Chapter 29 Penutup!!

Drama Completed 32729

Dia ketawa sinis melihat berita di televisyen itu. Hospital yang menempatkan Raihana telah hangus terbakar. Berita itu memang mampu membuatkan dia tersenyum. Namun, apa yang lebih menarik lagi ialah, Raihana turut terkorban di dalam kemalangan itu. Dan, bonus bagi dia apabila nyawa Tan Sri Idham turut melayang apabila dia cuba untuk menyelamatkan menantunya itu. 19

Plan dia untuk menghapuskan seluruh keluarga Adam berjaya. Sekejap, kau tanya kenapa dia nak musnahkan keluarga Adam? Jawapannya mudah jer. Sebab Adam terlalu menyakitkan hati. Dia penat kena hina dengan lelaki tu. Taksangka akhirnya apa yang dia ingini itu telah menjadi kenyataan.

Ya. Dia nak hapuskan Adam, termasuklah seluruh keluarga lelaki tu. Sebab tu dia bunuh Tan Sri Idham. Sebab tu jugalah dia terpaksa bunuh Raihana. Lagipun, Raihana kan dah mengandungkan anak Adam. Mestilah perempuan tu perlu dibunuhkan?

Tan Sri Idham dah mati. Raihana dah mati. Adam dah mati. Bakal anak diorang pun dah mati. Bagus juga budak tu takdapat lihat dunia. Kalau tak, mesti dia sedihkan sebab dapat ayah seteruk Adam? Thanks to Irfan, budak tu dah selamat dihantar ke Syurga. 9

Telefon bimbit Irfan berdering meminta untuk diangkat. Sekali lagi senyuman di bibirnya terukir saat melihat nama si pemanggil. "Iman.. ya.. saya baru tengok berita.. saya.. taksangka macam ni nasib diorang." suaranya kedengaran sebak padahal sebenarnya dia sedang cuba menahan tawanya daripada meletus. 21

"Ya.. saya.. saya sedih. Iman.. tolong saya uruskan jenazah mereka ya?" pintanya. Iyalah. Dah buat jahat, kenalah 'tebus' balik kesalahan dia kan? 18

"Terima kasih. Saya pergi dulu. Saya.. saya nak rehat." ucapnya seakan sedang menahan sedih yang teramat sangat. Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, tawanta mulai kedengaran, semakin lama menjadi semakin kuat.

"My life is great enough. Sorry Adam. Pengakhiran kisah kau, sangat menyedihkan."


-THE END-

Thanks For Reading :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience