chapter 2

Romance Series 9561

   

   "Kak Ara!"

Selepas bertanyakan kepada nurse di kaunter hadapan, wad mana Hammara ditempatkan, tanpa menunggu lama Anisa terus mendapatkan kakaknya bersama Puan Asma'.

Hammara yang terbaring di atas katil, terkejut dengan suara adiknya, Anisa.

   "Akak! Akak okey ke kak? Baby macam mana? Macam mana boleh jadi macam ni? Allahuakbar." Anisa menerpa kakaknya. Tubuh kakaknya yang dibaluti selimut itu, dibeleknya.

   "Ara...Macam mana boleh jadi macam ni? Haihh...anak aku..." Puan Asma' tepis tangan Anisa yang sedari tadi asyik nak pegang perut Hammara.

Hammara gelak kecil dengan reaksi ibu dan adiknya itu. Berebut-rebut nak belek tubuhnya.  Dia bangun sedikit dan bersandar pada kepala katil dengan bantuan Puan Asma'.

   "Ara okey lah, bu...adik. Ara cuma—"

   "Okey apa benda kak? Akak masuk wad tau! Akak tu dah lah mengandung! Cubalah duduk diam dekat rumah! Ni... Hanif mana Hanif? Anak buah Nisa, mana? Mana?"

  
   Terserlah sikap gopoh Si Anisa tika ini. Tengok lah tu. Terjengul-jengul kepala mencari kelibat Si Hanif.

     "Ada. Beli aiskrim de—"

     "Apa? Beli aiskrim? Dengan sapa pulak? Akak ni suka hati aje biar anak akak beli aiskrim sorang-sorang! Anip baru darjah 1 tau! Macam mana ka—"

   "Anisa Ufairah!" Hammara hilang sabar. Nanti kang ada juga yang kena ceramah.

   Mendengar nama penuhnya sudah diseru dengan nada yang tinggi, terus Anisa tersentak lalu terdiam.

  "Cuba bawak bertenang boleh dak? Ada jugak yang kena sekeh kepala satgi!" Marah Hammara. Mencerlung matanya memandang adiknya itu.

     PAP!

Puan Asma' tampar bahu Anisa. Kuat.
"Istighfar banyak-banyak. Gelabah ja memanjang. Kakak hang okey, tak dak apa-apa. Kena kata apa?"

   Anisa menunduk tapi bibir dicebik.
"Alhamdulillah..."

  
Hammara dan Puan Asma' saling bertukar pandangan menggeleng kepala.  Faham sangat perangai

  "Dak la...Macam mana orang nak bertenang. Kalau—"

    "Maksu!" Hanif yang entah muncul dari mana dengan suara cerianya bersama seorang lelaki yang tak dikenali. Berkaca mata hitam, rambut disisir kemas, tinggi lampai ala-ala model dan bajunya yang kasual namun masih tampak bergaya.

Anisa tercengang. Siapa pula ni?

Hanif peluk pinggang Anisa ketat-ketat, "Hanif rindu Maksu!"

Anisa gosok kepala anak buahnya tapi mata tengok tempat lain.

    "Oh...jadi ni lah yang tolong Ara tadi?" Puan Asma' melontar senyum buat jejaka itu. Dalam hati dah berbakul puji lelaki itu kacak.

   "Hah tolong?" Anisa blur.

    "Ha la...tadi masa dekat kedai runcit kakak hang tiba-tiba keluaq darah. Time tu Encik—?"

  "Eh tak perlu Encik-encik dengan saya. Panggil Nufail je." Tidak walau secalit senyuman jejaka itu ukir. Tapi masih tetap nampak manis sebab Nufail ada lesung pipit.

   Anisa masih terpaku. Matanya tak lepas pandang lelaki itu. Tak berkelip langsung. Eh eh! Ni dah dikira gatal ni!

  Perasan dirinya diperhatikan Nufail berdehem. Terus Anisa tersedar dari lamunannya. Dia berpaling ke arah lain.

   "Amboi dik. Tengok tak lepas aih. Gatai!" Hammara mengusik Anisa yang sudah merah pipinya itu.

  Anisa berdehem.
"So...Encik lah yang tolong kakak saya?"

    Nufail angkat kening sebelah. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula perempuan ni.

   "Macam tu lah nampak gayanya." balas Nufail acuh tak acuh. Berubah terus muka Anisa mendengar jawapan lelaki itu.

Eiii mamat ni. Kang ada jugak kena pelempang.

   "Terima kasih lah ye, Nufail dah tolong akak. Kalau Nufail tak ada dekat situ, akak tak tahu lah." Giliran Hammara pula mengucapkan kata terima kasih. Dia bersyukur sangat-sangat sebab masih ada orang sebaik Nufail yang membantunya.

    "Tak ada hal lah, kak. Mujur akak tak ada apa-apa. Tapi akak kena lebih hari-hari lepas ni. Akak kan tengah sarat mengandung, lebih baik kalau akak berehat dekat rumah aje. Kalau terlalu banyak pergerakan dan akak penat, ha perkara macam ni mungkin akan terjadi lagi. Bahaya untuk baby akak tu." Sopan jejaka itu membalas.

   Hammara dan Puan Asma' senyum lebar. Anisa panas hati betul. Tak ada orang lain yang lebih prihatin darinya dalam keluarga dia selain dia!

   "Uncle! Terima kasih belanja Hanif aiskrim!" Hanif yang tadinya menempel sebelah Anisa terus bertukar tempat menuju ke sebelah Nufail pula.

  Jejaka itu ukir senyum sedikit. Sikit je lah, tak banyak. Kede betul!

Kepala Hanif digosok. Hanif kelihatannya suka benar dimanjakan oleh jejaka itu. Hello! Baru kenal kut!

   "Sama-sama. Erm...Aunty—"

   
"Aunty? Uish, tak payah aunty lah. Panggil Mak Lang sudah. Nak lagi sedap panggil ibu." gurau Puan Asma'.

Anisa dalam hati ' bapak lah panggil ibu. Tibeh sangat ni. Gurauan ibu ni next level betul!'

  "Okay Mak Lang. Saya ingat nak kena  pergi dah ni. Ada hal perlu disettlekan. Pasal pembayaran, Mak Lang tak perlu risau.  Saya dah bayar."

"Tapi—"

"Tak apa Mak Lang. Saya ikhlas. Ha ni Mak Lang, kad saya. Apa-apa nanti call aje."

  "Ya Allah, nak...baiknya hati kamu." Puan Asma' terharu. Kad perniagaan jejaka itu disambut baik oleh ibu Anisa.

Anisa di satu sudut mencebik.
'Cepat benor baik dengan orang luar. Pelik betul'

  "Uncle nak balik dah ke...?" Bibir Hanif  sudah menyebik. Sedih sangat jejaka itu dah nak balik.

Panas pula hati Anisa ni tengok keluarganya dia mesra dengan orang luar.  Entah-entah lelaki ni pakai ubat guna-guna nak rapat dengan keluarga dia? Fikir Anisa. Dasar otak negatif! Suuzon aje tahu!

   
Nufail duduk mencangkung berhadapan Hanif. Pipi Hanif dipegang.

    "Nanti kita jumpa lagi ye. Uncle suka kawan dengan Hanif. Budak baik. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Okey?"

  Perlahan-lahan Hanif mengangguk kepalanya setelah pujukan jejaka itu membuahkan hasil. Nufail senyum lalu bangun dari cangkungan.

  "Pergi dulu Mak lang, Kak Ara, Hanif... Assalamualaikum."

 

Nufail si jejaka misteri yang telah membantu kakak Anisa itu melangkah keluar dari wad setelah memberi salam.

Dan tidak lupa juga, lewat ekor mata Anisa memerhati jejaka itu melangkah kaki dari situ. Tajam.
'dia tak mention aku pun.'

"Aih adik. Awat tengok Encik Nufail macam tu? Macam marah ja." sakat Hammara. Puan Asma' tumpang sekaki.

  "Kenapa ibu dengan kakak baik sangat dengan orang tu tadi? Kita baru kenal je kut. Kang dia ada niat jahat nak apa-apakan kakak macam mana?"

   Hammara ternganga dengar luahan adiknya itu. Sesaat kemudian dahinya ditepuk.
"Ibu, tolong tampaq budak ni. Overthinking sangat."

Maka hajat Hammara pun tercapai.

    PAP!

Bahu Anisa ditampar kuat oleh ibunya.

   "Auch! Sakitlah ibu!"

   Pipi Anisa dipegang oleh Puan Asma', "Anisa Ufairah.... Tak baik buruk sangka dengan orang. Ibu tau Nisa susah nak percaya orang. Tapi bila orang tolong kita dengan baik, tak minta sebarang balasan...apa salahnya kita layan depa dengan baik? Budi baik, dibalas baik. Ye?"

   Anisa jeda.

   "Tapi kakak tak kan suka dekat orang macam tu kan?" Tiba-tiba sahaja Anisa berkata begitu.

    "Adik...Nufail tu taraf adik-adik tau dengan akak. Sepatutnya ayat adik tu akak yang kena cakap tau. Adik jangan macam-macam. Akak dah serik. Cukuplah perkahwinan pertama akak yang hancur.  Akak dah cukup bahagia dengan adanya adik dengan ibu. Akak dapat kekuatan dengan adik, ibu dan Hanif. Everything is perfect for me now."

 

Kakaknya, Hammara diceraikan dalam keadaan dia tengah mengandung. Hakim, bekas abang ipar dia main kayu tiga. Ada perempuan lain di belakang kakaknya. Hammara pulang ke rumah dalam keadaan tidak terurus. Terlalu terkejut untuk menelan kenyataan yang dia dicurangi oleh suami yang selama ini dia percaya akan jaga dia dan sayang dia sepenuh hati.

Disebabkan status Hammara yang baru sahaja dikenali ustazah kafa, habis satu kampung mengata tentang dirinya.

Antara kutukan yang sering didengarinya ialah, ' Ustazah pun bercerai,' 'kahwin tak ada restu keluarga ha macam tu lah,' 'Kesian anak dia lah tak merasa kasih sayang bapak lepaa ni' dan banyak lagi.

Anisa yang sememangnya tak sennag dudu, panas hati ketika itu, memang kalau ikutkan hati dia yang keras itu...memang dah kena belasah dah makcik-makcik bawang dekat kampung dia tu.

Jujur, Hammara kahwin atas dasar cinta dan Puan Asma' ketika itu juga kurang bersetuju dengan keputusan anaknya kerana Hakim waktu itu tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Risau jika masa depan anaknya tidak terjamin. Tapi disebabkan sayang anak punya pasal ... Puan Asma' pun beri restu walaupun terpaksa. Dia tak salahkan anaknya, Hammara. Kerana dia tahu Allah ada perancangan yang lebih baik umtiki anaknya yang seorang ini.

Dia tetap bersyukur walaupun dalam keluarga mereka tiada insan yang bergelar lelaki yang dapat menjaga mereka selepas kehilangan suaminya 3 tahun yang lalu tapi Anisa Ufairah...anak keduanya itu yang baru menamatkan pelajarannya dalam bidang perniagaan itu seolah-olah meletakkan tanggungjawab menjaga mereka semua di atas bahunya seorang diri. Walaupun kadang-kadang degil, suka buat semua benda ikut kepala dia tapi... Itulah dia Anisa Ufairah. Seorang yang cekal, terkadang degil namun hatinya tulus menyayangi.

Dia akur dengan kehendak takdir Allah. Walaupun keluarga dia dah lalui banyak perkara pahit, namun dia tetap kuat. Kerana kekuatan yang ada pada Anisa, cukup untuk memberinya semangat baru.

Kasih sayang yang Allah beri dalam keluarga kecilnya sudah memadai. Lebih dari cukup.

Seperti mana hadis Rasulullah S.A.W telah bersabda; "Allah telah menjadikan rahmat( kasih sayang) 100 bahagian. Maka dia menahan di sisi-Nya yang sembilan puluh sembilan bahagian, sedangkan yang satu bahagian Dia turunkan ke bumi. Maka dari yang satu bahagian itulah makhluk saling berkongsi kasih sayang, sehingga seekor kuda mengangkat kakinya kerana khuatir mengenai anaknya.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience