Mak cik aku iaitu adik kepada mak ada anak lelaki, kiranya sepupu aku, yang boleh nampak benda-benda ghaib. Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu dan jin.
Sampai sekarang dia masih nampak lagi benda ghaib ini tapi tak selalulah seperti dulu. Rumah mak cik aku yang tinggal sekarang berdekatan dengan kawasan hutan.Rumah banglo lama.
Tahu je lah rumah banglo zaman dulu macam mana kan... bawah batu atas kayu. Ada tiang-tiang besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok besar tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah.Dah nama dekat dengan hutan kan.
Kalau tinggal berdekatan kawasan rumah ni, pasti terasa lain macam sangat. Apabila tiba masa azan maghrib atau azan subuh je mesti dengar bunyi anjing menyalak sayup-sayup di sekitar rumah tu.Apabila kuar tengok tak ada pun kelibat anjing di situ. Memang menyeramkan.
Setiap cuti sekolah hujung tahun je aku dan keluarga selalu datang umah diorang bermalam. Jadi, sepupu aku ni mula lah bercerita.
Adik bongsu dia masa tu umur dalam lingkungan empat hingga lima tahun selalu menangis apabila tengah malam. Setiap malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan dan nampak sesuatu.
Ada ustaz yang tinggal di kawasan situ beritahu, kat atas bumbung rumah ni ada pontianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg bersambung dengan dahan pokok besar di belakang rumah itu.
Sepupu aku cerita lagi tentang mimpi dia... Dalam mimpi itu,dia sedang bermain di sebelah rumah. Ketika dia sedang bermain dia terpandang satu lembaga besar dan tinggi berwarna hitam berdiri betul-betul sebelah pokok besar belakang rumah dia tu. Lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok.
Ketika lembaga yang menakutkan itu cuba melalui berhampiran pokok besar itu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu patah...
Keesokannya, apabila sepupu aku ni sedar dari tidurnya, dia cuba meninjau kat belakang rumah. Memang betul-betul dia nampak dahan pokok tu patah sama seperti dalam mimpi dia...
Apa lagi terkejut lah.
Malam seterusnya, ketika sepupu aku sedang tidur, tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai.Dia nampak ade dua orang datang dekat katil dia.
Seorang tu lelaki, dan seorang lagi perempuan berpakaian seperti pembesar zaman kesultanan melayu dahulukala berjalan ke arah sepupu aku yang mamai ni.
Lelaki tu beritahu yang dia minta maaf kat sepupu aku kerana semalam ada pengikutnya lalu di belakang rumah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok tu.
Beberapa ketika kemudian sepupu aku ni terjaga dan dia terbau wangi seluruh bilik tidur dia tu...
Share this novel