“Danish saya nak beritahu awak sesuatu, boleh awak tunggu sekejap?” Aku manatap mata Danish sedalam-dalamnya, dan aku membuat muka sepuluh sen.
“Baiklah, apa yang awak nak beritahu saya?” Danish bertanya kepadaku, nada suaranya juga sangat lembut di pendengaranku. Seperti dia juga ingin menyatakan sesuatu kepadaku.
Aku mengumpulkan kekuatan yang semakin hilang. Aku berfikir sejenak lalu aku membuka mulut untuk menyatakan isi hatiku yang sudah lama aku pendam. Setelah bertahun lamanya.
“Danish Uwais, sebenarnya sejak pertama kali saya melihat awak semasa di hari pendaftaran, hati saya telah awak ragut, walaupun saya telah bertekad untuk tidak mencintai seseorang semasa belajar tetapi saya telah melanggar janji diri saya Danish jika awak tak boleh nak terima saya, saya faham.
Saya juga tidak minta untuk awak membalas cinta saya, tetapi cukuplah jika awak membenarkan saya mencintai awak, saya beritahu awak kerana saya rasa ini adalah kali terakhir kita akan berjumpa, jadi saya ingin menyatakan isi hati saya kepada awak. Isi hati saya ini telah saya pendam sudah bertahun lamanya, dan fikir saya ini adalah hari yang terbaik untuk saya nyatakan isi hati saya kepada awak.”
Aku berhenti seketika untuk mengambil nafas, selebihnya aku perlukan kekuatan untuk aku melafazkan kata-kata sebentar lagi.
“Danish Uwais, saya bersyukur kerana Allah terlah pertemukan kita dan saya nak ucapkan terima kasih kerana awak ialah inspirasi untuk saya belajar dan jika awak tiada, pasti saya tidak akan bersemangat untuk belajar. Terima kasih sekali lagi. Walaupun saya tak faham mengapa sejak dua menjak ini awak melayan saya bagaikan banduan di penjara tetapi saya redha”
Air mata aku telah pun jatuh ke pipi. Tetapi aku tidak mempedulikannya, malah aku hanya mengelap air mata itu dengan belakang tanganku.
Aku melihat ke mata Danish sedalamnya dan aku perasan yang matanya juga sudah bergenang.
“Danish Uwais Dato’ Baharin, saya Naura Auni Abdul Rahman ………” Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan mengumpulkan semua kekuatan yang aku ada, kalau Qisya ada kan bagus, kerana aku pasti Qisya akan memberikan kekuatan kepada aku.
”Saya cintakan awak Danish, Saya cintakan awak……..” Setelah itu aku tidak dapat berkata-kata lagi malah aku hanya menangis dengan teresak-esak. Tetapi Danish seperti ingin berkata sesuatu kepada aku, cuma perkataannya tidak terucap. Tetapi aku sedikit kecewa kerana Danish masih lagi kaku dan hanya pandang ke bawah.
“Danish…..saya kena pergi sekarang. Terima kasih kerana menjadi inspirasi saya.” Aku cuba untuk tersenyum tetapi aku gagal, lalu aku terus pergi meninggalkan Danish bersendirian dan terus masuk ke dalam kereta dan pulang bersama ibu bapa aku.
Setelah tiga tahun telah berlalu…….
“Aku terima nikahnya, Naura Auni binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya sebanyak satu ratus ringgit tunai.” Selepas sahaja aku mendengar lafaz akad itu, aku terus bangkit daripada tidurku yang lena.
“Ya Allah, macam mana aku boleh mimpi Danish bernikah dengan aku ni? Ya Allah, apa petunjuk yang hendak kau tunjukkan kepadaku Ya Allah? Bantulah aku Ya Allah, aku tidak sanggup hidup dalam keadaan yang berteka-teki begini Ya Allah bantulah hambamu yang sedang kesusahan ini. Berikanlah petunjuk kepadaku Ya Allah. Aamiin.”
Setelah aku berdoa, aku terus bangkit dan pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Aku ingin menunaikan solat sunat agar hatiku lebih tenang. Sejak dua menjak ini, aku sering bermimpi yang sama sahaja, iaitu Danish melafazkan akad nikah kami berdua.
Selepas aku selesai menunaikan solat sunat, aku sambung semula tidurku yang lena itu sehingga subuh.
Aku sedang leka mencatat sesuatu di dalam buku laporan jururawat itu, tiba-tiba ada seorang lelaki yang tinggi lampai, memakai jaket kulit dan memakai cermin mata hitam menerjah masuk ke dalam bilik rawatan yang tersedia.
“Doktor !!! tolong anak saya ni, dia sedang sesak nafas, dan sekarang dia tak boleh bernafas dengan normal. Bantu saya.”
Aku yang masih dalam keadaan yang terkejut terus mengambil peralatan yang diperlukan. Bukan semua orang boleh mengawal keadaan cemas begini, aku juga meminta bantuan nurse untuk menghulurkan apa yang aku perlukan untuk membantu budak perempuan yang berada di hadapan aku ini.
Share this novel