BAB 14

Romance Series 81452

Hana Aqeela tersenyum kelat apabila Inara Adelia sudah mahu meninggalkan dia. Hari ini dia mahu pulang ke rumah Ammar Hafiy semula. Inara Adelia perasan perubahan kawannya itu, lantas memeluk erat.

"Hana. Kau jangan sedih okay. Aku cuma nak tinggal pergi rumah Mia sahaja. Nanti aku selalu datang sini" pujuk Inara Adelia.

"Baiklah Inara. Aku harap kau baik-baik sahaja tinggal di sana. Kalau perlukan apa-apa, aku sentiasa ada. Pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk kau" kata Hana Aqeela.

Inara Adelia mengangguk laju.

"Aku nak berterima kasih sangat-sangat pada kau, Hana. Kau selalu tolong aku. Aku akan ingat sampai bila-bila jasa baik kau ni" balas Inara Adelia.

"Sama-sama. Nanti aku rindu kaulah. Dah tak ada nak teman aku makan pukul 3:00 pagi" mereka tergelak kuat.

5 minit kemudian, kereta berhenti dan memberikan hon pada mereka. Inara Adelia mengangkat tangan supaya tunggu sebentar. Ammar Hafiy mengangguk sekilas dan bermain dengan telefon.

"Hana aku pergi dulu tau. Aku sayang kau. Nanti kau datang sahajalah ke runah Mia. Mia tak marah pun" kata Inara Adelia.

"Baiklah Inara. Jaga diri kau baik-baik" balas Hana Aqeela.

Mereka saling melambai tangan dan senyum.

•••

Izz Lutfil melihat kepalanya berbalut dengan kain putih itu mendengus kegeraman. Disebabkan gadis itu memukul kepalanya, dia terpaksa tangguh rancangan mahu menjadikan Inara Adelia sebagai tawanan selamanya.

PRAK!

Dia membaling gelas minuman tepat ke arah cermin sehingga pecah. Dia merenung tajam pula pada bingkai mereka di zaman kanak-kanak. Diambil bingkai tersebut dan senyum.

"Kau ingat, bila terima Ammar kau boleh lari dari aku? Heh! Jangan bermimpilah. Aku akan bunuh kau kalau kau berkahwin juga" ujar Izz Lutfil sendiri.

"Zack!" teriak Izz Lutfil dengan kuat.

Zack mengetuk pintu terlebih dahulu dan masuk.

"Dah siap ke tempat tu?" soal Izz Lutfil.

"Dah. Tunggu kemas bahagian depan sahaja lagi. Kau dah nak bawa ke perempuan tu?" balas Zack.

Izz Lutfil senyum sinis dan memusing menghadap Zack.

"Belum. Aku nak beri mereka rasa kehangatan cinta tu dahulu. Aku akan dapatkan Delia pada hari penting mereka. Biar dia tahu betapa sakitnya bila cinta dirampas orang lain" kata Izz Lutfil dan ketawa terbahak-bahak.

Zack mengangkat bahu ke atas.

"Ikut kaulah Izz. Aku hanya jalankan tugas sahaja. Janji bayaran aku dapat" kata Zack pula dan keluar.

"Kau akan jadi milik aku tak lama lagi sayang..." Izz Lutfil masih lagi dengan sisa tawanya itu.

•••

"Mana semua orang?" tanya Inara Adelia bila semua pintu tertutup rapat.

"Awak masuklah dahulu. Ada sahaja. Jangan risau okay" jawab Ammar Hafiy.

Inara Adelia keluar daripada perut kereta dan mendekati pintu utama. Dia menolak daun pintu dan meloloskan diri ke dalam.

"Welcome to back home Inara!" ucap mereka serentak.

Inara Adelia senyum dan melihat mereka semua itu. Tak sangka dia mendapat kejutan seperti ini. Dia berpaling pula pada Ammar Hafiy. Lelaki itu senyum dan anggukkan kepalanya.

"Selamat pulang semula ke rumah, Inara" ucap Datin Zizah dan memeluk Inara Adelia. Betapa rindunya dia pada gadis itu.

"Terima kasih Ma" balas Inara Adelia.

"Disebabkan semua ada dekat sini. Ammar nak beritahu pada Mama dengan Papa yang Inara dah terima lamaran Ammar" ujar Ammar Hafiy.

"Alhamduliah. Papa harap kamu boleh jaga Inara. Lagi satu Papa nak kamu cepatkan lagi perkahwinan ini. Perkara baik tak bagus dilambatkan" balas Dato'Norman.

"Betul tu bang. Saya setuju. Kita cepatkan lagi tarikh kahwin mereka" sokong Datin Zizah.

"Tahniah abang dengan Inara. Aku kena panggil kau akak Inara lah kan?" sakat Mia Aleesya.

"Ya adik Mia" sahut Inara Adelia.

Mereka tertawa halus.

•••

Hari ini 3 bulan sudah pun berlalu. Sepatutnya mereka sudah berkahwin pada 2 bulan yang lalu tapi kelas Inara Adelia sangat padat. Papanya pula harus pergi ke China untuk beberapa hari atas urusan kerja. Jadi mereka memutuskan tarikh perkahwinan mereka bakal berlangsung hujung minggu ini. Semua persiapan sudah dibuat. Inara Adelia berasa sangat bersyukur bila Izz Lutfil tidak menganggunya.

Mereka duduk di bangku kayu. Permandangan di depan pula sudah menenangkan fikiran iaitu pantai. Ditambah pula angin menampar lembut pada permukaan muka.

"Saya tak sangka betul kita dah nak kahwin minggu ni. Dan saya tak sangka juga saya boleh jatuh cinta pada awak, Ammar" Inara Adelia memulakan bicaranya.

Ammar Hafiy meraih lembut tangannya dan cium pada kekura tangan.

"Saya pun tak sangka. Tak sangka ada jodoh antara kita. Saya cinta kan awak Inara. Saya harap kita diberi kebahagiaan yang kita impikan selama ini" ujar Ammar Hafiy.

"Saya harap pengakhiran episod derita saya dah tamat. Saya dah penat dengan drama manusia tak pernah habis. Awak lelaki pertama saya cintai, Ammar. Tolong jangan hampakan perasaan saya pada awak. Hanya pada awak sahaja saya berharap dapat lindungi dan menyayangi saya" balas Inara Adelia.

"Saya berjanji Inara. Saya akan menjadi penyembuh segala luka dihati awak" kata Ammar Hafiy.

Inara Adelia melentok kepala dibahu Ammar Hafiy dan senyum. Rasa bahagia bila berada disamping lelaki itu.

•••

Inara Adelia tergesa-gesa menurun anak tangga dan mencapai kunci kereta sebelum memulas tombol pintu rumah.

"Inara!"

Dia hentikan langkah dan menoleh ke belakang. Terlihat Ammar Hafiy sedang menghampirinya.

"Awak nak pergi mana ni?" soal Ammar Hafiy.

"Tadi saya ada beli sesuatu. Tapi tertinggal dekat kedai tu. Saya nak pergi ambilah ni" balas Inara Adelia.

Benar, dia membeli hadiah jam tangan pada Ammar Hafiy, memandangkan esok hari perkahwinan mereka.

"Awak beli apa, Inara? Jomlah saya teman awak. Risau juga saya. Dahlah petang sangat dah ni" kata Ammar Hafiy.

Laju Inara Adelia menggeleng kepala.

"Tak apa. Sa-"

"Inara, kau nak pergi mana ni?" celah Mia Aleesya.

"Aku nak pergi kedai. Tadi aku ada beli barang, lepas tu tertinggal. Sekejap sahaja aku pergi" kata Inara Adelia.

"Aku teman" kata Mia Aleesya pula.

"Tak perlulah. Tadi kan Mama cakap nak suruh kau tolong cucuk bunga dekat dulang kan? Kau tolong Mama sahajalah okay" tolak Inara Adelia dengan lembut.

"Baiklah macam tu" balas Mia Aleesya.

"Jaga diri awak baik-baik Inara. Saya sayangkan awak. Hati-hati" pesan Ammar Hafiy. Dalam hati rasa sangat berat mahu melepaskan gadis itu pergi.

Izz Lutfil senyum kecil bila melihat Inara Adelia masuk ke dalam kereta itu. Sebenarnya itu adalah rancangannya. Sengaja dia membuat gadis itu sibuk perkara lain sehingga tertinggal salah satu barang. Dia memberi upahan pada penjual kedai itu untuk tidak mengingati jam tangan itu.

"Sayang... Tak sabar aku nak miliki kau" kata Izz Lutfil dan mula menghubungi Zack untuk memulakan plan.

•••

"Terima kasih" ucap Inara Adelia. Lantas dia keluar daripada kedai itu lalu mengeluh lemah bila hujan sudah merintik lebat. Dia melihat jam dipegelangan tangan, waktu menginjak pukul 7:00 malam.

DUM!

Terhinjut kedua belah bahu dia ke atas tatkala guruh begitu kuat. Dia menekup kedua telinga dan pejamkan mata.

"Aku tak boleh duduk dekat sini. Aku kena balik juga. Nanti mereka risaukan aku" kata Inara Adelia dan terpaksa redah hujan.

Sesampai sahaja di hadapan kereta, belum sempat dia ingin membuka pintu Izz Lutfil datang merapat denganya. Pisau dibawa ke pinggangnya dan mendengar bisikkan tersebut.

"Ikut aku kalau tak nak mati" bisik Izz Lutfil bernadakan ugutan.

"Abang jangan buat macam ni" rayu Inara Adelia. Matanya melihat sekeliling. Tiada orang dan hujan semakin lebat menurun.

"Ikut aku cepat!" arah Izz Lutfil. Pisau tadi ditekan sedikit pada pinggang gadis itu.

Inara Adelia berdesis sakit dan akur. Dia mengikuti Izz Lutfil. Dalam hati berharap agar ada seseorang membantu dia walaupun semua itu agak mustahil.

Jika anda perasan di situ, agak tidak logik pada setengah part ya. Maaflah, idea pun merepek aje HAHA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience