Bab 24

Humor Series 9625

Lepas kejadian tu,mata aku lebih peka dan berhati terhadap sekeliling aku.Apa2 je boleh terjadi.Baru2 ni aku dapat surat ugutan dari seseorang yang tinggalkan kat bawah meja aku.

Seram gila oi.Dia tulis dengan cecair merah serupa darah.
Sehelai kertas yang aku simpan di dalam laci dikeluarkan lalu dibaca kembali.

"Jangan ganggu dia".
Tertera ayat tersebut di dalam kertas itu.

Lagi satu kertas di buka.
"Putera kayangan pujaan hati
Semua gadis ternanti nanti
Buat muka tak malu
Bersiap sedialah dengan ancaman aku"
Yang ni pulak baru aku terima hari ni.Seriusly otak aku blur nak fikir kerja siapalah yang buat ni.

Dan aku rasa dia ada kaitan dengan cubaan nak bunuh aku dan Natalein tu.Nope..cubaan nak bunuh aku lebih tepat.Aku lah target dia.

Aku tak adalah kacau hidup orang..tapi orang kacau hidup aku adalah.Haish.

Kemudian aku terdengar sebuah riuhan di bawah.Bisingnya.

Lalu aku keluar dari bilik dan menuju ke bawah.

Sampai di beberapa anak tangga yang terakhir aku nampak Idlan turut sama ada disitu dan dia menyandarkan dirinya ke dinding lalu mengintai2 di sebalik dinding tersebut.

Aku turun beberapa anak tangga lalu berdiri di sebelah Idlan.
Bahu Idlan aku cuit.

Idlan memusingkan badan kearah aku dan menunjukkan isyarat agar aku diam dan menutup mulut.Kemudian dia memusingkan semula badan untuk mengintip kekecohan yang berlaku di ruang tamu itu.

"Lan..ayah tengah mengamuk tu,pergi lah bantu mama"ujar aku sambil menolak2 badanya untuk ke hadapan.

Idlan memusingkan badanya lagi menghadap aku.
"Ish kau dah gila ke?Ayah tak pernah mengamuk sehebat ini tau.Lagi2 kalau dia tak pernah nak marah2.Lagilah aku takot"ujarnya.

"Ish pengecutlah kau ni"ujar aku kemudian terus keluar dari tempat persembunyian kami dan menuju ke ruang tamu.

Kelihatan Ayah sedang berdiri sambil bercekak pingang manakala mama pula sedang menunduk.Nampak takot je muka mama.

"Ayah,kenapa ni?"soal aku lembut.
"Ila jangan campur urusan ayah."tegas ayah.

"Tapi ayah..Ila nak belajar kat atas pun susah..ayah dengan mama gaduh kuat sangat.Ganggu ketenteraman Ila"balas aku.Kalau bab belajar tu aku tipu lah..kat atas tadi mana aku belajar.Oho

Ayah tidak mengendahkan aku.
"Ha..tak nak mintak maaf ke lepas apa yang awak dah buat?"soal Ayah memandang mama dengan pandangan yang menggerunkan.

"Buat apa saya nak mintak maaf kalau tu bukan salah saya?!"marah mama pula.

"Apa awak cakap ni?Awak sedar tak yang awaklah punca pasu tu pecah?kalau awak tak suruh Hayla angkat tak ada nya pasu tu nak pecah!Sekarang ni pandai2 pulak nak mintak duit beli pasu yang lebih mahal"ujar ayah.

Aku memandang mama.Lahh pasal ni je ke.Takkan lah tak settel sampai sekarang.

"Ayah..Im so sorry but this is my fault.Kalau Hayla tak terpijak kain sendiri haritu..pasu tu tak akan pecah"ujar aku.Kesian pulak tengok mama kena marah.Aku pun masih ada hati lagi okay.

"Haa..tengok tu dia ngaku!Well,this is not my fault!"ujar mama pertahankan diri.

"I dont even care!But you must say sorry to her!Saya tahu awak banyak kali berkasar dengan Hayla!"marah ayah.

Mama diam tidak menjawab.
"Haa..jawablah kenapa diam pula?"soal ayah.

"Sebab dia tak layak diperlakukan macam manusia!Mak..anak sama je!"ujar mama menaikkan suara.

Pang!Satu tamparan pedas hinggap di pipi mama dengan kuat.

Aku yang baru nak berganjak kearah ayah terus terbantut apabila lengan aku dipegang oleh Idlan.Menghalang aku untuk bergerak ke sana.

"Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?!"soal ayah dengan kuat.

"Dari dulu..saya memang bencikan dia!Abang tak pernah nak sayang saya!Abang lebihkan Haiza dari saya!Abang lebih sayangkan dia!"marah mama merenung tajam muka ayah.

Ayah meraup mukanya.Nampak begitu tertekan wajah tersebut.

"Awak tahu tak..selama ni,Haizalah yang selamatkan awak.Dia lah yang mengantikan tempat awak!!"tengking ayah.

Muka mama berkerut.Tak faham dengan kenyataan berikut.

"Ingat tak,Haiza pernah rampas mee kegemaran awak lepastu dia habiskan kesemuanya?Kemudian awak marah2 dia dan tengking dia?"soal ayah.

Mama tidak menjawab.Dia cuba memutar kembali peristiwa tersebut.

"Mee yang awak hendak makan itu sebenarnya telah diletakkan sejenis racun..Dia tahu kalau dia cakap dengan awak pun,bukan awak akan ikut dan percaya"cerita Ayah.

Mama terkejut.Selama ini dia ingatkan Haiza mati kerana keracunan sebab dia sememangnya tamak.Tetapi di sebabkan mahu menyelamatkan nyawa madunya itu.

Aku terbungkam.Terkejut.Terkaku.Semua ada.
Idlan memeluk aku yang berada di sisinya.Cuba untuk menenangkan aku.

"Tapi kenapa baru sekarang nak cerita!"ujar mama yang marahnya sudah sedikit reda.

"Sebab Haiza yang suruh abang untuk merahsiakanya!"balas ayah.

Air mata mama keluar membasahi pipinya.Selama ni dia hidup dengan hati yang busuk.Dia selalu mengutuk2 Haiza.Dia selalu tidak berpuas hati terhadapanya.Hayla pula menjadi tempat melepaskan amarahnya.Setiap kali memandang wajah Hayla pasti dia akan terbayang muka Haiza.Tiap itu juga marahnya semakin meluap2.

"Ilaaa!"panggil mama.Sambil menatap muka aku.

Aku terkejut.Tak pernah seumur hidup aku dia memanggil aku sebegitu rupa..tapi harini segalanya berubah sekelip mata.

Aku memandang Idlan.Idlan sedikit sebanyak memberikan aku kekuatan untuk melangkah kearah mama.

Dengan berat hati dan perasaan yang gementar,setapak demi setapak aku melangkah kearah mama.

Mama terus merangkul aku ke dalam pelukanya.
"Im so sorry!"ujarnya berulang kali sambil tersendu2 menangis.

Aku mengurut belakang mama.
"It's okay..Hayla dah lupakan semua sekali yang berlaku.Hayla tetap sayangkan mama"luah aku.

Mama memeluk aku erat.Dah macam tak nak lepaskan aku pula.

"Mama janji..I will be the new mama for you.Mama akan layan Ila dengan lebih baik..sayang Ila sepenuh hati"ujarnya menatap muka aku sambil mengelap air matanya.

Aku memandang kearah ayah dan Idlan yang sedang memerhatikan drama itu.Lalu aku tersenyum sendirian.

Idlan tersenyum memeberikan thumbs up.
Ayah pula tersenyum melihat kami.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience