BAB 8

Romance Completed 11647

Aku masih terbayang bayang sulaman yang terdapat di sapu tangan yang Hamka berikan kepadaku beberapa hari yang lepas.

Love you, Hamka.

Entah mengapa timbul satu perasaan cemburu dalam diriku.

Adakah Hamka sudah berpunya?

Tapi, sedaya upaya aku cuba menghilangkan perasaan cemburu itu. Buat apa aku nak cemburu? Sedangkan antara aku dan Hamka bukan ada apa pun.

Ah, buat apa aku fikir pasal ni?

Aku bersiap siap untuk menghantar Pak Mid dan Mak Mah ke lapangan terbang. Mereka akan berlepas untuk ke Makkah pada pukul 11:30 pagi. Aku melihat jam di dinding sekilas, masih ada lebih kurang dua jam lebih sebelum mereka berangkat ke sana.

Dengan mengenakan baju kurung moden dihiasi bunga kecil dan tudung lilit yang digayakan ala ala Tasha Mansahar, aku turun ke bawah untuk menyertai mereka bertiga.

Sebak juga hati sebenarnya nak berjauhan dengan Mak Mah. Selepas kematian ibu, Mak Mah lah tempat aku mengadu, Mak Mah lah tempat aku bermanja. Semuanya dengan Mak Mah.

Tapi, Mak Mah tetap tak dapat gantikan ibu.

Ibu yang satu.

Tiba tiba terasa bahu ditepuk.

"Hai Rose, jauh mengelamun. Kenapa?" Tanya Mak Mah sambil tersenyum. Kedutan di wajahnya menunjukkan bahawa dia semakin dimamah usia.

Belum sempat aku menjawab, Pak Mid menyampuk, "Rindukan awaklah Mah, nanti dah berjauhan, entah jumpa entah tidak dengan kita lagi kan?"

"Eh Pak Mid, janganlah cakap macam tu." Ujarku. Apasal cakap pasal tak boleh jumpa ni? Janganlah cakap macam tu.

Air mata mula bergenang.

"Mak Mah janganlah tinggalkan Rose." Akhirnya air mata yang ditahan jatuh berjurai. Aku memeluk Mak Mah erat. Berat pula rasanya hendak berjauhan dengan Mak Mah.

"Apalah ayah ni. Kan dah menangis budak tu." Ujar Hamka.

Pak Mid sudah ketawa melihatkan gelagat aku, manakala Mak Mah menggosok perlahan belakang aku yang sedang memeluknya.

Aku bersyukur kerana dipertemukan mereka berdua.

Hamka? Entahlah, tak tahu nak rasa bersyukur atau tak.

Selepas menghantar Mak Mah dan Pak Mid, aku dan Hamka menuju ke sebuah pasaraya AEON kerana ingin membeli barang basah untuk memasak.

Petang itu, aku memasak ayam masak merah manakala Hamka membuat sambal tempe.

Sepanjang waktu makan, jantungku berdegup kencang kerana Hamka asyik memandangku tidak berkelip. Mujurlah kali ini aku memakai tudung menutupi dada.

Kalau tak, meski Hamka akan menuntut haknya.

Lelaki tetapi lelaki. Sekuat manapun iman mereka, tetap akan lemah dek perempuan.

"Rose, lepas ni basuh pinggan." Arah Hamka lalu membasuh tangan di sinki. Tanpa memandang aku dia terus memanjat tangga ke tingkap atas .

Hamka nak guna kuasa veto dia sebagai tuan rumah ke? Apalah nasib badan. Dulu jadi pelacur, sekarang jadi pembantu rumah.

***

Ting tong! Ting tong!

Bunyi loceng ditekan berulang kali.

Aku yang sedang menonton televisyen sendirian di rumah malas malas bangun untuk menjenguk ke luar.

Siapa pula yang datang malam malam ni?

Dengan bantuan cahaya daripada lampu jalan, aku dapat melihat dengan jelas susuk tubuh seorang lelaki yang memakai jeans sendat dan juga t-shirt berlengan pendek yang agak sendat.

Macam, pondan.

Mengenangkan dia hanya seorang pondan, aku memberanikan diri keluar. Belum sempat aku membuka pintu, telefon rumah yang terletak di atas meja kecil bersebelahan sofa tempat aku melabuhkan punggung sebentar tadi berbunyi nyaring.

Aku bergegas menjawab panggilan telefon itu. Pondan di luar rumah tadi terus dilupakan.

Eh, betul ke dia pondan. Malaslah nak fikir.

"Assalamualaikum."

Hamka?

"Oh ada, kat luar. Baru je nak buka pintu Hamka call. Okay, nanti Rose ajak dia masuk. Okay assalamualaikum."

Aku meletakkan ganggang telefon di tempatnya semula. Rupa rupanya pondan di luar tadi kawan Hamka.

Aku segera menekan alat kawalan jauh untuk membuka pagar. Aku baru je belajar membuka pagar ini daripada Mak Mah minggu lepas. Kat kampung mana ada semua ni.

Macam rusa masuk kampung.

"You Rose eh?" Tanya pondan itu dan terus melangkah masuk tanpa memberi salam.

"Haah. I Rose. You?" Aku menutup pintu selepas pondan itu selamat masuk ke dalam rumah.

Pondan, apa nak dirisaukan? Sekali tendang je dah terpelanting.

"I Lanny." Ujarnya lalu duduk di sofa tanpa meminta izin.

Ish, kurang adab betul. Tapi, buat apa dia nak minta kebenaran aku? Aku bukan tuan rumah ni pun.

Daripada lenggok jalannya, cara dia bercakap, memang sah dia seorang pondan.

Tidak lama kemudian, kedengaran seorang membuka pintu.

"Assalamualaikum." Ujar Hamka.

"Waalaikumussalam." Aku tidak berkelip memandangnya. Dia kelihatan sungguh bergaya malam ini dengan uniform polis yang lengkap di badannya yang sasa.

Aku tidak dapat berhenti daripada terus memandangnya.

Lanny tiba tiba datang dan memeluk lengan Hamka.

"Hey Rose, asal you pandang Hamka lain macam je?" Kata Lanny.

Aku terkejut melihat kemesraan Lanny terhadap Hamka. Adakah mereka...

Tak mungkin. Hamka tak mungkin macam tu.

"Takde pape." Ujarku sebelum berlalu ke tingkat atas. Sebelum masuk ke bilik, aku dapat mendengar gelak tawa Lanny dan Hamka.

Entah mengapa hatiku terasa remuk tiba tiba.

Malam itu ketika aku hendak keluar mencuci muka di tandas, aku terdengar suara Lanny terjerit jerit. Bila diamati, suara itu datang daripada bilik Hamka.

Hatiku jadi berdebar.

Tak mungkin Hamka sedang 'bersama' Lanny.

Tak mungkin.

Tapi bila difikirkan semula, ada logiknya juga. Buat apa Hamka mengajak Lanny bermalam bersamanya? Dan sekarang aku terdengar jeritan Lanny.

Perkara sebegitu sudah biasa di mataku sebenarnya. Sebelum ini ada juga seorang wanita berpangkat Dato' yang mengajakku bersamanya. Awalnya aku menolak, tapi kerana dia ingin membayar aku tiga kali ganda daripada jumlah yang ditetapkan Jay, aku bersetuju.

Duit, manusia yang celik pun boleh jadi buta.

Dan pada aku, aku yang normal pun boleh jadi lesbian.

Namun, aku agak gembira sebenarnya kerana kerjaku malam itu mudah. Hanya perlu menyorong tarik dildo ke dalam lubang nikmatnya. Selebihnya dia yang kerjakan aku.

Primadona seperti aku, siapa yang tidak mahu bukan? Sedangkan Hamka yang songsang itu pun boleh tergoda.

Entah mengapa, aku rindu saat saat aku digilai semua lelaki suatu ketika dulu. Aku ingin mendapat belaian manja daripada seorang adam.

Ah, apa yang aku fikir ni?

Astaghfirullah. Rose, sedar Rose. Jangan pandang lagi ke lembah hina itu Rose.

Tapi Hamka?

Doakan dia. Ya, doakan dia seperti mana dia doakan aku dulu.

Aku mengambil wuduk dan bersedia untuk solat sunat Taubat dan solat sunat Hajat.

Kata Mak Mah, kita perlu solat sunat Taubat setiap hari. Agar Allah nampak kesungguhan kita untuk berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience