Bab 26

Romance Series 113890

Aniq membuka pintu rumah dan beg Yus turut dibawa bersama.

"Masuklah rumah kita"

Yus melangkah masuk. Kemas susunan perabotnya yang hitam putih dengan berdindingkan cat dinding warna biru laut. Hm.. Minat biru ke dia ni.

Besar rumahnya walaupun hanya dua tingkat, duduk sorang.

"Rumah ni ada lima bilik, bilik hujung kat bawah ni mini gym dan bilik hujung kat tingkat atas bilik kerja saya. Saya nak letak di mana beg Afya ni?" soal Aniq.

Aniq tak nak sebilik dengan aku ke? Hm.. Aku sedar siapa diri aku. Hanya isteri sementara. Aniq dah tentu tak nak aku masuk bilik dia dengan bakal isteri dia Mona. -Yus-

Afya, saya tau awak masih belum dapat terima perkahwinan ini. Saya tak kan paksa awak untuk terima saya. -Aniq-

"Tak apa Afya, saya faham. Saya izinkan awak untuk tinggal dalam mana-mana bilik dalam rumah ni" ujar Aniq lalu mengucup dahi aku sebelum masuk ke bilik pertama di sebelah kiri.

Aku ambil keputusan untuk tinggal di dalam bilik berhadapan dengan bilik Aniq.

Beg aku tolak masuk ke dalam bilik. Sabarlah wahai hati. Bagi masa sedikit.

Setelah siap menyimpan pakaian di dalam wodrobe dan menyusun alat solek di meja solek. Aku keluar dari bilik dan mencari Aniq. Hm.. Mana dia ni. Dah la rumah besar, kawasan pun tak faham sangat lagi. Pergi dapurlah.

Oo.. Kat sini rupanya.

"Awak lapar tak?" soal Aniq setelah nampak aku datang ke dapur. Hm.. Besar dapurnya, ada dapur basah dan kering.

"Lapar juga. Awak buat apa tu?" soal Yus sambil mengintai barang-barang yang ada di dalam sinki.

"Oh.. Saya ingat nak masak mee goreng. Awak okey tak?"

"Awak pandai masak ke?"

"Kenapa, tak percaya?" soal Aniq.

"Saya dah biasa masak. Tinggal sorangkan. Nak keluar beli pun alang-alang je. Awak duduk la. Sekejap je saya masak. Tak pun awak tengok tv dulu sementara tunggu saya siapkan makanan" cadang Aniq.

"Sini la saya tolong, segan pulak awak yang masak untuk saya" ujar Yus.

Lalu Yus menuju ke sinki untuk membersihkan udang juga sotong. Aniq kemudian beralih dari sinki. Ingatkan dia nak ke ruang tamu rupanya, sayuran yang dan dibasuh tadi dibawa ke meja pulau dan memotongnya.

Aniq senyum sambil berkata. "Cepat sikit kalau saya tolong sekali".

La hai.. Rajinnya dia.

"Hm.. Bawang dah kisar ada ke?" soal Yus pada Aniq.

"Tak de. Bawang kisar tak elok lama-lama dalam peti ais. Saya selalu nak masak baru kisar. Jap saya kisar."

Pantas Aniq melakukannya kerjanya. Macam orang dah biasa. Comel pulak tengok Aniq memasak di dapur. Dengan t-shirt fit dan seluar tracknya. Nampak seksi, aww.. Tergoda mak.. Yus, Yus, dah jangan nak menggatal. Masak cepat perut lapar. Mata tu mata control sikit.

"Nah, bawang dah siap kisar dengan cili kering" mangkuk berisi bawang dan cili kering diserah pada Yus.

Tanpa buang masa, Yus memulakan tugas memasak manakala Aniq pula mengemas dan membasuh apa yang patut. Tidak sampai setengah jam. Tadaa.. Siap mee goreng special..

"Awak nak minum air apa?" soal Aniq.

"Air kosong je"

Aniq kemudian bawa bekas air sejuk dari peti ais bersama dua biji gelas. Manakala Yus pula membawa dua pinggan yang dah siap diisi dengan mee goreng ke ruang makan.

Sebaik sahaja Aniq dan Yus duduk di meja makan. Aniq mengangkat tangan membaca doa makan.
Baru Aniq nak suap mee..

Ring ding ding ding ding ding

Ring ding ding ding bem bem bem

Ring ding ding ding ding ding

Ring ding ding ding baa baa

Ring ding ding ding ding ding

Ring ding ding ding bem bem bem

Ring ding ding ding ding ding

This is the Crazy Frog

Breakdown!

Uih, lagu crazy frog!

"Hello, Azman ada apa? Metting? Okey, in sha Allah saya hadir, saya cuti sampai Isnin sahaja" klik talian di matikan.

Hm.. Mesti pejabat yang call.

Aku terus suapkan mee ke dalam mulut. Hm.. Sedap jugak. Pandai aku masak. Hihihi.. Puji diri sendiri.

Laju aku tengok Aniq makan. Lapar sangat ke..

"Hm.. Awak nak tambah lagi ke? Saya ambilkan." tanya Yus.

"Boleh juga. Sedap awak masak" ucap Aniq sambil menyerahkan pinggan pada Yus.

"Biasa-biasa je." segan Yus dipuji begitu.

Pinggan diletakkan di hadapan Aniq. Yus kemudian duduk menyambung semula makannya.

"Dah lama tak makan berdua macam ni" perlahan sahaja tutur Aniq tapi cukup didengari Yus.

"Awak cakap apa, tak dengar?" soal Yus. Tapi rasanya Yus dengar dengan jelas apa yang Aniq katakan.

"Hah, tak ada apa. Makanlah."

"Awak.. Nak tanya sikit boleh?" soal Yus.

"Tanya la"

"Awak start kerja bila?" soal Yus.

"Selasa ni. Maaflah saya tak dapat cuti panjang. Nanti saya cari satu date yang sesuai, saya mohon cuti, kita pergi holiday" terang Aniq.

"Eh, tak apa. Tak payah la susah-susah. Saya okey je. Hm.. Saya pun ingat nak masuk office Selasa ni tapi kereta saya masih kat rumah arwah abah" terang Yus.

"Kalau macam tu, awak naik kereta saya"

"Dah tu awak nak naik apa pulak?" soal Yus.

"Saya naik awaklah" ucap Aniq sambil tersenyum.

"Ha, naik saya?" soal Yus pelik. Tidak lama baru Yus perasan, dia dah terkena.

"Ee.. Main-main la dia ni. Saya tanya betul ni" suara Yus manja.

Terdiam Aniq. Alahai.. Manjanya suara.. Ni yang buat makin geram ni.

"Saya gurau je la. Kan ada motor kat garaj tu. Saya naik motor la."

"Eh awak ada motor, motor apa?" soal Yus teruja.

"Motorboat" ucap Aniq kemudian pecah tawanya.

"Ee.. Tak nak cakap la" Yus merajuk lalu bangun mahu membawa pinggan ke sinki. Pantas tangan Aniq menahan lengan kanan Yus.

"Merajuk ke. Gurau sikit pun tak boleh. Motor saya la, motor biasa-biasa je. Lepas kemas semua ni saya tunjuk pada awak. Dah jangan merajuk" puncak hidung Yus dicuit. Lalu Aniq bangun membawa pinggan dan gelas ke sinki meninggalkan Yus yang masih terkejut dan tak biasa.

Selepas meja selesai dikemas. Aniq bawa Yus ke garaj dan menunjukkan motorsikalnya yang ditutup dengan kain. Sebaik sahaja kain diangkat. Terjerit kecil Yus.

"Wah.. Aprilia RSV4. Hendsomenye.. Saya nak bawa boleh?" soal Yus sambil mata dikelip-kelip.

"Hm.. Boleh, dengan syarat saya bonceng belakang" senyum simpul di bibir Aniq.

"Ha, awak bonceng belakang?" aish.. Biar betul. Seram aku.

"Kenapa, tak boleh. Kalau tak boleh, kita tutup balik motor ni" acah Aniq sambil menarik kain tadi.

"Okey okey tapi behave. Jangan nak ambil kesempatan ek" jari telunjuk Yus naik tegak. Tanda dia serius.

Ketawa Aniq dengan ulah Yus.

"Dah, jom masuk rumah dulu tukar baju. Nasib baik saya ada helmet extra" ucap Aniq.

Selesai menukar pakaian. Yus terus keluar ke garaj. Dilihat Aniq sudah bersedia dengan dua buah helmet di tangan.

"Wow, Shoei GT Air, AGV Pista. Helmet awak ke dua-dua ni?" soal Yus teruja.

"Eh, tak lah, helmet jiran sebelah. Lagi mau tanya, helmet saya la. Ada lagi 3 biji tapi yang tiga tu saya jarang guna. Biasa saya guna yang Shoei GT ni." terang Aniq.

"Oo..." jawab Yus sambil mengangguk.

"Tapi hebat juga ye awak, tau brand helmet"

"Eh, tau la.. Memang teringin nak helmet camni tapi harganya mampu tengok je la. Mahal tu. Abis saya nak pakai yang mana ni?" soal Yus tak sabar.

"Awak pilih la"

"Saya ambik AGV la. Huish.. Dekat 10K kot helmet ni" berhati-hati Yus memakai helmet tersebut. Ye lah, takut tersangkut sanggul rambut.

Sebaik Yus, naik di atas motor, Aniq terus membonceng si belakang dan memegang pinggang Yus.

"Eh.. Eh.. Awak jangan la pegang pinggang saya" marah Yus.

"Dah tu saya nak pegang mana? Takkan pegang bahu. Macam kelakar je"

"Adoi.. Ha ye lah.. Ye lah.. Pegang je tau. Jangan lebih-lebih"

Aniq di belakang dah terseyum-senyum.

Petang tu Yus menunggang motorsikal dengan dibonceng Aniq. Sekali sekala Aniq menyakat Yus dengan memeluk rapat pinggangnya. Tertoleh-toleh Yus pandang ke belakang.

Hahahaha... Marah la tu. Alahai rampingnya pinggang dia..

Setelah puas pusing-pusing, akhirnya Yus dan Aniq pulang ke rumah.

Merah padam muka Yus menahan malu dengan tingkah Aniq. Nasib baik ni motor dia, kalau tak memang aku tinggal dia tepi jalan. Tangan tak reti nak dok diam.

"Dah puas bawak motor ni?" soal Aniq.

"Belum, lain kali nak bawak lagi boleh?" soal Yus.

"Boleh dengan syarat saya bonceng belakang" kata Aniq sambil tersengih-sengih.

"Tak payah la kalau macam tu. Terima kasih je la.." ee.. Tak rela kena raba.

"Dah la, jom masuk dalam. Nak senja dah ni. Nanti dah siap, tunggu saya, kita solat sama-sama kat bilik saya" ucap Aniq.

"Okey.. "

Tok tok tok

Yus mengetuk pintu bilik Aniq.

"Masuklah, tak kunci pun" dengar suara dari dalam.

Apabila daun pintu ditolak, Yus terus masuk ke dalam bilik Aniq. Urm.. Wanginya bau Aniq la. Yus meliarkan pandangan di dalam bilik Aniq. Macam ni bilik dia, nampak sangat bilik tak ada sentuhan wanita. Kelabu, hitam, putih. Tak de warna lain ke..

"Awak tengok apa?" soal Aniq, dapat dilihat ralit Yus perhatikan bilik tidurnya.

"Ha, awak tanya apa?" soal Yus kembali.

"Saya tanya, awak tengok apa?"

"Tak ada apa, cuma nampak maskulin bilik tidur ni, sekali pandang dah tau ini bilik lelaki" jawab Yus jujur.

"Hm.. Tak ada wanita yang nak tolong hiaskan.." jawab Aniq perlahan.

"Dah la, waktu dah masuk. Tak elok lengah-lengahkan solat"

Seperti semalam, selepas bersalam, Aniq akan mencium tapak tangan kanan Yus. Tersipu-sipu Yus dibuatnya.

Selesai solat, Yus masuk semula ke biliknya untuk menyimpan telekong. Sesudah itu Yus keluar semula ke ruang tamu untuk menonton tv.

Aik, mana Aniq ni, tak kan tak nak keluar bilik kot.

Tiba-tiba Aniq berjalan menujuk ke ruang tamu sambil memegang piring. Eh, bila masa dia ke dapur.

"Awak bawa apa tu?" soal Yus.

"Sini la, saya potong buah" ajak Aniq sambil menepuk sofa di sebelahnya.

Yus tanpa buang masa terus duduk di sebelah Aniq. Di tv sedang tayangkan cerita Avenger Endgame. Ingat di hati nak tengok tv tapi mata ni tak bagi chance langsung. Asyik nak tutup je..

"Awak tak nak tidur lagi ke? Dah pukul sebelas lebih ni" soal Yus sambil menggosok mata.

"Awak dah ngantuk ke? Tak pe tidur sini, nanti dah habis cerita ni saya kejut." ucap Aniq sambil menepuk pahanya.

Hah, tido kat paha dia. Memang tidak la..

Yus yang pada mulanya tersengguk-sengguk akhirnya akur dengan mata dan meletakkan kepalanya di paha Aniq.. Sedap lenanya. Tambah pulak Aniq membelai rambut Yus, lagi selesa la jawabnya.

Hm.. Lenanya dia tidur.. Ralit Aniq melihat wajah Yus. Kulit yang licin, alis yang cantik terbentuk, hidung yang mancung dan bibirnya yang kecil molek. Laju air liur terjun di tekak Aniq. Afya.. Afya..

Erm... Selesanya tidur walaupun keadaan sejuk tapi terasa hangat badan. Bau apa yang wangi ni.. Eh, apa yang aku peluk ni? Laju Yus buka mata. Aniq? Bila masa pulak dia boleh tidur dengan aku ni. Baik punya peluk..

Dalam masa yang sama, Yus perhatikan wajah Aniq. Tak dapat dinafikan Aniq mempunyai wajah yang tampan, keningnya yang lebat, renungan matanya yang tajam tapi terselindung kesunyian, hidung macung, bibir seksi dan paling penting dagu terbelah. Aww.. So hot.

Jari Yus dilarikan di wajah Aniq, dari kening, turun ke mata, hidung, bibir yang seksi dan diusap perlahan dagu Aniq yang berbulu halus.

Mata Yus makin pandang ke bawah. What!! Dia tak pakai baju? Baru Yus nak bangun, pinggangnya dipeluk makin rapat. Adoi.. Macam mana nak bangun ni. Tak selesa betul.

Tanpa Yus sedari, Aniq sudah terjaga dari tidurnya. Sengaja Aniq mahu melihat tingkah Yus.

"Hai lah.. Jam dah pukul 5.30 pagi ni. Kalau aku tak bangun, bila pulak nak bangun, kang mau terbabas tidur. Yang Aniq pun satu hal. Tiba-tiba tidur tak berbaju kat sebelah aku ni dah kenapa?" soal Yus sendirian.

"Awak yang tarik tangan saya tak bagi saya keluar" bisik Aniq di telinga Yus.

Terjerit Yus kerana terperanjat. Lalu dada Aniq dipukul.

"Apa awak ni, terperanjat la saya" marah Yus.

Aniq ketawa tanpa mahu melepaskan Yus dari pelukannya.

"Malam tadikan awak terlena di sofa jadi saya angkat awak masuk bilik. Bila saya nak keluar, awak pegang lengan saya tak nak bagi saya keluar. So.. Saya tidur je la kat sini. But sorry, saya tidur memang tak berbaju. Lebih selesa." terang Aniq.

Kemudian Aniq perlahan menongkat kepala dengan tangan kirinya. Wajah Yus dibelai, manakala tangan Yus masih berada di dada Aniq.

Kedua-dua mata saling pandang memandang. Aniq makin menunduk merapatkan wajahnya pada wajah Yus. Hembusan nafas panas saling bertingkah. Ibu jari tangan Aniq mengusap lembut hujung bibir Yus. Deru nafas sudah tidak sekata, jantung masing-masing makin kuat berdendang.

Lantas Aniq menindih lembut bibir Yus. Yus memejamkan mata menghayati rasa itu. Makin dalam ciuman dan saling bertingkah lidah. Terbit erangan halus dari Yus.

Tangan Aniq pantas menjalankan tugasnya. Belakang badan Yus digosok lembut, bibir Aniq semakin menjalar ke leher putih Yus yang dicium berkali-kali, dijilat dan digigit manja membuatkan Yus kegelian. Tangan Aniq sudah berada di dalam baju Yus dan mengusap serta meramas dada Yus yang montok.. Tangan Yus sudah naik memegang rambut Aniq.. Ah.. Mendesah suara Yus..

Tiba-tiba..

Tenenenet tenenenet tenenet alarm berbunyi.

Seperti tersedar dari mimpi, pantas Yus menolak badan Aniq dari terus menindihnya.

Aniq juga seperti baru tersedar dari hanyut dengan rasa yang sudah lama hilang. Yus bingkas bangun dan terus masuk ke bilik air tanpa menoleh pada Aniq yang masih berada di atas katil.

Arghh... Aniq menumbuk katil. Menebal rasa bersalahnya pada Afya.

Alarm pada telefon Yus dimatikan lalu Aniq turun dari katil dan keluar dari bilik Yus. Pintu bilik Yus ditutup rapat.

Maaf Afya.. Saya tak sengaja. Awak menghayalkan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience