Bab 32

Romance Completed 53837

Riak wajah tu..aku tak pernah nampak wajah Azhar seperti itu bila bersama aku..Miskipun aku pernah rasa sakit..tapi aku tak pernah lihat riak wajahnya seperti itu bila di hadapan aku..Pandangan rasa kasihan lain dengan pandangan rasa menyesal. Kenapa..kenapa hati aku yg merasa sakit?? Adakah aku cemburu?? Cemburu melihat Azhar menatap Mira dalam pandangan macam tu. Aku tak tahu..kenapa harus aku yg rasa cemburu? Azhar bukannya cintakan aku walaupun setiap hari ada saja lafaz cinta di mulutnya. Hakikatnya dia masih ada perasaan terhadap Mira. Aku tak dapat baca diri Azhar. Perasaannya. Aku berharap sangat Azhar tidak menggunakan aku sebagai alasan mahu menyakiti hati Mira saja. Sekarang ini semua tiada guna lagi. Mira dalam keadaan tenat..Adakah Mira masih berkesempatan dapat melihat alam musyahadah ini lagi? Semoga awak cepat sembuh Mira..Azhar masih ada perasaan terhadap awak. Mungkin masih ada sinar kebahagian untuk awak nanti. Nguman Munirah sendiri di atas bangku tepi taman permainan dekat Hospital. Munirah mahu bersendirian saja di situ memandangkan semua orang penuh saja di dalam bilik Mira. Bagi Mira semua orang di sekelilingnya tidak pernah kisah tetapi ramai saja8 orang datang melawatnya setiap hari. Bila Munirah masuk Hospital, tiada seorang pun yg datang melawatnya. Setiap hari Azhar saja yg menunggunya. Munirah menundukkan pandangan ke bawah. Dirinya terasa terasing saja untuk berada di sini. Pandangannya terus menjadi kosong. Munirah termenung sendiri di situ. Agenda tadi terus bermain di fikirannya.

"Aunty..macam mana keadaan Mira?? Tanya Azhar setelah berada di situ. Dia berjalan mendekati Mira yg masih dalam keadaan kritikal. Bantuan pernafasan sahaja tempat ia bergantung sekarang. Redup pandangan Azhar berikan kepada Mira. Bukan ini yg Azhar harapkan. Munirah hanya berada di sebelah Datin Zubaidah sahaja selepas bersalam dengannya. Munirah turut rasa simpati apa yg telah berlaku kepada Mira. Bukan ini yg mereka semua mahukan. Melihat tubuh kaku Mira dalam keadaan seperti ini."

" Macam inilah keadaannya Azhar..Aunty ingat Mira akan sedarkan diri tetapi lain pula yg terjadi..Mira semakin tenat. Beritahu Datin Zubaidah sudah pun menangis kerana tidak dapat menahan sebak melihat keadaan Mira seperti ini. Munirah mengusap lembut belakang Datin Zubaidah. Bukan mudah melalui keadaan begini untuk keluarga mereka. Tambah pula Mira adalah satu-satunya anak perempuan yg mereka ada. Abang Mira dalam perjalanan pulang dari luar negara. Entah tahu sempat atau tidak dia melihat Mira. Keadaan menjadi sepi saja. Semua orang yg berada di situ sedih melihat keadaan Mira. Munirah memandang kosong ke arah Azhar. Pandangan Azhar melihat Mira. Bukan satu pandangan yg pernah ia melihat selama ini. Munirah terus memandang ke arah lain. Tiba-tiba mereka semua dikejutkan oleh beberapa orang yg datang melawat Mira.

"Assalamaulaikum..Ucap Dato' Yunus kepada Datuk Rizman selepas masuk ke dalam bilik itu. Di ikuti juga isterinya Datin Rosmah. Munirah yg kenal dengan suara itu terus memarlingkan pandangannya ke arah mereka berdua. Tergamam Munirah melihat mereka berdua di sini juga. Apa hubungan mereka dengan keluarga Mira. Mati kata Munirah di situ apabila Datin Rosmah menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Munirah. Munirah menyambut salaman itu saja. Sedikit pun tidak memberikan senyuman kepadanya. Datin Rosmah tersenyum sinis melihat susuk tubuh Munirah juga berada di sini. Dirinya juga tertanya-tanya apa kena mengena dia dengan keluarga kakaknya ini. "

"Wauu..Munirah. Lama tak nampak kamu..Dah besar panjang yee..Cantik kamu sekarang..sihat ke?? Munirah buat apa dekat sini? Soal Datin Rosmah ramah secara tiba-tiba dengan Munirah. Di pegang kedua belah lengan Munirah itu. Terkedu Munirah dengan semua ini. Semua orang mula memarling ke arahnya. Ingin tahu kenapa Datin Rosmah mengenali diri Munirah. Azhar juga terkejut melihat mereka berada di sini. Tidak ada apa yg mampu ia menolong Munirah ketika ini kerana Munirah yg lebih kenal dengan mereka. Tidak tentu pasal kena berjejak kasih pula di sini. Mira yg perlu mereka risaukan bukan dirinya."

"Ros kenal dengan Munirah?? Tanya Datin Zubaidah dekat adiknya itu. Hairan juga yg tetiba saja adiknya kenal dengan Munirah."

"Ermm..kenal sangat ni kak. Munirah ini anak Shukri haa..kawan Ros dari kecik lagi sampailah masuk universiti tu haa. Irah juga tinggal dalam area taman rumah Ros je. Kawan si Amar ni. Baru sekarang nampak batang hidung Munirah ni. Ye kan Irah?? Beritahu Datin Rosmah dekat mereka semua. Terkedu Munirah mendengar semua ini. Mukanya merah padam saja menahan sabar sebaik mungkin. Senyuman kelat terukir di bibirnya. Datin Zubaidah hanya mengangguk tanda faham kerana tahu yg Rosmah pernah berkawan baik dengan Shukri. Sampai sekarang hubungan persahabatan mereka dilindungi lagi."

"Ermm..kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu..Pinta Munirah kepada mereka semua selepas melihat keluarga ini berbual secara peribadi. Malas pula dia ingin mengambil tahu. Dia bukannya ada sangkut paut pun dalam keluarga ini. Datin Zubaidah mengangguk tanda faham. Azhar juga memberikan senyuman kepada Munirah. Jelas lagi terang apabila air mata mula terkumpul di kelopak matanya itu. Munirah hanya mengangguk tanda faham saja. Sedikit pun dia tidak membalas senyuman Azhar itu. Baru sekarang Azhar rasa menyesal? Kenapa tak dulu saja? Teka Munirah terus berlalu pergi. Tidak perlu ia berdiri lama lagi di situ."

Aty...Aty...Kata Eisya sambil menepuk pipi Munirah yg sedang mengelamun itu. Munirah terus tersedar dari lamunannya dan melihat Eisya sudah pun berada di sebelahnya sambil tersenyum riang. Air yg mata yg mahu mengalir tadi terus kering apabila melihat Eisya mendepa tangannya kepada Munirah.

Ehh Eisya sayang..Buat apa dekat sini?? Datang dengan siapa?? Tanya Munirah sambil menarik Eisya lalu duduk di atas ribanya. Di cium pipi comel Eisya yg putih mulus itu.

Tadi..Eisya cari Irah tu yg akak bawa dia ke sini. Nasib jumpa dekat sini kalau tak, tidak tahulah macam mana nak layan ragam Eisya ni. Bersuara Wirda setelah melabuhkan punggungnya di sebelah Munirah. Hubungan Munirah dengan birasnya ini sudah semakin erat apabila mereka saling berhubung antara satu sama lain melalui whatsapp. Sedikit banyak Munirah bertanya tentang perkembangan bonda daripada Wirda sendiri. Mereka berdua melalui nasib yg lebih kurang sama kerana bukan menantu pilihan bonda.

Ye ke ni?? Eisya cari Aunty? Dahaga tak? Nak air milo ni?? Mehh sini biar Aunty buka dulu. Kata Munirah masih seronok melayan Eisya. Sudah seperti ibu dan anak sahaja mereka berdua dari pandangan tepi. Wirda mengukirkan senyuman melihat diri Munirah. Seorang yg baik, penyayang dan berbudi bahasa. Dia sendiri tidak tahu kenapa Bonda tidak suka pada Munirah. Pada penampilan dan diri Munirah lebih pada sesuai menjadi isteri pilihan.

Irah..Sejauh mana hubungan Irah dengan Azhar? Tanya Wirda sambil matanya memandang ke arah dua orang budak sedang bermain buaian tidak jauh dari situ. Sudah lama dia ingin bertanya Munirah semua ini. Bukan dia bermaksud nak tahu lebih dalam hubungan Munirah dan Azhar tetapi dia mahu mereka berdua terus bertahan seperti dirinya dan juga Azfar. Perasan yg sama dia ingin berkongsi dengan Munirah apabila suami mahu berkahwin lain disebabkan mereka mempunyai kekurangan diri. Sudah lama Wirda memendamkan perasaan begini. Isteri mana yg sanggup berkongsi kasih dan suami dengan perempuan lain. Air mata terus mengalir di pipi Wirda. Perasan sedih mula menjalar di dalam lubuk hatinya. Munirah yg perasan akan semua ini terus memegang tangan Wirda. Memberi dirinya sedikit semangat dan kekuatan. Mereka berdua harus kuat dan menempuhi semua ini dengan hati yg terbuka. Biar orang lain tidak faham dan rasa apa yg telah mereka berdua tempuhi selama ini. Dari kejauhan Azman memandang saja kedua orang kakak iparnya itu. Rasa kasihan mula bermain di benak hatinya. Dua orang wanita kuat yg bertahan demi orang yg mereka sayang. Sanggup berkorban apa saja asalkan orang yg mereka sayang dapat kecapi erti sebuah kebahagiaan.

................................................................

Sayang...buat apa dekat dalam studio ni?? Tanya Azhar sejak dari tadi lagi mencari Munirah tidak jumpa. Ternyata Munirah berada di dalam bilik ini. Sibuk saja tangan Munirah membelek setiap lukisan di dalam album itu. Tidak mempedulikan diri Azhar yg sudah pun memeluknya dan meletakkan kepalanya di bahu Munirah. Sehinggalah sampai di helaian terakhir Munirah menatap lama nama karya lukisan yg tertera di situ. Nama yg dia tidak menyangka akan tertulis di situ.

"Amira Athirah Bt Rizman"

Abang...dalam semua album ni kan..kenapa ada nama Mira? Tanya Munirah tanpa berkias lagi di depan Azhar. Munirah bangun dan meletakan semula album itu di tempat asalnya. Mata Munirah tertarik dengan sebuah potrait yg di gantung di dinding. Sebuah lukisan dua orang pasangan lelaki dan wanita duduk bersantai di tepi tasik. Lukisan hitam putih saja tampaknya tetapi ada aura lain yg di rasai oleh Munirah mengenai lukisan ini. Munirah menatap lama lukisan itu dan terlihat, ada sain kecil "Mira" di situ. Senyuman di bibir Munirah terus mekar bagaikan tiada hari esok untuk tesenyum begini lagi. Dahi Azhar mula berpeluh walaupun bilik ini sudah ada penghawa dingin. Di buka spek matanya itu.

Munirah..ini bukan apa yg awak sangkakan.. Sebenarnya..memang ada beberapa buah karya Mira dekat sini tapi tak bermaksud saya masih ada perasaan dekat dia. Ini semua sudah lama. Saya simpan sebab Mira dah tak perlukan semua ini..Rugi kalau dibuang karya berharga macam ini. Awak fahamkan apa yg saya maksudkan. Saya dah tak ada apa-apa perasaan dekat Mira. Ini semua perkara lama. Beritahu Azhar sebelum Munirah bersangka bukan-bukan terhadapnya. Di tatap wajah Munirah apabila dia bercakap semua ini.

"Ohh yeke? Ada minat yg sama. Boleh simpan buat kenangan. Bila rasa rindu bolehlah tatap kenangan lama kita berdua?? Macam tu kan??" nguman Munirah sendiri. Mahu saya dia sembur semua itu di hadapan Azhar. Bila di fikirkan balik siapa dia mahu berkata begitu. Layak kah dia menyoal semua ini kepada Azhar? Sudahkah Azhar menganggap dirinya berhak berkata begitu? Entah. Munirah rasa buntu.

Owhh yeke. Ermm. Rugikan kalau buang. Karya yg indah dan menarik..Sedap mata memandang. Huaghh..Tetiba rasa mengantuklah. Saya masuk bilik dulu. Ujar Munirah sedikit pun tidak terlihat di wajahnya rasa kesal dengan semua ini. Munirah menghadiahkan satu ciuman di pipi Azhar. Mesti Azhar sudah tidak duduk senang dengan semua ini. Cukuplah dia menambah beban lagi dalam hidup Azhar. Azhar berhak membuat keputusan sendiri. Munirah akan terima saja ketentuan ini. Pasrah dan redha adalah pilihan terakhir yg dia ada. Azhar membiarkan saja Munirah pergi meninggalkannya seorang diri di sini. Dia kembali duduk dan melihat semua karya itu. Pandangannya kembali tertunduk ke bawah. Tidak tahu apa yg harus ia lakukan sekarang.

Hati aku sakit Mira. Jiwa aku merintih. Hampir 5 tahun aku cuba buang kau dari hidup aku. Kenapa sekarang baru kau muncul..Kau cuba nak dapatkan aku kembali? Kenapa kau berkahwin dengan Iqbal dan bukannya aku? Semuanya sudah terlambat Mira..hidup kau juga tersiksa. Kau tidak pernah rasai kebahagian selama ini. Kenapa Mira..kenapa. Tolonglah sedar semula. Sampai bila kau nak suruh aku tengok keadaan kau seperti ini? Hati aku sakit Mira.. Cakap Azhar sendiri lalu mengelap sisa air mata yg sudah tumpah dari pipinya. Bukan ini yg Azhar pinta. Azhar cuma tidak sanggup melihat keadaan Mira seperti ini. Eisya perlukan Mira dan juga seorang ayah kepada anak kecil yg tidak berdosa itu. Memerlukan kasih sayang seorang ayah. Azhar kecewa dengan dirinya. Tidak dapat berbuat apa-apa untuk menolong Mira kembali sebelum terlambat. Tanpa sedar Munirah sudah lama berdiri di tepi pintu bilik itu. Mendengar segala percakapan Azhar tadi.

Kalau masih sayang..tak perlu nak simpan dan pendam. Luahkan sebelum semua ini terlambat. Aku hanya datang tidak kena dengan waktu dan masa. Jangan gunakan aku sebagai alasan sebab aku juga ada perasan. Tidak perlu sedapkan hati aku lagi sebab hati aku sudah lama kecewa dan Merintih. Nguman Munirah lalu melabuhkan dirinya di tepi katil. Perasaan yg sudah lama dirasainya selama ini memang benar. Munirah bukanlah gadis polos dan bodoh seperti mereka sangkakan. Sekali tangkapan saja Munirah sudah boleh mengagaknya. Senyuman tawar terukir di bibir Munirah. Tidak terasa sedih mahupun kecewa. Cuma..kenapa air mata ini mengalir? Aku bukannya sedih. Aku tak berhak nak rasa sedih. Hidup aku di sini hanya menumpang saja. Aku tahu status perkahwinan kami ini. Bila-bila masa saja Azhar boleh lepaskan aku. Aku cuma perlu..mencari satu kebenaran yg sudah lama aku mencarinya. Selepas itu..aku boleh mulakan hidup baru. Aku sudah penat lalui hidup seperti ini. Tampak bahagia tetapi sebenarnya sudah lama ia memakan diri. Aku tak kuat lagi. Aku cuma mahu sendiri. Jauh dari semua orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience