. Ikhwan terus menarik Zulaika keluar dari restoran tersebut dan membawanya menaiki kereta. Kereta terus bergerak tanpa dapat diketahui hala tujunya. Dalam pada itu Zulaika hanya mampu berdoa tidak ada apa-apa yang berlaku pada dirinya. Sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari mulut mereka berdua semasa dalam perjalanan. Tidak lama kemudian Ikhwan menghentikan keretanya. Kini mereka berada di kawasan Putrajaya.

” Kenapa kau bawa aku ke sini?” Soal Zulaika lantas membuka pintu kereta dan terus keluar. Begitu juga dengan Ikhwan. Ikhwan memandang Zulaika. Lama. Zulaika yang menyedari terus memandang ke arah lain. Terasa pandangan Ikhwan yang tajam menembusi jantungnya. Hati Zulaika berdebar-debar.

” Apasal kau pandang aku?” Soalnya lagi. Dia melihat Ikhwan ketawa.

” Salah ke pandang buah hati Wan.”

” Siapa buah hati awak. Perasan. ” Cebik Zulaika.

” Kenapa Ika tipu Wan?”

” Bila masa saya tipu awak?” Tegas Zulaika. Ikhwan tersenyum menyedari kata ganti nama yang digunakan oleh Zulaika. Perubahan yang baik untuknya.

” Hmm…Okeylah. Kita tutup cerita lama dan sekarang kita buka lembaran baru.” Ujar Ikhwan. Biarlah dulu tentang perkara itu dia akan bertanya kemudian. Dia juga perlu mendengar penjelasan gadis itu.

” Hantar saya balik.”

” Tak nak.”

” Wan…” Panggil Zulaika lembut.

” Dah lama tak dengar Ika panggil macam tu. Emm..nice. Suka sangat.” Beritahu Ikhwan.

” Hantar saya balik.” Pinta Zulaika lagi dia melihat Ikhwan menggelengkan kepalanya. Ah…Ikhwan masih tidak berubah. Zulaika bengang. Tiba-tiba Ikhwan menghampirinya. Zulaika terkaku apabila Ikhwan memandang anak matanya. Dan beberapa saat kemudian kedengaran Ikhwan ketawa.

” Jom abang hantar sayang balik.”

Zulaika merasa geram dengan perbuatan Ikhwan entah bagaimana secara spontan dia menyepak kaki Ikhwan.

” Aduh…ganasnya Ika ni.” Terkejut juga Ikhwan dengan tindakan gadis itu. Tapi dia masih berlagak seperti biasa.

” Padan muka.”

Dalam pada itu sebenarnya hati Zulaika amat gembira dengan pertemuan yang tidak dijangka itu. Ikhwan masih setia padanya. Sebenarnya dia juga masih mengharapkan lelaki itu hadir dalam hidupnya suatu hari nanti. Dan kini Alhamdulillah donya termakbul. Ikhwan akhirnya muncul jua. Dia merasakan penantiannya selama ini tidak sia-sia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience