BAB 14

Family Completed 6948

Setibanya Sara dirumahnya, tanpa menbuang masanya, dia segera menghubungi Haikal. Dia masih tidak berpuas hati kerana Haikal sengaja berbuat tidak kenal padanya.

“Hello, Haikal! Awak ni dah kenapa?!” marah Sara.

“Sara…saya…” Haikal masih belum dapat menerima tamparan itu.

“Awak, saya bagi awak peluang untuk jelaskan kenapa awak buat macam tu!” ujar Sara lalu menghempaskan tubuhnya diatas katil.

“Hmm, macam ni la. Kita jumpa esok. Saya akan ceritakan semuanya…saya cuma harap awak tak terkejut.” ujar Haikal.

“Awak…lain macam je ni. Saya pun terkejut juga tau sebab awak abang angkat Adam. Saya betul-betul tak jangka benda macam ni akan berlaku!” ujar Sara.

Haikal ketawa lemah.

“Hmm, ketentuan Allah Sara. Oklah, see you tomorrow.” Haikal memutuskan panggilan.

Sara tercengang. Pelik betul Haikal malam itu. Kalau nak diceritakan pasal terkejut, dia juga terkejut. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya Adam akan menjadi adik angkat Haikal. Dia tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

*************************************

Haikal tidak senang duduk. Dia mundar-mandir di dalam biliknya. Dahinya berkerut memikirkan banyak benda. Sara, Adam…tiba-tiba dia teringat sesuatu lalu dia terduduk.

“Jadi, mysterious guy tu… Adam?!!” dia berkata lalu mengangguk.

“Aduhh, macamana ni? Adam suka dekat Sara, dahlah dia tahu yang aku pernah bercinta dengan Sara dulu…kalaulah dia tahu nanti! Kalau aku tak pernah bagitahu yang aku pernah bercinta dengan Sara dulu, ok la, tapi…” Haikal meraup wajahnya.

Dia menghampiri almarinya lalu mengeluarkan barang-barang yang ada kaitan dengan Sara. Foto-fotonya bersama Sara dikumpulnya lalu dimasukkan ke dalam kotak. Surat-surat dan kad-kad kiriman Sara semasa Sara berada di luar negara juga turut dimasukkan ke dalam kotak yang sama. Dia tidak mahu Adam terjumpa semua itu.

“Adam, sorry. Abang tak berniat nak tipu Adam tapi, this is the best way!” ujar Haikal sedih.

********************************

Haikal melihat wajah Sara yang menunjukkan ekspressi tidak percaya itu. Perlahan-lahan Sara mencapai chocolate blendednya lalu menghirup air itu. Kemudian dia memandang Haikal yang mengangguk padanya itu.

“Adam is the mysterious guy!” ulang Haikal lagi.

“Tapi, tapi…doesn’t make any sense!” Sara separuh menjerit.

“Why not? Saya tinggal dengan dia selama ni, jadi saya tahu pasal perempuan yang dia suka. Dalam beberapa tahun ni, cuma ada seorang perempuan sahaja yang dia suka…saya dah check handphone dia malam tadi. Dalam handphone dia cuma ada gambar awak sorang Sara. Awak je!” beritahu Haikal.

“Okay, itu saya boleh terima tapi, apa kena mengena dengan mysterious guy saya?” tanya Sara.

“Sejak umur Adam dah masuk 18 tahun, dia mula beli hadiah dan kirim dekat seseorang. Bila saya tanya untuk siapa, dia kata untuk kekasih dia. Silap saya sebab saya tak tanya pasal siapa kekasih dia. Cuba ingat sejak bila awak mula terima benda-benda tu semua?” giliran Haikal pula bertanya.

Masih tidak menerima kenyataan, Sara cuba untuk mengelak.

“Kebetulan je kot…” ujar Sara walaupun hatinya mula was-was.

“Kebetulan? Nah, awak baca ni! Ni diari Adam yang saya terjumpa semalam. Dia ada tulis semua pasal awak dan hadiah-hadiah yang dia bagi dekat awak dulu!” ujar Haikal lalu menghulurkan diari berwarna biru muda itu pada Sara.

Perlahan-lahan Sara mengambil buku itu. Saat dia membuka diari itu, dia terkejut besar kerana melihat namanya tertulis besar pada helaian pertama diari itu. Membaca helaian demi helaian diari itu membuatkan dia sebak. Dia rasa dikhianati. Entah mengapa dia berasa begitu.

“Dan untuk sure kan lagi hal ini, saya ada call Fitri. Awak kenalkan Fitri? Kawan Adam dekat rumah anak yatim tu?” ujar Haikal.

Sara mengangguk. Dia terasa tubuhnya menjadi lemah.

“Bila saya tanya siapa perempuan yang Adam suka, dengan mudah Fitri menyebut nama awak. Sara, kakak yang Adam jumpa masa dekat rumah anak yatim dulu. Kakak yang sentiasa sokong Adam, sentiasa bagi nasihat dekat Adam, kakak yang baik hati dan pemurah.” ujar Haikal.

Sara menekup mulutnya lalu menggelengkan kepalanya.

“But why? Why me??” Sara bertanya.

“Awak perempuan pertama yang ambil berat pasal dia, bagi perhatian dekat dia. Sebab tu dia tertarik dekat awak.” jawab Haikal.

“Tapi, bukan setakat saya je yang ambil berat dekat dia, bukan dia seorang je yang saya bagi perhatian.” sangkal Sara.

Haikal tersenyum lalu mengangguk

“Sara, benda tu biasalah…kita layan orang macam biasa, sama macam kita layan orang yang lain tapi mesti ada seorang yang akan suka dekat kita sebab dia rasa kita special.” ujar Haikal.

“Tapi…saya anggap Adam tu macam adik saya je.” beritahu Sara.

“Hmm, saya bagitahu semua ni pun sebab awak tercari-cari sangat mysterious guy awak tu. Lepas ni, apa pun keputusan yang awak buat, itu pilihan awak. Tapi, saya sebagai abang, saya tak nak tengok adik saya terluka.” ujar Haikal lalu berdiri dan meninggalkan Sara.

Sara terdiam. Benar kata Haikal. Selama ini dia tercari-cari siapa mysterious guy itu dan tertanya-tanya mengapa dia tidak menerima hadiah seperti dulu. Rupa-rupanya kerana dia sudah berada dihadapan mata myterious guy itu. Dia menghela nafas yang berat. Adam…kenapa jadi macam ni?!

Haikal melepaskan keluhan berat saat keluar dari kafe itu. Meninggalkan Sara sendirian adalah keputusan yang terbaik. Dia mahu Sara berfikir sebaik-baiknya dalam hal itu.

“Abang Haikal!” tegur Nurin.

Haikal sedikit terperanjat saat melihat Nurin disitu. Melihat Nurin yang sedang tersenyum padanya membuatkan dia lupa sebentar masalahnya.

“Nurin, Nurin nak ke mana ni?” tanya Haikal lalu menghampiri Nurin.

“Nurin nak lunch…abang Haikal baru lepas makan ke?” tanya Nurin.

“Ehh, tak lah. Abang baru jumpa kawan tadi.” jawab Haikal.

“Ohh…” Nurin berkata. Sebenarnya dia ingin mengajak Haikal untuk makan bersamanya namun begitu dia terasa segan.

Melihat Nurin begitu, Haikal tersenyum.

“Jom, abang bawa Nurin makan!” ajak Haikal.

Nurin tersenyum lalu mengangguk.

*************************************

Seminggu selepas dia bertemu dengan Sara, dia langsung tidak menghubungi sahabatnya itu. Walaupun dia risau namun begitu dia faham akan situasi Sara ketika ini.

“Abang!” panggil Adam dari luar.

Mendengar namanya dipanggil, dia bangkit dari tempat duduknya lalu keluar.

“Hah, Adam, kenapa?” tanya Haikal.

“Abang, pinjam spanner abang!” ujar Adam.

“Kenapa? Kereta rosak?” tanya Haikal sambil melihat enjin kereta Adam.

“A’ah. Mana abang letak?” tanya Adam.

“Ada, dekat stor abang. Pergilah ambil.”

Adam mengangguk lalu masuk ke dalam rumah. Haikal berdiri disitu sambil bermain dengan handphonenya. Namun begitu, terasa agak lama Adam masuk ke dalam. Haikal sesekali melihat ke dalam akan tetap tidak kelihatan kelibat Adam.

“Mana pulak budak ni? Cari spanner ke, cari harta karun!” bebel Haikal lalu duduk di kerusi yang tersedia di situ.

Tiba-tiba di ateringat sesuatu. Pantas dia berdiri lalu berlaru masuk ke dalam rumah dan bergegas menuju ke bilik stornya. Dia terkaku di pintu stor saat melihat Adam memegang kotak yang disembunyikannya di situ. Dia menyumpah dirinya sendiri saat melihat wajah Adam yang merah sambil tangannya terketar-ketar memegang foto-foto itu. Haikal mengeluh berat.

“Abang…abang, ni apa bang??” perlahan Adam bertanya. Air matanya mula mengalir.

“Adam…Adam, abang…” entah bagaimana Haikal hendak menyusun kata-katanya.

“Abang tipu Adam! Kenapa abang pura-pura tak kenal Sara hari tu?! Gambar ni apa?!” marah Adam dalam tangisnya.

“Adam, dengar dulu apa yang abang nak cakap!” Haikal menghampiri Adam dan memegang bahunya namun begitu pantas ditepis oleh Adam.

Adam memasukkan gambar-gambar itu ke dalam kotak itu semula dan segera keluar dari situ. Datin Dahliah yang keluar dari dapur terkejut melihat wajah Adam. Adam tidak memperdulikan mamanya dan terus berlari keluar. Haikal yang mengejar dar belakang ditahan oleh Datin Dahliah.

“Haikal, kenapa?!” tanya mamanya terkejut.

“Erm…err, ada masalah sikit ma.” jawab Haikal lalu berlari keluar namun begitu Adam sudah terlalu jauh berlari.

“ADAM!!” jerit Haikal kuat namun begitu tidak diperdulikan oleh Adam.

“Sampai hati abang tipu Adam…Sara pun sama! HIPOKRIT! PENIPU!” jerit Adam dalam tangisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience