Bab 48

Romance Completed 53836

Layak kah aku merasai apa itu kebahagian Ya Allah..Setelah apa yg aku lalui selama ini. Mampukah ku tempuhi lagi ujian yg akan datang. Engkau ampunilah dosa aku Ya Allah..Tunjukkanlah aku jalan yg benar. Sesungguhnya bukan ini yg aku pinta..Nguman Munirah sambil melihat dirinya di hadapan cermin. Serba-serbi putih dari atas hingga ke bawah. Munirah memakai shawl satin kosong dan dipadankan dengan jubah sutera pemberian Azhar kepadanya. Dirinya sekarang tidak ubah seperti seorang pengantin yg ingin naik ke atas pelamin. Semua ini hanyalah angan-angan semata-mata. Tidak mungkin orang sepertinya masih layak ada impian seperti itu. Munirah mencapai lipstik berwarna merah jambu jenama maybelline di atas meja solek. Lalu ia memakainya di bibir. Ini adalah kali pertama Munirah mengenakan solekan di wajah putih mulusnya ini. Tidak sabar ia mahu saksikan apa yg orang ramai akan katakan nanti terutamanya Azhar. Hari ini satu kebenaran akan terungkai juga. Munirah tidak mampu menunggu lama lagi. Cincin emas perkahwinannya dan Azhar di sarungkan semula ke jari manisnya. Munirah terus bangun apabila selesai dan selesa dengan penampilannya itu.

"Mari kita mulakan..Should we?"

Abang!!! Napa tak pakai baju color pitch tuu? Yg abang pakai baju color putih ni dah kenapa? Abang mahu akad nikah ke apa hari ini? Abang jangan buat pasal saya sorang je masih tak cukup lagi ke? Berleter Mira panjang lebarnya apabila melihat Azhar mengenakan busana serba serbi putih harini. Segak berpenampilan kain sampin bersongket sekali. Kemas saja songkak dipakainya itu. Dari atas hingga bawah Mira memandangnya pelik sekali. Entah apa yg Azhar sudah rancang hari ini tanpa pengetahuannya.

Ehh, suka hati sayalah nak pakai color apa pun hari ini. Kalau saya naik pelamin lagi apa salahnya kan? Lelaki boleh pasang 4. balas Azhar suka saja menyakat Mira yg sudah terlopong matanya itu. Senyuman sinis Azhar beri kepadanya. Mira menarik mukanya sedikit selepas Azhar sanggup berkata begitu. Lelaki di depannya ini tidak pernah nak bermanja dengannya. Selalu saja kata perli yg di dapatnya setiap hari.

Orang ramai mula bertandang ke khemah yg sudah disediakan. Azhar terus berlalu pergi dari situ apabila walid mula memanggilnya. Mira bermain dengan Eisya saja. Hari ini majlis akikahnya juga akan diadakan. Comel saja Eisya memakai gaun berwarna pitch sama dengan baju kurung moden Mira. Diri Mira tidak ubah seperti anak dara lagi. Masih mempunyai bentuk badan yg ramping dan cantik manis saja orangnya. Mustahil bila kelaki pandang Mira tidak akan tergugat iman.

Ermm..maafkan Cik Mira..boleh saya tahu Munirah ada di mana sekarang? Sapa Farah apabila sampai di situ. Dia perlu berjumpa dengan Munirah segera kerana ada hal mustahak yg perlu ia tanyakan sekarang. Tangan Farah masih lagi sibuk memeriksa jadual untuk hari ini.

Errr...Entah..mana saya tahu. Jawab Mira endah tak endah saja. Kenapa pula dia harus tahu di mana Munirah berada sekarang. Sejak dari pagi tadi lagi dia tidak nampak batang hidung Munirah. Entah sudah jadi gila atau apa perempuan itu. Mira masih trauma lagi tentang kejadiaan semalam. Takut pula dia mahu berdepan dengan Munirah. Silap hari bulan nyawa akan melayang dahulu. Farah hanya mengangguk tanda faham saja selepas Mira berkata begitu. Mungkin Mira memang tidak tahu Munriah berada di mana. Tiba-tiba..

Kak Farah cari saya? Bersuara Munirah sambil berjalan menuruni anak tangga itu. Serentak mereka berdua memandang ke arah Munirah yg cantik dan ayu saja dirinya hari ini. Terbutang mata Mira dan tidak berkelip sedikit pun selepas melihat diri Munirah juga mengenakan busana serba-serbi putih seperti Azhar. Farah hanya memberikan senyuman manis ke arah Munirah. Terpegun dia melihat Munirah cantik seperti ini.

Napa akak cari saya? Tanya Munirah semula apabila mereka melihat Kak Farah tidak lepas memandang ke arahnya langsung. Begitu juga dengan Mira seperti tidak berpuas hati saja memandangnya dari atas hingga ke bawah. Munirah buat tidak tahu saja kepada Mira. Malas dia mahu melayan perempuan cemburu buta seperti Amira Athirah ini.

'Apa sebenarnya yg mereka berdua rancangkan ini? Tetiba saja Azhar dan Munirah sedondon.. Jangan kata yg Munirah memaksa Azhar berpakaian begini..Atau Munirah sedang rancangkan sesuatu? Aku tak boleh baca pemikiran perempuan ini..Dia terlalu waspada dalam apa jua keadaan.' Nguman Mira masih tidak boleh melepaskan pandangannya ke arah Munirah. Memang benar Munirah sangat cantik hari ini. Dia belum pernah melihat Munirah semanis ini. Mira masih cuba berlakon bermain dengan Eisya supaya dia boleh memasang telinga apa yg Farah mahu beritahu sesuatu kepada Munirah.

Owhh..lupa pula..Irah! Zya tak dapat datang ke sini. Anaknya sakit pula hari ini. Macam mana ni?? Akak dah buntulah..15 minit lagi majlis akan bermula. Kita tak ada MC ni!! Aduh..Beritahu Farah semua ini kepada Munirah. Farah sudah gelabah dan tidak tahu nak buat apa lagi. Hendak mencari penganti dalam terdekat ini memang sukar. Malah takut tidak sempat mereka datang ke sini. Munirah cuba memikirkan sesuatu. Macam mana mahu tolong masalah Kak Farah ini. Munirah tidak masuk dalam kerja belakang takbir untuk majlis ini memandangkan walid hanya mahu dia menjadi tuan rumah sekali. Mira yg mendengar semua itu terus mendekati mereka berdua. Dia mula terfikir sesuatu yg logik.

Erm..Ermm..sorrylah ehh kalau saya terdengar perbualan korang tu. Perlukan MC ehh? Apa kata saya yg tawarkan diri? Saya biasa tau jadi MC sebelum ini. Alah bukannya susah sangat kan?? Sampuk Mira mula berminat dengan semua ini. Dia cuba berlagak yakin boleh menjadi seorang pengacara majlis nanti. Senyuman girang diberikan kepada Farah manakala senyuman sinis diberikan kepada Munirah. Tidak kuasa dia mahu berbaik dengan Munirah lagi. Sudahlah cuba cederakan dirinya. Berpura-pura tiada apa yg berlaku pula itu.

Farah dan Munirah berpandangan antara satu sama lain. Betulkah apa yg mereka berdua sedang dengarkan ini. Farah mula berfikir untuk mencari alasan yg kukuh diberikan kepada Mira. Munirah pula sibuk menekup mulutnya kerana mahu ketawa saja apa yg ia dengar ini. Sejak bila Mira berminat dengan semua ini dia sendiri pun tidak tahu. Munirah kembali fokus lalu menghembus nafas perlahan.

Beginilah..biar Irah yg gantikan Zya. Kita nak cari penganti yg lain pun sudah tak sempat ini. kata Munirah cuba menenangkan keadaan ini semula. Biarlah dia berkorban sekejap semua ini demi walid. Lagi pun Munirah tidak berbuat apa hari ini. Apa salahnya dia memcuba nasib dulu. Mana tahu dapat menarik perhatian ramai tetamu nanti. Sudahlah dengan pakaian serba serbi putih. Pengantin lama sesat agaknya.

Yesss!! Inilah yg akak terpikir sejak dari tadi lagi. Okey. Ini kertas kerjanya. Irah kena rujuk dekat semua lampiran ini tau. Lagi satu Irah akan bergandingan dengan seseorang. Beritahu Farah seronoknya apabila Munirah sudah tawarkan diri. Selamat majlis nanti sudah ada penganti pengacara wanita. Tidaklah susah-susah Mira tawarkan dirinya. 20% saja Farah percaya yg ia mampu lakukan kerja ini.

Okey..kalau begitu jum kita pergi ke sana. Ajak Munirah kepada Farah. Belum sempat ia melangkah kaki pergi, Munirah kembali memandang ke arah Mira yg sudah pun panas membahang wajahnya. Seperti dirinya tidak wujud sahaja di situ.

Owhh lupa pula..Tak apalah Mira..Kan Eisya ada majlis akikah jugakan nanti? Apa kata awak jagakannya saja? Lagi pun..awak kan ibunya. Kata Munirah sambil memberikan senyuman paling manis terhadap Mira. Selepas itu dia mencuit sedikit pipi lembut Eisya. Comel saja Eisya hari ini. Rasa geram Munirah melihatnya.

Mira hanya memberikan jelingan maut ke arah Munirah. Mood perempuan ini cepatnya berubah bila di depan semua orang. Rasa meremang sahaja bulu roma Mira bila Munirah bertindak sedemikian ke arah Eisya. Takut pula Eisya di apa-apakannya. Farah yg melihat keadaan mereka berdua hanya rasa kasihan saja. Kedua-duanya cintakan Azhar tetapi siapakah pilihan hati Azhar sebenarnya? Teka Farah.

.................................................................................

Fuhhh...penatnya aku. Panas pula tu..tak sangka ramai pula tetamu yg datang bertandang. Cakap Munirah sendiri setelah melabuhkan dirinya di atas kerusi tepi kolam renang. Nasiblah rumah agam walid ini besar. Boleh lah dia berehat sebentar di belakang. Jam menunjukkan pukul 2.15 p.m. Semua tetamu sudah menjamu selera hidangan yg telah disediakan. Munirah hanya masa ada 20 minit saja untuk berehat sebelum mengacarakan lagi majlis ini. Baru ia tahu majlis ini diadakan besar sekali tambah pula dengan majlis akikah untuk Eisya. Munirah memicit kepalanya yg mula terasa pening. Sudahlah belum menjamah makanan semalam. Pada waktu pagi ini pula ia tidak sarapan disebabkan terlajak tidur. Azhar bukan nak kejutkannya. Geram pula Munirah rasa apabila kejadian tadi bermain di fikirannya.

"Kak Farah..siapa gandingan dengan saya? Tanya Munirah sejak dari tadi lagi tidak nampak orang yg akan digandingkan dengannya. Majlis akan bermula tidak lama lagi tetapi susuk tubuh pengacara lelaki masih tidak kelihatan."

" Arrr...kejap yee..Mana pula En Azhar ni..Balas Farah sambil berjalan ke hulu ke hilir mencari kelibat Azhar. Sudah dimaklumkan tadi tetapi Azhar masih belum datang lagi. Terkedu Munirah apabila mendengar Azhar akan menjadi pasangan dengannya nanti. Patutlah Azhar beria gila mahu sedondon dengannya hari ini. Mungkin mereka telah merancang ini semua tanpa pengetahuannya. Munirah tersenyum sendiri. Apa pula yg Azhar mahukan darinya. Tidak cukup ke selama ini Azhar selalu memberi harapan palsu kepadanya. Senyuman Munirah terus mati di situ selepas melihat kelibat Azhar dari jauh yg memakai baju melayu putih serta bersampin bagai. Seolah mereka berdua mahu naik ke atas pelamin lagi. Nanti apa pula semua orang akan kata. Rasa menyesal pula Munirah berpenampilan seperti ini."

"Sorry..lambat sikit. Saya pergi tandas sekejap..tetiba pula rasa nervous akan digandingkan dengan bidadari sesat ini. Bersuara Azhar lalu mengambil kertas yg diulurkan oleh Farah. Pada masa yg sama ia mencuri pandang ke arah Munirah. Terpegun Azhar melihat penampilan Munirah kali ini. Memang benar isterinya ini sangat cantik dan manis saja bila mata memandang. Warna putih sangat sesuai dengan dirinya yg baik dan berbudi bahasa. Senyuman di bibir Azhar tidak pernah lekang harini. Azhar terus menyenjitkan matanya ke arah Munirah yg sudah memandang tajam ke arahnya. Mesti Munirah pun" tergoda melihatnya hensem berpakaian seperti ini. "

" Okey. Saya faham. get ready tau..5 minit lagi kena naik pentas. kata Farah seronok saja melihat pasangan suami isteri ini bercanda. Keduanya sangat sesuai berpenampilan serba serbi putih suci seperti ini. Mereka berdua menganggukkan kepala serentak. Farah membiarkan mereka berdua bertenang dahulu. Segera ia pergi melihat keadaan di depan pula."

"Haii..cantik sangat sayang hari ini. Abang ingatkan siapalah bidadari sesat ini tau..Terima kasih sayang sudi pakai jubah ini. Jubah ini sangat sesuai dengan sayang. Ermm..memang arwah atuk tak salah memilih calon menantu untuk abang. You're my angel Munirah Safiyah. Abang sayangkan Irah sangat-sangat. Bersuara Azhar sambil memegang lembut pergelangan tangan Munirah. Dicium ubun Munirah lama sekali. Mata Azhar tidak boleh lepas pandang tatapan halal di depannya ini."

"Ermm..iye lah tu..Mesti nak hilangkan nervous saya jugakan? Baru tahu ke isteri abang ini cantik orangnya? Kalau cantik jagalah..silap hari bulan melepas baru tahu. Dah jangan nak bersweet bagai dekat sini. Jum naik pentas. Pimpin tangan saya please. Saya pakai heels..Ujar Munirah sambil memerli sedikit ke arah Azhar. Pada masa yg sama hatinya juga senang Azhar selalu memujinya begini. Cuma di dalam sudut hatinya belum rasa selesa lagi. Hari ini juga Munirah akan buat Azhar membuka mulutnya. Sampai bila ia mahu merahsiakan semua ini daripadanya. Munirah sudah lama bersabar. Sabar daripada terus dibohongi oleh semua orang. "

"Tergamam Azhar mendengar jawapan yg Munirah berikan kepadanya. Riak wajah Azhar tidak menunjukkan reaksi sedih sedikit pun. Segera dia memimpin tangan Munirah untuk naik ke atas pentas. Bukan setakat memimpin tangan saja. Azhar turut memegang pinggang Munirah. Sengaja dia berbuat demikian supaya semua tetamu yg hadir itu memberi tempuan ke arah mereka berdua. Orang ramai mula bertepuk tangan ke arah mereka berdua apabila melangkah kaki naik ke atas pentas. Maklumlah pengacara hari ini adalah orang yg sama mengacara majlis di Pusat Rawatan tempoh hari. Pasangan sejoli sangat bergaya mengenakan busana serba serbi putih. Walid dan bonda seronok bertepuk tangan ke arah mereka berdua. Rasa bahagia saja melihat Azhar dan Munirah tidak ubah seperti pengantin yg baru naik pelamin. Manakala Mira hanya mendengus kasar selepas melihat mereka berdua. Sakit hati mula menjalar di benak lubuk hatinya. Mira tidak tahu pula yg Azhar akan bergandingan dengan Munirah. Kalau ia tahu sudah lama dirinya yg gantikan pengacara yg tidak dapat hadir itu. Munirah sudah mencuri tumpuannya hari ini. Mira tidak akan sesekali maafkan Munirah lagi."

Ermm..Ermm..berapa kali saya nak pesan..Jangan asyik nak termenung boleh tak? Tak baik untuk kesihatan..Tegur Huzair apabila melihat Munirah termenung lagi seorang diri di sini. Sejak dari tadi lagi Huzair mencari Munirah akhirnya ke temu juga di sini selepas diberitahu oleh Farah. Penuh saja tangan Huzair membawa pinggan yg berisi makanan kepada Munirah.

Ehh..Huzair. Awak buat apa di sini?Abang Amri tak datang sekali ke? Tanya Munirah gembiranya melihat susuk tubuh Huzair berada di sini. Hensem saja rupa paras Huzair yg mengayakan baju batik berwarna coklat. Huzair tidak pernah jemu mengingatinya tentang semua itu. Selalu saja lelaki ini menasihatinya. Munirah tersentuh dengan kebaikan Huzair terhadapnya. Sekarang dia sudah tidak rasa kekok lagi untuk berbual dengan Huzair. Mereka berdua ibarat abang dan adik saja. Sama-sama saling mengingati antara satu sama lain.

My brother?? Awal lagi dah sambut isterinya itu. Kalau bolehkan..Sehari pun dia tak nak rengang tahu. Mesti awak belum makankan?? Nah..Makanlah..Isi perut tu dulu. Nanti nak MC lagi..amboi bukan main cantik lagi yee MC kita hari ini. Ermm..Memang benar bidadari syurga itu wujud. Puji Huzair melambungnya dekat Munirah. Comel saja dia melihat gelagat Munirah seperti ini. Kalaulah Munirah adalah jodohnya setiap hari Huzair mahu saja gomol pipi Mulus Munirah itu tetapi pemikirannya masih waras lagi. Munirah masih isteri orang. Dia tahu cara mahu menjaga perbatasannya bila dengan Munirah. Munirah sudah seperti adiknya sendiri. Dirinya tidak ubah seperti seorang abang sahaja. Sentiasa mengambil berat tentang adiknya.

Eleh..lebih-lebih pulak Doktor Huzair ni..dekat dunia ni masih banyak lagi tau orang jauh lebih cantik dari saya. Saya rasa..saya tak lah lebih dari seorang bidadari. Terima kasih bawakan semua makanan ini. Buat susah-susah je. Padahal saya boleh saja ambil sendiri. Ujar Munirah lalu memberikan senyuman kepada Huzair. Tiada lelaki lain yg selalu pujinya melainkan Azhar seorang saja. Mereka berdua terus berbual kosong di situ. Pada masa yg sama Mira sudah lama memasang telinga tentang apa yg telah dibualkan oleh Huzair dan Munirah. Cepat-cepat ia bergegas untuk dapatkan Azhar. Biar semua ini terbongkar di depan mata Azhar sendiri.

Di depan Azhar masih sibuk melayan tetamu yg masih bertandang ke sini. Pada masa yg sama juga kehadiran En Shukri dan Puan Ruziah bersama Mikhail beserta Kyra juga. Haji Darus menyambut baik kedatangan bisannya ke sini. Manakala ini ada pertemuan kali kedua buat Hajah Fazilah dan juga Puan Ruziah. Mereka saling berpelukan sama lain. Sudah lama Hajah Fazilah mahu berjumpa dengan Puan Ruziah. Kali ini dapat juga ia berkenalan rapat dengan bisannya ini. Umi kepada menantu kesayangannya itu. Azhar membawa mentuanya pergi menjamu selera dahulu. Sementara itu di cuba mencari kelibat Munirah berada di mana. Mesti Munirah akan suka bila mendapat tahu ahli keluarganya sudah sampai di sini.

Abang...abang..panggil Mira tergopohnya apabila melihat kelibat Azhar berjalan ke hulu ke hilir di dalam khemah itu. Segera dia menarik tangan Azhar untuk mengikutinya sekarang.

Ehh..Ehh..awak dah kenapa ni Mira?!! Jangan sentuh saya boleh tak? Tak nampak ke parents Munirah ada di sini. Jaga sikit perangai awak ni. Marah Azhar apabila Mira bertindak demikian dekat dirinya. Segera dia menepis turun tangan Mira daripada terus memegangnya. Terkedu Mira dengan tindakan Azhar terhadapnya. Takut saja dia melihat pandangan tajam Azhar ke arahnya. Mira cuba berlakon dirinya tiada apa-apa hubungan dengan Azhar apabila keluarga Munirah sudah memandang ke arah mereka berdua.

Please kali ini saja abang percayakan Mira..Ikut Mira sekejap..ada sesuatu yg Mira hendak tunjukkan kepada abang..Cakap Mira perlahannya tetapi series saja bunyi ton suaranya itu. Mengeluh Azhar mendengar semua ini terpaksa juga dia mengikuti Mira kali ini. Mira sudah tersenyum riang selepas Azhar megikutinya juga. Dapatlah ia wujudkan satu agenda baru selepas ini.

Munirah melihat ke arah jam tangannya sudah menunjukkan pukul 2.35 p.m. Cepat-cepat dia meneguk air di cawannya sebelum bergegas pergi ke hadapan semula. Mesti yg lain sudah lama menunggunya di depan. Huzair mengelengkan saja kepalanya selepas melihat Munirah gelabah seperti ini. Sibuk betul jadualnya hari ini sampaikan waktu rehatnya pun tidak senang duduk. Tanpa membuang masa lagi Munirah terus bangun dan secara tiba-tiba saja kakinya terkehel sedikit menyebabkan badannya hilang pertimbangan sekejap. Munirah hampir jatuh tersungkur di lantai tetapi pantas saja tangan Huzair menyambut badannya. Mereka berdua bertatapan mata antara satu sama lain. Dalam waktu yg sama..

"Munirah...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience