BAB 33: Cinta Palsu..

Drama Series 28608

JAM menunjukkan tepat pukul 12.30 tengah hari. Mata Fatin masih ligat meneliti kertas kerjanya di atas mejanya. Satu-persatu graf diteliti supaya tiada kesalahan yang wujud. Tiba-tiba..

KRIUK!!!

Perut Fatin berbunyi melolong untuk diisi dengan makanan. Seekor gajah pun boleh ditelan Fatin asalkan namanya makanan sekarang ini. Tangannya mengusap lembut perutnya itu. Bibirnya diketap.

" Nak makan ke taknak? Hmm..." fikir Fatin.

Kalau tidak makan nanti memang kebulur si Fatin di dalam pejabat ini. Tahu-tahu saja keluar berita ' Seorang bos di sebuah syarikat telah mati akibat terlalu kebulur..' . Memang waktu itu sudah tidak boleh buat apa-apa. Fatin ketawa sendiri. Solusi bagi masalah ini ialah makan.

Beg tangannya dicapai. Segala harta benda yang dirasakan penting disumbat masuk ke dalam beg yang berjenama Coach itu. Maklumlah bos mestilah pakai beg yang berjenama sedikit. Sedang dia ligat memasukkan barang ke dalam begnya tiba-tiba tangannya terlanggar telefon yang berjenama Oppo itu sebelum ia jatuh ke lantai.

Mata Fatin hanya terkebil-kebil memandang telefon itu yang sudah elok 'landing' di atas lantai. Fatin dengan cepat membongkok mendapatkan telefonnya itu.

" Aduh! Macam manalah kau boleh cuai sangat ni Fatin.. Nasib lah tak rosak." kata Fatin sambil membelek-belek telefonnya itu.

" Lepas A apa?"

Fatin terkejut. Suara lelaki garau yang tiba-tiba muncul entah dari mana itu membuatkan Fatin terus bangun sebelum terhantuk ke mejanya. Bergegar meja itu dibuatnya.

" Aduh! Sakitnya..." keluh Fatin sambil mengusap kepalanya itu sambil matanya terpejam kerana kesakitan.

" TET!! Itu bukan jawapannya. Sila cuba lagi." kata Shahir sambil memandang Fatin dari atas meja itu.

Fatin pantas menoleh ke atas dengan kening yang berkerut. Mulutnya hampir menganga. Ingatkan jembalang manalah yang tegur dia tadi. Shahir rupanya?!!!

" Eh. Apa awak buat kat sini?!" ujar Fatin sambil memandang Shahir dengan muka selambanya.

Shahir tersenyum sinis.

" TET!!! Salah lagi." kata Shahir sambil menghulurkan tangannya kepada Fatin.

Fatin mengecilkan matanya. Nasiblah suami kalau tak sudah lama buku lima ini hinggap di wajah dia ini. Fatin menyambut huluran Shahir sebelum Shahir menariknya supaya berdiri. Fatin mendengus sendiri sambil memandang tajam wajah Shahir yang sedang tersenyum. Tangannya membetul-betulkan bajunya.

" Jawapan dia apa?" tanya Shahir sekali lagi.

Fatin menoleh ke arah Shahir. Keningnya terangkat.

" Soalan?" bisiknya sendiri.

Fatin berfikir sejenak. Ooo.. Soalan yang lepas A apa. Mulut Fatin sudah terbuka untuk menjawab. Jawapannya memang senang tahap gaban betul. Tiba-tiba niatnya itu terbatal apabila melihat wajah Shahir yang teruja sangat hendak tahu jawapannya. Pelik. Takkanlah lepas A pun dia tidak tahu apa.. Ini mesti ada apa-apa.

Fatin mengecilkan matanya.

" Dahlah taknak jawab. Kenapa awak datang sini ni?" tanya Fatin sambil menyilangkan tangannya.

Mata Fatin ligat menjeling Shahir atas bawah sambil tersenyum sinis.Shahir mencebik. Nampaknya jerangkap samar pick-up linenya tidak menjadi kali ini. Namun dia tidak akan berputus asa. Suatu hari nanti Fatin akan terkena juga.

" Saya datang sini nak ajak awak lunch.. awak nak tak? Kalau taknak saya pergi." kata Shahir dengan nada hampa.

Fatin berkerut. Dia memandang Shahir atas bawah dengan senyuman sinis terukir di bibirnya. Dah tua-tua pun nak merajuk!

" Yalah.. Saya—"

Belum sempat Fatin mengakhiri kata-katanya tiba-tiba pintu dibuka. Kelihatan Idlan di muka pintu. Fatin tersentak. Idlan melangkah masuk ke dalam bilik itu. Shahir hanya berkerut melihat gelagat Idlan itu. Langkah Idlan terhenti di sebelah Fatin.

" Idlan. Apa awak buat kat sini?" tanya Fatin.

Idlan tersenyum sendiri sambil memandang Fatin sebelum pandangannya beralih pula ke arah Shahir. Matanya yang merenung tajam Shahir membawa seribu makna yang hanya tinggal beberapa langkah untuk dirungkaikan.

Tiba-tiba pintu dikuak lagi. Namun kali ini susuk tubuh wanita pula yang melangkah masuk ke dalam bilik itu. Langkah Nairah terhenti apabila melihat suasana yang tegang itu. Apa yang lagi memelikkan situasi itu ialah kenapa Idlan ada di situ?

" Idlan. Apa awak buat kat sini?" tanya Nairah dengan muka yang serius.

Fatin buntu. Macam manalah situasi ini boleh terjadi? Suaminya tidak berapa suka dengan Idlan manakala Idlan pula tunang Nairah yang boleh salah sangka kepada dia sekarang ini dalam situasi sebegini. Aduhai.. Dia mesti keluar daripada situasi ini sekarang juga!

" Ha! Jomlah kita pergi lunch sama-sama! Bolehlah korang kenal suami aku yang hensem ni.. Lagipun kita tak pernah lepak sesama sebelum ni kan? Jom. " kata Fatin sebelum menarik Shahir keluar daripada bilik itu.

Idlan mengikut Fatin dan Shahir daripada belakang dengan dahi yang berkerut. Tiba-tiba tangannya ditarik. Idlan menoleh.

" Awak kata awak ada appoinment dengan klien tadi?" tanya Nairah.

Idlan hanya memandang kosong wajah Nairah yang ikhlas itu. Ya. Memang dia ada berkata begitu tadi. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

" Dah cancel."

Ringkas jawapannya. Idlan meninggalkan Nairah dengan beratus tanda tanya. Hanya ada satu cara untuk tahu jawapannya. Lihat. Jadi Nairah pun berjalan ke arah mereka yang sudah semakin jauh.

SEMUANYA kelihatan normal. Mereka hanya sekumpulan rakan sekerja yang sedang berjalan mencari kedai makan yang sesuai dengan citarasa mereka. Namun tidak bagi Nairah. Hatinya sakit. Kalau nak diikutkan hati hendak sahaja dia pukul dua orang hamba Allah ini sampai lebam. Asyik hendak berkepit sahaja daripada tadi. Bukan itu sahaja. Mereka kelihatan sangat mesra. Bergelak ketawa sakan. Nairah hanya mampu mendengus melihat gelagat Fatin dan Idlan yang selangkah di hadapannya itu.

Shahir mengetap kuat gigi gerahamnya daripada tadi. Mungkin selepas ini dia perlu ke klinik gigi. Mana tahu ada gigi yang retak? Dia geram. Jantan yang bernama Idlan ini sentiasa mengambil peluangnya untuk berbual dengan Fatin. Sehingga dia sendiri pun tertanya Fatin isteri siapa sebenarnya? Shahir mengeluh sendiri. Dia tidak menyalahkan Fatin. Dia tahu Fatin tiada pilihan lain selain melayankan sahaja karenah Idlan. Mereka ialah kawan.

" Jom makan kat sini. Ni kedai viral tau. Semua makanan kat sini sedap. Jom." kata Idlan dengan senyuman yang lebar.

Mereka melangkah masuk ke dalam kedai makan tersebut. Meja dengan empat tempat duduk dipilih oleh Idlan sambil berharap yang Fatin akan duduk di sebelahnya. Namun Fatin memilih untuk duduk di hadapannya. Manakala di sebelahnya ialah Shahir. Tempat duduk di sebelahnya diambil oleh Nairah.

Pelayan yang berbaju merah menuju ke arah mereka dengan beberapa keping menu di tangannya. Sesampai sahaja dia di meja itu pelayan itu meletakkan menu-menu itu dengan senyuman yang manis. Mereka meneliti menu-menu yang ada di kedai ini. Ya, betul kata Idlan. Semua makanan di sini nampak sedap-sedap belaka.

" Bagi saya lemon tea. Dia pulak bagi hot chocolate." ujar Idlan sebelum pandangannya dibawa melihat Fatin.

Fatin tersenyum kelat sambil memandang Idlan. Perasaan bersalah menjalar di hatinya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan Idlan hari ini. Rasa macam hendak lempang pun ada. Sabar sahajalah...

" Saya tahu. Awak suka hot chocolate kan? Saya ingat lagi tau." kata Idlan.

Semakin menyengih Fatin apabila mendengar Idlan berkata sebegitu. Lagi-lagi apabila Nairah menjeling ke arah Idlan dengan muka yang geram. Dia tahu apa maknanya apabila Nairah mula menjeling. Habislah..

" Nairah pun suka lemon tea jugak. Sama macam awak. Jodohlah katanya kan?" kata Fatin dengan nada bergurau.

Gurauan itu menamatkan senyuman lebar di bibir Idlan. Pandangannya dialihkan ke arah Nairah seperti selama ini dia terlupa Nairah ada di situ.

" Bagi dia lemon tea jugak." kata Idlan kepada pelayan itu.

Nairah memandang Idlan. Idlan tersenyum kecil. Nairah mendengus sendiri sambil mengalihkan pandangannya. Dia tidak sanggup melihat senyuman palsu Idlan itu. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

" Takpelah. Hari ni air favourite saya dah berubah jadi bagi saya mocha latte ais satu." kata Nairah kepada pelayan itu.

MANIAC!

Seolah-seolah dalam permainan Mobile Legends jawapan Nairah 'membunuh' Fatin. Dia tercengang sepuluh saat. Memang Nairah jelous betul kali ini. Fatin pasrah. Lantak kaulah Idlan..

" SAYA nak pergi tandas kejap." kata Nairah sebelum berlalu pergi.

Fatin hanya mampu melihat Nairah pergi. Sekarang tinggal dia berdua dengan Idlan. Shahir pergi sebelum Nairah pergi lagi. Entah apa yang dia buat di tandas itu lama sangat pun Fatin tidak tahu.

" So.. Fatin awak suka tak?" tanya Idlan kepada Fatin.

Fatin tersenyum kelat.

" Suka-suka. Spaghetti dia sedap.." kata Fatin ringkas sebelum memandang ke arah lain.

Idlan tersenyum sinis. Tangannya mula bergerak dan diletakkan ke atas tangan mulus Fatin.

Fatin tersentak. Dia terus menoleh dan menarik tangannya daripada Idlan.

" Apa yang awak buat ni?! " kata Fatin. Suaranya naik seoktaf.

Idlan tersenyum sendiri.

" Takde apa."kata Idlan selamba.

Fatin merenung Idlan tajam. Apa yang dia cuba lakukan sebenarnya? Maknanya sedari tadi semua yang dia buat semuanya disengajakan. Dia tahu Nairah akan cemburu dan dia tahu Shahir akan marah. Dia tahu aku tak suka dia. Jauh sekali cinta. Jadi apa yang dia nak sebenarnya?

" Sorylah. Sakit perut tadi sebab tulah lama sikit." kata Shahir sambil mengusap lembut belakang Fatin.

Fatin tersentak. Matanya dibawa memandang Shahir sambil tersenyum kelat dengan harapan senyuman ini mampu menutup kejadian tadi dari pengetahuan Shahir. Dia tidak perlu tahu..

KERETA BMW hitam milik Idlan berhenti di hadapan rumah Nairah. Memang sudah menjadi kebiasaan Idlan untuk menghantar Nairah pulang semenjak mereka bergelar tunang. Namun hari ini gelaran itu sudah rapuh bagi Nairah.

Pintunya dibuka oleh Idlan dengan senyuman terukir di bibirnya. Manis tapi tidak terasa. Nairah keluar dengan muka yang masam. Kakinya berdiri tegak di hadapan Idlan.

" Awak ni kenapa? Monyok je daripada tadi.. Lepastu asyik nak mengelak je daripada saya.. Kenapa?" tanya Idlan sambil melihat Nairah dengan pandangan yang redup.

Nairah menunduk. Perit. Hatinya terasa sangat perit. Apa yang dia lihat tadi cukup untuk membuktikan segalanya..

NAIRAH berjalan perlahan ke arah kedai makan daripada tandas. Jauh juga perjalanannya. Matanya setia memandang ke hadapan sehinggalah hampir tiba di kedai makan. Nairah tersentak.

Matanya membulat. Dia seperti tidak mahu mempercayai akan apa yang dilihatnya. Dia terus berpatah balik ke tandas. Kosong. Dia bernasib baik. Belakang badannya terus dihempaskan membelakangi dinding tandas.

Air matanya mengalir satu persatu. Dia cuba untuk menahan namun ia terlalu perit untuk dipendam. Perit sangat. Air matanya mengalir lagi. Tangannya diletakkan ke dadanya yang berombak menahan sebak.

Dia kini sedar yang dia tidak akan cukup di mata Idlan untuk dia melupakan Fatin. Dia penat. Penat untuk menagih cinta yang tidak pernah menjadi miliknya. Cinta yang palsu..

MATANYA yang mula ditenggelami air mata dibawa merenung tepat ke arah mata Idlan. Idlan tersentak. Tiba-tiba tangan Nairah menyentap baju Idlan dan menarik Idlan dekat kepadanya. Idlan terkejut melihat gelagat Nairah. Apa dia nak buat ni?

Mata Nairah menyelam dalam ke mata Idlan. Cukup dalam sehingga dia tahu jawapannya.

" Aku rasa Aku dah tahu jawapan bagi soalan aku haritu.. Tak. Jadi tak payahlah nak pura-pura lagi. Aku tak tahu apa motif kau tapi aku takkan tertipu lagi dengan cinta palsu kau ni.." kata Nairah sebelum melepaskan dan menolak Idlan ke keretanya.

Kakinya megah berjalan pergi meninggalkan Idlan. Muka Idlan tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Nairah seperti sudah mengagak dan dia tidak takut. Sebutir air mata mengalir perlahan di pipinya. Namun bukan kerana sedih melepaskan tetapi kerana lega melepaskan cinta yang tidak berbaloi dikejar. Cinta yang dipanggil Cinta Palsu..

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
DIMAINKAN...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience