Bab 32

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
"Mana dia ni? Haih, aku nak cepat ni. Kejap lagi nak pergi Ueno Park pula." Ujarku sendiri sambil asyik melihat ke arah jam tanganku.
Aku tersenyum sendiri, "Haih, jam tangan. Aku sayang betul kat kau. Sebab kau tu jam idaman aku. Ryoga yang belikan pula tu. Dahlah dia belikan, sama, sebiji, sespesies dengan dia punya." Ujarku sambil menggilap jam itu.
"Hai, lama tunggu?" Soal Adib yang muncul di hadapan aku secara tiba-tiba.
"Hm, tak juga. Kawan saya pun baru gerak tadi." Balasku. Dia duduk di hadapan aku.
"Awak cakap dengan siapa?" Soalnya.
"Ha? Cakap? Tak ada sesiapa. Cakap dengan jam je." Jawabku.
"Jam?" Dia memandang jam aku.
"Jam ni..." Dia seperti cuba berfikir sesuatu.
"Eh, jam ni....jam ni bukan jam Ryoga ke?" Soalnya pelik.
"Ha? Jam ni? Bukanlah. Ni..jam saya lah. Jam dia lain." Balasku. Dia mengangguk.
"So..kenapa awak nak jumpa saya?" Soal Adib dengan riak wajah yang gembira.
Aku mengeluarkan gelang itu daripada beg galas aku, "Saya..nak pulang balik gelang ni." Ujarku menghulurkan dia gelang itu. Dia terkejut.
"Tapi, kenapa?" Soalnya lagi.
"Saya..saya memang tak boleh terima." Balasku. Muka dia lebih kecewa daripada yang aku sangka.
Aku menunduk, tak sanggup nak memandang dia.
"Saya minta maaf, saya kena pergi. Saya minta sangat, jangan marah saya. Saya pergi dulu." Ujarku lalu keluar daripada kafe itu tanpa memandang dia langsung.
Aku berjalan menuju ke Ueno Park sambil diselubungi rasa bersalah.
"Tak apa ke aku buat dia begitu?" Soalku sendiri.
"Kalau Puan Sri dan Tan Sri marah aku macam mana?" Soalku lagi.
"Ah, tapi, perasaan tak boleh dipaksa. Semua orang tahu benda tu." Ujarku lagi bercakap sendiri.
Aku memandang ke arah langit. Langit gelap.
"Alamak, takkan nak hujan kot? Aku tak bawa payung." Aku berjalan dengan laju menuju ke Ueno Park. Takut Ryoga sudah tiba dahulu sebelum aku. Kehujanan pula dia di situ nanti.
(Ryoga POV)
Aku dan Dini menjadi panik. Cincin itu hilang pada saat-saat genting begini.
"Betul ke, tak ada dalam beg kau?" Soal Dini.
"Tak ada. Aku dah cek. Aku tak pernah masukkan kotak tu dalam beg pun." Balasku.
"Okey, sekarang kau ingat balik bila kali terakhir kau nampak cincin tu?" Soal Dini lagi.
Aku cuba mengingat semula.
"Kali terakhir? Aku rasa waktu aku di studio hari tu. Lepas tu, aku bersembang dengan Koichi. Bila Koichi cakap...ha! Koichi cakap Sakinah nak datang. Aku terus tutup kotak cincin yang ada cincin dalamnya tu, aku simpan dalam poket aku. Waktu tu, aku yakin cincin tu dalam kotak." Terangku.
"Lepas tu, apa jadi?" Soal Dini. Aku mengingat lagi.
"Kaki aku bengkak dan...." Aku teringat sesuatu yang menemukan jawapan kepada segala-galanya.
"Dan?"
"Dan! Kotak cincin itu jatuh waktu aku berdiri dengan disokong oleh dia. Ha, aku ingat. Kotak cincin tu jatuh secara terbuka depan dia. Memang aku tak fikir apa dah. Aku terus tunduk dengan kaki aku yang bengkak itu, tutup kotak tu tak tengok cincin itu ada ke tak ada dan simpan dalam poket aku semula. Jadi, aku rasa, kita kena ke studio sekarang." Ujarku.
"Ke studio? Aihh, tak kuasa aku. Tak nak aku ke studio. Kau pergilah cari. Aku balik dululah." Balas Dini.
"Tak boleh. Kau kena tolong juga aku cari cincin itu di studio." Pintaku.
"Studio yang berapa ramai artis yang ada di situ tu? Tak nak aku." Kata Dini lagi.
"Alah, kau kena tolong aku juga. Tak ada siapa pun yang ada di studio waktu ni. Kita kena pergi cepat. Ni dah nak hujan, kalau Sakinah dah ada di Ueno Park seorang diri macam mana?" Kataku.
"Hujan?! Jom, cari cepat. Sakinah tu kena hujan nanti demam pula dia." Ujar Dini.
"Thank you. Kalau betul dia terima lamaran aku hari ni, aku lantik kau jadi bridesmaid dia." Balasku sambil kami berjalan menuju ke studio.
"Kau tak payah nak lantik secara rasmi sangatlah. Aku dah lantik diri aku jadi bridesmaid dia dari 3 tahun lepas lagi. Kau je yang lambat." Balas Dini pula. Aku hanya ketawa.
__Studio__
Kami tiba di studio. Aku buka sahaja pintu studio itu, berapa ramai artis yang kami dapat lihat di dalam itu. Tak, satu kumpulan sahaja. Tapi, bukan kumpulan aku. Haih, kalaulah Sakinah dengan aku sekarang, mesti dia suka tengok kumpulan kegemaran dia yang satu lagi ini berlatih menari di sini.
"Haha, tak ada orang sangat." Perli Dini.
"Hehe, aku ingatkan mereka semua pergi makan tengahari." Kataku menyengih.
"Hm, iya, makan tengahari pukul 10 pagi." Perlinya lagi.
"Eh? Dini-chan? What are you doing here?" Soal Takashi muncul dari belakang kami. Aku terkejut. Uish, muka, gembiranya jumpa Dini.
"Oh, Takashi. I just accompany Ryoga here." Jawab Dini. Dia mengangguk.
"Ryoga? Kau buat apa kat sini? Eh? Dini? What are you two doing here?" Soal Koichi tiba-tiba muncul di belakang Takashi. Tak, kalau nak tahu kami menghalang pintu keluar masuk studio itu.
Kami masuk lalu ke tepi. Belum sempat kami nak jawab soalan Koichi, Kai pula mengambil giliran bertanya.
"Ryoga?! Nanda kimi wa koko ni? (Kenapa kau kat sini?) You should be at the Ueno Park, right?" Soal Kai terkejut.
"Yes, but, guess what? You guys will be so suprised." Jawabku.
Aku menunjukkan pada mereka bertiga kotak cincin yang kosong.
"Where is the ring?" Soal Koichi.
"It's..missing." Jawabku sayu. Muka Koichi dan Kai terus berubah.
"Missing?!" Mereka berdua amat terkejut.
"So, now, you three have to help me to get back the ring. I think it is just in this room." Kataku. Kami memandang bilik itu. Agak penuh.
"Who are they?" Soal Dini.
"Our junior, Super Dragon." Jawabku memandang mereka.
"Super Dragon? Aku macam pernah dengar sahaja nama itu..." Balas Dini.
"Daripada Sakinahlah tu." Balasku selamba.
"Haahlah! Dia pernah bagitahu aku yang dia minat...siapa ke namanya budak tu..? Jon, Jen? Aku tak ingatlah, tapi nama dia huruf J di depan." Kata Dini berusaha mengingat nama ahli kumpulan Super Dragon yang Sakinah minat.
"Jeanlah. Dia pernah bagitahu aku dia minat Jean sebab hari jadi Jean kurang 10 hari je dengan dia. Lagipun, Jean tu kan handsome." Balasku agak geram. Haha, Jean pula yang kena.
Dia mengangguk, "Ha, betullah tu."
"So, dari mana nak mula cari?" Soal Koichi.
Di dalam bilik itu, penuh dengan orang, meja dan kerusi serta kamera.
"Ask them to help us." Kata Kai.
Aku mengambil perhatian mereka dengan menepuk tangan dengan kuat sebanyak tiga kali, "Super Dragon!" Panggilku bersemangat.
Mereka kumpulan yang mempunyai paling ramai ahli. 9 orang. Tapi semuanya, lahir dari tahun 1999 sehingga 2004. Muda betul. Mana taknya Sakinah suka pada Jean yang muda lagikan kacak itu. Tapi, Sakinah masih tak pernah jumpa Super Dragon. Aku tak bagi. Nanti dia makin terpikat. Haha! Gelak jahat.
Mereka semua memandang aku.
"I just want some help from all of you." Ujarku.
Mereka semua masih memandang aku.
"A ring is missing in this room. I want you guys to help me search for it." Ujarku lagi.
"Ryoga-senpai, tsukareta. (Senior Ryoga, penatlah.)" Kata Koki menunjukkan muka sepuluh sen. Dia sedang melunjurkan kakinya di lantai. Dia sebaya dengan Sakinah dan Dini. Hm, elok. Koki dahlah comel. Koki pun, Sakinah minat juga katanya.
"Okay, if any of you found the ring, I will treat you anything." Kataku berkata secara umum. Dia masih berfikir.
"Koki-kun, onegai. (Koki, please.) The ring is so important to me. I have to find it before noon." Pintaku.
Jean menghulurkan tangannya pada Koki. Koki antara yang termuda dan Jean antara yang tertua di dalam kumpulan itu.
"Hai', hai'." Jawabnya lalu menyambut huluran Jean.
Dia berdiri sahaja, dia tersenyum seperti mahu mengusik aku. Haa, ada lah agenda dia ni.
"Shikashi, onnanoko wa dare? (Tapi, siapa perempuan tu?)" Soalnya tersenyum mengusik. Aku menelan air liur. Dini, Koichi, Kai dan Takashi hanya menahan ketawa.
"Tomodachi dake. (Kawan je.)" Jawabku acuh tak acuh.
"Tomodachi dake ka? (Kawan je?) Shinjirarenai. (Tak percaya aku.)" Sakat Takuya pula. Aku terkejut kerana Takuya tiba-tiba sahaja muncul.
"Ryoga-senpai, bokutachi ni shoujiki ni. (Senior Ryoga, jujur jelah dengan kami.)" Kata Hyoma mengambil giliran mengusik aku. Ish, budak-budak ni. Ada-ada sahaja.
"Hai', shoujiki, ore wa kanojo ga suki. (Yalah, sejujurnya, aku suka dia.) Okay? Now, you guys have to help me to search for the ring." Balasku.
"Hai'!!" Jawab mereka bersemangat. Kami pun mula mencari cincin yang kecil itu.
Setelah beberapa lama kami cuba mencari cincin yang kecil itu, kami masih tidak menjumpainya.
"Ryoga!" Panggil Dini. Dini menunduk ke bawah meja. Aku melihat Takashi pun buat benda yang sama. Lepas tu, dua-dua terhantuk. Lepas tu, dua-dua ketawa. Tak, korang berdua ni dah kenapa?
Aku datang ke arah mereka.
"What are you two doing?" Soalku memandang mereka berdua yang sedang duduk di lantai sambil ketawa.
Tiba-tiba Koki datang lalu masuk ke bawah meja itu.
"Is this the ring that you looking for?" Soal Koki.
Aku terkejut tambah teruja.
"Koki! Arigatou! Arigatou gozaimasu, Koki-kun!" Ujarku memeluk dia dengan erat.
"Ryoga-senpai, ochit-sui-te. (Senior Ryoga, tenanglah.)" Ujarnya suruh aku melepaskan pelukan yang erat itu. Aku melepaskan pelukan lalu ketawa.
"Itulah yang aku dan Takashi cuba ambil tadi." Kata Dini.
Koki memberikan cincin itu kepadaku.
"Go chase your love." Kata Koki. Aku mengangguk lalu keluar dari studio menuju ke Ueno Park bersama Dini.
*******
(Sakinah POV)
Aku sudah tiba di Ueno Park. Hujan rintik-rintik sudah pun turun. Aku hanya membiarkan diri aku terkena air hujan yang menitik satu persatu.
"Aku ingat dia sampai dulu. Hm." Ujarku sendiri. Aku duduk di bangku biasa itu. Sudah semestinya dia akan cari aku di situ nanti.
"Tak sangka, malam esok aku dah nak balik Malaysia. Malam ni, malam terakhir aku kat sini." Aku tersenyum memandang pemandangan yang cantik di situ.
Seseorang muncul di hadapan aku sambil memegang payung saat orang lain mencari tempat berteduh. Aku terkejut.
"Adib?"
Dia tersenyum, "Maaf, saya ikut awak ke sini." Aku memandang ke arah tangannya lagi satu. Gelang yang aku pulang pada dia tadi. Masih setia di tangannya.
Dia menutup payung lalu membuka jaket dan menyangkut pada kerusi. Dia duduk di sebelah aku.
"Kenapa awak ikut saya sampai ke sini?" Soalku.
Dia masih tersenyum sambil memandang ke depan.
"Awak nak tahu kenapa awak yang jadi pilihan hati saya?" Soalnya pula.
"Kenapa?" Soalku ingin tahu. Yalah, mestilah aku nak juga tahu.
"Sebab awak mengingatkan saya pada arwah tunang saya." Katanya. Tersentak aku dibuatnya.
"I'm sorry to hear that." Ujarku.
"It's okay." Balasnya.
"Bila saya pandang awak, muka awak sama dengan arwah. Sebab tu, kalau awak perasan, mula-mula kita jumpa, yang awak terjatuh tu, saya terkejut. Saya memang terkejut bila nampak awak." Ujarnya.
"Arwah tunang saya, Nurul. Dia meninggal sehari sebelum kami nak menikah. Mummy dan Mira nak saya lupakan dia dan tak nak tengok saya bersedih lagi tentang dia, jadi, mummy buat keputusan untuk kami berpindah ke Jepun. Kami baru lagi di sini. Kami berpindah ke sini pada bulan November yang lepas. Kebetulan, papa dapat projek besar di sini. Perasaan sedih saya memang susah nak hilang, sampailah saya jumpa awak. Senyuman pertama saya sepanjang saya di Jepun ni, bila saya bertemu dengan awak. Perangai awak yang childish, selalu ketawa, membuatkan saya tersenyum." Ceritanya. Ah, sebak pula aku mendengarnya.
"Awak jangan nangis pula. Berkaca dah mata tu saya tengok." Usiknya. Aku ketawa sambil mengesat mataku.
Hujan semakin lama semakin lebat.
"Hujanlah. Kenapa awak ada dekat tempat macam ni waktu hujan-hujan ni?" Soalnya sambil cuba membuka payungnya. Ah, bukannya dia tahu aku nak jumpa siapa di sini.
"Apa payung ni? Tersekat pula dia." Ujarnya.
"Jom, berteduh kat pokok dulu. Kalau nak tunggu awak betulkan payung yang tersekat ni, habis basah kuyuplah saya." Ujarku pula. Dia tersenyum.
Dia mengambil jaketnya lalu kami berteduh di sebuah pokok yang rendang. Memang sesuailah untuk berteduh.
Sedang kami berteduh, dia masih cuba untuk membuka payung itu.
"Kesian awak, mesti awak sejuk." Katanya.
"Bolehlah." Jawabku. Memang sejuklah. Tak mungkin aku nak jawab panas pula. Nampak sangat penipuannya itu.
"Haha, susah sangat saya tengok awak nak buka payung tu. Sinilah saya tolong." Ujarku. Adib ni, baik juga orangnya. Aku suka juga pada dia ni sebab dia orang yang baik. Dahlah kaya, baik pula tu, kacak lagi.
Aku cuba membuka payung itu. Dengan dua kali cubaan payung itu berjaya dibuka. Titisan air yang terkumpul pada payung itu terpercik ke arah kami berdua. Kami ketawa.
Aku memegang payung itu, memayungkan kami berdua. Aku mengelap muka menggunakan lengan baju aku yang sudah basah.
Tiba-tiba sahaja dia melutut di hadapan aku sambil menghulurkan aku gelang yang aku pulang itu.
"Apa ni?" Soalku.
"Saya masih tak berputus asa dengan awak." Katanya.
"Tapi, saya tak boleh. Saya tak boleh bersama awak." Ujarku.
"Kenapa? Cuba bagi saya satu sebab yang awak rasa saya akan terima." Balasnya pula sedang dia masih melutut.
"Sebab saya..." Haih, tak sanggup pula aku nak beritahu dia. Tidak aku menghabiskan ayatku, namaku diseru seseorang.
*******
Sebelum itu...
(Eca POV)
Aku sudah tiba di sebuah taman tema bandar itu.
"Katanya, dekat tempat roller coaster. Aku rasa aku dah pusing tempat ni 10 kali dah. Tak nampak pun." Ujarku sendiri masih mencari Yuki.
"Eca-chan!" Aku mencari suara itu. Aku memandang dia yang sedang melambai-lambai. Dia tiba di hadapan aku.
"Ha, Yuki-kun. I have searched for you everywhere." Ujarku.
Dia menyengih, "Hehe, I'm sorry. Here, I bought you some ice cream." Balasnya menghulurkan aku satu cawan aiskrim strawberi.
"You said that we want to ride the roller coaster. How can we play if this ice cream with us?" Soalku.
"Daijoubu, chill and eat this ice cream first." Jawabnya. Kami duduk di sebuah kerusi.
"I'm cold." Balasku pula. Sejuk-sejuk makan aiskrim. Walaupun dah masuk musim bunga, masih lagi sejuk.
"But, you still have to finish the ice cream or you can't ride the roller coaster." Ugutnya.
"Okay, okay, I will. Wait for me." Cepat-cepat aku menghabiskan aiskrim strawberi itu.
Setelah habis sahaja aiskrim itu, kami membuang cawan itu di tong sampah lalu menuju ke tempat roller coaster.
"Hurry up, Yuki-kun!" Panggilku dengan gembira. Jauh aku meninggalkan dia.
"No, we can't go there first." Ujarnya sewaktu dia berjalan ke arah aku.
Dia berhenti, "The queue is too long. We will waste our time here. Let's go to another game. Then, I will bring you here. The roller coaster will be the last ride." Katanya menunjuk ke arah barisan di roller coaster itu yang panjang. Aku bermasam muka.
"Haha, don't be sad. I will bring you here. I promise." Ujarnya tersenyum.
"Okay." Jawabku perlahan. Roller coaster itulah permainan yang aku idam-idamkan sekali. Kami menuju ke tempat lain dahulu.
*******
Setelah beberapa permainan kami pergi dan menaiki dengan gembiranya. Kami menuju ke arah tempat roller coaster tadi.
Kami sampai di pintu masuk roller coaster itu.
Pekerja di situ menahan kami lalu dia bercakap bahasa Jepun dengan laju. Aku memandang ke arah Yuki usai pekerja itu habis bercakap. Aku harap ia bukan berita buruk tentang roller coaster.
"I'm sorry but she said that..they closed the roller coaster ride because the weather is looking bad. I'm so sorry, we can't ride it today." Ujarnya. Hujan renyai memang sudah turun.
Aku sedih. Itulah permainan yang paling aku nak naik.
"Eca-chan, don't be sad. One day, I will ride the roller coaster with you. But, not today. I promise I will bring you here again." Katanya. Aku masih menunduk.
Aku mengeluh, "Hai'." Jawabku perlahan.
"Okay, now, let's go. It's raining." Katanya. Kami mencari tempat berteduh. Kami berteduh di sebuah kedai. Kami dah keluar daripada taman tema itu tadi.
"Are your clothes wet?" Soalnya. Alah, ambil berat betul.
"Not at all." Balasku tersenyum. Sebab hujan semakin lebat.
'Tet!'
Telefonku berbunyi. Aku mengeluarkan telefonku.
"Dini?" Aku menjawab panggilan itu.
"Dini? Tiba-tiba je call. Kenapa?" Soalku.
"Sakinah! Sakinah pengsan kat Ueno Park tadi. Kau kat mana?" Soal Dini panik.
"Aku kat kedai mana entah. Kau pula kat mana?" Soalku panik.
"Aku sekarang ni on the way ke rumah Adib. Aku tak tahu jalan nak ke rumah Ryoga. Aku cuma nak kau bagitahu yang lain jangan risaukan kitorang kalau tak dapat nak contact kitorang. Telefon aku dah nak habis bateri. Satu lagi, balik rumah nanti kau tengok Ryoga ada ke tidak. Nanti inform aku. Jangan cakap apa-apa pasal Ryoga pada Sakinah. Bye." Dia terus mematikan talian setelah habis bercakap. Aku dengar tak dengar sahaja kerana bunyi hujan terlalu kuat. Hujan agak lebat.
Aku pelik. Ryoga? Jangan cakap apa-apa pasal Ryoga pada Sakinah?
"What happened? Your face looking so panic." Kata Yuki.
"Hm, nothing, but, can you try to call Ryoga? I just want to know where he is." Balasku.
Dia pelik tapi, dia mengangguk sahaja lalu membuka telefon pintarnya. Dia cuba menelefon Ryoga.
"His phone was off." Kata Yuki. Aku pelik. Apa yang terjadi ni?
"I think I have to go back home now." Ujarku memikirkan apa yang berlaku sekarang ini.
"Why?" Soalnya.
"Actually, Sakinah was fainted at Ueno Park just now. I am worried about her." Jawabku.
"Fainted?! But, we can't go anywhere like this. It is a heavy rain." Katanya memandang ke arah luar.
Aku hanya mengangguk, "I just hope she's alright." Balasku. Yuki mengangguk. Kami menunggu di situ sehingga hujan reda.
(Dini POV)
__Ueno Park__
"Sakina-chan." Panggil Ryoga di dalam hujan itu. Ryoga ternampak Sakinah dulu daripada aku.
Aku terus menyorok di belakang pokok. Tidak mahu diketahui oleh Sakinah.
Terbeliak mata aku apabila ternampak Tengku Syed Adib melutut di hadapan Sakinah di bawah sebuah pokok yang rendang. Lah, bukan Sakinah kata dia nak pulang gelang tadi itu ke? Kenapa melutut, melamar pula perginya ni?
Sakinah terkejut. Terlepas payung yang Sakinah pegang daripada tangannya.
Aku melihat Ryoga terhenti dengan jarak yang tidak terlalu jauh daripada Sakinah dan Tengku Syed Adib. Ryoga turut terkejut. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Aku panik.
"Ryoga-kun." Panggil Sakinah.
Ryoga menutup kotak cincin yang berada di tangannya lalu menoleh berjalan ke arah lain.
"Ryoga, kau nak pergi mana?" Soalku. Dia tidak mengendahkan aku lalu terus sahaja berjalan.
"Ryoga-kun, awak nak pergi mana?" Soal Sakinah. Sakinah masih tak perasan aku ada di situ. Ryoga berlari meninggalkan Sakinah di situ.
"Ryoga-kun! Matte! (Tunggu!)" Jerit Sakinah. Dia hilang dari pandangan kami.
Sakinah terduduk dalam kehujanan itu. Dia menangis.
"Sakinah." Panggilku perlahan. Aku dah cakap, ini kali pertama aku lihat dia macam ni.
Dia tidak mengangkat mukanya. Aku datang ke arah dia, menenangkannya.
"Sakinah, jangan menangis kat sini. Hujan ni, nanti kau demam pula. Balik dulu jom." Pujukku.
"Dini, takkan dia tak percaya aku?" Soal Sakinah sambil menangis. Tengku Syed Adib masih di situ, memerhati apa yang berlaku. Dia mengambil payung yang terjatuh dari tangan Sakinah tadi lalu memayungkan kami berdua.
"Dini, dia takkan tinggalkan aku, kan?" Soal Sakinah lagi.
Aku tak tahu nak jawab apa sebenarnya.
"Tak, dia takkan buat macam tu. Percaya cakap aku. Tapi, sekarang ni, kau kebasahan kat sini. Kita bangun dulu, balik rumah. Kau tunjuk aku jalan balik rumah. Aku teman kau balik." Dia mengangguk perlahan sambil menahan tangisan. Memang nangislah kalau tengok orang yang kita sayang buat macam tu. Dia berdiri.
"Sakinah?" Aku menampar perlahan pipinya kerana badannya tiba-tiba menjadi lemah. Matanya tertutup, mukanya pucat.
"Sakinah? Sakinah! Sakinah, bangun. Sedar, Sakinah." Ujarku. Dia seperti tersedar. Dia memandang aku dan terus pengsan. Aku terkejut malah aku menjadi lagi panik dari tadi.
"Sakinah!" Tengku Syed Adib terkejut. Sakinah terbaring pada riba aku.
"Awak ni kawan Sakinah ke?" Soal Tengku Syed Adib.
"Tak ada masa untuk bertanya. Kita perlu bawa dia ke suatu tempat yang jauh dari kehujanan dan kesejukan ini. Dia dah pengsan ni." Ujarku panik.
Dia mengangguk-angguk.
*******
"Assalamualaikum." Ujarnya dari luar rumah itu.
"Waalaikumussalam. Abang! Apa jadi dengan Kak Sakinah ni?!" Soal seseorang budak perempuan yang lebih muda daripada aku. Dia yang membuka pintu. Dia terkejut melihat Sakinah dalam keadaan lemah sebegitu. Mungkin adiknya.
"Nanti abang cerita. Pergi buka bilik tetamu." Soal Adib. Selepas kami memperkenalkan diri masing-masing sepanjang perjalanan ke rumah ini tadi, dia menyuruh aku memanggilnya Adib sahaja. Aku pun akur sahajalah.
"Ha, masuklah cepat. Sejuklah di luar." Kata adiknya itu.
"Ha, tu ajak Dini itu masuk sekali. Dia kawan Sakinah." Balas Adib.
"Ha, Kak Dini masuklah dulu. Duduk dulu, nanti Mira ambilkan tuala." Katanya. Oh, Mira namanya. Aku mengangguk perlahan.
Aku masuk lalu duduk di sofa. Sakinah pula dibawa ke bilik tetamu.
"Kak Dini, nah, tuala." Dia memberikan aku sehelai tuala.
"Terima kasih." Ucapku sepatah. Mira baru sahaja hendak berjalan ke arah dapur, aku menahannya.
"Sekejap, Mira. Boleh tak, kalau akak nak temankan Sakinah? Akak risaukan dia." Ujarku.
"Oh, boleh je. Jom ke bilik tetamu. Kalau akak nak balik, tunggulah hujan reda." Balasnya.
Aku mengangguk, "Terima kasih banyak-banyak, Mira."
Dia membawa aku masuk ke bilik yang Sakinah ditempatkan tadi.
Aku duduk di katil itu.
"Haih, kau ni. Buat orang risau je kerja kau." Ujarku sendiri. Dia kalau demam, dari dulu lagi memang aku yang jaga. Terutamanya, sewaktu di sekolah. Aku paksa dia makan ubat. Dia ini, kalau tidak dipaksa makan ubat, jangan haraplah dia nak makan. Kalau aku yang demam, dia pula yang jaga.
"Hm, kak, ni baju. Akak tukarlah baju dulu. Tak apa, pakai je baju ni. Akak basah tu nanti akak pula yang demam. Nanti, Mira minta Mak Ta siapkan makanan tengahari. Kita makan sama-sama, ya? Kejap lagi, mummy dan papa balik." Kata Mira menghulurkan sepasang baju dan tudung.
"Oh, terima kasih. Tak apa ke kami berdua ada kat sini? Tak menyusahkan ke?" Soalku mengambil sepasang baju itu dari tangannya.
"Tak apa. Mummy dan papa pun tak kisah. Mungkin mummy akan terkejut je tengok keadaan Kak Sakinah." Dia memandang ke arah Sakinah yang terbaring di katilnya.
*******
"Hm, Dini kenal lama dah ke dengan Sakinah?" Soal Puan Sri.
Kami sedang makan tengahari bersama-sama memandangkan hujan masih belum berhenti dan Sakinah belum sedar lagi.
Aku mengangguk, "Hm, lama juga. Dari 13 tahun. Sakinah masuk dulu sekolah sebelum Dini." Jawabku.
"Oo, jadi, Dini tahu banyaklah pasal Sakinah ni?" Soal Puan Sri lagi.
"Banyak juga. Lebih 5 tahun berkawan, banyak juga saya tahu tentang dia." Jawabku lagi.
"Maaf menganggu, Tan Sri, Puan Sri, tapi, Sakinah dah sedar. Dan dia panggil Dini." Kata Mak Ta yang tiba-tiba sahaja muncul.
"Dia dah sedar Mak Ta? Maafkan saya, tapi, saya nak pergi tengok dia sekejap, boleh?" Soalku.
Puan Sri mengangguk tersenyum, "Pergilah tengok dia dulu. Suruh dia tukar baju dan ajak dia keluar makan." Kata Puan Sri. Aku bangun lalu terus menuju ke bilik Mira.
Aku masuk ke bilik itu, "Sakinah? Kau dah sedar? Kau okey tak?" Soalku.
Aku melihat dia memeluk lututnya di atas katil itu. Sah, sambung menangis. Aku duduk di katil itu.
"Sakinah, dahlah tu. Tak ada apalah dia tu. Dia salah faham sahaja tu. Nanti kita try explain pada dia, ya?" Pujukku.
"Macam mana aku nak balik, Dini? Aku bukan balik rumah aku. Masalahnya, aku balik rumah dia. Aku takutlah tengok dia marah aku macam tu, Dini. Salah aku juga buat macam tu tadi." Ujarnya teresak-esak. Kan aku dah kata dia akan salahkan diri dia.
"Tak apa, nanti aku teman kau balik rumah. Kau tak payah risaulah. Sekarang kau pergi tukar baju, Adib ada beli baju baru untuk kau tadi. Nah. Lepas tu, keluar makan. Aku tunggu di luar. Nak sambung makan. Kau ni apalah. Kacau sahaja aku nak makan. Aku baru nak menikmati lagi menghayati." Ujarku. Dia mengelap air matanya lalu ketawa dengan kata-kataku.
"Dah, cepat. Nanti bertambah demam kau nanti." Tambahku lagi. Dia akur. Aku keluar lalu menuju ke meja makan semula.
"Dia okey ke?" Soal Adib.
"Okey je. Kejap lagi dia keluarlah tu." Balasku.
Dia hanya mengangguk.
Setelah aku habis makan, baru sahaja aku meletakkan sudu dan garfu pada pingganku, Sakinah datang lalu menarik kerusi duduk di sebelah aku.
Di kerusi yang dia duduk itu, sudah tersedia pinggan di meja.
"Ha, Sakinah, makanlah. Kebetulan, auntie dan uncle balik awal hari ni." Kata Puan Sri tersenyum. Sakinah mengangguk lalu membalas dengan senyuman.
Adib segera bangun lalu hendak menyendukkan nasi untuk diletak pada pinggan Sakinah.
Sakinah menahan, "Tak apa, saya buat sendiri." Balas Sakinah mengambil senduk dan mangkuk nasi daripada tangan Adib. Bukan sombong, tapi aku tahu kenapa dia buat begitu.
*******
(Sakinah POV)
"Hm, Kak Sakinah, Kak Dini, mummy kata jangan balik lagi. Tunggu hujan berhenti." Kata Mira duduk di sofa ruang tamu itu. Kami berdua mengangguk.
"Hm, Mira. Abang mana?" Soal Dini. Aku pelik. Dah kenapa kau tanya pasal abang dia?
"Abang? Ada dalam bilik. Sekejap lagi dia keluar." Kata Mira. Dini mengangguk.
Adib keluar dari biliknya.
"Ha, Kak Dini, ajarkan Mira matematik boleh? Mira ada kerja sekolah. Nak kena siapkan. Sensei (Cikgu) kata kena hantar minggu depan." Dini terkejut memandang Mira. Aku turut terkejut sebenarnya. Oh, selama ni, dia sekolah di sini ke? Aku ingatkan dia tidak bersekolah.
Mira menarik tangan Dini dan mereka berdua masuk ke bilik. Biarlah si Dini itu. Sementara tunggu hujan berhenti, tak buat apa-apa ni, dia tolong ajarkan pun bagus. Dia pun bijak juga matematik.
Adib duduk di hadapan aku. Aku buat-buat tak nampak sahaja dia di depan aku. Tak rasa aku nak bercakap dengan dia sekarang.
"Sakinah, saya dah tahu dah kenapa awak tak boleh terima lamaran saya." Katanya. Aku hanya diam. Tidak memandang dia.
"Saya tahu. Sebab awak sayangkan Ryoga, kan?" Soalnya. Dah tahu tu, jangan menambah konflik, boleh?
"Jangan nak merepeklah." Balasku dingin.
"Awak tak payah nak sorokkan daripada saya. Saya tahu, awak sayang dia." Ujarnya.
"Awak merepek apa ni? Dahlah, saya nak balik." Ujarku.
"Awak masih belum boleh balik. Mummy tak bagi." Balasnya. Aku hanya mendiam. Biarlah dia. Aku sedang fikirkan tentang Ryoga sekarang ini. Adakah dia tidak percaya pada aku? Atau sudah benci pada muka ini? Agaknya kemana dia pergi? Tak mungkin dia balik ke rumah. Adakah aku patut balik Malaysia dengan segera tanpa memikirkan dia? Sanggupkah aku untuk balik ke Malaysia meninggalkan dia begitu sahaja? Haih, life is so complicated.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience