9

Romance Completed 132664

Hazim menuruni tangga dengan pantas apabila mendengar suara garau lelaki di bahagian bawah. Sudah lama juga tidak berjumpa dengan pemuda itu.

Gelagat Aqil yang sedang menyakat bibik diperhatikan sambil menggeleng kepala. Memang kuat mengusik betul adik tirinya itu.

Aqil merupakan anak Rashed hasil perkahwinan terdahulu. Walaupun Aqil lebih memilih untuk tinggal bersama ibu kandung, hubungan kekeluargaan mereka tetap erat. Malah Aqil sering berkunjung ke mari untuk menjenguk bapanya.

"Hoi, jangan kacau bibik lah!" sapa Hazim dari belakang sambil menepuk bahu. Terkejut jua Aqil.

"Saja nak tanya khabar, kan bibik?" jawab Aqil.

Bibik hanya mengangguk sebelum meminta diri dari situ. Hazim dan Aqil bersalaman sebelum mengambil tempat di kerusi batu menghadap taman bunga milik umi Noor.

"Apa khabar bang? macam ada hal penting je ni beriya suruh aku datang?" Aqil meneruskan bicara. Hairan mengapa Hazim ingin sangat bertemu.

Hazim memandang ke kiri kanan, memastikan tiada orang lain selain mereka berdua di situ. Mujur Rashed dan Noor tiada di rumah, senang kerja dia.

"Aku nak mintak tolong sikit ni, Qil." ujar Hazim serius.

"Tolong apa?"

.
.

"Aku ada kenal kawan yang boleh tolong kau. Yang penting, kau pasti ke kau nak kahwin ni? Dah fikir pasal ayah dan umi?" Aqil bertanya lagi buat kesekian kalinya.

Tidak percaya apabila abang tirinya berbicara soal kahwin. Lagi terkejut apabila bukan dengan gadis yang sering dikaitkan dengan Hazim sebelum ini. Pasti Hazim betul-betul angau dengan perempuan bernama Atilia Hana sehingga nekad menggunakan cara ini.

"Pasti. Kau boleh tolong aku kan? Pasal ayah dengan umi tu nanti aku boleh uruskan. Aku janji takkan libatkan kau dah."

"Jangan risau, niat baik mesti Allah permudahkan. Cuma kau pandai-pandai lah. Aku akan tolong semampu aku. Tapi kau tak ada buat salah apa-apa kan sampai nak kahwin lari ni?" tebak Aqil. Walaupun cuba bersangka baik, terbit juga rasa curiga di hatinya.

"Ish, tak ada lah." cepat-cepat Hazim menafi.

Hazim agak tersentak dengan pesanan Aqil. Memanglah niatnya baik, namun apa yang telah terlanjur tidak dapat diundurkan lagi. Hanya dengan cara inilah yang dia mampu untuk berhenti dari terus melakukan dosa.

Lagipun dia tidak mahu kehilangan Hana. Keputusannya bulat. Rasa bersalah yang teramat pabila teringat tentang gadis itu. Apa yang dipinta hanya sebuah ikatan yang suci.

'Maafkan Azim, ayah, umi.'

.
.

Hana mundar mandir di dalam bilik. Sekejap dia merenung skrin telefon bimbit ditangan. Berkira-kira sama ada mahu menelefon mamanya atau tidak.

Hazim sudah memaklumkan tentang rancangan gilanya. Sampai hari ini lelaki itu sibuk menguruskan bermacam hal sebelum tiba hari kejadian.

Rasa bersalah menyelinap di sudut hati Hana kerana membelakangi ahli keluarga, terutamanya mama dan ayah. Semua ini kerana dia dan Hazim mahu bernikah secara senyap-senyap.

Punat hijau ditekan akhirnya, sebelum telefon dilekapkan di sisi telinga. Beberapa saat kemudian panggilannya dijawab.

"Assalamualaikum mama. Mama buat apa tu?" salam diberi seperti selalu.

Suaea dibetulkan supaya rasa hilang berdebar. Hakikatnya, mahu tercabut jantung Hana sepanjang berbicara dengan mama.

"Mama, esok Hana kena pergi Thailand. Ada kerja sikit kat sana." bohong Hana.
Jarinya digigit perlahan. Terasa berdosa yang amat.

"Okay mama. Hana akan jaga diri. Assalamualaikum."

Takung mata yang sedikit basah disapu. Sedih membayangkan wajah kedua orang tua yang ditipu. 'Hana janji lepas ni Hana akan jelaskan semuanya. Maafkan Hana, mama ayah.'

.

Proses akad nikah di Thailand amat mudah dan berjalan dengan lancar. Hanya memerlukan kad pengenalan, passport dan boarding pass. Berkat bantuan salah seorang saudara Aqil, Hazim dan Hana dibawa ke Majlis Agama Islam Songkhla.

Di sebuah masjid di wilayah selatan Thailand itu, Hazim Ikmal dan Atilia Hana sah menjadi suami isteri.

Aqil menjadi saksi kedua pasangan itu saling melafazkan janji. Syukur segala yang dirancang menjadi kenyataan.

Selesai proses di Konsulat, Hazim dan Hana pulang ke hotel yang didiami. Laju sahaja Hazim menarik Hana ke bilik yang kini sudah boleh dikongsi bersama.

Hana yang manis berbaju kurung cotton putih berbunga kecil merah jambu dan berselendang putih dipandang Hazim penuh kasih.

"Sayang... can't believe you are finally mine." bisik Hazim sambil membawa Hana ke dalam pelukan.

Hana mengoyak segaris senyum. Dalam gembira, masih terselit perasaan sedih. Sewaktu akad nikah tadi dia turut menitiskan air mata. Namun setelah segala urusan selesai, dia sedikit lega.

"Sorry kalau i memaksa..." Hana membalas pandangan Hazim.

"Shh... ini keputusan i. Don't be sorry." Hazim memotong bicara Hana.

"Thanks, Hazim. Sebab sudi peristerikan i yang serba kekurangan ni." ucap Hana sambil melekapkan sebelah tangan ke atas dada lebar Hazim, sebelah lengan lagi memaut leher jejaka itu.

"You're welcome. You sempurna kat mata i sayang." ciuman dihadiahkan ke dahi Hana. Tidak lama sebelum ciuman diteruskan ke atas kelopak mata Hana pula.

"I janji akan setia dengan you, Hazim."

Hazim mengangguk faham.
Sesaat mereka bertentangan mata, menghantar pesanan cinta yang hanya mereka mengerti. Perasaan kasih yang hadir di saat sudah disatukan terasa amat berlainan. Jauh lebih tenang.

"I love you,." ujar Hana.

"I love you, Hana." Hazim tunduk menyambar bibir merah Hana.

Share this novel

Aisah Aisah
2019-11-17 22:59:52 

best

Aisah Aisah
2019-11-17 22:59:50 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience