24.

Romance Completed 46617

45 hari waktu Aura diatas Platform tamat hari ni. Aura dan Hani akan pulang kedarat selepas sebulan lebih diatas lautan.

Banyak pengalaman bagi Aura.

Dalam waktu yang sama, Uthman telah menapak di Labuan 3 hari lalu. Kini dia sedang duduk didalam cafe ditengah bandar bersama dengan temannya Amin.

"Aku tak sangka kau yang kena posting ke Labuan. Aku ingatkan Zul ke Zamri ke rupanya kau." Kata Amin.

"Kenapa?" Tanya Uthman sambil melihat gambar yang di screenshot bulan lepas. Gambar terbaru Aura yang sedang berdiri membelakangi kamera sambil memegang Safety helmet.

"Aku nak tanya kau. Kau tahu tak lautan ni kat mana?" Tanya Uthman pada Amin.

Gambar Aura bersama temannya ditunjukkan.

"Hmmm macam lautan kat sini. Kalau tak lautan sumandak mungkin lautan Semarang." Kata Amin.

"Kat sini?" Tanya Uthman lagi.

"Haah yelah kat sini. Flatform ni kalau kau lalu dekat pohon batu ke manikar sana kalau malam nampak dari darat obor api macam lampu. Ni lah tu." Terang Amin.

"Really." Tanya Uthman lagi.

"Kau ni dah kenapa?" Tanya Amin.

"Takde. Aku tanya je." Kata Uthman mengulum senyum.

Kali ni aku takkan lepaskan kau Aura. Bisik hati Uthman

Aura dan Hani menapak diatas tanah ditermimal bot labuan.

"Jom makan." Kata Hani.

"Hmm Ok. Boleh." Kata Aura dengan membawa beg dibelakangnya.

Aura berhenti didepan Cafe makanan kampung yang semuanya adalah cermin.

"Kejap Hani." Kata Aura memandang cermin didepannya.

Dia membetulkan tudungnya didepan cermin lalu tersenyum melihat mukanya didepan cermin.

Sedang dia tak tahu cermin itu tembus pandang didalam dan didalamnya ada Uthman dan Amin.

"Cantik Siakkk perempuan tu?" Kata Amin.

Manakala Uthman terpaku melihat Aura didepannya. Jantungnya mulai tak keruan.

Uthman bangun dari duduknya dan keluar dari dalam cafe.

Aura yang baru saja ingin menapak kearah Hani terpaku disana apabila terlihat jelas wajah yang dirinduinya. Wajah lelaki yang mulai membungai hari harinya kini.

"Aura capat bah. Ku tinggalkan kau ni ah." Kata Hani.

"Aura." Kata Uthman sepatah.

"Capat kau." Kata Hani.

"Takpe saya hantar Aura lepas ni." Kata Uthman cepat.

"Ok." Kata Hani melambaikan tangannya.

"Hani. Tunggu." Kata Aura.

"Sampai bila Aura nak lari dari Uth." Kata Uthman.

"Ermm bukan. Bukan macam tu" Kata Aura.

"Dah jom masuk Uth nak makan dengan Aura." Kata Uthman.

"Tapi Aura penat. Aura nak balik." Kata Aura.

"Ok Uth hantar." Kata Uthman sambil meletakkan wang kertas 50 diatas meja dimana Amin sedang memerhatikannya.

"Aku gerak dulu bro." Kata Uthman.

"Sapa tu?" Tanya Amin.

"Nanti aku bagitahu kau." Kata Uthman.

Uthman berlalu meninggalkan Amin dan membantu Aura mengangkat beg dibelakang Aura.

"Jom. Kata Uthman.

"Err. Naik apa?" Tanya Aura.

"Uth disediakan kereta lah kat sini. Jadi senang untuk Uth bergerak." Kata Uthman.

Dalam perjalanan, Uthman memerhatikan wajah yang dirinduinya.

"Kenapa Aura jadi lebih cantik sekarang ni?" Tanya Uthman.

"Kenapa?" Tanya Aura.

"Yelah. Sebelum ni Aura Chubby sikit. And Now berbeza sangat." Kata Uthman.

"Kerja jurutera dekat Oil and Gas ni berat sikit. Sebab tu Aura jadi macam ni." Kata Aura bergurau.

"Kenapa Aura tinggalkan Uth dulu. Kata Mel Aura kat sini sambung Master tapi kenapa Aura malah bekerja?" Tanya Uthman.

"Aura taknak bagitahu sesiapa yang Aura ada kat sini. Kalau dulu hanya Mel yang tahu and now, Aura harap abang tak bagitahu Aura ada dimana kat siapapun." Kata Aura.

"Uth janji. Uth akan Zip mulut." Kata Uthman.

" Uth pulak buat apa kat sini." Tanya Aura pula.

"Uth kena posting kesini." Kata Uthman.

"Laa ye ke?" Tanya Aura.

"Takpe Asal Uth dekat dengan Aura. Uth Tak sangka akan jumpa Aura kat sini." Kata Uthman.

Mereka berbual sesekali ketawa bersama dan Aura menunjukkan jalan ke Villa yang di sewa atas beli dijalan pohon batu.

"Aura tinggal dengan siapa kat sini?" Tanya Uthman.

"Sorang." Kata Aura.

"Dah lah. Aura masuk rehat. Malam sikit lepas maghrib Uth ambik Aura ye." Kata Uthman.

"Ok. Thanks hantar Aura." Kata Aura .

Uthman berlalu meninggalkan Aura yang telah masuk kedalam villanya.

"Terima kasih Allah. Aku tak sangka akan jumpa dia semula dalam waktu sedekat ini. Kata Uthman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience