BAB 36

Romance Completed 3910

Sampai ke rumah Nurul bergegas menuju ke biliknya, ibunya belum pulang dari kerja,Nazrul dan Nazri mungkin sudah ke kelas KAFA. Nabil dan Habil sudah sedia maklum,ada kelas tambahan di sekolah. Nadia pun tak pulang bersamanya kerana ada kegiatan luar sekolah. Petang nanti baru Nurul akan pergi mengambil Nadia semula di sekolah. Nurul berlagak selamba masuk ke bilik, tak mahu sangat menunjukkan kerisauannya. Dia terhendap-hendap seperti pencuri masuk ke rumah,tujuannya agar Amirul tidak perasan akan kepulangannya.

Nurul memulas pintu bilik perlahan-lahan,dijengukkan sedikit kepalanya untuk mencari Amirul. Terpandang saja Amirul yang sedang berdengkur di atas katil tanpa baju, Nurul terus masuk dan melangkah perlahan-lahan ke arah katil. Nurul duduk di birai katil. memerhatikan wajah Amirul. Dari wajah hingga seluruh tubuh Nurul jelajahi. Hati Nurul berdebar tiba-tiba. Nurul pegang dadanya. Kenapa macam ni? Sebelum ni bukan tak pernah dia perhatikan Amirul tidur.

''Hmm,.aaa,.'' Amirul mengerang dalam tidurnya. Nurul perhatikan lagi wajah Amirul yang nampak resah tiba-tiba. Rasa simpati menerjah mindanya. Keracunan makanan ka orang tua ni? Dalam rasa simpati Nurul sempat mengutuk Amirul di dalam hati. Nurul cuba mendekati Amirul,nafas Amirul turun naik. Wajah Amirul direnung dalam,dari kening turun ke mata,hidung dan berhenti di bibir. Nurul terbayang pula kejadian malam tu.Berdetup jantung Nurul,berpeluh dahinya. Kenapa dengan aku ni? Takkan aku dah sayangkan dia kot? Ingat Nurul, walau pun dia suami kau, dia yang telah rosakkan kau! Nurul beristighfar.

Nurul bangun dan ingin turun dari katil, gerakannya mengejutkan Amirul. Dengan pantas tangan Nurul ditarik dan Nurul terduduk kembali. Amirul mengangkat kepala dan merebahkan kepalanya di atas ribaan Nurul. Tersentak Nurul dengan kelakuan Amirul. Ingin ditolaknya kepala Amirul dia tak sampai hati. Pinggang Nurul pula Amirul peluk kejap bila Nurul tidak membantah tindakannya. Nurul tergamam lagi,degupan jantungnya semakin laju.

''Aku pening! Tolong picit, nanti kau tolong carikan aku mangga muda ya,perut aku asyik meloya ja,mulut aku pula macam teringin ja nak makan mangga muda cicah garam,'' Nurul nak tergelak dengan permintaan Amirul, tapi dia tahankan saja,hanya bibir sudah merekah dengan senyuman memandangkan Amirul membuat permintaan dengan mata yang masih pejam.

''Cepatlah! Picitkan kepala aku, aku tak tahan ni,berpusing ja rumah ni,'' Amirul memegang tangan Nurul dan meletakkan di kepalanya. Gelagat Amirul betul-betul seperti anak kecil yang ingin bermanja dengan ibunya. Nurul pula diserang perasaan keliru antara benci dan simpati.

''Uweeekkk!,'' belum sempat Nurul mengikut arahan,Amirul sudah bertindak pantas,bangun berlari dan keluar dari bilik dengan laju. Sekali lagi Nurul tergamam. Dia turut keluar dari bilik dan mengikut Amirul dari belakang.

''Uwekk! Uhukk! Uhukk!,.Ummi!!'' Nurul yang sedang risau melihat keadaan Amirul tiba-tiba menghamburkan tawa. Lucu! Anak manja ummi rupanya. Ingatkan gengsterlah sangat!

''Aku dah separuh mati, sejak pagi tak makan apa-apa, asal buka mata ja, aku muntah,kau boleh lagi nak ketawakan aku?'' Amirul melepaskan amarahnya dalam suara yang perlahan. Terhiris hatinya mendengar Nurul ketawa sedangkan dia sudah terlalu letih menahan lapar dan sebagainya.

''Sorry! Aku tak sengaja,ingatkan hang gengster,tak tau pulak time sakit macam ni hang nak pangge ummi,kesian ummi mesti tersedak-sedak dia,anak manja kesayangan ni dah seru nama dia sambil muntah-muntah,.'' sengaja Nurul mempersendakan Amirul dengan kata-katanya sambil masih tergelak kecil. Amirul pula sudah duduk tersandar di dinding bilik air. Terlalu letih dengan kejadian hari ini. Perut pula asyik berbunyi minta diisi.

''Hang keracunan makanan ka ni? Hang dah pi klinik?'' Nurul cuba menjadi isteri prihatin. Dia duduk bertinggung di sisi Amirul yang tersandar sambil matanya dipejamkan rapat,sesekali Amirul akan menekan perutnya,nampak begitu sangat terseksa.

''Hang nak makan pa? Bagitau ja,satgi aku masak,tapi masak apa yang ada ja la,'' Nurul cuba mencuri perhatian Amirul. Tak salah kot jaga suami yang sedang sakit macam ni. Nurul bukanlah seorang yang tak berprikemanusiaan.

"Aku tak tau,.aku cuma nampak mangga muda cicah garam. Tolong aku cari,aku teringin sangat ni, dah ternampak-nampak dah ni,.'' sekali lagi Nurul menghamburkan tawa. Amirul tersentap, matanya dibuka dan dibeliakkan.

''Hang ni awat pelik sangat,macam oghang mengandung?'' Nurul masih tergelak,hatinya bagai digeletek,tak tahu kenapa permintaan Amirul begitu mencuit hatinya. Ingat lagi Nurul selepas seminggu Amirul tinggal di sini dia bersama Nadia mempelawanya mencicah mangga muda bersama garam belacan buatannya tapi Amirul mempersendakan mereka. Amirul cakap makan mangga muda yang masam nanti otak tumpul dan sebagainya. Sekarang ni dah macam terkena kutukan sendiri, beria-ia Amirul nak makan magga muda.

''Dah! Kau jangan banyak songeh sangat,derhaka tau,tak tunaikan permintaan suami,dah la kau asyik lari dan marah-marah ja bila aku nak dekat dengan kau. Tanggungjawab seorang isteri tu adalah melayan suami zahir dan batin, berdosa tau kalau aku tak redha,'' Nurul dah mencebik mendengar kata-kata Amirul, terasa berbahang saja wajahnya. Macam mana dia nak jalankan tanggungjawab kalau hatinya masih ada secebis dendam yang tersimpan.

''Yalah! Yalah!,.aku tahulah,.hang nak tidur dalam bilik ayaq ni ka?'' bila Amirul kembali memejamkan mata Nurul terus bertanya soalan cepuput Kak Bed Sinarfm tu.

''Aku tak larat nak bangun,'' lemah saja suara Amirul. Nurul sudah mendekati Amirul dan cuba memapah Amirul keluar tapi Amirul pula cuba mengambil kesempatan dengan memaut pinggang Nurul dan dengan pantas pipi Nurul dicium sambil bibir tersenyum nakal. Sempat lagi tu!

''Duduklah dalam ni sampai pagi esok!'' terus Nurul menolak Amirul. Geram dia bila Amirul membuat tindakan nakal sebegitu. Dalam dok sakit pun masih ada persaan tu lagi?

''Adoii,.sakitlah! kau memang nak jadi isteri derhakakan? Bukannya berdosa pun, aku kiss sikit ja pun,aku nak test ja,pagi tadi aku langsung tak boleh bau apa-apa pun tapi dengan kau,.aku macam,.err,.macam apa erkk?'' Amirul mengaru kepalanya dan dalam masa yang sama punggungnya turut digosok akibat jatuh terhempas di atas lantai bilik air.

''Dahlah,pi keluaq sendhighi la,aku nak salin baju,nak mandi,lepas tu aku nak sembahyang. Hang dah sembahyang ka belum ni?'' Nurul pandang Amirul yang masih tersandar di dinding bilik air. Amirul mengeleng lemah. Makan pun tak boleh,asyik muntah ja, macam mana nak sembahyang.

''Lahh,.okey takpa mai aku nak tolong,.'' Nurul tersenyum nakal,dalam mindanya sudah penuh dengan idea jahat. Haih! Nurul ni,suami tengah sakit macam tu pun nak kenakan lagi?

''Aku tolong mandikan hang noh? Kesian aku tengok,'' sambil berkata Nurul melangkah ke arah kolah dan mencapai gayung. Air diceduk dan dibawa kepada Amirul. Disiramnya Amirul dengan air kolah yang sejuk. Dia kenal dengan Amirul yang mengada-ngada,mentang-mentang di rumah banglo dia selalu mandi air dari shower air panas,bila tinggal di kampung dia selalu merungut kerana terpaksa mandi air kolah. Kadang-kadang bila air paip terputus mereka akan mandi air telaga.

''Ahh!,.segarnya!,.lagi-lagi!,.nanti kau tolong salinkan kain aku ni ya,lepas tu tolong papah aku masuk ke bilik. Aku pening sangat ni!'' lain yang Nurul fikirkan,lain pulak yang terjadi. Ingatkan Amirul akan melenting,ini terbalik pulak. Plan A tak menjadi,Nurul capai timba pula,dikautnya air kolah hingga penuh lalu disiram lagi. Amirul semakin suka pula.

''Meh!,.kita mandi berdua la,.aku tolong kau pulak,.'' Amirul yang tak ada tenaga pada mulanya tiba-tiba bangun dan merampas timba di tangan Nurul,belum sempat air kolah diceduk Nurul sudah lari keluar dari bilik air,mengekek Amirul ketawa.

''Sakitlah sangat!!'' Nurul melaung dari luar bilik air, Amirul yang sudah basah kuyup terus mandi hingga selesai. Usai mandi dia tercari-cari pula kain tuala. Nak keluar pakai apa ni? Terpandang kain basahan di penjuru bilik air, Amirul terus melebarkan senyum. Kau nak kenakan aku ya Nurul. Tunggu kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience