Bab 45

Romance Series 106380

"AKU bukan pembunuh!" bentak Juwita. Geram hatinya apabila Maisara tak sudah-sudah mengatakan dia sebagai pembunuh.

Mencerlung mata Maisara mendengar bentakan. Pelukan Adrian dilepaskan. Dia menghampiri Juwita. Rambut Juwita digenggam kemas. Wajahnya dengan Juwita hanya berjarak seinci.

Mukanya bengis. Matanya jelas memancarkan api kebencian. Dendam yang telah lama tersemat disanubari.

Juwita tak nak kalah. Dia turut sama merenung ke dalam anak mata Maisara. Dia nampak kelukaan disebalik mata itu. Dia nampak betapa Maisara berada dalam kesedihan.

"Memang kau pembunuh." Maisara menampar pipi Juwita berulang kali sehingga bibir Juwita luka. Merah pipi Juwita akibat ditampar oleh Maisara.

"Meh sini aku bagi kau ingat." Maisara menarik rambut Juwita lalu mengheret tubuh Juwita masuk ke dalam bilik.

"Kau kenal lelaki ni?" Maisara menunding jari ke arah gambar yang tergantung di dinding bilik itu. Tergamam Juwita seketika.

"Mestilah kau kenalkan? Lelaki yang tergila-gilakan kau selama ni." Maisara menghala ke arah almari pakaian yang terletak dipenjuru kanan bilik itu. pintu almari dibuka.

"Zarif..." Juwita mengeluh. Lama hidupnya tidak diganggu lelaki itu. Tapi dia sendiri tak menyangka lelaki itu telah mati.

"Kau nampak ni? Penuh dengan gambar kau." Jelas terlalu banyak gambar curi Juwita yang berada di situ. Juwita langsung tidak tahu dirinya diperhatikan.

"Kau tengok ni. Semua ni hadiah yang dia beli untuk kau. Tapi kau tolak dia. Kau langsung tak pandang dia sebab apa? Sebab kau rasa dia miskin? Sebab kau rasa dia tak setanding Haris?" Mata Maisara mula berkaca. Semua hadiah yang berbungkus kemas ditarik keluar dari almari.

"Sebab kau, abang aku mati. Kau pembunuh abang aku. Kalaulah kau terima dia, pasti dia tak tinggalkan aku. Kalaulah kau terima dia, aku pun tak perlu berdendam dengan kau!" Maisara menjerit sekuat hati. Adrian yang mendengar juga tersentak.

Selama ini dia sendiri tidak tahu mengenai dendam sebenar Maisara. Cuma apa yang dikatakan oleh Maisara, Juwita telah membunuh abangnya. Tapi kenyataan yang dia dengar hari ini adalah sebaliknya. Juwita bukan pembunuh.

Perasaan bersalah mula menyelubungi hati Adrian. Selama ini dia menjadi bodoh kerana inginkan sedikit kesenangan dari Maisara sehingga menjadi buta untuk menilai kegilaan Maisara.

"Betul aku tolak cinta abang kau. Tapi aku tak bunuh abang kau!" Juwita menjerit sekuat hati. Maisara ketawa. Air mata yang membasahi pipinya dikesat kasar.

"Aku takkan lupa Ju. Malam tu aku teman abang aku. Dia beriya nak jumpa kau. Katanya hari tu birthday kau. Dia cakap, tak apa tak dapat jadi orang yang pertama wish birthday kau. Tapi dia tak nak jadi orang yang terakhir." Maisara terdiam. Mengutip semula kekuatan yang ada.

EMPAT tahun yang lalu...

Masih jelas di mata Maisara peristiwa malam itu. Zarif sangat teruju untuk bertemu dengan Juwita. Sejambak bunga ros merah beserta sekotak hadiahkan dan juga patung beruang telah diletakkan ditempat duduk belakang.

"Abang nak pergi mana malam-malam ni?" Maisara menyoal apabila melihat Zarif telah bersiap untuk keluar.

"Abang nak jumpa girlfriend abanglah. Hari ni birthday dia. Abang tak dapat jadi orang yang pertama wish. Tapi tak apalah. Abang cuma tak nak jadi orang yang terakhir je." Senyuman langsung tidak lekang dari bibir Zarif.

"Mai nak ikut boleh tak? Bosanlah duduk rumah sorang-sorang." Maisara memeluk lengan Zarif. Berharap abangnya akan membenarkan dia ikut sama.

"Please... Mai janji Mai tak kacau abang. Mai duduk dalam kereta diam-diam." Setelah agak lama berfikir, akhirnya Zarif mengangguk setuju.

Jam menunjukkan pukul 8 malam ketika mereka sampai di sebuah restoran makanan segera. Kelihatan Juwita melangkah keluar dari restoran itu. Senyum lebar Zarif melihat kelibat Juwita.

"Janji duduk diam-diam." Sempat Zarif berpesan sebelum melangkah menghampiri Juwita.

Maisara hanya melihat dari jauh. Suka benar dia melihat abangnya tersenyum bahagia.

"Aku tak nak semua ni Zarif. Cukuplah jangan ganggu aku lagi. Aku tak suka." Keras suara Juwita ketika itu. Maisara tersentak mendengarnya. Jelas kelihatan wajah hampa Zarif. Ingin sekali dia melangkah keluar menghampiri Zarif. Namun kerana telah berjanji, dia terpaksa membatalkan niatnya.

"Please Ju. Untuk kali ni je. Ambillah. Aku ikhlas sayangkan kau." Juwita peluk tubuh. Semakin dia mengelak dari Zarif, semakin kerap Zarif mengganggunya.

"Aku tak naklah. Berhenti ganggu aku macam ni. Aku boleh je berkawan dengan kau. Tapi stop bagi segala macam hadiah ni. Aku takde masa nak bercinta ni." Tegas Juwita. Zarif tertunduk kecewa.

"Aku janji takkan ganggu kau lagi. Takkan bagi kau hadiah lagi. Tapi dengan syarat, kau terima bunga aku ni." Zarif mengharap dan akhirnya Juwita mengalah.

"Puas hati kau?" Juwita terus berlalu meninggalkan Zarif. Zarif hanya memerhati langkah Juwita sehingga hilang dari pandangannya.

"Abang..." tegur Maisara apabila melihat Zarif melangkah masuk ke dalam kereta. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"Mai nak makan? Jom, abang belanja." Maisara hanya mengangguk. Malam itu mereka makan dengan penuh gelak ketawa. Tak pernah Maisara melihat Zarif gembira sebegitu sekali.

"Mai, terima kasih sebab buat abang happy malam ni. Abang sayang Mai, dunia dan akhirat. Abang nak Mai jadi adik yang baik tau." Zarif tersenyum lantas mencuit hidung Maisara.

"Eee... apalah abang ni. Mai kan memang adik yang baik. Abang pun baik juga. Beruntung siapa jadi girlfriend abang." Zarif tersenyum pahit.

"Mandi lepas tu tidur ye. Abang masuk bilik dulu." Dahi Maisara dikucup lembut. Terasa syahdunya ketika itu.

Malam itu, Maisara tidur dengan lena. Tengah hari esoknya setelah bersiap untuk ke kelas, dia terkejut apabila melihat kereta Zarif masih di depan rumah. Berkerut dahinya ketika itu.

"Ish... terlajak tidur ke apa ni? Semalam kata ada kelas pagi." Maisara membebel sendirian. Kakinya diatur menuju ke bilik Zarif.

Tok! Tok! Tok!

Tiada sahutan. Maisara garu kepala. Tidur mati ke apa ni?

"Abang, bangunlah. Matahari dah tinggi ni. Kata ada kelas pagi." Maisara masih mengetuk pintu. Hampir lima minit namun masih tiada jawapan.

Maisara memulas tombol pintu bilik Zarif. Apa yang terhidang di depan matanya membuatkan dia mengeletar sebelum jatuh terduduk.

Zarif kelihatan tergantung di kipas siling dengan lidah yang terjelir. Akhirnya Maisara turut rebah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience