BAB 1

Humor Completed 736

FARHANA dan Nazeem Sepasang suami isteri yang baru sahaja enam bulan berkahwin. Belum dikurniakan zuriat. Farhana merupakan seorang wanita yang sofisikated. Semua benda mahu kelihatan sempurna, bersih dan kemas di matanya. Dia cukup pantang jika bilik tidur, ruang tamu dan dapur bersepah. Ribut taufan bakal melanda jawabnya! Manakala Nazeem pula seorang lelaki yang tidak kisah soal kekemasan dan kebersihan. Dia juga boleh tidur lena di sebelah timbunan baju kotor yang berlonggokkan di atas katilnya.

Dia tidak kisah. Apa yang penting baginya, tidur, makan dan PlayStationnya. Bagaikan sudah tertulis, dua insan yang berbeza pendapat dan perwatakan itu jatuh cinta dan akhirnya berkahwin. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula Farhana dan Nazeem yang bagaikan langit dan bumi itu. Setiap hari ada saja pertengkaran berlaku.
Tapi mereka bergaduh tidak lama. Tidak berapa jam selepas itu mereka akan berbaik semula. Semuanya kerana Farhana dan Nazeem begitu menyayangi antara satu sama lain.

“Encik Nazeem ! Bangun!” jerit Farhana . Intonasi nadanya begitu tinggi setinggi matahari yang sudah mula terpacak di langit. Nazeem terpisat-pisat. Farhana mengetap giginya geram. Dia menarik tangan suaminya sehingga terdorong untuk duduk. Nazeem menguap. Perlahan dia membuka matanya.

“Oh, puan Farhana. Ada apa?” selamba Nazeem menjawab. Farhana mengeluh.
“Awak tanya saya ada apa? Bangunlah. Dah tengahari ni,” bebel Farhana sambil memandang wajah Nazeem yang penuh air liur basi itu. Nazeem tidak menyahut sebaliknya menyambung tidur. Pantas Farhana menarik lengan suaminya itu. Sekali lagi Nazeem terbangun. Matanya pejam erat. Geram Farhana dibuatnya.

“Bangunlah. Hari minggu ni jangan asyik tidur je. Tolonglah saya kemas rumah,” gesa Farhana sambil berterusan menarik tangan Nazeem, Nazeem menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience